Awas si pencuri! si pengotor!

Assalamualaikum.

Minggu ni banyak bentul dugaan yang menguji kesabaran.

Macam-macam. Ikutkan hati nak bagi penendang je. Nak tendang siapa? Ganas gila. Memang aku ganas, garang dan sewaktu dengannya. Boleh kecut perut kalau tengok aku marah okehh!

Memang nak marah sangat-sangat! marah kat pencuri..

Adakah pencuri tudung aku begini, atau perempuan ayu bertudung haram? (tudung curi)

Banyak benda nak bebel kat blog ni, korang bacalah sampai pengsan.

Sejak masuk semester ni memang tiada istilah dalam zon selesa, nak tidur overtime pun risau, risau macam-macam..risau thesis, risau agsimen, risau...je..
Serius, memang kena off tempahan sebab komitmen aku as student tu sangat besar. Kalau nak ambil tempahan perlukan mood juga dalam kerja mendesign. Apa korang ingat idea boleh datang bergolek? Nak design ni bukan boleh sesuka hati buka PS terus design, perlu ada mood. Kalau dalam terpaksa, memang ke laut la jawabnya. Dalam keadaan kerunsingan, ketidakselesaan ni..adalah perlu for away daripada kerja design-design ni. Maybe have a time to design..1 week? 2 week? or more and more for 1 blog. Dah lupa kan semua tu.

Berbalik pada tajuk di atas, serius rasa nak maki. Tapi tahan je. Sabar separuh dari iman kan.

Cerita nya begini, tudung kesayangan sudah dicuri oleh penyagak. Serius memang nak marah. Tudung tu aku basuh dan sidai kat tepi ampai bilik aku. Serius tepi bilik. Malam semalam masa aku nak pergi mandi, tudung tu stay ada kat ampai, tapi bila nak masuk bilik terus lesap. Tetap bersangka baik, check kat bawah, tapi tak ada pula terjatuh. Kalau dah hanger dan tudung pun lesap. Sememangnya tudung tu sudah di rembat. Pandai pencuri tu kan, tudung bawal versi murah tak nak pula kau ambil yang mahal juga dirembat. Kalau kononnya terambil tudung aku, silalah pulangkan ye.

Sebenarnya aku tak suka nak syak wasangka siapa yang mencuri tudung tu, tapi maybe student aras aku juga kot. Kesiankan, mak bapak hantar masuk universiti untuk belajar tapi datang sini bawa perangai sampah nak jadi sampah masyarakat. Sebelum ni, ada juga dengar desas desus kawan-kawan lain block, barang/pakaian yang sidai dekat ampaian kena curi. Banyak betul ye keturunan penyagak ni.

Serius aku sangat benci dengan pencuri ni, nak je potong tangan dia dengan gergaji. Mak bapak tak ajar ke? memang habit mencuri? atau keturunan penyagak?


Ni dia tudung aku yang kena curi tu, hanya tinggal kenangan :'(


Lepas tu, ada pula kes budak perempuan yang suka buang tuala wanita dalam tandas. Aras atas aku ni, mean aras 4, toilet tersumbat. Sampaikan nak flush air pun tandas tersumbat gila. Apa lagi bau najis pun macam perfumes la hahaha. Bila dah aras atas tersumbat, of courselah bagi effect kat aras aku, saluran paip najis pun keluar air najis yang membuak-buak tapi syukur ada orang datang baiki, kalau tak memang bau haremmm la. Padahal, memang dah ada sediakan tempat untuk buang tuala wanita, berat sangat tulang kot nak buang dalam tu.

 Dah setahun aku duduk block ni, tapi benda ni tak pernah terjadi, tapi bila mula sesi baru, means new semester for new student masuk..terjadi macam ni. Budak baru ke yang buat perangai tahik macam ni? entahlah. serius langsung tak bermoral. Bukan tu je, tangan-tangan pengotor ni suka sangat buang sisa makanan dalam singki, akibatnya singki pun tersumbat. Tak boleh ke sisa makanan tu buang dalam tong sampah dulu? then baru basuh mangkuk or sewaktu dengannya? ni main campak/buang je dalam singki, apa kau ingat kuli bapak kau banyak sangat nak cuci itu ini?

Aku memang anti gila dengan si pengotor macam ni, sebab dari kecil lagi mak aku ajar, sisa makanan perlu buang dalam tong sampah, tak boleh buang dalam singki sebab nanti singki tersumbat. Jaga kebersihan. Serius rasa nak sumbat je sisa makanan kat mulut orang yang suka buang dalam singki tu..nahhh kau rasakan wahai si pengotor!

Maybe kot sesiapa yang buat perangai pengotor ni di bawa daripada habit dirumah. Takkan buang tuala wanita pun kau buang dalam toilet rumah? Tak malu ke?

Serius malu gila, bila kawan block atas aku cerita, tuala wanita yang dikutip dalam lubang tandas (tersumbat) tu, di gantung kat tepi toilet. Banyak woo buat pameran. Aku rasa orang yang baiki tandas tu memang begang gila dengan peragai si pengotor ni. Takkan nak tulis "hoii si bodoh, jangan buang sanitary pad anda dalam lubang jamban" ????

Tapikan, tapikan aku ada jumpa tandas yang tulis kat setiap pintu tandas, tapi tempat kejadiaan dirahsiakan, dia tulis lebih kurang macam ni

 " nama je budak universiti tapi bodoh bertingkat-tingkat, dah berak tapi tak tahu nak jirus" 

hhaaaa ambik kau, sejak tampal notis yang "ganas" tu terus ramai yang bawa baldi kalau flush toilet tu rosak. Kena reminder macam ni ke? takkan najis sendiri pun tak tahu nak uruskan. Apa kau ingat cleaner tu pecacai nak cuci tahik kau? serius manusia sengal.
 Dah remind bodoh bertingkat-tingkat baru kau fahamkan? sebab kalau ayat soft-soft mereka takkan faham, kena bagi kaw-kaw sikit. Kalau tak faham juga memang tak ada otak. So kena reminder

"hanya binatang sahaja suka buang sampah dalam singki"..or "hanya binatang suka buang sanitary pad dalam lubang toilet/tak jirus najis nya"... 

Kalau still buat lagi tak tahulah aku, kucing aku pun pandai tambus najis dia.

Dah la, korang fikir-fikirlah sendiri. Sama-samalah jaga kebersihan persekitaran kita. Tak guna berpelajaran tinggi tapi masih dungu lagi. Perlu tak tambah kelas khas "kelas kebersihan" di IPTA?IPTS?

Kesiankan?




Dah langgar..engkau lari!!




Assalamualaikum.
Tadi aku ada lah dengar kes langgar lepas itu lari..ala langgar lari. Memang mendidih sangat dengar tu. Rasa nak bagi penampar dan nak tendang-tendang je muka pelanggar lari tu sampai hancur. Wahhh ganasnya aku..Ayah aku pun ada juga orang langgar dia..lepas itu lari. Nak gelarkan spesis ini binatang tapi manusia. Tapi dikalangan manusia memang ada BINATANG.

Kes 1

Benda ni terjadi kat ayah aku. Masa tu aku praktikal dalam dua tahun yang lalu. Tiba-tiba ada saudara aku datang ambil sebab selalunya ayah aku yang ambil. Dia kata ayah aku kena langgar. Memang terkejut lah dan tak sabar nak balik. Bila sampai rumah aku tengok kepala ayah aku berbalut dan kena 7-8 jahitan. Sedih sangat. Kaki dan tangan luka juga tapi alhamdulilah tak ada kecederaan dalaman. Ayah aku kata masa tu dia bawa motor tiba-tiba dia dirempuh oleh motor dari belakang. Yang dia perasan budak tu main handset dan terus lari. Plat motor dia tak perasaan sebab dia terus pening dan pitam. Nasib baik ada orang tolong. Darah kat kepala memang banyak keluar sampai tuala yang ayah aku bawa basah. Baju dia pun penuh kena darah. Budak sial tu pulak lari bukan nak tolong. Dah langgar terus lari. Alhamdulilah ada orang kat situ tolong.

Kes 2

Kes ni budak kampung aku juga kena. Dia pergi dengan kawan di ke bandar tiba-tiba ada kereta rempuh mereka dari belakang. Dah rempuh terus lari jugak. Budak tu memang teruk juga kenanya. Muka dia tergilis kat jalan raya. Kaki tangan memang luka juga. Tapi nasib baik tak patah kaki-tangan. Korang faham-fahamlah kalau dah muka terhempas kat jalan. Memang teruklah..gigi depan patah. Gusi bengkak. Tangan luka dan banyak sisa tar masuk dalam daging. Memang azab aku tengok. Korang dapat bayangkan tak masa nak cuci luka yang bercampur sisa jalan tar tu. Teruk wei. Nak makan pun budak tu tak boleh. Sebab gusi dan mulut luka. Atas muncung dia pula hancur dan terpaksa tampal dengan daging lain untuk elokkan. Bertapa azabnya dan terinayanya orang yang dilanggar oleh pemandu yang macam hanjing!!


Kes 3

Ini memang kes terbaru yang paling hangin aku dengar. Ceritanya begini, ada pakcik tua dan anak perempuanya naik motor tiba-tiba datang sebuah kereta melanggar dari belakang. Dengan tidak rasa bersalahnya pemandu kereta berkenaan telah melarikan diri tanpa rasa simpati untuk menolong orang yang dilanggarnya. Mungkin nasib pemandu yang melanggar itu kurang baik sebab ada jiran sebelah rumah pakcik tu nampak dan mengejar pemandu yang tak beretika itu.. Tup-tup memang dapat kejar la pemandu tersebut. Dan yang amat mengecewakan pemandu yang tak berakhlak itu adalah seorang GURU dan perempuan. Memang elok kena lempang la orang macam ini tapi nasib baik ko tak kena lempang, kalau aku yang kejar memang kena penerajang la...kuatnya aku muahaha silap-silap aku yang kena.. Ok fine, tapi yang aku tak boleh terima sikap orang kampung yang menyalahkan isteri pakcik yang dilanggar itu memarahi cikgu perempuan itu. Boleh pula orang kampung kata " Ala langgar sikit takkan sampai nak maki-maki orang"..Nasib baiklah orang tu tak cakap depan aku, kalau tak orang tu aku maki cukup-cukup!! ( berani ke Cik Farah oii? ) Dengar sini bahaloll ( bukan korang ye :O ) Jangan kerana dia itu PEREMPUAN dan status baik sebab dia CIKGU korang boleh menutup busuk dia sebab konon langgar sikit? Kalau dia itu BAIK dan bersahsiah bagus kenapa dia LARI lepas langgar? Kenapa kena kejar dan kena ugut baru nak kembali ke tempat kejadian? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Ohh sebab dia CIKGU ye? dan sebab pakcik tua dan anak perempuan dia MISKIN dan TIADA TEMPAT DIMATA masyarakat ye? Sebab CIKGU berbakti kepada masyarakat ye? ( maaf ye cikgu-cikgu, bukan anda yang dituju tapi cikgu pelanggar lari yang aku tuju!! ) weii dengar sini dia jadi cikgu pun sebab diberi GAJI kalau tak bergaji HARAMMM nak jadi CIKGU. Masyarakat sekarang ni nak mandikan orang mati pun demand..nak duit bukan ikhlas kerana ALLAH!!  Aku memang emosi kalau penjenayah yang disokong bukan mangsa yang mendapat keadilan. Yang mulut bahalol kata " Ala langgar sikit takkan sampai nak maki-maki orang" engkau  itu hati hanjing ke? Sebab tak mati engkau boleh kata sikit ye..ohh kalau mati barulah "langgar banyak"..Diri sendiri tak kena bolehlah cakap, kalau kena mungkin ko pun boleh belasah cikgu tu sampai mampus..itu baru kena maki sikit pun nak kecoh!!! Engkau ingat dengan RM50 itu banyak sangat ke cikgu tu nak bagi konon nak lepas diri. Memanglah pakcik dan anak perempuannya cuma luka-luka sikit. Tapi kalau badan dah terhempas kat atas jalan raya..bukan effect kejap tu juga..mungkin esoknya melarat bengkak-bengkak!! Tak kena memanglah boleh cakap macam-macam. Memanglah perbuatan memaki orang tu tak baik tapi kalau nama je cikgu sekolah berasrama penuh tapi otak bahlol tak ada akhlak sebab langgar orang macam langgar anjing ( orang pun tak sanggup langgar binatang ) memang kena bagi "ubat" pedas sikitlah..sebab tak faham bahasa yang elok kena bahasa kasar. Orang kampung pula nak salahkan isteri pak cik tu konon marahkan cikgu tu. Memang patut kena makan "cili api" je cikgu tu. Ini ibarat perompak merompak tapi tuan rumah masuk lokap? Betul ke macam tu..? Kononnya rumah korang kena rompak tapi korang pula kena salah tak jaga keselamatan elok-elok. Padahal semua dah safety cuma perompak yang nak jugak merompak korang. Dalam soal ini perompaklah yang kena hukum..tak tahulah kot korang pula sanggup nak masuk penjarakan..


Kes Video di atas

Video kat atas tu aku ambil kat youtube..tak ada kena mengena kes 1 sampai 3 ni. Aku nak juga senaraikan banyak kes nanti kot macam pegawai penyiasatlah pulakan.. Kes yang aku tulis ni ibarat macam video kat atas tu juga tapi video tu memang kejam sebab orang macam tak peduli je nenek tu. Kalau dah kena macam itu korang masih nak salahkan siapa? salahkan jalan sebab sempit ye? muahahaha lu fikirlah dengan kepala hotak jangan dengan bontot..boleh?

Anak kucing di seksa sampai mati

Assalamualikum..
Sedih giler aku tengok artikal ni. Memang rasa nak tembak je kepala orang yang buat macam ni. Korang layan la gambar-gamabar dan artikal di bawah. Aku dapat dari emel...


Anak-anak kucing ini mati akibat perbuatan kanak-kanak yang sering main tembak-tembak dengan peluru getah dan menyiksa anak kucing itu dengan mengikat leher  dengan tali.

 

Di suatu desa, 4 ekor anak kucing dari seekor  ibu kucing disiksa sampai mati. Menurut pemilik kucing, pada pagi hari  mereka mendengar tangisan kucing yang memilukan. Mereka segera turun ke halaman dan menemui bahawa anak-anak kucing, 4 ekor, telah disiksa sampai mati, dan (mayatnya) sengaja diletakkan didepan ibunya.

Seekor anak kucing lehernya diikat dengan tali dan badannya direntangkan, dengan dada teriris terbuka menunjukkan jantungnya diiris-iris dan lukanya terlihat. Sementara ketiga ekor anak kucing lainnya, kepala mereka dipijak (sampai remuk).

Menurut pengamatan wartawan, lubang peluru yang ada di kepala anak kucing tersebut berasal dari peluru pistol mainan. Kira-kira, pada malam  seseorang menggunakan pistol mainian untuk memukuli anak-anak kucing tersebut sampai mereka tidak dapat lari, sebelum meneruskan menyiksa anak-anak kucing tersebut sampai mati, dan secara sengaja meletakkan anak-anak kucing  tersebut di sebelah ibu kucing.

Ibu kucing yang malang tersebut terus menjilat bulu-bulu anaknya, seperti berharap hal itu akan menghidupkan kembali anak-anak kucing yang malang itu. Si pemilik kucing sendiri sampai tak mampu berkata-kata, menangis dan berharap penyiksa kucing tersebut dapat ditemukan.


P/s : Kesian ibu kucing tu..sedih. :'( Teringat Rubi. Alhamdulilah anak-anak dia sihat dan boleh terima susu formula. Nanti aku update pasal mereka. Pada pendapat aku kalau ada anak-anak yang suka mendera binatang..ibu bapa perlu tegur dan didik dengan baik. Pernah aku tengok ada orang tu boleh diam je bila anak kecil dia pijak-pijak kucing. Kalau mak bapak tak didik..siapa yang nak didik? Melainkan mak bapak macam "binatang" tapi bertopengkan manusia. Mungkin mereka lagi keji dari binatang :(

Bahagia Rasanya.

http://www.jtarquin.com/wp-content/uploads/2010/09/wedding-picture.jpg

Assalamualaikum.
Aku amat teruja..teruja..campur gembira dan bahagia sangat-sangat.
Gembira bila tengok kawan-kawan course mate dan school mate ramai yang dah mendirikan masjid.
Yang dan ada baby dan bakal mummy pun..aku rasa sangat bahagia melihat kegembiraan mereka.
Ramai juga yang dah bertunang dan tak lama lagi bakal bergelar raja sehari.
Walaupun kalian jauh, dan kerana jarak aku tidak dapat menghadirkan diri ke majlis kalian cukuplah bagi aku melihat gambar perkahwinan kalian di Facebook. Cukup memgembirakan aku melihat air muka kalian yang gembira..itu pun sudah memadai buat aku. Kalau dekat insyaallah akan aku turut memeriahkan majlis kalian tapi jauh dan masa menghalang kita. Apa pun aku doakan korang bahagia dunia dan akhirat. Aku tak mahu ucapkan "bahagia sampai anak cucu" sebab kalau lepas bercucu tak bahagia macam mana pula tu ye..kan ke setiap bait kata adalah doa? So bahagialah kamu di dunia dan akhirat..aminn..

Tahniah pada kalian...nanti dah hidup berdua, tak sama tau hidup bujang..tambah-tambah lagi kalau dah bertiga dan seterusnya. Jangan nak mengedik macam bujang-bujang lagi tau hahaha..tak boleh bermalas-malasan lagi. Jadilah isteri/suami yang soleh dan solehah.
Esok kakak sepupu aku bertunang juga..:). Aku ni bila lagi ni ye? Entahlah mungkin belum sampai seru. Ala aku pun masih mudakan umur pun 23 tahun..bulan Mei ni je masuk 24 tahun..tak perlu takut atau bimbang pun sebab MUDA lagi! Korang yang kat luar tu pun jangan lah tak boleh tidur sebab takut jadi andartu. Aku relax je muahahaha.. Sebenarnya aku masih belum terfikir nak BERTUNANG atau KAHWIN sebab CITA-CITA aku belum tercapai. Apa yang aku impi pun masih belum tercapai. Eh, mesti orang kata, dah kahwin nanti boleh capai juga cita-cita?..mungkin itu pendapat orang lain tapi tidak aku.
Aku harap sidia tak paksa aku untuk bertunang atau kahwin. Kalau rasa tak boleh tunggu..aku silakan engkau cari yang lain. Kalau betul-betul sayangkan aku tunggu la engkau sampai tua hahaha.. Ok abaikan la benda tu!aku merepek je.

Cuma yang aku rasa tak puas hati sebab tanggapan dan pemikiran kenalan aku ni tentang perkahwinan. Dia sebaya aku tapi dia macam risau sangat sebab tak ada special boyfriend. Dia selalu cakap bahawa dia tak nak jadi anak dara tualah..tak ada orang nak kat dia lah dan macam-macam lagi. Dia macam jadi stress kalau ada kawan-kawan satu sekolah ( ex school mate ) kahwin atau bertunang. Kadang-kadang aku rasa dia ni macam terdesak nak kahwin je. Aku memang pernah bergaduh dengan dia tentang hal ni. Dia ni memanglah di antara Best Friend Forever ( BFF ) aku, tapi kalau aku call dan mesej dia..dan asyik merungut benda yang sama memanglah aku jadi hot dan hulk! hahaha..Pernahlah satu hari tu aku call dia..dia kata nak back kepada ex boyfriend dia dulu. Aku pun mengamuk la marah dia. Korang mesti pelik sebab apa aku mengamuk. Adakah exbf dia tu bf aku? adakah xbf dia tu ex aku? atau ex dia tu suami orang? haaaaaaa tekalah.. ok ok..semua salah. Sebab ex bf dia tu memang jenis JANTAN yang memang tak sesuai buat kawan..ha kalau dah tak sesuai buat kawan sudah tentulah tak sesuai buat SUAMI! Antara sebab-sebab kenapa tidak sesuai buat suami, dia kaki botol, kaki ganja, kaki tipu dan kaki nak bunuh diri. Korang rasa sesuai ke nak jadikan suami macam tu? kalau sesuai maybe tease korang kot. Masa kawan aku ni couple dengan budak jantan tu..dia memang tak tahu peragai budak tu. Tapi masa gaduh je budak tu mesti mabuk dan hisap ganja. Kalau kawan aku nak putuskan hubungan mesti nak ugut bunuh diri. Dan alhamdulilah PUTUS..tapi tak mati pun..dah sah penipu berasap!! Tapi ada some day tu, dia call back kawan aku..pujuk kawan aku. Cakap dah berubah dan taubat. Kawan aku tu cuma terima sebagai kawan. Aku memang marah giler kat kawan aku tu sebab kawan dengan jantan tu. Adalah satu hari tu, kawan aku macam dah tak layan lagi jantan tu. Boleh pulak ugut nak bunuh diri pula dan kata nak hisap ganja kalau kawan aku tak hirau dia. Apa la punya jantan macam tu, ugut nak bunuh diri pun dah ROSAK AKIDAH!..nak ke kahwin dengan lelaki yang tak ada iman? Baru orang reject pun nak buat benda mungkar tu.. Aku dah nasihat berguni-guni jangan buta dan bodoh sangat. Kalau tak mahu dengar..ko tanggunglah sendiri. Jangan lepas kahwin hilang telinga sebelah heboh masuk paper dah la..kan "cinta sampai mati"..lu tanggung la sendiri!!

Tapi sejak dua menjak ni dia kata dah tak contact lagi jantan tu ( dia yang kata, betul ke tak aku tak tahu la ), tapi kalau cakap pasal kawin mesti dia kata "kalau tak ada siapa nak aku, aku kahwin dengan @70! tu la, sebab dia dari dulu sampai sekarang yang nak kat aku"..rasa nak mencarut je bila dia kata macam tu..bila aku kata, "jantan macam itu tak sesuai untuk engkau sebab dia pun macam "tak beragama" je, sikit2 nak bunuh diri, hisap itu ini, minum arak, macam manalah dia nak didik engkau"...dia boleh kata "manusia boleh berubah, aku boleh didik dia"...didik apanya, kalau ada problem asyik minum arak!, hisap ganja!, bunuh diri!..kot nanti engkau pula ikut peragai dia..baru haru-biru.. Lagi pun mak bapak kawan aku tu memang tak suka langsung budak jantan tu. Sampai sekarang kaki botol lagi jantan tu.

Harap apa yang dia kata betullah..dah lost contact dengan jantan tu..Cinta tak buta tapi manusia yang buta hati!

p/s : laa..kan tajuk aku "Bahagia rasanya" kenapa nak emosi-emosi ni..tulah rajin sangat tangan menari..hambikk kauu.

OOO Thank!!!!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiYJ1dA2kXyoWjCyfZ0lafWsKpTtPWtZATMti-CamgfevmWeNN0zSPzMX-gFCUZ0dtAiTD7ngYhwk0bQKKemJH_10XERPVHEohcXssuaUGlNsA5gj-cIEI_kZpEVA5AtTQfKUkm2bi4MkA/s1600/terima-kasih.jpg

Salam.
Mood menulis ala emo campur sayu.
Tak tahu nak mula tang mana tapi akan cuba ungkaikan tajuk di atas.

Pada pandangan aku sejak kecil lagi, tak kira di rumah atau sekolah. Pasti ibu bapa atau guru akan ajar ucapan "Terima Kasih" sebagai tanda bersyukur atas kebaikan atau budi seseorang. Agama Islam juga menganjurkan umatnya bersyukur dan berterima kasih atas nikmatnya. Tapi kenapa ada sesetengah manusia amat berat mulut nak ucapkan "TERIMA KASIH" atau "THANK YOU" bila orang lain berbuat kebaikan ke atasnya?

Mungkin ada berlian kot dalam mulut dia..dan akan keluar bila dia ucap "terima kasih" so dia takutlah berlian itu hilangkan? Itu hanya mukadimah je. Sebenarnya aku nak cerita pasal someone ni. Dan kerana dia membuatkan aku tawar hati untuk orang lain.
Aku sebenarnya tak kisah bila ada reader atau blogger minta tolong edit blog atau design apa-apa, bergantung ke atas kemampuan aku la. Tiba-tiba ada seorang hamba Allah ni. Aku memang langsung tak kenal dia. Serius tak kenal. Dia tiba-tiba add aku di Facebook. Lepas itu ada la dia bagi private mesej kat aku. Dia tolong minta aku buat Tab Menu untuk dia. Aku pun tak kisah nak tolong sebab aku pun free tak buat apa-apa. Jadi tak salahkan tolong orang yang memerlukan bantuan. Aku designlah tab menu dia dengan guna Photoshop. Memang kejap je dah siap. Dia ada juga bagi emel dan password dia. Aku pun terus letak dalam belog dia. Aku mesej kat catbox kat blog dia yang aku dah buat dan suruh dia mesej semula aku kat facebook aku. Memang tak sangka dia tak langsung mesej-mesej aku. Aku memang tak ada niat nak minta bayaran pun. Aku buat sebab nak tolong dia. Nak kata tak online lagi, aku tengok dah dua entry dia update. Aku pun mesej dia bagitahu aku dah buatkan. Dia cuma balas "ooo thank"...la macam tak ihklas je thank nya tu sebab ditanya baru thank. Aku pun rasa dia ni memang sepatutnya tak perlu ditolong. Masa nak minta tolong chat kat facebook macam nak rak. Macam-macam lenggok kau ye, bila aku dah tolong senyap pulak engkau!. Mesej  beberapa kali, baru nak ucap "ooo thank"...lepas itu terus bisu seribu bahasa.

Aku bukan nak minta bayaran pun kat engkau, kalau memang aku nak bayaran memang mula-mula lagi aku dah bagitahu. Masa aku chat dengan kau ( masa engkau nak minta tolong ) aku just kata follow aku je. Tapi engkau tak follow-follow pun. Aku tak kisah semua itu sebab aku tahu dalam hal ini kita tak boleh paksa orang pun. Aku pun tak paksa engkau follow ke tidak, cuma aku suggest je. Tapi kau TIPU aku, engkau kata sudah tapi aku check haram ada pun.Ok abaikan tapi persoalannya orang penat tolong. tapi kau say "thank you" cara ikhlas pun tidak..apa maksud "oo thank?"..
Dan hari itu aku terbuka blog engkau. Dan aku terbaca engkau nak bisness edit belog, tapi edit "bodo-bodo" pun engkau minta bayaran. Tapi lantaklah itu hak engkau kan..aku peduli apa.

CUMA AKU NAK INGATKAN " KALAU ORANG DAH BERBUDI KENA LA PANDAI BERBAHASA..JANGAN HANYA NAK MERASA TAPI LANGSUNG TAK BERTIMBANG RASA"
Kucing faham kalau tuan bagi makan kat dia tapi kalau manusia tak faham..macam mana tu?

p/s : Sorry la lepas ini aku memang tak layan la, melainkan kawan2 terdekat yang nak minta tolong. SOrry! kalau sesiapa yang nak buat header, buat tab menu, buat templete ..aku cadangkan pergi tempah pada designer yang memang buat bisnes.

Jenis apa ke ni?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiirKwgUgKIRM8f0PoUS0HeITpWqwFS_xgFD1V8C2t-Q3cmDeQfeQanrWBXDsDfTPumN_YAcG0h82kK7knlJcrTthWgrmb3RcVMWt7INWa8OGL6thgdeRUYFY3__L3tJK7Y-Hdj45IBaHU/s400/bodoh+sombong.jpg
credit :Mr Google

Bodoh ke apa kalau pecahkan barang orang lain yang disalahkan?
Pakai guna hotak ke kepala lutut?
Contohnya kalau engkau shopping kat pasaraya..kalau engkau yang pecahkan barang..memang salah engkau la sebab tangan ko GATAL.. ( contoh je  )
Kalau dah diri sendiri tu yang salah jangan salahkan orang lain....
Ini mesti jenis yang TAK NAK MENGAKU SALAH SENDIRI..
Takkan basuh berak tak cuci pun nak salahkan orang?? !

Kepala Hotak engkau!

Salam..selamat malam..
Pernah tak jumpa dengan orang yang suka sangat ikut kepala hotak dia je?
Aku memang banyak sangat jumpa orang macam ini. Dah naik meluat dah!
Kalau dia ini bercakap macam semua dalam dunia ini dia tahu..macam hero! 
Dah la tak boleh nak terima pendapat orang lain..macam pandai je tapi ZERO!
Pada aku la..orang macam ini bodoh sombong.
Ada la one day itu, dia ini just tanya pendapat aku. Aku dengan hati tulus bagitahu apa yang benar..realiti la..tak nak la bagi tahu benda yang sedap di dengar tapi habuk pun tak ada. i just bagitahu seikhlas-ikhlas tentang benda itu...lepas itu boleh dia pelekehkan apa yang aku bagi tahu..siap suruh orang lain untuk pelekehkan juga benda itu!!!so siapa yang tak hot..dah la minta pendapat tapi bila aku bagi pendapat engkau pelekeh dan persoalkan. Kalau tak nak dengar pendapat aku tak payah minta pendapat aku la wei!!...tak cukup dengan itu boleh sindir-sindir lagi..memang cilaka la punya mulut.kalau pendapat aku itu tak sesuai tak payah la nak kutuk-kutuk..just ikut je kepala hotak engkau tu..aku pun tak kisah..bukan hidup aku pun..itu hidup engkau..tanggung la sendiri wei..aku just bagi pendapat yang sebenar-benar jujur tapi engkau tak hargai. Kawan aku pun kata engkau bodoh..otak sempit..!
Kalau bercakap dengan engkau..engkau je yang nak menang..
Dah la..lepas ini tak payah nak tanya pendapat aku.
engkau nak mampus..jahanam atau apa sekali pun..itu hak engkau!
Tak guna kalau aku je yang terhegeh-hegeh nak bagi nasihat dan pendapat.
Tapi langsung engkau tak nak hargai..
Betul juga kata ayah aku..next time tak payah cakap apa-apa lagi.
kalau engkau tanya aku apa-apa lepas ini.
aku just cakap "haa..bagus la itu.."
dan hanya tutup mulut je walaupun keputusan engkau "nak makan tahi "
aku tak akan komen-komen lagi.
 buat apa kalau aku bagi nasihat engkau tak hargai!
 buang masa aku je.
aku bagi nasihat pun selama ini sebab take care dan sayang tapi kalau ini balasannya..
lantak engkaula..
lepas ini jangan haraplah..
 aku serik! sebab dah banyak kali terkena..
 yang sakit hatinya aku..so lebih baik jaga hati dan diri sendiri.
so lepas ini.
NO KOMEN YE!

http://stillflywithalay.blog.friendster.com/files/middlefinger.jpg
Bukan mencarut!



Kerana mulut!

Kehidupan tidak selalunya gembira tetapi ada kesedihan. Selalunya kesedihan bukan sebab kita yang sedih tetapi kerana manusia lain. Aku amat sedih bila apa yang aku buat tak pernah nak hargai tapi dia yang bergelar manusia itu hanya tahu mengutuk dan memperli-perli seolah-olah apa yang aku buat selama ini semuanya tidak berguna dan tidak bernilai bagi dia. Bukan setakat kutukan dan sindiran tetapi menyakitkan hati dengan kata-kata kesat yang boleh mencalarkan hati sesiapa yang mendengarnya.

Kita tolong dengan ikhlas tapi ini balasannya. Kenapa? Susahkan manusia kalau kufur nikmat! Ditolong salah, tak ditolong salah..ibarat melepaskan anjing yang tersepit. Kalau tak ditolong asyik menyalak sampai tak larat nak dengar tapi bila kita tolong lepaskan dia, dia mengigit kita pula. Itulah perumpamaan orang macam ini.Orang macam ini memang tak sedar diri dan tak tahu bersyukur..hanya tahu merungut dan menyalahkan orang lain. Takkan dah mati baru nak insaf kot, masa itu dah tak berguna lagi walaupun menagis air mata darah pun!

Tak guna juga kalau seseorang itu beribadat siang dan malam tapi mulut suka menyakitkan hati orang..pernah aku dengar tazkirah yang disampaikan oleh pensyarah aku, masa zaman Rasulullah S.A.W, ada seorang wanita yang rajin beribadat iaitu siangnya berpuasa dan malamnya berjaga kerana beribadat tetapi mulutnya suka menyakitkan hati jiran. Apabila para sahabat bertanya kepada Rasulullah, dimanakah tempat wanita itu? Rasulullah menjawab sebaik-baik tempat adalah NERAKA. Begitulah tazkirah yang aku dengar, tapi nak tulis secara detail aku tak ingat...Kita kena menjaga mulut kita, jangan nak menyakitkan hati orang sebab kerana mulut manusia banyak sangat berdosa.

Lidah ibarat mata pedang walaupun tidak bertulang tetapi mampu menghancurkan dunia. Kenapa pula macam itu? Sebab kerana lidahla fitnah berleluasa. Kerana lidah juga la sanggup menjadi saksi pembohongan dan membenarkan yang haram dan mengharamkan yang halal!

Fikirlah! jangan menyakiti hati orang  sebab orang yang disakiti itu tidak mengampunkan kita..berdosalah kita buat selamanya. Terimalah alasan di akhirat kelak!!


p/s : biar mulut becok jangan mulut berpuaka! Kalau becok kita hanya rimas je tapi kalau berpuaka hati kita lemas!!

http://2.bp.blogspot.com/_Hj3NLpKq6_Y/TKycYF-s-AI/AAAAAAAABKo/xSvfTnBULVo/s1600/mulut+jahat.jpg

Dasar syaitoooooon

Aku memang hot giler sebab ada syaiton ini mengadd aku di Facebook..
Agaknya barang dia tak laku sebab itu dia saja mempamerkan benda dia itu..
Aku ignore je dia!! bodoh..
Kalau pada sesiapa nak jadi friend aku di Facebook itu tolonglah jangan nak mempamerkan benda syaiton awak yang berkulat itu..aku akan ignore atau spam je! Ini mesti jantan-jantan jenis berkurap punya kerja! syaitannnnnnnnnnnn!!

Maki-Maki Hamun Hamun

Perlukah makian kalau marahkan orang lain?
Adakah hati kita ada berasa puas lepas memaki?
Saya perlukan jawapan anda? Please...
Tapi tak perlu comment..jawab je dalam hati..sebab hati saya sahaja berbicara..
Kalau puas..teruskan..jangan simpan-simpan OK!
Tapi kalau tak ada apa-apa kesan so zipp je mulut..


p/s Lepaskan geram anda dengan cara anda!! HUarrggggggggg!!!!!!!!!!

http://wongkamfung.boogoor.com/wp-content/uploads/2010/06/memberi-dengan-memaki.jpg

Broandbandku yang sengal.

http://3.bp.blogspot.com/_Fw4BZ6O1Rrw/THKU2TJZidI/AAAAAAAAHko/AVeemhckB8E/s800/angry+computer.jpg

Internet..semua orang perlukannya, termasuklah aku. My broandband (bb) maxis merupakan teman setiaku untuk berblogger, facebook dan macam-macam. Aku dah pakai kurang 6 bulan la. Nak kata puas hati i say no but something yes. Line? is ok because i get HSDPA/3G line. Tapi kalau nak tahu 3line HSDPA/3G kat area aku. Tapi ok la dapat line tu tapi kadang2 line GPRS je. Aku cukup begang gile2 kalau aku tengah online bb aku buat hal..dah elok-elok line HSDPA/3G terus ke GPRS! Memang aku geram sangat. Sekarang ini pun dah buat hal lagi. Iklan macam gurung berapi tapi asap pun tak ada. Kualiti tak ada tapi time nak bil..nak cepat je. Kalau lambat terus sekat!! Sengal sengal sengal!! Sekarang ni pun asyik line gprs je..bodohnya...aku geram sangat2 ni...!! Lebih elok la kalau guna stremyx je! Kan bagus stremyx ada modem macam bb. Senang nak bawa ke hulu hilir..Kenapalah kita tak dapat menikmati internet berkelajuan tinggi seperti negara2 maju dan sedang membangun yang lain! Kita terpaksa mengeluarkan duit yang banyak untuk berinternet tapi hampas je yang dapat!! aku yang hot perlu disejukkan! kalau tak arwah bb ni aku kerjakan..sabar farah..sabar!!

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH