Tip Pengguna Tudung Bawal.

Bawal kembali.

Itulah yang terjadi selepas penat dengan fesyen tudung ekspress ala-ala langsir tingkap yang beraneka rupa tapi tetap cun walaupun ala-ala jendela berjalan. Okey berhenti merepek.. Pada peminat bawal, tapi bukan ikan bawal..mesti rasa leceh sangat nak betulkan/bentukkan tudung bawal anda supaya terletak stabil di atas kepala tanpa ada senget-senget, kelepek2..susahkan.ada yang tiup-tiup tudung tu untuk stabilkan dia. *Dilihat melalui pemerhatianku.

Aku adalah salah seorang yang susah sangat nak bentukkan tudung bawalku. Seperti gambar beberapa tahun yang lalu.

 Masa ni di USM, selekeh giler.


Macam ombak tudung aku apabila ditiup angin tapi still kelepek je tudung tu.

Jadi aku guna Kiwi Clean Starch, tak perlu guna lilin kerana lilin akan rosakkan kain bawal anda.

Bagaimana nak guna? Sembur macam pakai perfumes?

Caranya mudah je, sebelum korang iron tudung that mean masa tu iron dah dipanaskan. Sembur dekat kawasan kepala tudung...agar mudah korang bentukkan tudung tu.. Semburlah banyak yang korang rasa suka. Makin banyak makin keras kain tu. Tapi dont worry la, kalau korang basuh tudung tu, semburan itu akan hilang. Bestkan? tak ada kesan ponnng..

Serius dengan aku sangat menjadi. So fobia kepada bawal dapat dibuang..maklumlah bawal kembali. Ikan bawal semakin laku kak oiiii..

Sekurang-kurangnya tudung aku tak kelepekkkk sangat kenn.

 
Jadi bolehlah memperagakan bawal 3 tones. Tak lerr pemalas asyik nak pakai tudung segera je.

Cukuplah 3 tones, tak mau 100tones yang ala-ala tudung kena clorox tu kan. Ok ni je bagi pengubat rindu kat korang.

Sebenarnya entry ni dah lama pekasam kat save post, lama sangat tak repostkan.. Sekarang ni kerja bertimbun, rasa diri pun tak terurus, muahahaha.. Ok baii.. sambung wat keja lagikkk!!


Dinner Malam Resepsi Gemilang Za'ba (MAGIZ'12)

Assalamualaikum,

Rajin nak update blog malam ni. So take a time to update my blog comot ni. Pada 9 Mei 2012 lalu my kolej ada dinner iaitu Dinner Malam Resepsi Gemilang Za'ba (MAGIZ'12) yang diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) UKM Bangi. Warga Kolej Pendeta Za'ba telah berpusu-pusu ke DECTAR untuk join dinner tersebut termasuk penulis dan rakan-rakan. Thema malam tu ikut meja yang telah disediakan, thema kami ialah South Africa. Waooo jauh tu tapi aku langsung tak ikut thema. Pakai jubah je. Malas la nak ikut thema bagai hahaha.

Sebelum kita ke dinner, solek la ala-ala gitu. Tak terlalu over tapi ala-ala datin artis pun tak pe.. hahaha..


Aku cuma rasmikan jubah hijau aku dan tudung pusing hijauku. Malaslah nak membazir beli baju bagai.

Pentas utama MAGIZ'12. Daripada info yang aku dapat dari kawan aku, mereka kata dinner-dinner kolej or other akan dibuat di DECTAR. Dulu masa aku kat USM selalunya di hotel. Tak kisahlah kat mana janji meriah kan u ollss...yang penting save bajet...


Majlis pembukaan di hiburkan dengan tarian orang asli oleh warga tari Za'ba. Hebat adik-adik ni macam-macam tarian boleh buatkan..nanti boleh buat tarian South Africa ye..sama dengan thema akakk..opppss.


Keadaan dalam dewan, masa ni tetamu belum penuh lagi.

Juadah untuk kami. Alhamdulilah not bad. Tapi nyaris tercekek. Tak ada refill air ke dikk? Nasib akakkk tak tersedak dik oii..dah la ala datin-datin ni. muahahaha..segelas je sampai habis majlis? Tak pe, lebih baik ada daripada tak adakan?

Dah bergaya kena lah capture-capture.

Cik Mira dengan tudung ala-ala South Afrika. Asalkan ada ala-ala tak kisahlah kan :)

Cik Dayah terasa sangat excited bergambar dengan artis popular muahahaa..

Muka happy time ni hahaha..

 Semua excited bergambar dengan penulis hahaha...


Ini adalah saguhati kepada tetamu yang hadir pada malam itu.


Dinner ni memang meriah dari segi persembahan pentas terasa tengok pesta hiburan pula. Good Job!. Sekian sahaja, terima kasih kerana membaca entry ini.

Baiii korang..

Bling Bling Cover yang Cute!

Assalamualaikum,

Selamat hari Sabtu. Hari ni terperuk di bilik je. Tak keluar pun. Cuma memotivasikan diri nak settle kan segala kerja yang bertimbun tu. Hari ni terajin nak update belog ni, banyak benda nak update untuk tatapan reader tercinta tapi tengok mood aku la. Mata pun megantuk je ni sebab bumi Bangi turun salji. Hahahaha.. Ok, nak share about bling bling cover yang sangat cute. Ter adore pada benda alah tu. Menyebabkan aku terblingkan case handphone HTC aku tu.


Aku tak coverkan semua case tu cuma separuh je.


Suka bling bling pink tapi tengok pearl white ni lagi meyerlah..lagi pun case aku warna putih. Tak nak terus lekat kat handphone, kot terguris or bling tercabut dah tak cun lagi :)


 Kat tepi lappy letak ikan buntal seekor.

Cover depan lappy letak pink rose sekuntum :) sweet kan :)


Mula-mula nak beli bling jenis macam ni tapi tak nak korbankan case original handphoneku.

Haissshhh sangat comel pinky ni.


Sangat cute cik hello kitty ni. :)


Terasa nak hias lappy macam ni tapi nanti tercabut dah tak cun lagikk.

Tips: Inginkan bling bling anda nampak lagi berbling? Letakkan cecair polish nail warna transparent di bling bling anda. Bling2 akan lebih cantik dan berkilat serta tahan lama.

Field Work Gadek Melaka.

Assalamualaikum,

Sangat busy sampai tak sempat nak update blog kecintaan hati ini. Rindu ye nak baca aku merepek?

Ok, memang minggu kebusyan sampai tidur pun tak cukup,..berat badan pun turun 10 kg, Ok nampak sangat menipunya. Kesempatan jari menari atas keyboard ni nak share tentang field work aku 4,5,6 Mei 2012 hari tu. Selama 3 hari 2 malam ke Kg Gadek, Melaka. Kami menjalankan kajian Kesertaan digital dan masyarakat global bermaklumat luar bandar. Kami bertolak dari UKM lebih kurang 8.15 pagi dan sampai ke Gadek, Alor Gajah dalam pukul 9.30 pagi. Perjalanan tidak terlalu jauh lebih kurang sejam gitu. Sampai-sampai je, terus ke Balai Raya Kampung Gadek, beri taklimat sedikit dan edarkan borang kaji selidik pada penyelidik untuk cari responden.






Ini gambar first kami di Gadek.


Semua excited untuk field work kat Gadek. Selepas solat Jumaat semua pelajar dibahagikan mengikut kumpulan kepada keluarga angkat masing-masing. Aku dengan Mira dapar keluarga yang sama. Sangat best dapat family yang peramah dan baik. Serius! sangat sedap asam pedas mak angkat kami.


Hari ke-2 adalah majlis utama untuk perasmian penyelidikan kami dan temubual bersama fokus group. Sambil tu boleh capture gambar bersama kawan-kawan.

Selepas Majlis adalah sesi bergambar bersama jawatankuasa kampung yang sangat mesra melayan kami.

Terima kasih kerana menjayakan program kami.

Kejadian selepas perasmian

Semua pelajar yang terlibat dalam penyelidikan di Gadek.

Selepas majlis perasmian tersebut kami melawat projek pertanian di Gadek. Tanaman padi, ternakan kambing dan jagung.


Comelkan kambing tu..bekk bekkk

Jagung kat situ sangat manis!
Selepas melawat projek pertanian, kami ke Medan Info Desa Kg. Gadek pula.






Malam tu kami teruskan fokus group belia dan esok boleh enjoy sebab soal selidik semua dah settle! Ambil kesempatan ke Bandar Hilir iaitu bandar warisan dunia.



Selepas pusing-pusing bandar hilir, kami back to UKM tercinta.

Good nite! semua, nak zzzzzz...




Usia yang makin bertambah :)

Assalamualaikum dan selamat pagi.

1 Mei 2012. Hari pekerja, hari ulang tahun kelahiranku juga. Terima kasih kepada semua yang wish birthday aku di handphone dan Facebook. Terasa diri ini semakin tua pula selepas genap umurku 2# tahun. Harap semakin baik dari dulu.

Hari lahir ku ini, tak ada something special pun. Kalau di rumah boleh buat makan-makan, potong cake. Tapi di sini makan buku je yang makin penuh atas meja ni. Hehehe.. Maybe next week sambut dengan something special? Nak secret recipe juga hahaha... # kek biasa pun tak perr :')

Nah kek special aku bagi korang..................tengokk jer.



# ada sesiapa nak belanja kek? huhuhu...

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH