HTC Rhyme Buah Hatiku.

Assalamualikum semua,

Hari ini nak tunaikan janji kongsi gadget kesayangan terbaru.
Dulu ada berkira-kira nak beli new handphone idaman. Hasil daripada blogging dan simpanan sendiri. Dan alhamdulilah tercapai dan sangat puas hati. Handphone bertuah itu adalah HTC Rhyme. Selama hampir berminggu-minggu server hp apa yang perlu dimiliki akhirnya HTC Rhyme menjadi pilihan, sebenarnya nak pilih Samsung Galaxy 2 tapi kerana hasil server-server mendapati ia banyak kelemahan walaupun dia gah seperti Iphone, hati terpaut kepada HTC yang memakai konsep "quietly brilliant". Dan lepas try godek-godek Samsung Galaxy 2 kawan, memang tidak se smooth dan brilliant HTC yang memang urmmm.. Tak menyesal memiliki HTC.


Sebenarnya, aku terpaut untuk memiliki HTC Salsa tapi bila dibuat perbandingan HTC Rhyme adalah terbaik untuk jiwa gadis seperti aku yang more to picture dan music, sangat smooth dan sesuai untuk gadis. Ada tiga pilihan warna ungu, putih dan hijau plum. Ikutkan hati nak colour pink tapi tak ada pula choice, so pilih hijau plum yang ceria dan comel :)

Serius masih proses membelik-belik. HTC Rhyme adalah produk HTC yang special sebab dia ada:


Sebab dia ada Dock Mode, so kalau korang nak charger boleh guna dock mode sambil boleh online, gaming atau sms. Kalau nak charge biasa pun tak apa. Serius aku kata sangat sesuai untuk girl, boy pun boleh guna. Cun dan comel.


Full set original my HTC Rhyme.


Kalau berminat nak tahu info pasal HTC Rhyme ni bolehlah ke HTC Website.


Banyak sebab aku suka HTC Rhyme, rupa bentuk, fungsi, camera, music dan banyak lagi. Paling penting dia smart phone.

So, sebelum kita beli handphone, lebih baik korang search tentang brand hp sebelum beli. Bandingkan kelebihan dan kelemahan antara handphone tersebut. Jangan beli ikut perasaan kerana terpengaruh dengan kawan-kawan dan iklan semata-mata. Sebab kawan aku yang teruja memiliki some brand hp terasa menyesal setelah memilikinya. So fikirlah sebelum beli.

7 comments

  1. bape RM HTC nie ? sila bgth RM HTC nie kat cbox aqila-farah.blogspot.com :DD

    ReplyDelete
  2. htc mmg best.. MK pakai htc sensation xl.. kamera superb.. hehe

    ReplyDelete
  3. salam. nk tnya masa bli hp ni ada x plihan wrna purple? sbab ada tbaca dkat intenet yg htc rhyme wrna purple xda d msia. huhu..

    ReplyDelete
  4. salam, nk tnya, masa bli hp ni ada x plihan wrna purple? sbab ada tbaca dkat intenet yg htc rhyme wna purple xda di msia. huhu..

    ReplyDelete
  5. @fiona farhain

    Rasanya ada, masa kat low yat ada warna tu.

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH