Hasil Voucher Buku 1 Malaysia.

Assalamualaikum , selamat hujung minggu warga Malaysia dan luar Malaysia juga.
Hari tu sebuk update voucher buku 1 Malaysia tapi sekarang voucher tu dah tamat riwayatnya kerana tuannya sudah menggunakannya dengan jayanya. Maka inilah hasilnya.



Aku telah menggunakan voucher buku ni dengan jayanya pada hari Jumaat lepas pada 24 Feb 2012. Memang berbaloi kerana dapat 4 set buku kaedah penyelidikan. Harga RM 199.00 untuk semua buku ni dan balance RM 1 aku gunakan di kedai Unikeb UKM, beli pen RM 1.00 je hahaha.

Sebenarnya buku ni ada 5 buah tapi. 1 buku tu tak sampai lagi. Kena guna duit sendiri la untuk 1 buku tu. Tapi berbaloi la kan. Korang beli buku apa ye dengan voucher tu? Kepada sesiapa belum gunakan buku tu jangan sampai tamat tempoh sudahlah, ingat last March 2012 tamat tempoh.

Buku ni sangat penting untuk aku. sebab aku akan tulis thesis semester depan dan semester ni akan belajar kaedah metadologi. So hope lulus dengan A la.
Korang pula guna voucher ni beli buku apa? Hope beli buku yang berguna dengan pengajian korang la, jangan beli buku yang tak berfaedah. Membazir. Kalau tak nak belikan je buku untuk aku yang memang memerlukan buku akademik ni.

Yang suka jual-jual voucher ni, nahas la korang bila dah dapat detect nanti sebab setiap nombor siri voucher ni didaftar atas nama korang. Daripada jual voucher tu untuk beli "kehendak" lain lebih baik gunakan dengan beli buku untutk support pengajian korang. Betul tak?

Ok bai, jumpa next entry insyaallah.

4 comments

  1. hehe..sy punye pon da habis...tapi..malangnye sy beli novel(agak x berfaedah..haha) n stationary sikit..huhu..tapi sy ade beli 1 buku motivasi English...harga 49.90...memang mahal..tapi sgt berbaloi!!hehe

    ReplyDelete
  2. haish..xbuat lg entry V1M neh...ahhaha

    ReplyDelete
  3. ehem2.blogwalking la kat kite yer. ngee :)

    http://oikonyol.blogspot.com/

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH