Tips Cinta: 15 Sebab Kenapa Wanita Tawar Hati ?



Assalamualaikum..

Tiba-tiba jadi doktor cinta pula. Sejak kebelakangan ini adalah juga jadi Dr. Cinta pada kawan-kawan yang putus cinta dan putus tunang. Aku dulu pun pernah putus cinta dan memang menyakitkan. Kali ini nak share tentang kenapa wanita tawar hati terhadap orang yang dia cintai?

Perempuan ni kalau dia dah sayang seorang lelaki tu, dia akan sayang seorang je la. Tiada kedua atau ketiga, dan dia akan setia pada seorang. Tapi bila dia dah tawar hati, jangan terkejut jika dia meninggalkan kamu secara tiba-tiba. Pada masa itu, kamu sendiri akan tertanya-tanya apa salah kamu yang telah kamu lakukan terhadap dia. Mungkin kamu merasakan dia kejam tapi kamu tidak tahu bahawa dia sudah lama makan hati kerana sifat kamu itu. Tapi kalau kes lain tu, aku tak tahu lah..kita fokus kepada 15 Sebab kenapa wanita tawar hati? Sebenarnya nak bagi banyak lagi tapi kita ambil point yang penting-penting sahaja. Penulisan ini hasil pemerhatian, pengalaman kawan-kawan, dan pengalaman sendiri.

1. Sering ditipu
Semua orang tidak suka ditipu, baik lelaki mahupun perempuan. Tetapi jika di awal pekenalan pun kamu sudah menipu dan cuba menutup penipuan tersebut dengan penipuan-penipuan lain dan akhirnya terbongkar. Selepas terbongkar kamu diberi kemaafkan tapi masih terus menipu... Layakkah seumur hidup untuk terus hidup dengan penipu? Kadang-kadang kita tahu bahawa orang itu sedang menipu dan berharap dia berterus-terang tapi malangnya masih bagi alasan yang indah khabar dari rupa.

"Orang yang suka berkata jujur  mendapat tiga perkara iaitu kepercayaan, cinta dan rasa hormat"

2. Tidak Mengambil Berat
Perempuan perlukan perhatian tetapi jika kamu langsung tak nak ambil tahu tentang dirinya akan menyebabkan dia jauh hati. Contohnya, masa bersama teman, games ada masa pula...setakat nak tanya khabar buah hati tak ada masa. Kadang-kadang what apps online tapi langsung tak reply mesej buah hati walaupun dah baca mesej. Konon korang ingat dia dah jadi awek atau tunang korang so "tak perlu nak take care sangat" sebab rasa "memiliki" dan "zon selesa" tak sama macam zaman nak tackle dulu. Itu adalah silap besar, semakin hubungan rapat semakin kena ambil berat..habis tu kalau dah nikah nanti kau boleh tinggal-tinggalkan bini kau macam tu aje ke sebab dah "memiliki keseluruhan"...



3. Curang
Curang ni banyak kategori tapi kalau bertepuk sebelah tangan memang tak berbunyi melainkan kamu tepuk dahi sendiri. Contoh, mamat ni dah ada tunang, so memang la tunang dia ni untuk dinikahi tapi sesaja cari keseronokan luar untuk suka-suka. Curang ke tidak tu? Lepas tu terkantoi mesej mesra dengan perempuan lain. Alasan saja suka-suka tapi setia pada yang satu. Kalau setia tak adanya spare-spare stock suka-suka.



4. Panas Baran
Paling perempuan tak suka adalah sikap panas baran. Ada je masalah mesti nak mengamuk. Macam manalah kalau lepas nikah nanti yer...api tak boleh lawan api...carilah penyejuk.

5. Suka Maki Hamun
Bergaduh je semua perkataan kesat dah keluar. Perempuan akan fikir, jika sebelum nikah dah pandai memaki hamun..mesti lepas nikah sekali kaki tangan naik.



6. Terlalu Ego
Lelaki memang ego tapi kalau sampai tak boleh bertolak-ansur dan tak boleh fikir positif-negatif payah jugakan. Jenis ikut kepala hotak sendiri je.

7. Tidak pandai pujuk
Nampak remeh tapi punyai impak besar tahu! Kalau bergaduh buat hal sendiri. Masing-masing diamkan diri. Perempuan memang suka merajuk tapi jika rajuk tidak dipujuk maka terpaksa pujuk diri sendiri lama-lama memang hati makin keraslah. Bak kata orang antibiotik dah tak berfungsi dah. So fikir-fikirlah sendiri.

8. Tidak Serius dalam Hubungan
Konon hubungan dah lama tapi tanda-tanda serius itu tak ada. Nak ajak bertunang pun tidak..inikan pula nak ajak kahwin. Tapi ada pula yang berjanji manis bagai gula tapi habuk pun tak ada.

Don't trust words, trust actions

9. Tidak Tetap Pendirian
Hari ini cakap macam ni, esok cakap macam tu.. Bak kata orang "jenis tak boleh pakai punya orang". Kamu sendiri tidak pasti dengan apa yang kamu lakukan dan sering bertukar-tukar keputusan.

10. Kurang Memahami
Kesefahaman itu penting tetapi jika kamu sahaja ingin dirinya memahami kamu tapi diri kamu langsung tak memahami si dia. Adilkah?

11. Suka kongkong dan Paksa
Kongkong boleh tapi ada limitnya, jangan cemburu buta. Kamu suka dia jadi orang yang kamu nak tapi bukan kamu menerima dia seadanya.

12. Tidak Percaya
Semua benda nak siasat. Nak perempuan percaya dia tapi lelaki langsung tak percaya. Krisis sikit mulalah tuduh macam-macam. Serkap jarang sana sini. 

13. Kedekut dan Berkira
Kalau apa-apa perkara kamu sangat kedekut dan berkira tak kira tenaga atau wang. Siapa boleh tahan?

14. Suka Pinjam Wang Perempuan
Makin bagi muka makin naik lemak..lastly pijak kepala. Kalau dah perempuan kena tanggung kamu..janganlah jadi lelaki. Kalau lelaki tu "bermaruah" dia takkan pinjam duit perempuan untuk kepentingan diri sendiri. Tambah-tambah jenis buat perempuan macam mesin ATM.
 

15. Tidak Ikhlas
Niat asal kamu untuk memulakan hubungan dengan perempuan tersebut ada "udang sebalik mee goreng mamak", mungkin sebab wanita tersebut berduit, pangkat tinggi atau apa-apa kepentingan untuk kamu gunakan. Jika wanita itu bijak dan perasan teknik kamu yang cuma nak jadi perasit sahaja lebih baik cepat-cepat cantas perasit tersebut. Sebab? tak perlu nak tanggung biawak hidup yang memang menyusahkan.

Coretan: Cik Nurfarah

p/s: Ini bukan karya copy paste ya... ok setakat 15 je..sebenarnya banyak lagi. Point di atas lebih kepada tidak menghargai yang dipecahkan kepada beberapa bahagian. So, hargailah orang yang masih bersama dengan kita di saat susah senang. Bila sudah tiada jangan menyesal sudahlah.



Dah baca entry ini, boleh baca entry 

56 comments

  1. tawar hati bila malas dah nak layan. membebel pon dah penat. huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu..dah terlalu banyak tegur dan benda yg sama ulang2 pun jd tawar hati

      Delete
    2. tawar hati sbnrnya tidak wujud ia dtg dsbbkan ego manusia sendiri, kefahaman , ego , kehendak semua tuhan yg bafgi sma ada manusia sendiri yg mengawalnya macm mna.

      Delete
  2. Plg xthn bila trllu brkira..sdgkn dulu dy susah kt sgp tlg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berkira tu palaing tak suka..kalau semua berkira lebih baik single..kena give and take kalau nak kekal..

      Delete
  3. Plg xthn bila trllu brkira..sdgkn dulu dy susah kt sgp tlg

    ReplyDelete
  4. saya banyak jugak laaa buat dia sedih, kurang percaya then suka maki2 dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan macam tu..hargailah dia sebelum dia berpaling kerana tak semua orang boleh terima baik buruk kita..

      Delete
  5. Apa caranya nk dptkan blik dia saya sanggup buat apa je dia cinta sejati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapatkan semula kepercayaan dia kerana dengan itu awak boleh dapat dia semula tapi kena bersungguh-sungguh dan betul2 berubah..

      Delete
  6. Canne nk hadapi gf yg kuat social trutama dngn lelaki?? Iye laa, mmng dorang just sbgai kwan jee.. Tpi dri kwan la blh trjlin sesuatu prhbngn.. N jujur, sy ni jnis yg kuat cemburu n pnas brang ckit.. Pepom tq ssngat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena slow talk dengan dia n bncg elok2..bgtau tak suka dia terlalu sosial sebab lepas kawin pun pgaulan kena ada batas dengan org lain...pasal cemburu memang perkara normal tapi kena kawal agar tak cemburu buta..pnas bran pun gitu..jgn naik tgn nnt rmh tgga xkekal lama.

      Delete
  7. saya telah memulakan hati ex saya dandia dah tawar hati, mcm mana nak pujuk dia balik sy terlalu rindu akan dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada 2 cara. 1 kena bersungguh-sungguh..jangan hangat2 tahi ayam.. kedua kalau dia mmg dah tak nak sila move on maybe hati dia dah tak ada kat encik

      Delete
  8. saya telah memulakan hati ex saya dandia dah tawar hati, mcm mana nak pujuk dia balik sy terlalu rindu akan dia.

    ReplyDelete
  9. Macam mana kita nak dapat kan kepercayaan si dia balik? Ada cara-caranya tak?

    ReplyDelete
  10. Dahlah setiap kali keluar dating saya seorang yang kena tanggung semua kos makan, minum, rokok dia, tengok wayang..dia siap mintak duit RM150-RM300 setiap kali keluar untuk belanja sara hidup dia lagi. Bila dia sibuk bekerja dan dah ada duit, dia tak pernah ingat untuk belanja saya..hutang jangan cakaplah berbelas ribu ringgit..namun dia buat derk saja..Tak pernah bertanya kabar saya sudah hampir 3 tahun. Tapi sibuk pulak melayan betina lain sekeliling dia..buka posa dan siap bersahur bersama! Saya yang bodoh ni saja yang dok jadi tunggul dok tunggu janji dia nak memperisterikan saya dalam 3 tahun ini tapi sepatah haram perkataan pun tak pernah dia utus pada saya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila move on sis. Lelaki macam ni spesies biawak hidup kena selamatkan diri daripada golongan zalim macam ni. Merana hidup berlakikan orang macam ni. Please move on!

      Delete
  11. assalamualaikum .. mcm mana yaa kita nak pujuk balik pasangan tu ??? adakah kita kena tunjukkan kesungguhan kita untuk meminta maaf atau sebagainya .. mohon penjelasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.. Ye perlu pujuk dgn bsungguh2..agar dia yakin dgn anda. Tunjukkn ksgguhn anda utk mrnawan hatinya.

      Delete
  12. Assalammualaikum semua wanita...apa pendapat korang...perkara diatas terjadi kepada saya..perempuan buat macam tu pada saya...dia nak saya sahaja fahami dia, ikut kehendak dia dan kemahuan dia, kehendak saya dan memahami saya langsung tidak. Ambil berat langsung tidak...tapi pada kawan2 dia...boleh je...whatsapp online, tapi bukan mesej saya.Dah tahu lelaki tu tunang kepada kawan dia, dia masih nak keluar dengan lelaki itu tanpa ada kawan dia...walaupun berkumpulan.Dalam kumpulan itu..dia sorang je tahu lelaki itu tunang orang, Jika mereka berdua mesra..siapa akan syak..betul tak.Bila saya tegur...saya dimarahi...alasan bukan keluar berdua..tapi ramai...Bila Dah bertunang, tetap keluar sesuka hati tanpa pengetahuan saya dan masih keluar dengan lelaki tersebut...itu belum kahwin dah lakukan kepada saya sedemikian.... Jika Saya Ambil Keputusan Untuk Putus...Adakah Ianya Wajar Bagi Saya....Harap wanita boleh bagi sedikit pandangan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Hidup punyai pilihan..jika byk yang tidak sesuai mgkin perlu dlpskn..plhn d tgn sndri

      Delete
    2. share cara nk pujuk ex yg dh tawar hati

      Delete
    3. Artikal masih dalam draf, lepas saya polish insyallah akan update pula..tq for reading

      Delete
  13. Macammana ye Cara nak pikat balik Isteri yg dh tawarhati supaya kembali menyintai Suaminya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu kena tahu apa yang dia suka dan apa yang dia tak suka..kena bersungguh-sungguh.

      Delete
  14. Sebab ape perempuan tiba2 berubah dengan alasan nak focuskan sesuatu and pastu die mintak break

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu hanya alasan. Sebenarnya dia dah taknak kat awak lagi. Please move on :)

      Delete
    2. sy pn sama si dia mintak break tiba2 je tanpa alasan..sedang kn sy terlalu ambik berat tentang si dia...sebelum break pn dia pernah keluar kn bahasa kasar,sy tak berniat nk keluar kn blk bahasa kasar sebab trlalu stres hari2 kne dngn bahasa kasar...

      Delete
    3. sama la mcm sy kena tinggal tanpa alasan kukuh..hri2 si dia gne bahasa kasar je seblum break,sy pn terkeluar la bahasa kasar jgk tanpa sengaja sebab stres kne maki hri2.terfikir jgk apa salah sy sedangkan sy selalu ambik berat tentang dia.

      Delete
  15. Bgai mane saye nk pikat balik hati si dia yng dah tawar tu ye ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala...apa nak pujuk2...wanita dah ramai,carilah perempuan...mungkin ada yang lebih baik telah disediakan untuk awak...cuma belum masanya untuk ditemukan...bersabar dan terus mencari...yakin akan Jodoh Allah S.W.T

      Delete
  16. Assalamualaikum. tolong saya . 😂😂😂😑

    ReplyDelete
  17. ex saya tawar hati dgan saya... sebab baran mcm mana nak hilang kan tawar hati dia? saya telah berubah demi dia. tp dia still xleh nk terimah saya? dan minta tolong cara-cara nk mengambil hati nya

    ReplyDelete
  18. Saya susah nk tawar hati dgn ape yg jdi, tapi hati sakit sgt sis😔

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah nak tawar hati...betul3x...tapi bila hati disakiti....kita kena tinggalkan dia dan move on walaupun susah untuk buat sedemikian...apa2 pun kita kena sedar..apa yang terjadi adalah dengan kehendakNYA,mungkin ada seseorang yang telah menanti kita...bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor...😀

      Delete
  19. Alah..kadang2 org pompuan ni sj nak jadikan lelaki sbg cinta sandaran. Peneman di kala sepi.Pastu yg disalahkan lelaki jugak. Sy ada kwn dgn seorg di jb. Kenal gitu2 je kat sosial media. Slps hmpir setahun tiba2 dia msg minta call no dia. Bila call dgr dia tgh menangis2 dah 4 bulan kena tinggalkan bf. Kita ni jenis mudah kesian. Bg semangat. Hari2 call tanya kbr. Smpai satu tahap tiap hr plg tidak 2 jam over the fon. Dia g kerja kita temankan. Bila lunch kita tanya mkn ke tidak.Blk kerja kita temankan. Time dia kat rumah sorg2 kita temankan. Kalau x call wasap. Lama2 perasaan syg tu dtg dan bila bersembang mmg ada chemistry. sampai satu masa, kebetulan kita ke jb atas urusan kerja di tempat dia. Jgnkan sejam. Kita minta jumoa kejap 10 min pun langsung xde courtesy nk jumpa. Dia langsung x hargai kita.. Lepas tu..lelaki jugak yg disalahkan. Padahal semua ciri2 kat atas tu ade pun pd kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu sudah pelik bin ajaib. Mgkin hati dia masih ada pada orang lama.

      Delete
  20. Macam mana nak pujuk ex saya yg dah tawar hati ? Dia suruh saya berubah menjadi lebih baik. Bknkah itu adalah suatu harapan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup tu harapan...kalau awak nak berubah,untung ex suruh berubah terus berubah ..hermm

      Delete
  21. sy telah berkahwin dan mempunyai 2 anak...sy ni jenis kuat cemburu..tp cemburu atas kebaikan dia...dia kerap dgn media sosial..so byk follower lelaki dan byk juga gmbar yg dia selfie...satu hari tu dia nk pergi brcuti dgn kawan2...dgn hati yg berat sy benarkan dia utk released tension..tetapi semuanya berubah apabila dia balik bercuti..bila dh balik kami ada konflik sedikit..dan akhirnya bnda tu menjadi besar...dia berulang kali menyatakan "hati mati" sudah tiada hati dgn sy..atas perbuatan sy yg dia anggap kongkong hidupnya..dia menyatakan ingin hidup bebas tnpa memikirkan anak2...sy sgt sedih memikirkan anak2..sy masih mencuba utk mengalah dgn apa jua skalipun kerana memikirkan tentang anak..sy buntu..sy harap bleh tlong doakan sy supaya rumahtangga sy kembali pulih seperti biasa..In Sha Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen semoga rmh tangga encik kembali bahagia. banyakkan solat hajat dan tahajud..

      Delete
  22. sy dgn bf bergaduh besar sampai sy minta putus dan dia setuju utk putus. keesokkan hari, sy chat dia semula utk getback dia ckp hati dia dh x nk terima tp dia masih sayangkan sy. esk nya sy ada terdesak dia dan dia kata dia terima sy semula dan ckp dia terima sbb sy paksa. sblm dan selepas dia terima sy, dia byk sgt bg ayat2 yg sgt2 lukakan hati sy. sekarang dia dah makin ok semula tapi sy yg mula tawar hati dgn dia. hati sy nie rasa dh x sanggup nk teruskan semua nie sbb terlalu kecewa dgn ayat2 dia. sy layan dia x mcm dulu sbb hati sy nie x rela dan sakit sgt. apa yg perlu sy buat sekarang nie ? sy buntu samada sy perlu berkorban lagi utk dia atau terus melayan dia seperti sekarang. sy minta sis bagi pendapat.

    ReplyDelete
  23. saya nak tanya.. saya sekarang mnghadapi dlm msalah bsar sgt merumitkn.. tlg bg pndpt dan jwapan pd saya.. selama ni cinta kami sgt indah dlm msa 2thun 8 bln.. tiba2 satu kejadian mna dia kantoi dgn saya.. ada lelaki yg dlu nya mreka kwn.. dan lelaki tu ada lah crush dia sndri.. dan apabila saya dpt thu mereka kluar dating bersma dan chat slalu.. saya jd mrh.. dan lpas mrh dia brubah hati.. dia trus ckp dia tidak plh sapa2 dlm hdup dia.. dia nk fokus pd plajaran dia.. jd apa ptut saya buat admin? pjuk dia or move on?

    ReplyDelete
  24. Sis minta pendapat sikit. Pasangan saya ni salah faham sebenarnya. Dia stalk saya, pastu dia nmpk kisah silam saya. Waktu tu saya mengelabah sgt2 smpai xtau nk explain apa kt dia. Tnpa sengaja saya tertipu dia sbb nk tutup balik aib saya yg dulu, sbb panic sgt2 saya lost control. Pastu dia terus block saya drpd contact dia. Beberapa hari lepas tu, dia unblock saya balik. Dia cakap dia kecewa sgt2 dgn saya. Saya pon terus terang je la pasal kisah silam saya tu. Pastu dia marah2 saya sbb tipu dia masa tu. Mcm mna nk pujuk dia eh? Nak ckp yg saya ni panic sgt masa tu mesti dia susah nk terima :(((

    ReplyDelete
  25. assalamualaikum sis..sy mengalami situasi dimana sy da terlalu makan ati,terase ati dan terluka ati..bertahun2 sy alami benda yang sma..la nie sy rase da tawar hati..sy da xde lg perasaan syg cinta pd pasngan..sy rase biasa jerk..sjk sy mula da tawar ati..psangan mula nk berubah..dia berharap sy kekal syg dan bersmanya slamanyer..sy leh layan dia cam biasa tp bkn lbh dr tu..dia tetap bertegas nk bsma sy sbb dia da mula nk berubh kerana sy..yg pastinya sy da xrase ape2..salah ker sy sis???

    ReplyDelete

  26. Ayo Gabung bersama kami di DOMINO206(.)net
    Jangan Menunda Kemenangan Bermain Anda ! Segera Daftarkan User ID nya & Mainkan Kartu Bagusnya.
    Kami hadirkan permainan Terbaik dari DOMINO206 permainan
    dalam website
    Pusat Game Domino ONline Terpercaya Se-Asia
    Hanya cukup menggunakan 1ID saja anda sudah bisa menikmati 8 game Populer
    Tunggu apa lagi silahkan Registrasi diri anda bersama kami.
    Dan nikmati kembali BONUS REFFERAL terbesar 15% untuk anda.
    Untuk lebih informasi lebih lanjut kalian bisa langsung berdikskusi
    langsung dengan CS handal.
    MInimal Deposit 20rb
    Minimal Witdraw 20rb

    BBM : 2BE3D683 / E3EE3B63
    WA : (+85587480626)
    LINE : DOMINO206
    IG : domino_206


    Link Alternatif
    - domino206.net
    - dominopelangi.net
    - pelangidomino.com

    Bank: BNI, BCA, BRI, MANDIRI dan DANAMON
    Pusat Game:Bandar66|BandarQ|AduQ|Bandarpoker|CapsaSusun|
    Domino99|Poker|Bandarsakong|

    $$$$ DOMINO206.NET $$$$
    #Poker
    #AduQ
    #BandarPoker
    #BandarQ
    #CapsaSusun
    #Domino99
    #Sakong
    #Bandar66
    #DPMinim
    #WDBesar

    ReplyDelete
  27. Asalamualaikum minta pendpt kaum hawa lh tntg ni , mcm mana pula jika si dia(kekasih hati) mudah salah fhm tp sejenis tak dgr ckp org dia syg lbih dgr ckp kwn dia dulu bru dgr kata org yang dia syg. tp skrg pernah sekli terbuat silap layan prmpuan lain tp bukan melayan syg2 bagai cuma open minded ramai kwn perempuan lelaki tk kesah sbb kita jenis peramah suka mencari kwn org pun suka bergaul tp one day dia slh fhm dgn sorg prmpuan yg kononya dia judge kita melayan , katanya dia dh tawar hati merancang nk buat dia , kita pernah ckp dgn dia nk berubh dri lyn perempuan lebih2 tp ylha kita manusia tk lari kesilapan tp ad sedikit perubahan bukan tk de langsung , pernah ckp dgn dia mungkin kesilapan kali ni kali terakhir kita tk tahu allah menentukan , bnda cmni berlaku bukan atas rancangn kita sendiri tp allah menentukan... kita tak mampu untuk memahamkan umat allah yg fhmkn umatnya kita mampu smpaikan.. mcm si dia dia tlah allah dtg kan untuk kita untuk bantu memngingatkan kita tp mungkin allah belum bagi dia fhm .......... mintak nasihat atau tips cmna nk pikat dia kembali ...sebb dh tk mcm dulu dh nk layan prmpuan sgt , cuba fhmi hati dia tp mungkin dia x fhmi hti kita.... mula2 dia ad kata dia buat boleh tp kita buat tk boleh , saya ckp it ok x pelh sye kalau dh syg ap pun snggup ...... minta jasa uols kot2 boleh bgi tips atau cara cmna nk pikat hati yg katanya dh tawar dgn perbuatan kita hmmmm..... thanks

    ReplyDelete
  28. sya pun bingung dengan gf sya,klu dia inginkan benda tu dia mau sangat2 tapi sya cakap nnti cari2 sama2 bnda tu,lepas tu nnti sya order,dia kata lama n taip hurmm n hurmm..sya cakap lagi nanti sya usaha cari yscpat mungkin tapi dia cakap sma sya tak payah sebab apa yang dia mau sya tidak tunaikan,adui pening kepala,sebenanrnya sya kumpul duit utk beli apa yang dia suka.. tapi dia cakap x tau n x tau..apa yang dia mau sebenarnya tu..

    ReplyDelete
  29. Asalamuaikumm sis , nak minta pendapat sis , bagaimana sekiranya jika family sy x berkenan pada si lelaki ni , pada mulanya mmg sy suka pada dia.. tapi selepas ibu dan ayah sy nasihatkan sy .. sy dah jd tawar hati bersama dia.. bagaimana caranya utk sy berterus terang dgn si lelaki ni..

    ReplyDelete
  30. Assalamualikum sis,minta pendapat yea...kalau perempuan tu suruh move on..tpi kita kol semua x angkat...msg blas lg..sedangkan dia gembira keluar happy2 ngan kawan kat luar sana...tapi dia cakap cari ketenangan...tpi tetap nk minta putus

    ReplyDelete
  31. Taktahu la tawar hati ke tak . Sedih dan kecewa tapi tak tahu nak react macam mana . Nak putuskan hubungan tapi kekadang rasa macam masih sayangkan dia 🙃 im confius

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH