Bantuan Khas RM500.

 http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcT4E__Gentptm5PjzuorI0txneC1ctFVjIF95fhmx0HRlfyq8wm

KUALA LUMPUR: Pendaftaran permohonan bagi bantuan tunai RM500 untuk meringankan beban kos hidup rakyat yang berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah boleh dibuat mulai 10 Disember ini untuk tempoh sebulan, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Pembayaran bantuan wang tunai hanya akan dibuat kepada ketua isi rumah yang layak mulai pertengahan Januari tahun depan. Borang permohonan akan diagihkan secara percuma di semua Jabatan Pembangunan Persekutuan, pejabat cawangan dan pusat khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) serta agensi kerajaan.

Borang yang lengkap diisi berserta salinan kad pengenalan hendaklah diserah untuk proses pendaftaran di Jabatan Pembangunan Persekutuan/Negeri, sekolah terpilih dan semua pejabat cawangan LHDN di seluruh negara


P/S : Nak mohonlah boleh top up duit study untuk beli buku :)

No comments

Post a Comment

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH