Inginkan Ketenteraman

Assalamualaikum,

Dalam minggu ni runsing je, entah apa yang merasuk fikiran. Semua menjadi 1, perasaan berbaur hiba. Tekanan, tekanan..hari-hari tekanan. Tapi tak pelah, kalau hidup tiada tekanan, tak nikmat hidup itu.

Semalam, hujan lebat gila, kilat sambung menyambung, guruh berdentum-dentum bagaikan berada dalam keadaan perang. Takut dan sangat gusar. Itu baru kilat dan guruh belum lagi hukuman Allah di akhirat sana. Jadikanlah ia peringatan di dunia ini, janganlah kita lalai dan leka dengan nikmat dunia yang hanya sementara.

Semalam lepas balik class, ingin menenangkan fikiran untuk dinner bersama teman. Lupakan seketika kepada diet, dan ingin makan untuk restkan minda seketika. Berfikir tempat makan yang sesuai..inginkan privisi, ketenteraman..nak makan McD sememangnya tempat yang kucar kacir, KFC pun sama, tempat kesukaan pun sama juga, so pilih restoren ala-ala western food yang boleh dikatakan ada privasi tapi rupanya kucar kacir juga. Pilih menu pasta cheese chicken, strawberry milk shake dan teman memilih fried rice beef dan nescafe ais. Dia tekak melayu, so biarkan dia dengan nasi goreng dia.


strawberry milk shake kepunyaan saya.

pasta cheese chicken

fried rice beef

Serius fried rice beef dia sangat sedap, tapi pasta aku lebih kurang je rasanya. Hurmm rugi tak order fried rice beef ni.

Inginkan ketenteraman dan privasi semasa menjamu selera dengan harapan dapat menikmati hidangan dengan tenang tapi keadaan riuh rendah dengan kehadiran budak-budak yang nakal tak boleh nak dikawal. Serius semua orang pandang-pandang parent yang tak boleh nak kawal anak-anak dia tu. Berlari seluruh restoren, meloncat-loncat atas kerusi. Rasa nak bagi penampar je, tapi sabar. Bukan benci budak-budak tapi tak suka kalau terlalu nakal sampai tak dengar kata. Kepada parent yang rasa nak bawa anak-anak tu, pastikan anak-anak anda dengar kata dan boleh dikawal, jangan sampai menganggu orang lain. Ni main biar je anak-anak dia. Serius sangat mengganggu, rasa nak cepat-cepat blah dari restoren tu. Pelanggan yang ada kat situ je semua muka begang. 

Hari tukan, masa  makan kat McD,  masa tu aku tengah main Ipad, kawan aku pi toilet, ada budak yang duduk sebelah meja aku, dalam 3 beradik semua kecik-kecik dalam 6-4 tahun, si ibu duduk di tepi, si ayah tengah beratur beli McD, dia curi-curi ambil fried fries aku, aku sesaja buat tak nampak, lepas tu dia datang lagi ambil, bawa lari, ambil lagi bawa lari..then aku tengok dia dan senyum..hurmm dia takut, masa tu ada beberapa ketul fried fries dalam tangan dia, dan aku cakap tak pe ambilla dik then dia lari sambil ambil fried fries aku. Aku tak kisah langsung dia nak makan, maybe lapar kot tapi yang aku kisah si ibu yang nampak perbuatan anaknya tu, tak nak langsung menegur. Sepatutnya tegurlah, kena ajar yang mana boleh buat dan yang mana tak boleh buat..jangan sebab mereka "tak berakal" main biarkan je. Sebelum "berakal" la kena ajar nanti terus tak berakal baru tahukan???? Jangan syok buat anak je tapi nak ajar anak tak terajar. Dah besar nanti kot jadi penyamun. Kesiankan?

Banyak sangat kena fikir miggu ni, harap dapat buat keputusan yang tepat untuk masa depan. Ya Allah permudahkan urusan hambaMU ini, ringankan segala beban dan masalah dan tabahkan hatiku.

Beban thesis memang hebat! 


 Orang yang sama tapi personaliti yang berbeza.

Cuba untuk senyum :')



 Bye.

p/s: dah hilang 5kg, nanti aku share cerita diet ye.


Bila Lelaki Kehilangan Tulang Rusuknya

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI: Kamu!!!

WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku.
Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...
Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.
Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".
LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.
LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".
Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di
hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.
Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?

WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI: Belum.

WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.
WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."
Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima?? 


Sumber : IluvIslam


Dalam hadits shahih disebutkan:
"Sesungguhnya wanita diciptakan dari tulang rusuk. Dan sungguh bahagian yang paling bengkok dari tulang rusuk adalah yang paling atasnya. Bila engkau ingin meluruskannya, engkau akan mematahkannya. Dan jika engkau ingin bersenang-senang dengannya, engkau boleh bersenang-senang namun padanya ada kebengkokan." (HR. Al-Bukhari no. 3331 dan Muslim no. 3632)

Tertuduh dan Dituduh.

Assalamualaikum,
selamat pagi Malaysian.
Korang pernah tak dituduh dan tertuduh padahal korang langsung tak melakukan perkara tersebut. Mesti sedihkan bila kena tuduh.

Begitu juga dengan aku, sebab kerana perkara tersebut aku dituduh. Sedih sangat bila dituduh sedemikian rupa. Rasa sayu sangat hati ni. Hanya Allah yang tahu.

Tak apalah, semua yang berlaku ada hikmah. Mungkin Allah nak tunjukkan sesuatu agar aku mengambil keputusan yang terbaik untuk tunjukkan siapa dia sebenarnya. Sebelum ni banyak kali aku maafkan dia. Aku cuba untuk faham dia, cuba untuk jadi pendengar setia dan cuba untuk bersabar dan kembali senyum jika ada masalah dengan dia. Tapi sebab perkara remeh aku dituduh sedemikian rupa. Sedih bukan sebab sakit tapi sedih kerana segala yang dilakukan hanya sia-sia. Sedih kerana selama ini segala kekhilafan yang dilakukannya aku maafkan tanpa rasa dendam. Sedih hanya kerana dia aku jentik hati seseorang.

Entah la, tapi hati ini sangat sayu. Aku boleh maafkan dia tapi untuk seperti dulu, mungkin tidak kerana hati ini sudah JAUH :'(



Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu




Air air air air..

Assalamualaikum.

Wahh ketensionan melanda. Air kat kolej tak ada pula. Dah la hari ni ada kuliah, lepas tu air tak ada. Wahhhhhhh rasa nak berlari balik kampung je, huhh. Cepatlah air ada, tak tahan ni. Kalau elektrik tak ada atau wifi masalah masih boleh tahan lagi tapi bab AIR TAK ADA nih yang rasa macam hilang punca..bukan hilang punca apa...tapi punca air lah hahaha.


Gambar paip tu adalah setitik dua air..nihh langsung tak ada air wooo..macam mana ni? Nak balik kampunggg tapi kerja berlambak, kalau tak ada kerja memang dah balik dah.

Itulah bila ada air, korang kena berjimat cermat tapi bila dah tak ada baru macam cacing kepanasan. Susah sangat weii. Baru sekejap Allah tarik nikmat dah rasa macam nikan.. .

Tengah cari alternatif nih, nak ambik air dari tingkat bawah, makk aii dah la duk tingkat atas sekali. Kalau ada liff tak apa jugak haha. Cepat-cepatlah ada air..

Harap pihak pengurusan bertanggungjawab dengan baik. Sekurang-kurangnya bagi notis, senanglah kami simpan stock air.

Jika Dia Bukan Untukku.

Assalamualaikum..

KAU jauhkan dia dari hatiku..dari ingatanku..jika dia bukan untukku.


Terasa sangat "sakit" bila perasaan itu perlu dicabut dari hati ini. Aku perlu lakukan.

Mungkin dia bukan untuk aku. Dia tak sesuai untuk aku.
Makin lama mengenalinya semakin banyak benda yang berbeza antara kau dan aku.

Mungkin hari ini kita merasakan amat parah untuk membuang perasaan itu tapi insyaallah suatu hari nanti kita akan berasa bersyukur dengan apa yang terjadi. Kerana setiap apa yang berlaku ada hikmat disebaliknya. Kau kena yakin. Lepaskan dia dari hati kau walaupun masih ada setitik rasa sayang.. Perlu!! Mesti!!


Maaf sekiranya aku banyak lukakan hatimu :'( kau yang paksa aku buat macam ni kan..

Retak Menanti Gempa Bumi

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjMlrK8ClfOLt2oY-989HpifjxSbdSTY9CTBd3f-sadAvbuJMJiTzqj7xy2mxu3S-LISLK5yjIKLBui-glsO2q4G1hFQwWTLlGszsVxJIXJl7BaAWUwGDMwc74BZK6xvKXBtm5oB5H-Dok/s320/coret.putus.cinta.jpg

Assalamualaikum..
Tak tahulah kenapa rasa sangat sedih..
Bukan meroyan tapi rasa geram sangat sampai sedih..

Apa korang buat kalau someone special korang tak pandai nak pujuk bila korang merajuk..
Mesti korang sedihkan..
Mak dan ayah aku pun pandai pujuk aku bila aku merajuk dengan mereka..

Tapi kalau someone special yang bakal menjadi soul mate langsung tak tahu nak pujuk korang..
Macam mana ye? After marriage adakah akan bahagia atau makan hati berulam usus perut?

Mungkin itu salah satu petunjuk dia bukan "cinta sejati" aku..
Kerana...

Jika dia adalah JODOH aku,
Aku mohon ENGKAU rapatkan dia dengan aku Ya ALLAH..
Permudahkan jodoh kami TAPI
Jika dia bukan jodohku, ENGKAU buangkan dia dari hatiku YA ALLAH..
Jauhkan aku darinya..
Temukan aku jodoh yang terbaik untukku di dunia dan akhirat
Amin

Maafkan aku..Mr. A

Salam entry ini sesuai dengan perkataan "aku"
Maafkan aku sebab aku selalu lukakan hati engkau..
Kadang-kadang aku macam lupa diri bagi SMS kat engkau macam itu..
Aku tahu engkau teluka..semua orang akan terluka kalau dapat mesej macam itu.
Aku tahu aku tak patut cakap macam itu kat engkau..
Aku hargai apa yang engkau buat untuk aku dan semua susah payah engkau..
Aku hargai ketulusan engkau..
Aku tahu juga kalau orang lain dah benci kot kat aku kalau aku buat perkara sama kat mereka sama dengan aku buat kat engkau..
Aku tahu aku tak memahami engkau..aku tahu mulut aku memang jahat kalau bergaduh dengan engkau..
Aku tahu engkau banyak bersabar dengan aku!
kalau gaduh dengan engkau, engkau tak akan balas kata-kata aku..engkau just say "napa ni" "ok" "maaf"
Sebab engkau tak nak lukakan hati akukan..

Terima kasih atas segalanya..
Kalau kau nak benci aku..bencila..aku tak kisah sebab aku memang 'JAHAT' layan engkau macam itu..aku childish, aku tak matang!!Maybe girl lain terbaik untuk engkau..aku degil..tak sama macam engkau impikan..

http://www.islandcrisis.net/wp-content/uploads/2010/01/heartbroken.gif

Pelakon Faizal Yusuf meninggal dunia

http://img510.imageshack.us/img510/9319/014076701.jpg

Salam..
Permulaan tahun 2011 ada macam-macam berita yang didengar..
Terutama sekali berita sedih..takziah diucapkan Pelakon Faizal Yusuf yang meninggal dunia pada 1.45 petang tadi menurut sumber Berita Harian Online
Menurut sumber beliau meninggal akibat serangan jantung..
Kalau siapa yang tak kenal siapa Faizal Yusuf beliau merupakan bekas suami penyanyi Siti Nordiana dan ada berlakon dalam drama terbaru Akasia Tiramisu iaitu watak Dani abang ipar kepada Melur.
Marilah kita bersama-sama sedekahkan al fatihah kepada arwah..
Semoga ditempatkan di kalangan orang yang beriman..amin.

p/s : Jiran depan rumah I pun meninggal hari ini, then ada saudara belah mak pun meninggal hari ini juga..al-fatihah untuk mereka..

SITAM DALAM KENANGAN..


Namanya SITAM, sitam hamster aku yang paling manja, montel dan jinak..pantang je buka cage mesti nak kuar sbb dia nak kita pegang dia..badan dia gebu je..bulu lembut...tapi...hanya sebentar bersama dia..Sitam pergi buat selamanya..
Sitam sakit, aku tak tahu dia sakit pe..patutla dia xaktf dan diam je..2-3 hari gak dia sakit...dia xnak makan, bila pegang bdn dia lembik sgt..
menangis jugak aku tengak keadaan dia yang nazak..sedih sgt...
masa tu aku masih berharap agar sitam sihat seperti sediakala tapi Allah lebih sayangkan dia..
Sitam pergi buat selamanya...aku semadikan dia di belakang hostelku

rindu kat sitam..
( internet lembab mcm sipot sedut, next time aku upload gambar SITAM..insyallh kalu lapang )

Rindu Kat Mak..

entah kenapa hatiku sayu bila call mak aku tadi..dia kata dia sakit perut ( bengkak perut )..rasa nak menagis je dengar suara dia..sedih2..aku pesan agar dia ke KLinik juga..Rasa rindu tak terhingga..tak sabar nak balik..sedihhhhhhh..nak jumpa mak dan ayah..semoga mak cepat sembuh..dan sihat..AMIN..

hi5 animals icons

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH