Sunday, May 15, 2011

Komen Aku untuk 3 filem seram ini.

Assalamualaikum..
2-3 hari ini mood aku adalah melayan filem seram.
Sebenarnya aku ni bukan kaki movie sangat cuma dulu-dulu ( time study kat USM ) memang suka tengok wayang.. Kalau jalan-jalan window shopping mesti aku nak tengok wayang sebab saja nak berehat-rehat..penat kaki weh hehehe.. Memang akan plan awal-awal sebelum pergi jalan dengan kawan-kawan. Aku akan "cari" kat internet filem apa yang best and also cinema online.. Tapi sekarang hanya layan cd atau download movie kat internet je..maklumlah kawan-kawan semua dah buat haluan masing-masing..aku pula terperuk di daerah yang terpencil ini dan bekerja je life aku sekarang..cuma hari minggu je dapat layan blogger hahhaa..blog walking plak memang dah tidak lagi sekarang..sebab memang kesuntukan masa.. @_____@


http://2.bp.blogspot.com/_BJwwkZM_phQ/TQ7zqGAxGdI/AAAAAAAAAWI/i3oSFNNF9OI/s1600/hantu-kak-limah2.jpg

Hantu Kak Limah Balik Rumah

Memang aku ada tengok cerita ni dulu tapi sekerat je tak sempat nak tamatkan..kerana mood movie sudah datang aku tengok dari awal sampai habis. Ketinggalan gila aku weh..orang dah heboh dan terpengaruh dengan cerita ni aku baru nak layan hahaha.. Cerita ni memang seram komedi.. Memang aku ketawa jugaklah tengok cerita ni hahaha.. aku bagi 4 bintang.. Pada aku cerita ni tak membosankan.. Ku sangkakan kak limah yang hantu rupanya cik in yang hantu..

http://2.bp.blogspot.com/_MuGfCmiNLMA/TQnfXHhTEdI/AAAAAAAAAuM/aVWAT1O_ouU/s1600/postersiniadahantu.jpg


Sini Ada HANTU

Bila first time aku tengok posternya macam seramlah juga tapi langsung tak seram. Kerana posternya jugalah aku merajinkan mata aku untuk menonton filem ini. Pada pendapat aku cerita ni ala-ala drama je.. Memang tak seram dan amat bosan..tambah-tambah hantu pokok pisang dan hantu nombor ekor..aku skip-skip je tengok cerita ini.. Tengok waktu malam pun tak seram, 1 bintang je.. Nak kata kelakar tak juga hahaha (gelak paksa )

http://4.bp.blogspot.com/-mQLoIK58xx4/Ta562Zh8K1I/AAAAAAAAA00/PYgdOZruuLI/s1600/Poster+Senjakala.jpg

Senjakala

Filem ini seram jugalah terutama masa Lisa ( Liyana Jasmay ) nak balik kampung tu. Tapi cerita ini seolah-oleh macam sama seperti cerita seram Ahmad Idham yang lain.. Orang memang dah suspect Opah si Lisa ni hantu.. Dia patut buat penonton tidak menyangka bahawa opahnya hantu.. Tapi filem ini lagi batter dari "Sini ada Hantu"...3 bintang untuk Senjakala..

Semua komen-komen ini adalah pendapat peribadi semata-mata tak ada kena mengena dengan sesiapa..so jangan marah ye...
Ok da..

No comments:

Post a Comment

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Terima kasih lepak sini, nanti datang lagi yer..
Sayang Korang...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 Blog Cik Nurfarah. All Rights Reserved. Designed by Blog Cik Nurfarah.