Aku dan USM ( PART 1 )


Salam.. semua.
Kerana banyak sangat kenangan yang perlu diabadikan aku akan tulis serba sedikit pengalaman aku semasa belajar di USM. Masa dulu aku tak buat blog so tak ada la aku share tentang semua ini.
Masa first ada blog dulu pun aku memang tak update apa-apa pun.

Sebenarnya pilihan utama aku bukanlah Universiti Sains Malaysia. Usm merupakan pilihan ke-6 aku sebenarnya. Aku lebih minat kos pendidikan. Empat pilihan teratas aku semuanya pendidikan. Memang aku layak menduduki ujian mtest untuk pendidikan..then ujian berjaya..tapi temuduga aku sangkut. Mungkin masa itu aku tak bersedia dengan baiknya. Tapi itu semua kuasa Tuhan. Bukan rezeki aku. Aku dapat penemuduga yang skema. Tapi alhamdulilah aku ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke USM untuk Ijazah Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan. Sebenarnya aku tak berminat belajar kat USM dan tak suka Penang..aku target UKM. Tapi tak kenal maka tak cintakan..dah kenal bukan je jatuh cinta tapi rindu, sayang, kasih semua ada. Kawan aku yang sama temuduga pendidikan tu juga pun dapat USM juga..sama kos lagi. Dia pun dapat penemuduga yang sama dengan aku. Memang dah nasib kami kot kantoi masa temuduga..hahaha..

Masa aku tahu keputusan UPU tu..aku tak la excited sangat. Tapi aku kecewa. Orang lain kecewa tak dapat masuk U tapi aku kecewa sebab yang aku target tak dapat..Tapi alhamdulilah sangat...


Nanti aku continue Part 2.. Apa aku rasa masuk first menjejaki kaki ke Pulau Pinang? Masa first di USM?

p/s : Malam ini mood untuk update terkurang..rasa gantuk sangat. Ok bye.

7 comments

  1. hahaha XD
    interviewer yang skema ? 0_0

    ReplyDelete
  2. @AmyZana

    hahaha skema melampau sampai dari atas ke bawah di tenung...macam mata nak terkeluar hahaha..

    ReplyDelete
  3. farah.kamu pun student usm juga ke
    batch bila
    hehehhehe.kebetulan kan.nama blog kita sama then tempat study pun sama juga
    sy batch 2006/2009.kos pun s.k juga.wahhhh semua kebetulan =)

    ReplyDelete
  4. @Edura Hanum

    saya masuk 2007/2008..konvo 8/2010

    Awak mungkin senior saya kot? hehehe

    ReplyDelete
  5. senior setahun jek
    tapi xepernah jumpa pun kan
    sk abik major apa
    sy 3p

    ReplyDelete
  6. @Edura Hanum

    laaa...saya pun 3p jugak..minor psiko..duk fajar harapan..kenal tak ainul kariah?dia ex roomate jgak..org panggil anol

    ReplyDelete
  7. Nak tanya..sy plajar sem 3 di usm..sy Dpt major geografi...nk tanya utk minor..susah x subjek 3p dari school sk ni? Bleh explain?

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH