Review Garnier Micellar Cleansing Water (Pink)

Assalammualaikum.
Lama tak buat review collection untuk blog kesayangan ini.
Semestinya aku akan review produk yang memang best dan pernah aku pakai.
Kalau tak best memang aku tak review, so duk diam-diam jelah.

Kali ni aku nak review Garnier Micellar Cleansing Water (Pink).


Memandangkan make-up remover aku dah habis. Aku pun serveilah produk baru untuk make-up remover yang bagus. Aku memang tak suka make-up remover jenis berminyak sebab rasa tak selesa walaupun mampu menanggalkan kotoran dan sisa-sisa make-up.
Kebetulan Guardian ada buat promosi untuk Garnier Micellar Cleansing Water,
iaitu harga asal RM29.90 terus dapat offer price dalam RM20.70 maka memang aku tak lepas peluang untuk mencuba Garnier Micellar Cleansing Water ni.
Walaupun kulit aku normal, aku lebih suka pilih jenis sensitive skin.


Review Garnier Micellar Cleansing Water (Pink)
Even for sensitive skin
Harga asal untuk 400ml : RM 29.90

Untuk 400 ml boleh guna dalam 200 penggunaan atau lebih.

Kandungan:
G901672,C10-18 Triglycerides,Hydrogenated Coconut Oil,Behenyl Alcohol,Rhus Succedanea Fruit Cera / Rhus Succedanea Fruit Wax,Cera Microcristallina / Microcrystalline Wax,Sorbitan Palmitate,Cetyl Palmitate,Copernicia Cerifera Cera / Carnauba Wax,C12-18 Acid Triglyceride,Myristyl Myristate,Hydrogenated Castor Oil,Stearalkonium Hectorite,Alumina,Propylene Carbonate,Pentaerythrityl Tetra-Di-T-Butyl Hydroxyhydrocinnamate,[+/- May contain: Mica, CI 77491, CI 77492, CI 77499 / Iron Oxides, CI 77891 / Titanium Dioxide, CI 15850 / Red 7, CI 77742 / Manganese Violet, CI 19140 / Yellow 5 Lake, CI 15850 / Red 6, CI 45410 / Red 28, CI 15850 / Red 7 Lake, CI 77120 / Barium Sulfate, CI 75470 / Carmine],(F.I.L. B170320/2)


Wajah semasa make-up


Wajah selepas remove make-up

Sisa-sisa make-up yang telah ditanggalkan


Review aku secara keseluruhan:

Apa yang best?
- Tak perlu bilas
- Tidak berminyak
- Tak ada bau
- Boleh guna sebelum cuci muka atau selepas cuci muka. (Kalau aku terlupa nak cuci make-up sebelum cuci muka dengan pencuci muka, aku masih boleh gunakan Garnier Micellar Cleansing Water ni dan tak perlu bilas)
- Dapat menggalkan segala kotoran dengan sangat baik.
- Sesuai untuk keseluruhan muka: muka, mata dan bibir
- Menjimatkan-pakai sikit pun dan boleh bersihkan muka

Apa yang tak best?
- Harga mungkin agak mahal sikit
- Jangka hayat produk yang pendek. Boleh tahan 6 bulan sahaja selepas pembukaan (seperti yang ditunjukkan di belakang botol). Selepas 6 bulan pembukaan botol, mungkin kena tukar baru atau tak boleh dipakai. Kena habiskan dalam tempoh 6 bulan.

Rating: 8/10

Aku nak bagi sedikit info tentang pembersih make-up/makeup remover

KENAPA make-up remover PENTING?

Kulit muka kita terdedah kepada pelbagai kotoran. Kotoran daripada udara, sentuhan dan juga sisa daripada produk kosmetik yang digunakan. 
Sekadar mencuci sahaja tidak mencukupi. Mencuci tidak dapat menanggalkan kotoran yang melekat pada liang pori-pori kulit muka. Jika tidak dibersihkan dengan betul mulalah kotoran akan terkumpul di dalam liang pori-pori dan menyebabkannya tersumpat. Apabila tersumbat timbullah masalah JERAWAT!

KEBAIKAN Make-up Remover
  • Menyingkirkan sisa kosmetik/alat solek yang telah digunakan
  • Membersihkan kotoran/habuk yang melekat pada permukaan kulit muka
  • Membersihkan pori-pori dengan lebih efficient agar tidak tersumbat
  • Mengurangkan risiko pembentukan jerawat, blackhead atau whitehead
  • Menyingkirkan sel-sel kulit mati. Ini secara tidak langsung merangsang proses pembentukan sel-sel baru
  • Membantu kulit untuk bernafas dengan lebih baik kerana pori-pori tidak tersumbat.

WAKTU yang SESUAI menggunakan make-up remover

Sebelum tidur
Untuk menanggalkan segala kotoran yang melekat atau sisa alat kosmetik yang digunakan pada waktu siang.
Gunakan make-up remover sebelum mencuci muka.

Selepas bangun tidur
Untuk menanggalkan minyak (sebum) dan peluh yang keluar pada permukaan kulit semasa tidur malam.
Gunakan make-up remover sebelum mencuci muka.
Dulu aku fikir kalau tak pakai make-up tak perlu makeup remover tapi itu adalah tindakan yang salah kerana makeup remover ni bukan sahaja berfungsi mencuci makeup  tetapi dapat membersihkan kotoran yang melekat di muka seperti habuk-habuk dan kotoran lain yang boleh menyebabkan jerawat.
So wajib ada 1 make-up remover untuk penggunaan korang.

Ok bye.

*Review ini bukan review berbayar. Testimoni ini adalah pengalaman peribadi penulis, sekiranya terdapat kesan negatif penggunaan produk ini, penulis tidak akan bertanggungjawab.

Tentang Printer dan Si Canon Pixma G2000 Baru.

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca blog cik Nurfarah.

Hari ni aku nak membebel pasal printer. Aku mula memiliki printer peribadi sejak sekolah menengah lagi. Masa tu tingkatan 2, beli sekali dengan 1 set komputer peribadi beserta printer. Maklumlah masa tu banyak buat folio, tugasan-tugasan sekolah. Jadi mak aku pun belikanlah komputer dan printer untuk memudahkan aku buat kerja-kerja tu semua. Sebelum ni mesti pergi CC je.

Printer pertama aku jenama EP##N. Jenis dakwat warna. Memang seronok je lah menggunakanya..masa tu kan sekolah so memang suka la print out gambar-gambar berwarna. Tapi yang tak seronoknya, dakwat cepat habis. Terutamanya dakwat hitam. Asyik nak ganti dakwat je. Dakwat masa tu jenis hitam dan color dah seratus lebih. Aku pakai printer ni sampai aku habis tingkatan 6. Tapi jadi hiasan je sebab tak larat nak sumbat dakwat, lebih suka ke CC je untuk print.

Lepas tu, aku sambung belajar kat USM, Penang. Masa tu, memang teringin nak beli printer baru sebab nak guna untuk print tugasan. Tak larat asyik nak pergi kedai print je. Maklumlah kalau buat tugasan last minit mesti nak print on the spot kan (penyakit student) hahaha.Aku beli jenama #P, yang canggih sikit dari yang lama iaitu yang boleh scan sekali. Harga masa tu memang tengah offer dalam RM100 lebih je (lupa harga sebenar). Dakwat memang cantik, glossy je nampak. Sambil memuji-muji keindahan dakwat printer aku..tupp tupp tupp lepas cukup je print 30 muka surat tugasan. Terus memberi isyarat yang dakwat hitam aku habis.Lepas tu aku beli la dakwat baru dalam harga RM50 lebih..pun sama cepat sangat mencekik dakwat. Rasa macam terbeban dengan kos dakwat yang mencekik darah, aku hantar je printer tu balik rumah. Malas nak menyemak letak kat kolej.

Selepas itu, aku sambung pengajian di peringkat master di UKM. Masa mula-mula tu aku banyak print kat kedai print tapi bila difikirkan kos print agak mahal sebab sekali print dalam 50-60 muka surat (dalam RM50 +- juga sekali print) aku berhajat nak beli printer sendiri.Dah la masa tu aku tengah buat thesis. Memang banyak la nak print..segala macam artikal, jurnal dan kertas kerja kena print untuk tugasan dan rujukan. Tapi aku bercadang nak beli printer yang jimat dakwat sebab tak nak pisang berbuah dua kali. Serik tau, bila guna jenis printer yang suka mencekik dakwat ni. Kawan aku cadangkan guna ciss dakwat luar sebab sangat jimat. Aku pun ajak kawan aku pergi lowyat untuk cari printer. Dapatlah beli Canon Pixma MP287. Jenis ni boleh modifikasi untuk letak dakwat luar. Jadi memang waranti canon akan terbatal dengan sendiri sebab letak tabung luar..Cuma ada waranti kedai je dalam 3 bulan.Harga masa tu dalam RM200 lebih je. Memang murah lah sebab tak sampai Rm250 pun (lupa harga sebenar) dan dapat 6 botol dakwat percuma.Tapi alhamdulilah lah boleh bertahan lama, banyak jasa printer tu sebab rasanya beribu-ribu kertas dah pernah print (puluh ribu pun ada kot).

Canon Pixma MP287

Cuba bayangkan masa nak dekat viva tesis, aku print 4 copy untuk pemeriksa viva (1 copy dalam 150 muka surat tak termasuk gambar)..belum lagi berkotak-kotak jurnal untuk rujukan aku.Tapi dakwat ciss luar ni ada kelemahan juga sebab kualiti dia tak sama dengan dakwat dalam.Maklumlah dakwat dia sebotol pun dalam RM10-15 je mana nak sama dengan original dakwat canonkan.Kalau kena air kat kertas yang telah diprint, dakwat dia akan jadi kembang dan pecah-pecah (kena elakkan dari terkena air). Untuk tugasan biasa dan print biasa-biasa bolehlah kalau nak print original tesis kenalah hantar kedai pakai printer yang kualiti supaya tesis korang nampak glossy dan cantik hehehe.Serius aku banyak pakai sampai la aku bekerja. Nak print resume, fotostat sijil,dan macam-macam lah.

Tapi yang sedih, Cik Canon MP287 aku ni dah menamatkan riwayatnya selepas 5 tahun berjasa dengan aku. Masa tu, aku nak print resume, tiba-tiba dia buat perangai asyik tersekat je kertasnya..tapi sempat juga berjasa printkan resume aku. Lepas beberapa hari aku nak on semula printer tu terus tak boleh on langsung. Sayang punya pasal, nak usaha juga hantar kedai untuk baiki tapi malangnya orang kedai kata motherboard dah terbakar. Kalau ganti ibarat beli printer baru je. Maka bersemadilah kau dengan tenang ye.

Canon Pixma G2000
Printer baru ku.

Memandangkan printer ni sangat penting untuk aku. Aku cadang nak beli printer baru. Cadang nak cari model canon MP287 juga, ya memang ada yang siap ciss dakwat luar tapi harga RM420! Dah la nanti waranti pun burn sebab kena modifikasi. Taknak tanggung resiko. Jadi kita cari yang lain tapi jenis ink juga.

Canon Pixma G2000
Lebih smart sebab tangki kat dalam. Lepas ni tak ada kotor tangan main dakwat dah!

Canon Pixma G2000
Sebelah kiri tangki dakwat hitam, kanan bewarna. Tangki pun besar!

Alhamdulilah ada model canon terbaru yang jenis ink tangki. Tapi tangki dia kat dalam.Harga pasaran Canon RM599. Berfikir juga nak beli atau tidak sebab rasa macam mahal je beli printer sampai RM500 lebih kan.. Tapi bila fikirkan aku perlukan sebuah printer untuk keperluan dan printer itu pun jenis menjimatkan dakwat (6000 page black, 7000 page colour) dan fungsi pun sama mcam MP287 iaitu boleh print, scan dan copy..aku pilih canon G2000 sebagai penganti MP287. Bak kata orang nak cari penganti kena cari lebih baik, bagus dan elok daripada yang lama..(sama macam nak penganti cinta hati jugalah kan mesti nak lebih elokkk..opps melalut sudah). Yang jenis G2000 memang tak ada modifikasi sebab 100% original seperti keluar dari kilang dengan waranti 3 tahun beserta dakwat canon original. Harga dakwat original pun RM30 sebotol.Yang penting dakwat itu jenis yang menjimatkan.

Print out Canon Pixma G2000
Hasil kerja Canon Pixma G2000. Puas hati!

Setakat ni aku guna, alhamdulilah baik sahaja. Dakwat pun cantik je. Diharapkan dengan perkongsian ni boleh bagi idea untuk korang pilih printer. Kalau ada printer yang pernah korang gunakan dan bagus! Boleh lah share kat sini..Opss nak bagitahu aku beli dengan harga RM522 (harga website Canon Malaysia RM599)..kenapa murah? Kenalah pandai servei-servei kedai dan pastikan original ye.

Ok bye😃

P/s: Alhamdulilah walaupun ink tu kena air, dakwat masih tak kembang..elokk je kat kertas. 

Kebaikan Evening Primrose Oil (EPO)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Lama Cik Farah tak kongsi info kesihatan.
Sebenarnya asyik bertanggung je untuk share info kesihatan berguna ni.

Cik Farah dah lama amalkan Evening Primrose Oil(EPO) ni tapi sebab dah rasa badan sihat terus tak amalkan lagi. Tapi sebelum tu nak bagitahu apa itu evening primrose??

Apa itu evening primrose oil?

Evening Primrose Oil adalah salah satu jenis minyak yang dihasilkan dari tanaman Evening Primrose. Tanaman ini termasuk dalam tanaman liar yang banyak ditemukan di kawasan Amerika Timur dan juga Amerika Utara.   

Kembali kepada tajuk perbincangan kita. Evening primrose ni aku amalkan masa zaman kampus lagi sebab masa tu masalah sengugut, so lepas makan tu alhamdulilah masalah sengugut berkurangan dan tak sakit lagi bila bulan mengambang.

Aku beli jenama Seven Seas kat Guardian (RM70.00 ++)

Aku beli 3 pack sekali gus (pakej 3 pack) jadi tahan 3 bulan punya stock sebab 1 pack ada 30 soft gel.

Dulu aku ada masalah period tak teratur, so sebab leceh sangat aku pergi klinik sebab nak minta ubat hormon.. Alhamdulilah dapat doctor yang bagi nasihat yang baik, dia taknak bagi aku pill horman sebab aku belum kawin, takut effect lepas berkahwin...dia nasihatkan aku ambil supplement seperti evening primrose untuk masalah wanita ni.

Alhamdulilah lepas makan, period pun ok lepas tu kulit rasa lembab, dan mengurangkan rambut gugur.

Tapi sekarang ni aku ambil semula dan tukar jenama, sebelum ni pakai Seven Seas tapi lepas tu aku tukar kepada Eurobio.. Konon nak try brand lain sebab sebelum ni pernah ambil vitamin C Eurobio dan sangat best! Pilih brand yang best dan berkesan je (rajin kita review yerrr)



Brand Eurobio Evening Primrose ni aku beli kat farmasi, beli botol besar terus 120 softgel je..senang tahan 4 bulan. Rm 52 je kat farmasi, (Watson dan Guardian rasanya tak ada brand ni). Alhamdulilah rasa serasi juga dengan brand ni, kulit rasa lembab je, rambut kurang gugur dan period kembali ok. Lepas tu sistem penghadaman pun bagus senang nak membuang pagi-pagi 😉

Lega botol besar terus!

Jenis soft gel, dalamnya jenis berminyak, walaupun besar senang je telan...

Antara kebaikan EPO yang boleh kongsikan;
  1. Membantu mengawal kitaran haid.
  2. Melegakan Sindrom Sebelum Haid (PMS) – iritasi, sakit kepala, sakit payudara dan senggugut.
  3. Mengurangkan simptom putus haid – panas badan, peluh sejuk kemurungan dan kekeringan faraj.
  4. Menggalakkan kulit yang sihat, muda berseri – bermanfaat kepada kulit yang kering, berumur atau berminyak. 
  5. Melegakan ekzema dan alergi kulit.
  6. Memperbaiki rambut yang kering dan rosak serta melegakan kulit kepala yang gatal.
  7. Menguatkan kuku yang mengelupas atau mudah patah. 



Kebaikan Dan Khasiat Evening Primrose Oil (EPO) 
#Info tambahan

Kebaikan EPO Terhadap Kesihatan kulit :~

  • Evening primrose oil pada awalnya digunakan secara meluas untuk mengurangkan masalah kulit seperti keradangan, kegatalan, kulit kering dan berkeruping (scaling) serta alahan. Kajian saintifik telah membuktikan Evening Primrose oil (EPO) mampu mengurangkan symptom eczema dan dermatitis iaitu sejenis penyakit kulit. EPO baik diamalkan oleh kanak-kanak dan dewasa yang menghadapi masalah kulit.
Kebaikan EPO Melegakan Symptom Prahaid (Pre Menstrual Syndrom):~

  • Kajian saintifik membuktikan EPO mampu membantu wanita yang mengalami symptom pra-haid (premenstrual syndrom PMS) seperti kemurungan, perubahan mood dan ketidakselesaan payudara .
Diabetic Neuropathy:~
  • Diabetic neuropathy merupakan masalah sistem saraf yang disebabkan oleh penyakit diabetes/ kencing manis. Antara symptom diabetic neuropathy adalah seperti berasa kebas, sakit dan berdenyut serta pengurangan deria rasa terutama pada kaki dan tapak kaki. EPO merangsang peredaran darah pada sistem saraf dan berkemungkinan mampu mengurangkan risiko dan symptom ganguan saraf yang disebabkan oleh penyakit diabetes/kencing manis.
Kesihatan Jantung dan Paras Kolestrol:~
  • Kandungan GLA dalam EPO merupakan sejenis asid lemak dalam kategori Omega-6, kajian mendapati GLA mampu mengurangkan paras kolestrol dalam darah yang menyebabkan penyempitan saluran darah (atherosclerosis). Atherosclerosis adalah penyebab utama serangan jantung (heart attact) dan stoke. Oleh itu pengambilan asid lemak Omega-6 dan Omega-3 yang seimbang dapat mengurangkan risiko serangan jantung.
Osteoporosis:~
  • Kajian mendapati individu yang kekurangan asid lemak perlu (essential fatty acid) terutama GLA dan EPA lebih cenderung mendapat masalah tulang rapuh. Pengambilan makanan tambahan GLA dan EPA (Omega-3) yang seimbang secara berterusan berkemungkinan dapat menguatkan struktur tulang dan seterusnya mengelakkan masalah tulang rapuh terutama bagi wanita berumur 65 tahun keatas.

Khasiat dan kegunaan lain EPO :~

  • Mengurangkan radang dan sakit sendi
  • Melegakan sclerosis
  • Kanser terutama kanser payudara
  • Mengurangkan tekanan darah

**Pengambilan Omega-6 (GLA daripada EPO) dan Omega-3 (daripada fish oil) yang seimbang meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan. Oleh itu pengambilan makanan tambahan EPO bersama-sama Fish Oil lebih memberi kebaikan daripada pengambilan EPO sahaja.


Pada pendapat aku, EPO ni memang bermanfaat diamalkan sebab dia jenis vitamin semulajadi. Tapi kesannya ikut orang juga, macam aku seminggu dah nampak kesannya, kelembabpan kulit memang terasa sebab aku jenis kulit kering kalau kurang minum air. Semua ni bergantung pada seseorang juga yang penting kena amalkan secara konsisten ye...(jangan nak hasil cepat je tau!)

Better amalkan supplement macam ni daripada supplement "segera" yang kita tak tahu kesan pengambilannya. Bukan aku nak burukkan produk baru yang berlambak dipasaran tu, tapi produk tak sampai setahun jagung dah claim tak ada kesan sampingan. So jadilah pengguna yang bijak.

Ok, sampai di sini sahaja perkongsian, jumpa next entry 😉


#Untuk masalah period kesan boleh dilihat selepas 2-3  bulan (masalah period tak menentu)..tapi bergantung pada individu juga..lepas ni boleh try EPO with fish oil pula. 😍
mengandungi pelbagai khasiat terutama untuk wanita. Bunga liar berwarna kuning ini, digunakan sebagai bahan kesihatan sejak dulu lagi. Tumbuhan ini juga dikenali dengan beberapa nama lain termasuk pokok demam, raja mengubati penyakit dan herba willow malam.

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef
mengandungi pelbagai khasiat terutama untuk wanita. Bunga liar berwarna kuning ini, digunakan sebagai bahan kesihatan sejak dulu lagi. Tumbuhan ini juga dikenali dengan beberapa nama lain termasuk pokok demam, raja mengubati penyakit dan herba willow malam.

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef
evening primrose mengandungi pelbagai khasiat terutama untuk wanita. Bunga liar berwarna kuning ini, digunakan sebagai bahan kesihatan sejak dulu lagi. Tumbuhan ini juga dikenali dengan beberapa nama lain termasuk pokok demam, raja mengubati penyakit dan herba willow malam.

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Eu evening primrose?
Primrose atau lebih dikenali sebagai evening primrose mengandungi pelbagai khasiat terutama untuk wanita. Bunga liar berwarna kuning ini, digunakan sebagai bahan kesihatan sejak dulu lagi. Tumbuhan ini juga dikenali dengan beberapa nama lain termasuk pokok demam, raja mengubati penyakit dan herba willow malam.

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef
Primrose atau lebih dikenali sebagai evening primrose mengandungi pelbagai khasiat terutama untuk wanita. Bunga liar berwarna kuning ini, digunakan sebagai bahan kesihatan sejak dulu lagi. Tumbuhan ini juga dikenali dengan beberapa nama lain termasuk pokok demam, raja mengubati penyakit dan herba willow malam.

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef
Primrose atau lebih dikenali sebagai evening primrose mengandungi pelbagai khasiat terutama untuk wanita. Bunga liar berwarna kuning ini, digunakan sebagai bahan kesihatan sejak dulu lagi. Tumbuhan ini juga dikenali dengan beberapa nama lain termasuk pokok demam, raja mengubati penyakit dan herba willow malam.

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef
evening primrose mengandungi pelbagai khasiat terutama untuk wanita. Bunga liar berwarna kuning ini, digunakan sebagai bahan kesihatan sejak dulu lagi. Tumbuhan ini juga dikenali dengan beberapa nama lain termasuk pokok demam, raja mengubati penyakit dan herba willow malam.

Today Deal $50 Off : https://goo.gl/efW8Ef

Ayat-ayat Syifa dalam Al-Quran (Penyembuh)



Assalamualaikum..
Aku nak share ilmu yang bermanfaat ni. Jom kita amalkan untuk kesihatan rohani dan jasmani.




1) Dan qur’an menyembuhkan hati orang-orang mukminin.
2) Dan penyembuh bagi suatu penyakit yg ada didalam dada.
3) Keluar dari perutnya minuman yg beraneka warna menjadi penyembuh bagi manusia.
4) Dan kami turunkan dari Qur’aan sesuatu yg jadi penyembuh dan rahmat bagi orang mukminin.
5) Dan apabila aku sakit, maka ia Allah menyembuhkan aku.
6) Katakanlah hai Muhammad. ia (Qur’aan) menjadi petunjuk dan penyembuh.



Keterangan:
Syeikh Imam Abil Qasim Al;Qusyairi menerangkan, bahawa suatu waktu anaknya sakit yang membimbangkan sehingga beliau merasa putus asa. Dalam tidurnya beliau bermimpi bertemu dengan Rasullulah s.a.w. dan beliau bertanya apakah ada ubat bagi penyakit yang dideritai oleh anaknya. Rasulullah s.a.w. berkata ” Apakah kamu tidak mengetahui ayat-ayat syifa?” Lalu Abil Qasim membuka Al-qur’an dan menemui ayat-ayat tersebut diatas lalu beliau segera menulisnya diatas kertas dan dilunturkan dalam air, lalu diberikan anaknya minum. Tidak lama selepas itu, anak yang sakit itu beransur sembuh dan akhirnya benar-benar sembuh.

 p/s: Boleh dibaca tiap kali lepas solat..Cik Farah edit untuk memudahkan pembaca menghafal. Boleh share.


Ayat Kursi 9 Wakaf

Assalamualaikum...
Selalu kita baca ayat kursi terus je, kadang-kadang tak tahu mana patut wakaf, mana tidak.
Jadi kali ini mari kita perbaiki bacaan kita dengan betul, iaitu baca dengan 9 wakaf seperti di bawah:





Maksudnya:
Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).


Cara untuk melindungi diri:

1. Baca Ayatul Kursi dengan 9 wakaf
2. Untuk melindungi diri sendiri: selepas baca ayatul kursi tiup disekeliling mengikut pergerakan tawaf kaabah, dengan niat melindung diri.
3. Untuk melindungi rumah: baca ayatul kursi sambil berjalan mengelilingi rumah (mengikut pergerakan seperti tawaf kaabah). Berjalan sama ada didalam atau diluar rumah.



P/s: Cik farah akan ulang ayat ke 8 dan 9 sebanyak 7x sebagai niat untuk melindungi diri dari niat-niat jahat makluk Allah (seeloknya tiap kali lepas solat, keluar rumah dan nak tidur). Semoga kita dilindungi dari niat jahat manusia, jin dan syaitan. Semoga memberi manfaat..ameen yarabbal alamin..


Kelebihan Selawat Tafrijiyyah atau Selawat Nariyah

Assalamualaikum, kali ni Cik Farah nak share tentang selawat yang baik diamalkan iaitu Selawat Tafrijiyyah atau Selawat Nariyah atau Selawat Kamilah.

Selawat Tafrijiyyah



Yang bermaksud:
"Ya Allah! Limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berilah kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu dan terbukanya kesempitan serta didatanginya semua hajat dan diperoleh semua pemberian serta Husnul Khatimah (sempurna akhir hayatnya) dan diturunkan siraman mendung hujan lantaran keagungan baginda. (Dan limpahkanlah rahmat dan salam) kepada keluarga baginda dan sahabat di dalam setiap kerlipan mata dan nafas dengan bilangan semua yang diketahui oleh-Mu, wahai Zat yang menguasai seluruh alam".



Cik Farah juga dah edit sekali Jawi dan Rumi agar mudah pembaca membaca. Mula-mula agak payah juga nak menyebut tapi praktik banyak kali alhamdulilah lancar. Semoga memberi manfaat kepada semua. Kalau nak copy picture di bawah silakan...halal ilmu dunia akhirat.

Versi Jawi Rumi

Fadhilat Selawat Tafrijiyah
Antara kebaikan pengamal selawat ini:-
1. Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya.
2.Allah akan memudahkan segala urusan hidupnya.
3.Dipancarkan nur (cahaya) dalam hatinya juga ditinggikan martabatnya.
4.Suaranya didengari serta pandangan dan pendapatnya diterima ramai
5.Dia dilindumgi daripada segala bencana dan malapetaka.
6.Dia sentiasa dicintai oleh semua orang.
7.Segala yang dihajati akan dimakbulkan Allah.
8.Dimurahkan rezekinya, dijauhkan daripada kelaparan dan kemiskinan.
.
 Imam ad-Dainuri r..a.
  1. 11 x – setiap kali selesai solat fardhu, diberkati rezeki, ditinggikan darjat dan dijanjikan husnul khatimah.
  2. 41 x – setiap malam secara istiqamah akan tercapai segala hajat.
  3. 100 x – setiap selepas solat Hajat beberapa malam- menyelesaikan masalah.
  4. 313x – setiap hari, mengetahui rahsia ghaib atau sesuatu yang dikehendaki.
  5. 1000x – tercapai segala cita-cita dan tersingkap rahsia yang dikehendaki.
.
Imam Qurtubi r.a.
41 x / 100x – Allah hilangkan segala dukacita dan kesusahannya, memudahkan segala urusan, mengangkat martabat dan darjat, menambahkan haibahnya, meluaskan rezeki dan membuka pintu kebajikan.
.
Imam Sayyidi Muhammad Khafi r.a.
Baca 4444 x dalam tempoh 7 hari 8 malam, kemudian diikuti dengan doa Selawat Nariyahh; Insya Allah tercapai hajat dengan baik dan sempurna.
.
Apabila dibaca 3 kali selepas selesai solat fardhu maka pahalanya samalah seperti haji mabrur/haji yang maqbul.


KELEBIHAN LAIN:

1. Menurut Imam Ad-Dainuri, barangsiapa membaca selawat ini 11 KALI setiap hari setiap lepas sembahyang lima waktu, REZEKInya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi.

2. Menurut Imam Al-Qurtubi, barangsiapa membaca selawat ini 41 KALI atau 100 KALI, ALLAH akan menghilangkan segala dukacita dan dimudahkan segala urusan kehidupan.

3. Barangsiapa membaca selawat ini 313 KALI setiap hari, nescaya akan terbuka beberapa rahsia ghaib.

4. Barangsiapa membaca selawat ini 4444 KALI akan tercapai segala cita-cita dan hajat dunia dan akhirat. Selawat yang aku amal bertahun-tahun lamanya,ini lah selawat yang banyak melepaskan aku dari segala permasalahan, dengan berkat selawat kepada junjunganku Nabi Muhammad SAW, segala permasalahan aku dalam perubatan, dalam perniagaan dalam kehidupan sentiasa di beri pertolongan Allah... Selawat ini selain dari nama Tafrijiyah, aku sendiri memanggilnya selawat yang melepaskan segala permasalahan, tak kira apabila kita sakit, disihir, masalah perniagaan, inginkan pelaris dan bergantung pada niat kita..
Antara kelebihan berselawat ialah :
i). Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda – (Hadis Riwayat Muslim.)
ii). Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.
iii). Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insyaAllah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.
iv). Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5. Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

8. Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki dan sebagainya dalam dirinya.

10. Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, insya-Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahu pun di akhirat.

11. Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.

12. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

13. Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaan-Nya.

14. Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

15. Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

16. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.

17. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.

18. Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.

19. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.

20. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.

21. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.

22. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, insya-Allah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.

23. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.

24. Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmat-Nya.

25. Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya-Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.

26. Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.

27. Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.

28. Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.

29. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Hadis Riwayat Abu Naim.

30. Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat – Hadis Riwayat Thabrani 


p/s: Alhamdulilah hati berasa tenang lepas mengamalkannya. Semoga memberi manfaat.

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH