Minggu yang agak huru-hara.

Assalamualaikum,

Lega! hanya untuk minggu ini sahaja sebab 2 agsimen sudah siap dan perlu di hantar minggu ni. Presentation individual field work sudah present semalam dan cuma hantar full report je lusa dan already siap.
Tak perlu ambil full capture sebab pasti serabut!

Semalam hari yang sangat risau sebab kena present pasal individual field work. Tapi alhamdulilah semuanya berjalan dengan lancar walupun diwajahku terpamer getaran. Semalam lepas lepak makan-makan dengan member memang pekena kopi ais sebab nak stay up mata malam untuk buat tugasan yang kena hantar today, yela sebab semua kerja dapat dalam satu masa so kena pulun la dalam masa tu juga. Memang hajat nak stay up malam tadi tapi lepas mandi bagai, kepala macam hilang kawalan sebab rasa sangat sakit dan mungkin penat presentation tadi. So i'm sleep je la. Dalam hati memang risau tapi minda kata "kita perlu kawal keadaan bukan keadaan yang kawal kita"

Minyak angin, balm kena ada sebagai pasukan sorak!



Yes right, kalau kita paksa diri kita dan kita tahu kita mungkin tak dapat buat yang terbaik pada masa tu, it bad juga kan so kena kita kawal keadaan. So, alhamdulilah bangun pukul 5 pagi, terus buat tugasan, solat dan continue lagi sampai settle. Mandi dan tengok kain sebaldi, ada masa sebelum keluar discussion so basuh kain, tengok meja macam tongkang pecah, atas katil penuh buku, bawah katil pun ada buku..kemas and done! mata pun rasa tak la semak lagi menyemakkan!

Tak perlu tunjuk semua ye!

Sekarang bebanan minggu ni dah settle, tapi ada 3 bebanan lagi kena tanggung. Next week field work ke Melaka under group, kena sediakan report, 2 orang 1 group. Lepas tu kena fikir pasal projek pembangunan lestari dan siapkan full agsimen teory globalization. Dan seterusnya kena mengadap paper - Exam la! Lepas tu cuti sebulan, boleh lah rehatkan kepala hotak tapi masih runsing pasal resultkan? Takut woi kena pastikan B ke atas kalau tak kena repeat la. hohoho. Dapat A+ pun jadilah :)

Ok bai, nak pergi fakulti ni, nak discussion! Stay sampai malam coz class 8pm - 10pm

Baiiiiiiiii berkali-kali!

4 comments

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH