Thursday, February 16, 2012

Dah mula packing barang.

Assalamualaikum,
Apa khabar semua? rindu kat aku yer?
Hari-hari starker tapi tak update-update.
Sebenarnya, tak ada benda menarik nak up date. Semua biasa-biasa je dari A sampai Z almaklumlah duduk rumah. Pagi-pagi kemas rumah, memasak, tengok tv, online, jengah blog kekawan, main FB, main game, sms..is hari-hari sama..takkan nak update juga kan..kang jemu pula. Melainkan aku travel seluruh dunia...ada la bahan nak kepoh kat blog atau aku tengah runsing akibat stress..sudah tentu mengadu kat blog. Kau orang tengok lah bila aku balik kampus nanti, of course hari-hari update *maap kalau tak update, walaupun busy dengan tugasan mengunung akan update juga sebab blog adalah teman bicara yang setia, tempat mengadu..semua orang baca, terbaca, terpaksa baca walaupun bukan reader tetap blog nihh..kah kah kah..so itu adalah terapi terbaik.

Berhenti merepek sekejap..ala saja nak panjangkan entry. So kena la baca entry merepek aku ni panjang-panjangkan. Sekarang ni dalam persiapan nak packing barang. Hujung minggu ni akan pulang ke kampus terchinta. Dan paling best ada orang volunteer nak hantar. Jadi tak perlulah aku mengheret segala bagasi aku ke sana ke mari untuk sampai ke kolej zaba terchinta. Mak su dan paksu aku serta adik sepupu plan nak hantar aku Sabtu ni, that mean tidur rumah kak saudara semalam dan Ahad hantar aku ke Bangi. Planning mak su nak pusing-pusing KL. So jomlah enjoy!

Bukan jual tudung, tapi packing tudung nak bawa balik Bangi. Nasib baik sikit je sebab kebanyakkan baju tinggal dalam stor.


Sikit je baju I, tak sabar nak tengok baju kurung cotton yang dah siap. Thank mak su.


Sebenarnya, dah 90% buku-buku masa aku belajar degree dulu bawa ke Bangi, nasib baik buku metadologi aku masih wujud sebab semester ini kena study metadologi. Chayokk! Sangat penting untuk thesis agar masa present thesis anda tidak kantoi akibat medatologi yang "pelik"..so bersiap sedialah menguasai kaedah metadologi.

My pinky lappy ni adalah peneman setia aku..agak berabuk sedikit kerana tuannya agak kemalasan ketika ini.

Oklah korang, had ni jela tatapan entry untuk hari ini, hujung minggu ni akan ke bumi Bangi. Nak bayar yuran dan daftar kursus sekali. Hope semua dipermudahan. Jumpa korang di UKM. Bye!!!

P/s : Aku pelikla kenapa duit naffnang aku tak naik-naik yer, ni yang rasa nak remove je.

7 comments:

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Terima kasih lepak sini, nanti datang lagi yer..
Sayang Korang...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 Blog Cik Nurfarah. All Rights Reserved. Designed by Blog Cik Nurfarah.