Cover Face Naturactor Meiko

Assalamualaikum,

Hari ni aku nak share tentang info beauty kat pembaca yang sangat dikasihi sekalian alam.

Selain daripada Kryolan Supracolor aku merupakan penggguna Naturactor Meiko..


Aku beli kat kaunter Meiko di Bangi, harga RM65 untuk benda cinonet ni.
Tapi jangan tengok kecik je..kecik2 cili padi tau. Dah lebih setahun pakai pun tak habis-habis lagi.



Sebenarnya, kalau kita perhatikan di internet, banyak juga si naturactor ni dijual ada bermacam versi..ada from china yang harganya lebih murah dalam rm30-35 gitu tapi aku rasa better beli yang from Japan, sebab Meiko ni memang from Japan..yang from China tu walaupun diaorang claim original versi china tapi tak sama yang original Japan..

Kalau beli kat kaunter, memang harga agak mahal tapi sangat berbaloi dengan kualitinya.

My Review:

Yang BEST:
Tekstur lebih ringan dan mudah disapu
-Mudah meresap dalam kulit
-Tahan lama
-Nampak natural
-Muka gebus je
-Boleh hidekan jerawat dan scar korang
-Tak payah nak pakai bedak bagai(kalau nak pakai just letak nipis je, so boleh jimat $$ dari beli bedak)


Yang TAK BEST:
-Kena pakai span basah bagai (buang masa)
-Jangan letak terlalu tebal kang nampak macam bercapuk

Kesimpulan:
Memang cover face yang paling aku suka. Tapi bab malas adalah kena berspan bagai..kena guna span basah..agak lecehh nak pi ambil span lepas tu basahkan..waduhh aku memang agak pemalas sikit bab gitu. Tapi kalau nak muka nampak sesuci lebaran pilihlah Naturactor Meiko!


rating: 9/10




Ini code yang aku pakai..untuk kulit cerahhh Malay.


Nak beli kat mana?
Kalau kat mall dia ada kaunter khas produk Meiko
Online? Boleh servei tapi pastikan original..jangan China mari punya ya!


ok! bye :)

p/s: entry ini lama terperuk kat draf dan sekarang baru publish!

5 comments

  1. wah, cunnya bedak ni and orangnya ^_^

    ReplyDelete
  2. Follow saya pleasee :) http://violetzira.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Follow saya pleasee :) http://violetzira.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Canteknya blog dier..kita singgah BW dan follow #12060

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH