Sejuta Cinta Miss Farah ?
Wednesday, March 2, 2011
Assalamualaikum apa khabar?
Korang tengok tak Sinetron: Sejuta Cinta Miss Farah? opss Marshanda? Ramai juga yang suka slot sinetron itu di TV3 termasuk mak dan ayah aku. Aku ni tak berapa minat cerita Indon tapi tumpang dua kaki jugalah tengok sebab mak ayah aku tak miss tengok hahaha.. Tapi bila aku perhatikan semula cerita Indon ni macam "tak ada modal" je..cuma action je lebih tapi jalan cerita antara drama-drama dia sama je. Mesti berkisar percintaan antara dua darjat, anak tertukar dari kecil, orang miskin jadi kaya, berebut harta, hilang ingatan, berebut jantan/betina dan sewaktu dengannya. Dan last cerita memang dah boleh agak dah. Macam kurang idea je. Sorry lah kalau aku kutuk slot sinetron ni. Yang aku nampak dia boleh tarik penonton sebab action je macam cerita tamil hahaha.. Tapi yang paling kontangnya idea pereka sinetron ni mesti anak tertukar dari kecil atau anak dibela orang lain lepas dah besar rupanya anak orang kaya le konon. Cuba korang bandingkan semua cerita mereka seakan-akan sama je macam dah tak ada idea je nak buat cerita. Memang dari segi persembahan nampak bagus tapi kualiti tu aku rasa macam kureng mungkin kekuatan mereka dari segi OST atau lagu thema. Aku bukan nak kutuk tapi cuma nak bagi pendapat peribadi. Setiap orang mesti ada pendapatkan so korang jangan marah. Tadi aku cari-cari saja nak tengok episod akhir cerita Sinetron: Sejuta Cinta Marshanda, so terjumpalah web ini yang share link untuk tengok cerita SCM di youtube. Kalau korang minat nak tengok jom ke Semua episod ada..dari awal sampai akhir. Korang tengoklah sampai lebam. Aku cuma tengok episod akhir je saja nak tahu endingnya..dah agak dah endingnya...
ok bai...
Labels:
drama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hahaha..
ReplyDeletesy dah tak suka sinetron indonesia..
maaf!
@SoLy SoLicious
ReplyDeletesaya pun enggak suka jugak hehehe
cter korea ag best.. sinetron ni berbelit-belit mcm ular ular jln cter.. korea ag best..
ReplyDelete@Anonymous
ReplyDeleteRight!! i setuju dengan pendapat awak!!