My Review: Nutrimetics Magix Lip Colour.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kali ni nak review Lipstick pula. Dalam banyak-banyak lipstick, Nutrimetics Magix Lip Colour nilah lipstick paling aku suka dan dah berulang-ulang kali beli sejak aku buat degree kat USM lagi. Dalam 7 tahun dah guna lipstick ni dan tak pernah putus dalam simpanan walaupun aku ada lipstick lain. Still setia sangat.

Inilah dia lipstick kesayangan aku. Dulu packaging dia lain, warna putih sekarang warna gold.

Harga retail RM 18.00 

Sangat murah dan berbaloi-baloi.


Nutrimetics Magix Lip Colour ni sebenarnya ada tiga color iaitu purple, oren dan hijau. Aku lebih suka warna purple dan oren sebab color dia terang. Kalau warna hijau macam tak pakai lipstick sebab terlalu natural.


Nutrimetics Magix Lip Colour ni mengandungi vitamin E dan pelembab, memang tak menghitamkan bibir malah bibir akan kemerahan kalau tak pakai lipstick. Macam dia merawat bibir kitalah sebab ada vitamin E kat dalamnya. Bibir aku ni sangat sensitif kalau pakai sebarangan lipstick akan menyebabkan mengelupas dan berdarah. Dulu ada pernah beli jenama yang best-best tapi hampa..tak tahan, bibir jadi lebam dan mengelupas. Terus kasi kat adik. Rugi je beli lipstick tu sebab boleh beli 3 batang Nutrimetics Magix Lip Colour.

Korang jangan rasa gelabah tengok color ni sebab dia akan bertukar color bila kita letak kat bibir kita. Warnanya bergantung kepada body chemistry korang. Macam kat bawah ni, tapi color dia tak 100% jadilah sebab aku sapu kat tapak tangan, tapak tangan kan lebih kasar berbanding kulit bibir.




Lavender ni lebih kepada purple kemerahan.
Sunflower lebih kepada warna pink merah.

Pada aku kedua-duanya sesuai dengan aku dan best sangat. Pada aku sunflower lebih pekat berbanding lavender.


Ketahanan: Ketahanan sangat panjang. Selepas makan pun still masih lekat lagi kat bibir lagi.
Rate: 10/10
Kategori rate: Love, Like, Dislike


Serius, ni lipstick kegemaran aku sepanjang masa. Kalau korang mengalami masalah bibir sensitif, bolehlah try Nutrimetics Magix Lip Colour ni. Harga pun murah, kualiti pun bagus.

Boleh dapatkan kat semua cawangan Nutrimetics seluruh Malaysia.

Kebaikan:
Long lasting, colour smooth je, dan paling penting menjaga bibir anda.

Keburukan:
Bekas lipstick ni perlu diperbaiki sebab color kat bekas lipstick ni pudar. Nampak tak cun pula.



3 comments

  1. Salam sis. Terjumpa entry sis psl lipstik nutri ni. Sy mtk izin buat testimoni dan watermark alamat blog sis ye. Tq.

    ReplyDelete
  2. Silakan kepada sesiapa nak share entry ini, tq :)

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH