Happy sangat sebab dapat tajaan dari Le Chantique Shope.
Kali ni aku nak cerita pasal hal kecantikan ni, marilah dengar..korang tak nak cun melecun ke??
Sebenarnya aku memang menitikberatkan hal kecantikan..terutama sekali kulit muka, bila tumbuh seketul jerawat mesti rasa tak puas hati, membelai jerawat tu sampai pecah..sampai berdarah..akhirnya tuttt ada parut. Walaupun parut tu tak berapa nak nampak tapi hati still risau. Asyik nak membelek-belek je..bila parut tu dah kering picit lagi..akhirnya ada tinggal kesan kat muka.
Yes! aku perlukan skin care untuk rawat wajah aku yang tak berapa nak macam telur dikupas tu chewahh.. Nak pergi spa buat facial mahal pulak, dah la sekali buat je lepas tu kena datang lagi. Aku tak sanggup sebab aku kan student..semua duit dari pa and ma je hahaha.
Jadi aku perlukan skin care yang murah, mudah dan boleh buat berulang secara sendiri.
Pernah juga dengar FANTABULOUS MASK AND SCRUB tapi belum pernah cuba. Tapiii aku sangat bersyukur sebab di beri peluang untuk cuba Fabtabulous mask dan scrub, dannn aku sendiri dapat rasakan bestnya produk ini dan korang juga mesti cuba!
Mari aku kenalkan produk best ni!
Ini adalah set penuh Fabtabulous mask dan scrub, diletakkan dalam uncang ini untuk memudahkan korang bawa ke mana saja.
Dalam set ini ada:
1. Facial scrub
2. Facial masker
3. Berus - untuk masker
4. Mask kapas kosong (5keping)- diletakkan lepas korang letak masker kat muka, kalau tak nak guna pun boleh jugak!
Facial scrub
1. Langkah pertama korang perlulah menggunakan facial scrub. Ambil, 1-2 kali picit sahaja.
2. Sapu pada 4 penjuru Muka, kemudian ratakan
3. Sapu/tenyeh/tonyoh secara lembutdi seluruh muka.
4.Gosok smpai gosok biji2 tu hilang, kemudian cuci dgn air dan lap bg kering. Aku lebih prefer lepas tu basuh dengan pencuci muka dan keringkan.
1. Lepas siap keringkan muka korang, korang kena bancuh mask. Ingat jangan bancuh dulu, kang kering pulak mask tu, bila betul-betul nak pakai baru bancuh, kalau boleh slowkan kipas, sbb takut mask cepat kering dalam bekas.
2 .ambil 1 sudu teh masker, skit ja...tambah air sikit,gaulkan smpai dapat bancuhan yg pekat
3.sapu
pada wajah guna brush untuk memudahkn anda, start dari dagu, naik
ke pipi kanan,hidung dan dahi...ulangkan step yg sama pada sebelah
kiri....klo ada baki bleh disapu layer kedua untuk ratakan mask. Kalau
nak tepek mask kosong tu pun boleh, tak nak tepek pun tak apa. Tiada
sebarang paksaan hehehe.
Please jangan lari, ok..hahaha |
4.tggu 30 minit atau smpai masker kering, dilarang bercakap @
gelak...apa-apa sahaja pergerakan wajah akan menyebabkn kedutan, so
sebulan pakai mask make sure anda dlm keadaan santai..
5. cuci,pakai toner, serum,krim malam/siang (depends waktu mana anda buat facial ok), aku cuci dengan toner je.
Dah siap di cuci dan pakai toner. Rasa macam snow white je haha.
Close up lagi, rasa sangat bersih dan nyaman..
My Review:
Yang BEST:Facial scrub- Serius best sangat bila pakai. Semua kotoran kat muka rasa macam keluar, kulit jadi lembut dan licin. Dan paling best lembab ke kulit dan tidak mengeringkan! bau pun sedap!
Facial Mask- Bila pakai ni ala-ala pakai bedak sejuk je. Muka rasa sejuk je. Lepas tu rasa macam segar gila. Bukak je mask ni, liang roma jadi halus..kulit bersih mulus!
Yang TAK BEST:-Untuk si pemalas memang tak best sebab kena bancuh bagai!-Kena cepat-cepat apply kat muka selepas bancuh sebab takut masker berketul-ketul.Kesimpulan:
Aku suggest produk ni untuk korang yang mempunyai banyak jerawat kecik-kecik, parut jerawat, noda-noda hitam dan sangat penting untuk korang yang memang nak cun kan muka tu! Serius sekali guna dah rasa best, tak sabar nak guna lagi hehehe!
rating 7/10
Nak tengok lagi keistimewaan dan lebih testimoni, jom ke:
How much?
ReplyDelete