Tiada Lagi...

Sia sia sudah
Kita jalin cinta
Bila hati selalu berbeda

Sampai kapan lagi
Ku harus menahan
Rasa kecewa di dalam dada

Seandainya kita masih bersatu
Tak mungkinkan menyatu
Walau masih ada sisa cinta
Biarkan saja berakhir sampai
Di sini

Tiada lagi yang ku harapkan
Tiada lagi yang ku impikan
Biar aku sendiri tanpa diri mu

Tiada lagi kata cintaku
Takkan lagi ku bersama mu
Biar ku simpan semua
Kenangan ku bersamamu…

p/s: Ku harap lepas ni keputusan yang aku buat betul...dan diredhai Allah..doakan Farah ye..


Bila Lelaki Kehilangan Tulang Rusuknya

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI: Kamu!!!

WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku.
Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...
Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.
Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".
LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.
LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".
Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di
hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?

WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI: Belum.

WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima?? 


Sumber : IluvIslam


Dalam hadits shahih disebutkan:
"Sesungguhnya wanita diciptakan dari tulang rusuk. Dan sungguh bahagian yang paling bengkok dari tulang rusuk adalah yang paling atasnya. Bila engkau ingin meluruskannya, engkau akan mematahkannya. Dan jika engkau ingin bersenang-senang dengannya, engkau boleh bersenang-senang namun padanya ada kebengkokan." (HR. Al-Bukhari no. 3331 dan Muslim no. 3632)

Tertuduh dan Dituduh.

Assalamualaikum,
selamat pagi Malaysian.
Korang pernah tak dituduh dan tertuduh padahal korang langsung tak melakukan perkara tersebut. Mesti sedihkan bila kena tuduh.

Begitu juga dengan aku, sebab kerana perkara tersebut aku dituduh. Sedih sangat bila dituduh sedemikian rupa. Rasa sayu sangat hati ni. Hanya Allah yang tahu.

Tak apalah, semua yang berlaku ada hikmah. Mungkin Allah nak tunjukkan sesuatu agar aku mengambil keputusan yang terbaik untuk tunjukkan siapa dia sebenarnya. Sebelum ni banyak kali aku maafkan dia. Aku cuba untuk faham dia, cuba untuk jadi pendengar setia dan cuba untuk bersabar dan kembali senyum jika ada masalah dengan dia. Tapi sebab perkara remeh aku dituduh sedemikian rupa. Sedih bukan sebab sakit tapi sedih kerana segala yang dilakukan hanya sia-sia. Sedih kerana selama ini segala kekhilafan yang dilakukannya aku maafkan tanpa rasa dendam. Sedih hanya kerana dia aku jentik hati seseorang.

Entah la, tapi hati ini sangat sayu. Aku boleh maafkan dia tapi untuk seperti dulu, mungkin tidak kerana hati ini sudah JAUH :'(



Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu




Sedihnya Bila Balik KL.

Assalamualaikum..
Selamat malam, esok dah kena balik KL, bila balik KL kena balik Bangi, bila balik Bangi kena balik kampus, bila balik kampus kena balik UKM, bila balik UKM kena balik kolej, bila balik kolej kena balik zaba tercinta dan bila sudah berada dalam zon itu maka bermulalah segala minda, otak, jiwa dan raga kena memberi tumpuan kepada tugasan yang berlambak, buku-buku dan artikal serta segala bahan ilmiah yang sangat masyuk! Dan paling penting exam yang tidak lama lagi akan memerah kepala otakku.

Alhamdulilah, dapat maklumat untuk field work. Berbaloi balik kampung dalam keadaaan genting ini. Terima kasih kepada semua pihak yang bekerjasama dengan aku. Penat tapi puas!
Nanti mesti home sick!

Minggu depan adalah minggu memerah keringat serta otak kerana 3 kerja kena hantar dalam minggu depan juga. iaitu 14 Disember dan 15 Disember. Tersangatlah rapat jarak itu untuk pulun semua kerja itu sekali gus. Lepas tu kena fikir lagi 3 agsimen yang kena buat. Field work group pun ada juga. Sangat busykan macam PM hahaha.. Tapi masih ada masa update blog kerana aku blogger tegar. Rasa perasaan tak best kalau tak update.

Bila berada di kampung rasa sangat heaven. Ada ayah dan mak tempat nak mengadu segala bebanan ini. Mak dan ayah selalu bagi semangat. Hilang rasa bebanan ini. Dan paling happy dapat rasa masakan mak. Bila balik kampung je semua benda nak makan mesti dapat. Rasa sangat enjoy dan of course perut pun full je. Tidur sudah semestinya lena hahaha..


Kepada reader sekalian, SORRY sebab tak balas komen sorang-sorang sebab apa yang korang nak ada dalam tutorial, aku dah sediakan, so usahalah cari sendiri. Takkan nak suap sorang-sorang macam baby kan.. Usaha tanda kejayaan. So chayok! Aku pun busy sekarang, memang tak ada masa nak reply semua komen sebab apa yang tanya sudah sedia ada DI SINI.

OK, bye! nak sambung buat kerja, packing barang dan zzzz. Esok kembali ke kota huru haraku!.

Minggu Otak Kepenatan

Assalamualaikum,
Masih lagi bergelumang dengan kerja-kerja sarjanaku.
Penat perah otak, perah sampai kering, menelaah segala jurnal, artikal, buku-buku termasuk muka buku untuk melempiaskan rasa tension ni. Serius otak aku penat rasa sangat tersekat-sekat.. aduhh parahh.

Ingatkan boleh settle cuti seminggu masa kat kampung tapi tak settle sepenuhnya. Perlu lagi bergelumang dengan kerja ni..dan kerja lain pun macam ombak rindu datang menerpa. Ketensionan makin melanda. Opss tak boleh cakap tension tapi tuah!

Otak aku selalu mengigatkan aku bahawa perlu bersakit-sakit dahulu dan bersenang-senang kemudian. Doa mak ayah sebagai pengiring, sebagai motivasi agar tidak rebah macam hangat-hangat tahi ayam je kan..

Nak sambung kerja tapi otak macam jem je nih. Memang date hantar kerja ni lambat lagi tapi masa tak boleh dilewat-lewatkan. Masa itu sangat berharga. Banyak lagi tugasan baru beratur..aduhhh kusutnya.

Aku rasa situasi aku macam gambar di atas, otak semak dengan paper work yang makin berantai-rantai dan bertali arus. Kena juga luahkan dalam blog nih.. luahkan luahkannnn...

Ok good nite korang, aku tengah fikir sama ada nak tidur atau nak cari ilham lagi. Kopi dah ditegukk satu kole! tapi otak masih beku  nihh mungkin banyak sangat fikir..

Bangun Farah! usah bermimpi! kau kena kuat! kuat! kuat! kuat!!!! pandang ke hadapan!!!!!
Semoga Allah memudahkan segala urusan Cik Farah, aminn...
*aminnkan ramai-ramai ye.

Sedihnya, bila orang salah ertikan niat kita :"(



Sangat sedih..
Rasa macam dibunuh je mood ni.
Dicampak...ditikam dan di bakar..
Serius aku sangat sedih..

Kenapa ada sesetengah pihak suka salah ertikan apa kita buat?
Serius, aku nak sambung belajar bukan sebab nak menunjuk-nunjuk yang aku lagi "high" dari orang lain..memang sama sekali tidak.. langsung tak terlintas dari kotak fikiran aku.

Sampai hati cakap macam tu, i'm so sad..aku cadang nak sambung study kerana itu memang cita-cita aku. Sebab keinginan aku kerana Allah Taala. Bukan sebab nak "show" aku terbaik dari orang lain. TIDAK.

Kenapa ada orang fikir macam tu? kenapa???

Orang lain ada belajar sampai PHD, dan lagi tinggi tapi tak pula fikir itu cuma nak menunjuk-nunjuk.

Mood aku dah dibunuh, tapi insyaallah belum mati lagi. Melainkan aku sendiri gugur sebelum berjuang.


Ya Allah, berikan aku semangat, kekuatan dan mudahkan segalanya.


p/s : kalau ini bukan takdirku, aku redha..apa yang kita suka, belum tentu Allah suka. Segalanya ada hikmah :'(

Bersabarlah wahai hati, kau ada Allah sebagai tempat mengadu. DIA lah yang terbaik. Alhamdulilah hatiku cepat tenang.

Jika Tiada Jodoh Antara KIta.



Jika tiada jodoh antara kita
Janganlah engkau menyalahkan takdir
Kerana itu memang suratan antara kita

Jika tiada jodoh antara kita
Janganlah engkau berikan aku alasan
Alasan mengatakan aku curang

Jika tiada jodoh antara kita
Terimalah seadanya
Bahawa aku bukan untukmu

Jika tiada jodoh antara kita
Janganlah engkau merosakkan dirimu
Kerana mungkin ada cinta sejati menantimu

Jika tiada jodoh antara kita
Janganlah engkau berdendam kepadaku
Kerana itu bukan kehendakku

Jika tiada jodoh antara kita
Biarlah kenangan itu berlalu
Usah engkau simpan lagi

Jika tiada jodoh antara kita
Mungkin itu terbaik untukmu
Untuk memdapat cinta yang baru

Jika tiada jodoh antara kita
Mungkin itu adalah hikmah
Kerana itu adalah yang terbaik untuk kita


Jika tiada jodoh antara kita..
Aku redha...

Nurkilan : Miss Farah ( pemilik blog ini )

buang cinta lebih baik kita putus

Dapat jugak semua gambar aku!!

Rindu pada Kaabah..tenang bila disana..


Pergilah segala kesedihan hatiku!!
Allah Maha Penyayang..
Hatiku memang mudah tersentuh..
Tapi cepat sejuk..kesedihanku pergi bersama air mataku..Alhamdullilah..mungkin sbb namaku bermaksud " cahaya kegembiraan "..mudah sejuk hatiku..mudah utk kembali "happy" walau xseberapa nak happy...
Aku dah dpt smua gambar aku semasa buat umrah di Mekah dan Madinah..
Insyalah akn ku kongsi pgalaman semasa di sana...
Kepada kalian semua berdoalah agar nama kalian tertulis dan dapat menjejakkan kaki di sana..amin..


Jangan bersedih..

Cinta hati anda sudah lari??
Pergi meninggalkan anda?
Pergi dengan perempuan or lelaki lain?
Pergi selamanya ke alam yang kekal abadi?
Apa2 persoalannya putus cinta?
Putus kasih?

Ok2...tapi perlu di seru!!! Jangan bersedih..
Jangan meratap..
Jangan..jangan..dan jangan..bertenangla wahai saudara saudari...
Apa yang terjadi ada hikmah disebaliknya..
Hari ini dia meminjankan dengan seseorang (cinta hati ), selepas itu Dia mengambil semula seseorang itu..
Terimalah seadanya kerana..
Allah nak hadiahkan kita yang lebih baik apa yang kita ada...

Ingatlah..Jika doamu dimakbulkan tandanya Allah menyanyangimu, jika lambat dimakbulkan tandanya Allah ingin mengujimu dan jika tidak dimakbulkan jgnlah kamu sedih, kerana Allah merancang yang terbaik buatmu...


Yang pergi biarlah dia pergi...

Bercayalah, tiada cinta yang kekal selain dari cinta ALLAH kepada makhluknya..

http://1.bp.blogspot.com/_LsbufvCUR_8/TBhOGtP0T8I/AAAAAAAAAIc/IPMR7oGL2I4/s320/i-love-allah%5B1%5D.jpg

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH