Setelah bertahun tak buka Tagged.

Assalamualaikum..

Korang ada tak akaun tagged? Aku ada..dah lama giler create. Sebab tagged dulu popular macam friendster. Friendster sekarang dah macam giler je sebab aku tengok dah berubah 100%. Macam lebih kepada games online. Gambar-gambar dulu pun dah hilang entah ke mana.

Berbalik kepada Tagged. Tiba-tiba rasa nak sign in sebab dah lama sangat tak jenguk. Dan of course hampir 90% kawan-kawan tak aktif. Al maklumlah dah ada FB.. Tagged ni aku create that mean bertahun yang lepas sebab ramai yang join dan boleh find kawan-kawan cuma yang aku tak berapa suka sebab dia terlalu bebas. Banyak yang gatal giler orang dalam tu. Macam gile seks je. Sampaikan ada orang kacau aku bagi emel yang bukan-bukan. Makin aku maki makin melampau so aku diam buat tak peduli. Dia pun diam...dia macam nak cari perempuan simpanan je..boleh plak kata dia engineer dan kontraktor yang ada banyak aset di Malaysia, konon jutawan la... fu#k la kau..kau salah orang nak umpanla.

Benda tu semua terpulang pada kita jugaklah. Kalau melayan memang dapat buruklah so ignore je orang tak bertamadun macam tu. Bila dia dah bosan sebab tak ada respon dia sendiri akan berhenti!

Stop untuk cerita lelaki gatal..miang..mereyam tu..


Bila bukak balik tagged tu rasa macam sedih je sebab tengok gambar-gambar zaman belajar di USM dulu. Rindu kat kawan-kawan la..serius rindu student life. Dan dapat balik gambar-gambar lama aku yang tak dapat diselamatkan dalam lappy semasa format dulu. So download je lah..


Ni tagged aku yang ala-ala kanak-kanak tu :



Background dia rainbow gila..sampai mata pun sakit hahahaha..



Suka dan sayang kat gambar ni. Tahun kedua at USM.



Mengedix pi shopping at Bukit Jambul Mall.



Balik dari kuliah dengan my BFF aka ex-roomate yang dikasihi!



Muka sememeh baru balik kuliah..on d way ke my kolej, Desasiswa Fajar Harapan.


Banyak juga gambar yang aku dapatkan semula kat Tagged. Nasib baik masih ada lagi. Tapi nak aktif tagged?..oh TIDAK!

p/s : Lepas raya back to student life. Doakan Cik Nurfarah dapat jadi best student dan dapat full tajaan untuk continue PHD pula :) amin..



Aku dan USM ( PART 1 )


Salam.. semua.
Kerana banyak sangat kenangan yang perlu diabadikan aku akan tulis serba sedikit pengalaman aku semasa belajar di USM. Masa dulu aku tak buat blog so tak ada la aku share tentang semua ini.
Masa first ada blog dulu pun aku memang tak update apa-apa pun.

Sebenarnya pilihan utama aku bukanlah Universiti Sains Malaysia. Usm merupakan pilihan ke-6 aku sebenarnya. Aku lebih minat kos pendidikan. Empat pilihan teratas aku semuanya pendidikan. Memang aku layak menduduki ujian mtest untuk pendidikan..then ujian berjaya..tapi temuduga aku sangkut. Mungkin masa itu aku tak bersedia dengan baiknya. Tapi itu semua kuasa Tuhan. Bukan rezeki aku. Aku dapat penemuduga yang skema. Tapi alhamdulilah aku ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke USM untuk Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan. Sebenarnya aku tak berminat belajar kat USM dan tak suka Penang..aku target UKM. Tapi tak kenal maka tak cintakan..dah kenal bukan je jatuh cinta tapi rindu, sayang, kasih semua ada. Kawan aku yang sama temuduga pendidikan tu juga pun dapat USM juga..sama kos lagi. Dia pun dapat penemuduga yang sama dengan aku. Memang dah nasib kami kot kantoi masa temuduga..hahaha..

Masa aku tahu keputusan UPU tu..aku tak la excited sangat. Tapi aku kecewa. Orang lain kecewa tak dapat masuk U tapi aku kecewa sebab yang aku target tak dapat..Tapi alhamdulilah sangat...


Nanti aku continue Part 2.. Apa aku rasa masuk first menjejaki kaki ke Pulau Pinang? Masa first di USM?

p/s : Malam ini mood untuk update terkurang..rasa gantuk sangat. Ok bye.

Rindu nak tengok wayang!

Lamanya tak tengok wayang! Rindu menonton bersama teman2! Last aku tengok wayang kat QueenBay Mall, Penang dengan Faridah..5/8/2010 sehari sebelum aku konvo...Aku tengok cerita Salt lakonan Angelina Jolie..Memang best giler cerita tu!..tak rugi kalau tengok, anda pasti terleka...Tempat yang aku suka tengok wayang Golden Screen Cinemas ( GSC ) kat QueenBay Mall..rasa selesa dan puas walaupun bayarannya up sikit dari biasa tambah-tambah waktu hujung minggu!


Tapi cerita tu macam tergantung, maybe ada Salt 2..Kalau ada, akulah orang yang tak sabar-sabar nak tengok!




Sweet tak gambar ni? .. Gambar ni kali terakhir kami keluar bersama, lepas je photoshoot gambar konvo kami pun merayau ke Queen Bay!
Rindu kamu sahabatku juga ex roomateku..faridah! ( bila la kita dapat lepak2 macam dulu )



Rindu Aku Pada Kamu!





Betapa aku rindu kamu..
Kehidupan kita yang dahulu..
Rindu..rindu..rindu segala-galanya.
Biarlah kamu tidak rindukan aku tapi aku benar2 merinduimu wahai sahabatku di USM...
Terutama sekali sahabatku dari tahun satu hingga akhir Faridah, Nor Harida dan Nurul Izzah!
Miss u so much!!
Semua dah ada hidup masing-masing.
Susah rasanya nak jumpa lepas ni.
Harap aku dapat jumpa kalian!
Kenangan bersama 3 tahun tersimpan diingatan..
Rasanya ingin kembali kepada kehidupan dulu tapi semuanya semuanya tinggal kenangan..



Walau pun gambar ini ( aku dengan Faridah ) nampak biasa tapi ia amat special..
Gambar ni di ambil semasa aku tahun 1 di USM..
Tak silap aku, aku snap gambar ni semasa nak pergi kelas DR. Sundra Moorty..like it!







Yang ini pula gambar aku dengan Nor Harida ( yong )..
Masa ni tengah lepak nak tunggu next kelas..sempat lagi capture picture!
Aku rindu student life!





Gambar comel ni..aku dan Izzah..Masa ni kami bz snap picture kat taman depan Perpustakaan Hamzah Sendut 1..shining2 muka kami kena cahaya!







Dalam banyak2 gambar kami berempat, gambar ni paling aku suka sangat!!
Tak tahu kenapa..Mungkin sebab nampak photogenic.
Gambar ni di ambil sendiri oleh kami dengan mengunakan handphone je..






Sekarang ni kami semua sudah bergelar graduan USM.
Alhamdulilah berjaya juga mgenggam segulung Ijazah..
Semoga kita semua berjaya di dunia dan akhirat Amin..

Aku sayang kamu!



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjHm4poqwOA5aMHnmcm1mbDGnvyvhRz9t5xqUIk_5z9lbxscSb1_iumTwTWh46ObcGJwLyrOcES80JQ89jajQZ-uW7hRPqNpSDkl3PZXzWbyadicPMhfNdMsSFASTZ_RCu4qd0XqKZp_yQ/s1600/sahabat.jpg


USM di Hatiku.........


Rindu kat pemandangan ni masa masuk pintu Sungai Dua gate USM!!!



Dan sudah sementinya tempatku berteduh selama 3tahun di sana!!........Desasiswa Fajar Harapan...

Segala2nya aku rindu pd USM!!

Rindu kat Penang jugak......kawan2..dan everything!!

membuatkan aku rasa nak sambung master kat USM...

Insyaalah dlm perancangan..

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH