Nak masuk bloglist kena bersyarat ke?

Salam..
Selamat malam..
Perlukah syarat untuk masuk bloglist blog seseorang?
Itu terpulang pada owner blog la kan..
Tapi yang tak boleh blah ada owner yang tidak segan silu minta bayaran untuk masuk bloglist dia..ada ke macam tu?kalau pasang iklan itu ada la rasional  juga nak  minta bayaran..tapi I memang respect pada akak blog ini..sebab dia tak minta bayaran pun bila ada orang letak iklan kat blog dia..mesti u all fikir blog dia tak ada readerkan..itu salah!! sebab bila I masuk je online reader sampai beratus..sehari jumlah reader beratus-ratus juga..respect la dia ni!blog dia ni memang blog peribadi..dia just tulis kisah kehidupan dia tapi memang menarik sangat..kalau baca sekali mesti nak baca lagi..
Ok berbalik kepada isu tadi..
Memang itu hak peribadi owner blog untuk bersyarat untuk masukkan blog orang lain ke dalam senarai bloglist dia tapi tolonglah jangan macam "tak ikhlas" je..
Contoh, dia kata kalau nak masuk dalam bloglist dia kena buat entry pasal blog dia then kena tag orang lain...ewah-ewah macam diva la pula ek..hehehe
Pada I benda nak masukkan senarai blog dalam bloglist adalah benda paling small je...tak payah la nak bersyarat bagai-bagai untuk masuk bloglist..kalau give away atau contest lain la..
Contoh macam I ( baik la tu konon ), I akan masukkan semua blog yang I follow dalam bloglist I..yang I tak follow dan minta dimasukkan pun I add sekali..tapi U all kena rajin update la untuk sentiasa tiptop dalam senarai top 5.. :)
Tak salahkan promote blog kawan-kawan..tak ada ruginya kamu kalau buat macam itu..satu sen pun tak keluar la...
Sebenarnya motif utama owner blog itu nak promote blog dia je..dia saja gunakan platform ini untuk get popularitikan....tapi itu hak u all la nak buat apakan..blog anda suka hati andalah!!

Itu pandangan I je..tak suka tak pe..
p/s : nak I letak banner u all kat page banner I..nanti jangan lupa bagi tau  di ruangan komen sini, ruangan banner dalam proses update..

1 comment

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH