Jarang acap kali mengupdate blog..nampak sangat aku ni PEMALAS hahaha..BW pun dah jarang.. Sorry ye semua. Almaklumlah aku kan busy hal negara..ok stop..sebenarnya aku nak ngomel pasal kerakusan aku bershopping dan bajet pun mungkin lari.."mungkin"..tapi tak rasa apa-apa pun. Aku ni kalau nak shopping memang tak boleh ditahan-tahan, tambah-tambah kalau aku nak sangat memiliki barang tersebut sungguh pun ia hanya kehendak. Aku pula bukan jenis shopping je memanjang tapi kalau sekali shopping memang pulun habis then lepas itu aku memang tak mahu shopping dah..cuma window shopping je..melainkan harga yang ditawarkan memang turun seperti hujan..jadi haruslah aku meyopingkan diri aku ni.
Pada 13 Mac iaitu minggu lepas aku pergi Penang untuk mendapatkan borang sokongan Master, 5 hari kat sana beb!!. So dikesempatan itu perlulah berjalan-jalan..tempat wajib bagi aku adalah shopping mall.. Itu memang tempat kesukaan aku walaupun Penang banyak tempat menarik. Aku tetap sukakan shopping mall sebab ia berhawa dingin yakni bersesuaian dengan aku yang beriklim sejuk ni. Tempat yang aku berkesempatan lawat ialah Perangin Mall, Queen Bay Mall dan BJ Mall..haa hambik kau semua Mall!!
Benda pertama yang aku beli adalah KASUT. Aku ni memang minat kasut tapi terlalu memilih sebab kaki aku ni terlalu sensitif. Kalau korang nak tahu 4 pasang Kasut aku beli masa kat Penang. Kasut pertama aku beli kat Perangin Mall in Parkson. Lama giler aku pilih yang mana sesuai untuk aku. Maklumlah kaki aku ni terlalu memilih..so kena berhati-hati. Aku tengok ada buat sale 50% so kenalah beli *alasan*. Cadang nak beli Crocodile sebab memang ngam dengan kaki comel aku hehehe..tapi design dia sama je macam yang pernah aku beli. Aku lebih suka kasut yang comfort. Akhirnya aku pilih Carlo Rino.. Walaupun nampak "tua" tapi bila pakai amat selesa. Yang penting kaki aku selesa. Korang nak cakap apa..aku tak pahduli!
Motif aku beli kasut ini sebab nak gantikan kasut Crocodile aku yang dah lusuh itu. Kasut ini untuk travel je. Maklumlah kalau travel kena berjalan jauh..kalau berjalan jauh tak boleh pakai kasut yang menyakitkan kaki..maka kena pakai kasut "orang tua" untuk keselesaan bersama. Harga asal RM118..dan aku cuma get RM59 sahaja..murahkan..? memang berbaloi-baloi. Sesuailah dengan taraf aku yang tak bergaji..baru je seminggu kerja!! hahaha...
Kasut kedua bermotif nak bawa pergi kerja. Kalau pergi kerja kenalah pakai kasut murah-murah sebab tempat kerja aku bukan hotel 5 bintang tapi saya suka kerja saya sementara tunggu nak continue study!! Aku beli kat My Din Komtar je. Harga murah sangat cuma RM16.90..murahkan?
Kerana gila juga kasut..dan terpergi ke My din cawangan yang lebih besar iaitu di BJ Mall..memang serius aku tak tahu BJ Mall dah buka cawangan My DIn yang terbesar di Penang!! kalau aku tahu aku tak pergi My Din kat Komtar..aku pun terbeli kasut ala-ala sweet..gold gitu..terbelikah?? Sebenarnya sebab kaki aku sakit berjalan tak berhenti..jadi carilah sandal.
Tapi memang kaki aku terlalu memilih..dia tak nak kasut murah..maka lagilah sakit dan melecet..akur..pakai semula kasut crocodile lusuh aku semula yang disimpan di dalam bag..then kasut ini terpaksa diperuk ke dalam bag!!padan muka..siapa nak kasut ini? hanya sekali pakai sahaja ye kawan-kawan. Kasut-kasut jenis ini sesuai untuk jalan sambil lenggang lengguk sahaja.
Nak cukupkan empat isteri maka terjadilah empat pasang kasut dibeli di Penang. Masa itu aku tak perasan kasut crocodile lusuh aku dah nazak. Masa itu jalan-jalan nak pi Queen Bay. Risau gila kot kasut terputus di tengah jalan..maka kenalah beli kasut. Kalau nak balik semula ke hostel..mak aii maybe aku berkaki ayam! So kali ini kena beli slipper yang lembut dan sesuai!! Sebab aku kena gunakan slipper itu sepanjang berada di Penang..cari-cari aku pilih NIKE!!..haa hambik..walaupun selipar tapi.. Mampuslah kena marah kalau mak aku tahu..asyik beli KASUT je!!
Memang sangat-sangat selesa. Besesuaian dengan jenama dia, warna pun pink, suka sesangat!!! Puas hati..kasut crocodile aku terpaksa di kebumi ke dalam tong sampah..good bye!! Walaupun kasut crocodile itu murah..that mean tak berharga beribu-ribu macam kasut berjenama tapi sesuai dengan kaki aku.. Tapikan kasut crocodile aku tu banyak sangat kenangan..:'( terutama sekali aku bawa dia masa pi umrah.
Benda lain aku beli wallet dan bag!! berhabis lagi!! then gelang silver idaman aku..barai dompet aku macam ni. Tapi PUAS!!
Dompet ini sale 50%, aku memang suka RED dan PINK..aku pilih RED. Walaupun orang kata kalau guna wallet RED ..BOROS..mitos je tu,,kalau dah boros BLACK pun boros jugakkan.. Aku cadang nak beli wallet black pink tapi after diskaun 50% pun harga pun still sakit so aku choice GIOSSARDI. Harga asal RM120 dan potong 50% engkau kira la..berbaloi! tak kisah berbaloi atau tidak janji aku nak!
Sebenarnya banyak juga barang-barang aku borong..malas nak tempek semua. Maklumlah Parkson buat sale..takkan tak mahu kalau barang brand harga ratus-ratus dapat diskaun 50% sampai 70%.. Nasib baik belum gaji lagi kalau tak lagi giler-giler shopping. Bukan hari-hari pun sekali sekala je kan..nasib aku duk kampung separa pekan kalau tak keluar duit membuak-buak. Cukup-cukuplah cik Farah oii..kawal nafsu sikit..muahaha..
Ok mau tidur sebab esok kena kerja..daa selamat malam!!
kat penang kasut dan lain2 semua memang murah
ReplyDeletememang rambang mata..duit pun melayang-layang jek
@Edura Hanum
ReplyDeletebetoll semua murah kalau sale!! best..
ya allah kak....bnyk nyer kasotttt....
ReplyDeletehaha...
@hey ! im miss chapaholic !
ReplyDeletememang banyak dan gilakan kasut ;)