Assalammualaikum dan salam sejahtera.
Hari ni aku nak review novel dalam koleksi aku.
Tajuk Novel: Maaf Saya Tak Sengaja.
Penulis: Akira Dorayaki
Muka surat: 499
Penerbit: Lovenovel
Harga: SM RM 25.00 / SS RM 28.00
Januari 2016
ISBN 9789670907185
Sinopsis:
“Tak guna punya Mat Bangla! Lu buat apa dalam kain gua, hah???” – Aina Cempaka
“Adoi, sakitlah bongok!” – Faiz Iqbal
“Lu jangan main-main sama wa. Nanti wa report sama polis baru lu tau!” –Aina Cempaka
Kerana Mohsin punya angkara, itulah detik pertemuan Aina Cempaka dan Faiz Iqbal. Siapa sangka, Mat Bangla yang diherdik itu rupa-rupanya bakal majikannya. Pada hari pertama di tempat kerja baru, Aina Cempaka tak tahu mana nak sorok muka. Majalah juga jadi mangsa.
“... resume kau dah ada kat dalam fail ni! Dahlah tu, tak payahlah nak cover muka kau tu lagi...” – Faiz Iqbal
Faiz Iqbal memang selamba.
“Encik Iqbal nak pecat saya ke?” – Aina Cempaka
“Pecat? Kenapa pulak aku mesti pecat kau?” – Faiz Iqbal
Dulu Faiz Iqbal menggeletar dengan perempuan cantik. Sebab itulah ramai sudah setiausahanya dipecat. Menggeletar??? Sebab Faiz Iqbal memang ada kisah silam. Dia trauma. Lantaran itu hidupnya bertemankan arak bagi menenangkan jiwa. Tuhan? Dia sudah lupa.
Tapi dengan Aina Cempaka dia jadi selesa. Bukan sebab Aina Cempaka tak cantik tetapi ada debaran dalam dada yang mula bergema. Saat hati mula berbunga, rahsia lama tersingkap pula. Dialah sebenarnya parut berbekas itu. Kerana rasa bersalah, Aina Cempaka harus dijauhi. Namun, ketiadaan Aina Cempaka pula membuatkan hidupnya jadi tunggang-langgang. Faiz Iqbal lebih rela hidup gelandangan. Merempat di tepi jalan. Berat sangatkah rahsia yang tersimpan?
“Saya minta maaf. Saya lelaki pengecut. Tak guna! Gagal jadi manusia. Saya hanya layak jadi parut dalam hidup awak, Aina Cempaka.” – Faiz Iqbal
Mampukah Aina Cempaka memaafkannya? Bersatukah dua jiwa saat orang ketiga mula menggila?
Review oleh Cik Farah:
Alhamdulilah sudah tamat baca dalam satu hari sahaja.
Bermula dengan kisah Aina Cempaka yang mempunyai pengalaman hidup masa lampau yang tidak diketahuinya. Berkenalan dengan lelaki bernama Faiz Iqbal dan mereka mula jatuh cinta.
Tetapi disebabkan peristiwa lama Faiz Iqbal mula menjauhkan diri daripadanya.
Banyak konflik dalam novel ini tetapi disebabkan plot cerita disusun dengan baik maka cerita ini sangat menarik untuk dibaca.
Ada unsur sedih, kelakar, emosi, marah. Lepas baca novel nirasa macam tak boleh move on dalam sehari dua. Ibarat penulis pandai memainkan perasaaan pembaca untuk lebih mendalami setiap watak dan peristiwa penting yang terdapat di dalam novel ini.
Sepanjang pembacaan aku memang tak skip muka surat atau perenggan. Susunan ayat menarik dan tidak bosan untuk dibaca. Salah satu novel yang korang patut miliki dalam simpanan peribadi korang.
Rating: 4/5 🌟🌟🌟🌟
Kat mana nak dapatkan novel ni?Boleh dapatkan di kedai-kedai buku, MPH dan Popular.Secara online:Penerbitan Lovenovel
Sampai di sini sahaja review aku.
Berminat nak review karya anda??
CLICK BANNER DI BAWAH
No comments
Post a Comment
-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)
Jangan lupa LIKE! dan SHARE!
Terima kasih :)