Monday, February 21, 2011

Penantian itu adalah satu penyeksaan..

http://2.bp.blogspot.com/_ShOJKgX9XPs/TA8OpdAbUvI/AAAAAAAABo0/N3SZ5SDI6nI/s1600/im_so_tired-1584.jpg

Assalamualaikum.
Lega dan lega rasanya selepas menjalankan tanggugjawab..chewahh tanggungjawab lah sangat!
Sebenarnya aku bukan nak cerita aku menjalankan tanggungjawab kepada negara tapi nak bagi tahu bahawa penantian aku amatlah seksa. Kalau tak sabar memang aku jadi HULK je dan membelasah semua orang. Ok,ok sabar itu sebahagian dari iman. Tak boleh marah-marah sebab orang yang pemarah sahabat syaitannn.. Begini ceritanya. Pagi tadi lebih kurang pukul 11.30 pagi aku pergi Bank untuk melunaskan pinjaman PTPTN aku. Walaupun aku tidak bekerja aku masih ingat nak bayar. Korang yang dah bekerja jangan tak bayar-bayar ye. Masa aku nak menjejakkan kaki kat Bank tu..fulamak punyalah ramai kelibat manusia di sini. Aku tekan nombor giliran. Makk aii sampai 40 orang gabnya. Okeh aku tanya kaunter bank..dia suruh isi borang bagai. Hati aku dah berdetik nak blah je tapi kalau blah esok pun mungkin ramai orang juga. So dengan penuh kesabaran aku pun menunggu..tunggu..dan tunggu. Sambil tunggu giliran tu aku ni jadilah pemerhati gelagat manusia. Macam-macam ragam aku tengok. Adalah perempuan tu dia dengan mak dia. Mak dia tu dah tualah juga. Dia tu beranak kecil. Kesian juga aku tengok mak dia tu kena arah kehulu-kehilir. Tapi aku tengok jelah..siapakah aku nak menegur mereka. Karang silap cakap kena penampar pulak. Manusia sekarang ni walaupun kita tegur benda kecil dah berapi-rapi tak suka. So lantak engkaulah kan.. Memang lama sangat penantian aku. Muka aku ni dah naik merah padam. Eyeliner aku pun dah pudar kot.. Jam dan hampir pukul 1 tengah hari. Nombor aku hanya 4 gab je. Memang rasa tak sabar-sabar tunggu. Tiba-tiba entah dari mana mak cik tua tu potong nombor aku. Boleh pulak anak dia cakap orang tua tak apa. Aku tengok tak ada la tua sangat. Nak marah pun ada..tapi sabarkan je. Kalau aku ni jenis mulut biadap memang kena laser lah kot mereka tu tapi stay senyap walaupun muka aku dah merah padam. Bila kaunter sebut nombor selepas aku. Terus aku meluru ke kaunter tersebut. Aku peduli apa..sebab kalau tunggu-tunggu aku tak dapat giliran sebab nombor aku dah kena potong. Aku tunjuk kat penjaga kaunter tu nombor aku. Dia kata kat orang belakang aku tunggu dulu sebab nombor aku dulu dari dia..nasib baiklah boleh. Aku pun tunjuklah segala dokumen untuk buat pembayaran PTPTN. Lepas orang tu kata dia nak nombor rujukan surat tawaran. Aku tunjuk surat tapi tak ada. Then dia kata BSN hanya nak nombor surat tawaran PTPTN je, kalau pakai nombor lain kot tak terima pula. Orang tu kata suruh aku dapatkan nombor surat tawaran dan datang semula ke kaunter. Aku pun bergegas pergi cc. Then buka web PTPTN tapi jenuh cari tak dapat. Aku terus call talian hotline PTPTN dan akhirnya dapat juga nombor surat tawaran. Bergegas pula pergi Bank..mak oii lagi ramai orang..dan aku pergi depan kaunter dan nasib baik orang tu panggil..akhirnya aku selesaikan RM200 untuk PTPTN dan cas perkhidmatan RM1 sahaja. Penat menanti dan penat ke hulu hilir tapi alhamdulilah dah selesai. Lepas ini terpaksa buat semula surat penangguhan bayaran balik PTPTN. Hajat nak sambung MASTER. Aku harap apa-apa keputusan lepas ini dirahmati Allah..amin.

p/s : Terima kasih kat mak sebab bagi duit untuk bayar PTPTN. Korang tu bila nak bayar?

4 comments:

  1. kesimpulan cerita ini adalah ko berjaya bayar ptptn ko.. haha.. KO nak amik master kat na? nak join

    ReplyDelete
  2. @sicKo^

    join2..hehhe..dalam perancangan antara ukm atau usm

    ReplyDelete
  3. Bulan 3 ni....adalah bayaran terakhir Pinjaman Yayasan Pahang. Yeah......takdak hutang dah...

    ReplyDelete
  4. Assalam...
    akhirnya dapat jugak settlekan bayaran PTPTN ye :)

    Jom tgk link ni:-
    Hot!! Kesabaran Diuji dalam cuaca HOT"

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Terima kasih lepak sini, nanti datang lagi yer..
Sayang Korang...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 Blog Cik Nurfarah. All Rights Reserved. Designed by Blog Cik Nurfarah.