Rindu Kenangan Lalu.

Assalamualikum,

Dinner Malam Seribu Harapan. With Faridah.



Penat study kenalah mengadap blog sebentar.
Tadi text my best friend forever, Faridah!
Sangat rindu budak yang bernama Faridah, masa kat USM dialah kawan dari tahun satu sampai final year, dialah roomate masa tahun 3, roomate setahun dengan dia. Dialah teman ke mana-mana, dan paling best kami sekepala. Walaupun kami ber4 tapi aku paling rapat dengan Faridah sebab sama kolej, sama kos, sama major, sama minor semua sama. hehehe. Dan last year kami dapat bilik sama. Yahoooo.


Wajah kesayangan hamba. Izzah, Aku, Faridah dan Yong

First year at USM.

First time kenal Faridah pada minggu orentasi, dia from Terengganu. Kami mula rapat dan jadi best friend. Last year tu kami minta roomate sama, sebab mula-mula ingat tak boleh pilih roomate, ingatkan cuma mpd je boleh pilih so kami pun isi borang untuk roomate sama. Sangat best bila roomate sama, semua together dan sudah semesti kami membuka pintu seluas-luasnya untuk best friend kami iaitu Yong dan Izzah. Memang mereka selalu lepak bilik kita orang termasuk kawan-kawan yang lain.

First time buat kuah spagetty. Cair tapi yummy. sampai tersandar korang makan kan.

Jalan-jalan cari makan.


Yang best! masa nak buat final projek, masa tu semester 5. aku beli hamster masa field work ke Syarikat Rapid Penang. Hasil usaha kami kami dapat pingat GOLD. Masa tu memang bela hamster dalam bilik, sangat best, hilang tension dan of courselah kami berdua sangat sayang haiwan kecil itu. Tapi dah tinggal kenangan semua itu, hamster sudah tiada.

Apa kes ni?



Bila roomate sama banyak kenangan bersama. Teringat masa zaman dulu, masa tu memang gila drama korea. Faridah memang kaki download cerita, suka tengok dia ketawa dan menagis sorang-sorang tengok cerita korea di laptopnya bersama earphone di telingga (gedabak earphone yang dibelinya). Aku pun suka juga korea drama tapi aku lebih gilakan computer games masa tu.

Sangat teruja, akhirnya dapat Gold award. Tak rugi sampai tak tidur buat banner dan video masa tu.


Kami paling adore nasi kerabu pasar malam sungai dua. Hari sabtu mesti menapak cari makanan kat pasar malam. Menu utama ialah nasi kerabu!! aduhh sedap gila wei. Dan paling best bila bulan Ramadhan, mesti pergi bazar sungai dua atau RST cari makanan. Paling kerap pergi gerai tomyam atau nasi kandar untuk berbuka puasa. Penang memang best! dan USM Penang adalah universiti paling strategik sekali untuk ke hulu atau ke hilir! Usah risau bab makanan kerana hanya berjalan kaki 10 minit korang boleh pilih restoren tomyam, gerai, KFC, Mc D, Pizza dan Tesco. Sekeliling USM semua ada! tak perlu risau kalau makanan di cafe tidak sesuai dengan perut korang!

BBQ last year bersama kawan-kawan sama batch yang sama kolej! Best! Perut penuh gila time ni.

Oklah sampai sini je. Hilang sikit rindu pada kawan-kawan lama bila dah tengok gambar ni. Sekarang aku sorang je di UKM, korang semua bawa haluan masing-masing. :(  Harap boleh jumpa lepas ni.

Bai!

3 comments

  1. Mana hamsternya ? Mati ke ? Bestlah kalau dekat nak cari makan . Kikiki

    ReplyDelete
  2. hai farah.Thanks a lot la ngan u punyer ruangan ni. I memang suka coz i'm 1st timer. Banyak lagi i nak tanya tapi i x kenal lagi mana Tab, mana hover dan banyak lagilah. Hopefully u can help me. I LIKE

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH