Selamat malam, esok dah kena balik KL, bila balik KL kena balik Bangi, bila balik Bangi kena balik kampus, bila balik kampus kena balik UKM, bila balik UKM kena balik kolej, bila balik kolej kena balik zaba tercinta dan bila sudah berada dalam zon itu maka bermulalah segala minda, otak, jiwa dan raga kena memberi tumpuan kepada tugasan yang berlambak, buku-buku dan artikal serta segala bahan ilmiah yang sangat masyuk! Dan paling penting exam yang tidak lama lagi akan memerah kepala otakku.
Alhamdulilah, dapat maklumat untuk field work. Berbaloi balik kampung dalam keadaaan genting ini. Terima kasih kepada semua pihak yang bekerjasama dengan aku. Penat tapi puas!
Nanti mesti home sick! |
Minggu depan adalah minggu memerah keringat serta otak kerana 3 kerja kena hantar dalam minggu depan juga. iaitu 14 Disember dan 15 Disember. Tersangatlah rapat jarak itu untuk pulun semua kerja itu sekali gus. Lepas tu kena fikir lagi 3 agsimen yang kena buat. Field work group pun ada juga. Sangat busykan macam PM hahaha.. Tapi masih ada masa update blog kerana aku blogger tegar. Rasa perasaan tak best kalau tak update.
Bila berada di kampung rasa sangat heaven. Ada ayah dan mak tempat nak mengadu segala bebanan ini. Mak dan ayah selalu bagi semangat. Hilang rasa bebanan ini. Dan paling happy dapat rasa masakan mak. Bila balik kampung je semua benda nak makan mesti dapat. Rasa sangat enjoy dan of course perut pun full je. Tidur sudah semestinya lena hahaha..
Kepada reader sekalian, SORRY sebab tak balas komen sorang-sorang sebab apa yang korang nak ada dalam tutorial, aku dah sediakan, so usahalah cari sendiri. Takkan nak suap sorang-sorang macam baby kan.. Usaha tanda kejayaan. So chayok! Aku pun busy sekarang, memang tak ada masa nak reply semua komen sebab apa yang tanya sudah sedia ada DI SINI.
OK, bye! nak sambung buat kerja, packing barang dan zzzz. Esok kembali ke kota huru haraku!.
dulu time org study pon selalu dlm dilema camtu ... tp skang bile dah keje, mmg dok dgn family, best sgt, hehe~
ReplyDelete@✿ pink velvet ✿
ReplyDeleteduduk dengan family sangat best! hehehe
@♥Cik Nurfarah♥ saya berminat untuk sambung master di ukm.. bole x sis bagi email..sy nk tye serba sedikit..hehehe..harap bole membantu
ReplyDeletesis ..saya bermiinat untuk smbung master di ukm..mntk email bole..nk tye somthing..heehee..arap sis bole bantu
ReplyDelete