Bila Katak Keluar dari Tempurungnya

Salam.
Korang faham tak tajuk entry di atas? Tak faham? mari sini aku jelaskan..
Maksudnya bila katak itu keluar dari tempurungnya..dia rasa amat terkejut bahawa dunia ini amat-amat luas sebenarnya. Sebelum ini dia merasa bahawa tempurung itulah dunia yang cukup luas baginya. Selepas melihat dunia yang cukup luas..dia lupa kepada tempurungnya yang selama ini tempat dia berlindung dari hujan dan panas.. dan begitulah perumpamaan yang aku nak unggap sebentar nanti..ok stop here..i want to story what i mean..

Kepada saudara saudari yang baru lepas exam SPM atau STPM atau ingin memulakan pekerjaan baru..kemungkinan besar selepas mendapat result cemerlang atau mendapat pekerjaan selepas ini akan berhijrah dari kepompong tempat tinggal sama ada ceruk desa, hulu atau mana-mana sekalipun tapi yang pasti bebas dari "mata" ibu dan bapa. Anda pasti akan bersua dunia baru...yang mungkin lagi "best" dari dunia anda sekarangkan...persoalannya sekarang adakah korang ni boleh bersedia mental dan fizikal mengharungi dunia baru ini?

Imej
Memang rasa sangat gembira bila diterima belajar di IPTA atau IPTS tapi bersediakah kamu menerima kejutan budaya di sana? Kalau yang jenis yang boleh kawal diri tu tak apa tapi yang jenis suka terikut-ikut life style orang lain macam mana? Contohnya, aku ada kenal kakak senior yang satu sekolah dengan aku. Kebetulan aku dan dia masuk universiti yang sama.. Maksud aku, aku first year dan dia second year masa tu. Masa aku first year selalu terserempak dengan dia..kami tegur-tegur macam biasa. Imej dia pun masih macam dulu tapi masa aku second year dan dia final year..aku tengok memang dah berubah habis-habisan sebab dia dah free hair!!..memang terkejut juga..tapi bila dia dah berubah imej macam itu tiap kali terserempak dia macam buat tak nampak aku je then macam nak lari-lari je ( bukan sekali terserempak dah banyak kali beb )..Aku pun buat bodoh je lah..tapi yang pelik bila tengok dia balik kampung bertudung litup pulak!

Malu baju sama

Penampilan memang penting untuk keyakinan diri tapi sila ukur baju di badan sendiri. Memang la kena ukur baju kat badan sendirikan bila nak beli baju takkan nak ukur baju kat badan tokeh kedai pula.. Ini lagi satu cerita buat orang rasa meyampah sangat sebab terikut-ikut style anak orang kaya. Benda ini terjadi pada anak orang satu kampung dengan ayah aku. Anak dia ni belajar kat universiti. Dia mengadu sebab anak dia selalu komplen duit asyik tak cukup je sebab nak beli baju baru. Dia malu sebab pakai baju yang sama je...
Tolong la sedar diri tu..ayah budak tu dah la jenis orang kurang berkemampuan. Pendapatan hanya ambil upah buat kebun orang lain tapi sang anak yang baru keluar dari tempurung dah nak ikut rentak hidup orang lain. Aku bagi contoh ni pun bukan sahaja ikut khayalan aku. Aku ambil kes yang terjadi depan mata aku. Bukan aku nak aibkan orang. Kalau aku aibkan orang aku dah tulis nama dia bulat-bulat berserta gambarkan..so lu fikirlah sendiri.

Bila dah dapat kerja lupa mak bapak

Mak bapak memang ingin tengok anak-anak berjaya. Tapi sesetengah anak-anak bila dah berkerjaya lupa pula jasa orang tua. Kadang-kadang rasa sebak bila masa tengah study si anak minta duit kat bapak dia..bapak dia tetap turutkan kemahuan anak dia walaupun masa tu si bapak pun tak berduit tapi bila si anak dah bekerjaya..gaji beribu-ribu nak jenguk mak bapak pun susah walaupun jarak mereka dekat..Kalau rasa kedekut duit tu..jenguklah mereka sementara mereka masih bernafas. Mereka tak minta duit kamu tu..yang mereka nak perhatian kamu je..Kalau mereka dah tak ada di dunia ini..semua itu dah tak ada makna lagi.

Berlagak macam anak orang kaya

Orang lain pakai laptop apple, dia pun nak laptop anggur, orang lain tukar hp setiap bulan, dia pun nak tukar hp tiap minggu, orang lain naik kereta BMW pergi kolej, dia pun nak kereta Mercedes juga, orang lain pakaian branded, dia pun nak lagi branded....tapi orang lain anak tokeh besar, anak jutawan tapi kamu anak petani kecil je...kerana nak jadi macam anak orang kaya seluruh badan sanggup dijual..apakah semua ini?


Sebenarnya banyak lagi contoh aku nak bagi tapi korang fikirlah sendiri. Jadi diri sendiri..ingat di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Ingat asal usul kita. Ingat tanggungjawab yang dipikul. Tak perlu menjadi orang lain dalam mengejar lakonan dunia yang tidak abadi ini.

4 comments

  1. berlagak jadi orang kaya tue yang susah...
    pantang nampak orang lebih daripada dia...dia pun dah terasa tercabar

    ReplyDelete
  2. senangnya org berubah lps naik U...

    ReplyDelete
  3. @Edura Hanum

    tu la tak boleh tgk org lebih sikit, dia pun nak jugak

    ReplyDelete
  4. @AmyZana

    kebanyakan memang mcm tu..tapi tak semua..ada kawan masa mula2 slalu balik kg pas sem 3,4 cuti pjg pun xnak balik kg..

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH