Kalaulah Ada Mesin Masa

Salam..
Selamat hujung minggu. Korang buat apa ye? keluar dengan bf/gf ke?
Sedihnya kalau tak ada bf depan matakan..kalau tak boleh pau mengepau? muahahaha.
Tak tak baik buat gitukan..

Mimpi 1
Hari itu aku bermimpi. Aku kembali ke sekolah. Tapi aku masuk form 6 semula.
Dalam mimpi tu aku bersiap-siap nak pergi sekolah.
Dah lewat sangat ni. Tercari-cari mana baju sekolah..hahaha..tapi had itu je kot..

Mimpi 2
Amat pelik sebab ada tawaran masuk form 6 semula...aku pun join. Banyak sangat kawan-kawan lepasan u pun join....pelik-pelik..

Memang banyak kali aku mimpi masuk form 6 semula..yang pelik form lain tak masuk pula. Mungkin aku rindukan masa form 6..kat USM pun aku rindu sesangat.

Aku rasa selain campus life..form 6 la yang paling happy buat aku.
Masa aku scan semua sijil-sijil aku..terdetik pula nak scan gambar lama-lama masa form 6.
Kalau korang nak tahu. Masa form 6 aku lagi gumukk la..haha..tapi bila dah masuk U..badan pun ramping sikit..tak banyak hahaha..

Masa 6 Rendah.. Mana aku ye?
Teka mana aku? Ni masa jadi super senior. 6 atas

Kebanyakkan budak-budak perempuan dalam kelas aku. Mereka dah kahwin. Dah jadi bini dan mak orang pun hehehe..aku je belum. Mungkin nak tunggu Putera Raja kot.

Huduhnya muka aku masa tu..gemukk sangat masa tu hahaha..dari kiri Yati, Ana, aku ( baju biru ) dan Koru.
Serius aku bagitahu lepas habis exam 2006. Aku tak jumpa mereka ni. Koru selalu juga jumpa sebab dia satu kawasan dengan aku. Budak berdua ni memang tak jumpa. Yati masuk UPSI dan Ana dah kahwin..

Aku rindu sangat kat korang. Happy sangat masa kita form 6 dulu.

Ini adalah big Boss!! Muka skema..badan pula gemuk masa tu..tapi chomel kan.. RIndu kat kelas ni. Walupun tingkat 3..penat naik tangga tapi kami tetap happy!
Kenangan indah : Lawatan ke Parlimen. Semua budak tingkatan 6 Atas wajib join. Best sebab berperluang masuk Parlimen.

Walaupun masa itu aku tak memiliki camera digital tapi gambar tetap tip top dengan mengunakan kamera murah.. Sayang kamera itu.. ( tak ada motif )

Aku rasa, aku amat kerdil apabila berdiri di sebelah si tinggi lampai ni..Fiza..miss u so much!

2005-2006 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Abdul Shah sentiasa dalam ingatan.
Jasa guru-guru tak akan dilupakan kerana anak didikmu berjaya ke menara gading.
Kalau ada mesin masa nak rasa kembali pada zaman dulu-dulu heheheh :)
Kehidupan mesti diteruskan tapi kenangan lalu takkan luput diingatan.


Apa-apa pun korang tetap dalam ingatan. Walau masa sudah berlalu tapi aku masih seperti dulu ;)

daaa...

7 comments

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH