Cinta atau Cinta Paksa.

http://darahmerdeka.files.wordpress.com/2008/05/love2.jpg



Cinta, bukan jawapan objektif perlu kita tanda sama ada A, B, C, dan D..
Mungkin kalau ada answer sampai Z pun tak ada yang benar-benar mengungkap pasal CINTA.
Cinta merupakan perkara atau meaning subjektif yang mempunyai definisi yang berbeza setiap orang.
Hari ini aku nak menaip tentang cinta antara lelaki dengan perempuan. Meaning is COUPLE?
You have couple? special girlfriend or boyfriend?between boy and girl?

OK! Macam mana kalau ada seseorang itu suka pada anda tapi anda tidak suka kepada dia?
Anda masih melayannya?
Atau buat tak tahu sahaja?
Atau you say " saya tidak berminat dengan awk, tak ada feeling dengan awk, so good bye!"

Di sini perlu ditekankan kalau awak, anda, kalian tidak suka, tidak ada perasaan tidak perlu la berpura-pura say i love you babe!
Jangan kerana tidak sampai hati, diri sendiri merana.
Tak suka cakap tidak suka.
Kalau suka on je!
Jangan nanti lepas ni tidak bahagia sebab terpaksa bersama dengan orang yang anda tidak CINTA!!

ha..kalau masa bercinta boleh la minta putus kalau dah kawin takkan nak minta cerai..amat berdosa..bergegar tiang Arash!

So sebelum kita buat keputusan kena la fikir masak-masak..
Jangan nanti kena "masak" pulak..
Duit boleh dicari tapi kalau hati tak bahagia macam mana nak beli kebahagian di kedai?
Ada ke jual? Doreamon ada la!hehehe..
Entry aku ni bukan untuk ditujukan kepada sesiapa tapi aku write berdasarkan apa yang berlaku di depan mata dan belakang mata untuk dijadikan pedoman di masa akan datang.
Jangan terlalu ikut hati nanti "mati"..
Jangan terlalu ikut rasa nanti binasa..
Kalau dah binasa, rosak la semuanya!!

http://nulisdanmimpi.files.wordpress.com/2010/06/relationship-status.jpg

Dan! kalau cinta memerlukan kedua-dua pihak! Maksudnya 2hati yang dipersetujui bersama..
Kalau dah paksa2 ni susah..
So fikirkanla..


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjGYxmmiZ1NG70FJ8WhU89CLkRqwykNcKdDK42gWjAOsU0KWEuXL-Yohgs2DkwmVfaNXcxRZXq1Ywe2JFwK-cYvul9N3WVTYMRig_1O3LIXHfrljYLuAgaDNaW4Yd2u1fkOQN5LK98YLM8/s1600/weddingcouple.png

P/s Kalau cinta itu memang milik mu..pasti dia akan datang! Usah kau buru, usah kau kejar kerana dia ada di dalam dirimu...


Chit Chat


http://blog.topsofts.com/wp-content/uploads/2009/09/chat-woman.jpg


Chat?

Berborak?

Bersembang?

Aku rasa semua orang pernah ( xtau la kalau ada yg xpernah )..Chat, Borak dan mcm tu semuanya cara kita berkomunikasi dengan org tak kisah la dengan bercakap, menulis, sms, atau body language..semua tu diketegorikan sebagai komunikasi..secara langsung atau tidak langsung..tetap dianggap komunikasi..

Aku nak share my opinion about chat atau borak2 di dunia maya..( internet la )

Aku rasa kalau buka Yahoo Messenger dan log in dalam room anda akan dapat chat dengan macam2 orang tak kira latar belakang apa..

Aku? Bukan hobi tapi kalau aku chat pun kebanyakkan dengan kawan2 yang kenal tapi kalau yang tak kenal tu ada jugak, tapi itu disebabkan aku BORING!!

Dalam minggu ni rajin jugak aku chat..kat YM dan mIRC..

Saja2 untuk menhilangkan kebosanan aku ni..

Di samping itu aku buat la penyelidikan sendiri..

Chewahh dah tak buat course work, buat pulak course work sendiri ( rindu zaman di USM )

Aku pun buat la penyelidikan social..

Dah nick aku perempuan memang lelaki yang nak chat dengan aku..

Aku pun chat la dengan mereka..

Yang ok2 je aku pilih nak chat..

Maksud aku yang xmengatal.

Kalau mengatal aku block je as spam..padan muka..sapa suruh mengatal nak chat yg bukan2..buang masa dan tambah dosa je layan org yang “sakit” macam ni!!!

Kebanyakkan yang jadi chatter yang nak chat gan aku umur 30-an ke atas..

Bila Tanya “u married?”

Dia tak jawab, then jawab benda yang lain..

Tanya2..dia mmg married..

Bila kita tnya pasal family dia mst mengelak..teruk betul

Bukan sorang tapi banyak juga suami2 org suka berchatting..

Jawapan..sunyi?!

Kalau sunyi chat la dengan bini anda..jangan nak cuba2 main kayu 3..k!

Tapi tak salah nak berchatting ni tapi jangan mengunakannya utk curang!

Baru kawin xsampai 6bln dah mula chatting gan perempuan lain..

Dah la isteri tengah mengandung..isk2 teruk betul..( menurut chatter yg pernah aku chat )

Sepatutnya dia memberi perhatian pd sang isteri yang sudah dinikahi tapi bz nak cari perempuan lain untuk ubat kesunyian..

Kalau just for friend..xper..tapi kalau every night nak berchat..apa tu?

Pastu mula la tangkap cintan..

Pada2 isteri di luar tu tengok2 la kot suami anda main kayu 3,4,5 dan bla2..kat luar tu..

Mula2 just kata chat sbb nak kawan pastu kawin,,heheh……

Tapi kecurangan lelaki ni bukan kita nak salahkan perempuan konon xpandai jaga laki..

Tapi kalau dah lelaki tu memang jenis gatal..pandang perempuan pun xberkelip walau di depan isteri..

Susahkan kalau ada lelaki yang mcm ni…

Tapi tak semuala..jgn pandang negative ok!!

Just share for sharing, sharing is caring!! tak ada kena mengena dengan yang ada atau yang xada..


http://api.ning.com/files/BvEqg8yjjbUuFjIkiUjxAoUny3-W5OSP-PFp5FzkUaqw1Fdnt4Il5r71ZQ*w*PKNKGd6nqR3EUT4aH3FKnWdYxDwO2e35w7S/granny.jpg

P/s Jangan jadi hamba chatting kat internet!!

Drama CHINTA di tv3.

First time tengok iklan tentang drama Chinta..
Aku rasa malas je nak tengok..aku fikir mesti tak best..
Tapi bila dah tengok 1 episod..tak silap aku episod ke-3..aku dah jadi suka kat drama itu..
Hari2 pulak rasa nak tengok..memang drama Melayu semakin best..dan ada kualiti.
Jalan ceritanya pun menarik..macam2 onak duri ditempuhi oleh Chinta..
Jom kita tengok sinopsisnya..


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj-_r7L_WwT7qKYsBV_AyAgRx1ECvzRzt9VbDd8MCkuwWkQigsd8iSJKkbt27Fhjzik2FzdbJwbXA8SQ7sLm4gfda91GoZmDl8pwA-6PVw__YoA0NmlLI71li6xuGVrqpVRPcLoheeeKvuw/s400/drama+chinta+tv3.jpg

Drama Chinta TV3 mengisahkan perjalanan perit seorang gadis baik dengan imej bertudung di sebuah kampung.

Namun hidupnya mula dikaburi seribu satu dugaan yang datang menghimpit apabila abang kandungnya Kamal (lakonan Azhar Sulaiman) sanggup merogol dan menjualnya. Bukan itu saja, sahabat karibnya, Mustika (lakonan Zarynn Min) pula menikam dirinya di sebalik kelembutan sebagai teman hanya kerana cemburu akan sayang seorang jejaka, Fakri (lakonan Ezany Nizariff) yang mencintai Chinta.

Meskipun tidak sesekali ingkar akan tanggungjawab kepada agama dan dirinya, Chinta terus dilanda dugaan yang datang bukan sekali, sebaliknya bertimpa-timpa hingga menyebabkan dirinya lemas dalam suratan yang tertulis buatnya.

Chinta mula mempersoalkan nasibnya dan merasakan Tuhan tidak adil padanya. Justeru, Chinta tekad dan bangkit menentang takdirnya hingga mengambil keputusan meninggalkan kampung halamannya untuk berhijrah ke bandar raya bagi mengecapi satu impian di luar imaginasinya.

Chinta pergi meninggalkan zaman silam yang membunuh jiwanya di kampung. Dia tidak percaya dengan lelaki dan istilah cinta lagi. Fakri ditinggalkan tanpa amaran.

Hidup barunya di KL menemukan Chinta dengan Mayang (lakonan Natasha Hudson). Diarinya mula berubah dan Chinta berdiri sebagai peragawati jelita, seksi dan menarik hingga menyebabkan banyak pihak datang mendekatinya. Kecantikan dan personalitinya yang penuh dengan dendam itu bagaimanapun mengundang rasa kurang selesa di kalangan wanita lain.

Di sebalik kerjayanya, Chinta menyimpan rahsia yang sebenarnya dia pelacur kelas atasan. Namun Chinta kekal dengan misinya bagi melangsaikan rasa dendam di hati yang kian menebal.

Akhirnya, hidup bertopengkan kepura-puraan itu membuka pintu hati Chinta dengan nilai sayang sejati dengan pengawal peribadi kepada seorang Tan Sri yang membelanya, Amar (lakonan Ady Putra).

Menarik mengenai Watak Chinta, Fasha Sandha

ENAM tahun menjadi pelakon dengan deretan anugerah serta pengiktirafan, ini kali pertama aktres Fasha Sandha berdepan ketakutan yang amat sangat. Rasa takut dan seram itu bukan disebabkan watak hantu atau jalan cerita menakutkan, sebaliknya watak terbaru lakonannya, Chinta.

Fasha yang menangis setiap kali membaca skripnya hasil tulisan Azlina Pa’ Wan menyifatkan watak ini sebagai paling mencabar dalam karier seninya.

Bukan kerana Chinta memaksanya beraksi lasak atau berdepan cabaran ngeri, sebaliknya watak ini diselongkar terlalu dalam daripada aspek permainan emosi dan naluri peribadinya.

“Penat rasanya setiap kali saya menghayati perwatakan Chinta kerana mainan emosinya terlalu dalam hingga membuatkan saya rasa takut dan seram. Chinta bukan lagi berdepan konflik cinta sesama manusia atau rasa benci kepada seseorang, sebaliknya perasaan dendam seorang gadis terhadap takdir dan Tuhan dijadikan subjek utamanya. Mana tidak, saya menggigil acap kali meneliti ucapan yang perlu saya lontarkan ketika di set penggambaran.

“Bayangkan, saya masih merasai tekanan watak Chinta walaupun di luar set penggambaran. Chinta bagai menghantui saya dan mengarahkan gerak hati untuk menyelongkar perwatakannya dengan lebih dalam.

“Alhamdulillah selepas seminggu membawakan watak ini, saya semakin serasi dan dapat membawa watak ini dengan lebih ringan dan selesa,” katanya yang berada di pulau legenda itu selama sebulan sebelum pulang menyambung penggambaran di sekitar Kuala Lumpur pula.

“Kepercayaan diberi kepada saya adalah sesuatu yang istimewa hingga ia boleh disifatkan sebagai cenderahati buat karier lakonan yang belum menampakkan isyarat berhenti ini, walaupun badai yang datang bukan sekali menghempas nama saya ke tepi.

“Chinta adalah karya segar yang bukan setakat sebuah jalinan plot cerita biasa. Saya yakin drama ini dapat memberi kelainan yang benar-benar tersendiri kepada peminat drama televisyen yang sentiasa inginkan pembaharuan,” katanya.

Sumber: myMetro


Ok..So ada masa jom la tengok..

Best..Semakin best la drama di Slot Akasia. bermula dengan Manjalara, Bella, Ilusi, Epilog Syurga Cinta, Chinta dan Macam2 lagi...tak la macam drama Indonesia yang mengarut tu..panjang meleret2 episodnya tp gaya cerita semua sama contoh, hilang ingatan, tertukar anak, anak orang kaya dibela org miskin, berebut harta dan macam2 la...berbeza cerita tapi jalan cerita yang sama..sungguh membosankan..

So support la drama Malaysia..


Theme blogger !!

Entah kenapa aku ni suka sangat tukar theme blogger aku..
Ada je tak kena mst tukar..tukar then tukar..
Sekarang ni aku guna theme ni pulak..nampak ringkas tp i like that..malas nak yang serabut sangat..lpas ni malas la nak tukar2 lagi!biarlah yang ni..janji my blogger xkosong ( xupdate )
Banyak jugak buah fikiran nak share tp pe2 hal kena susun kata..agar sdp dibaca,,hehehe...

si tomey lama xmandi!!

malasnya nak mandikan dia
ngah xda mood!
cian akiko, umai dan putih!!
mama sayang kamu sgt!! huhuhu.......

Ayam masak kari kering

Kesibukan aku menjadi suri rumah part time di rumah membuatkan aku semakin kreatif mengubah masakan,,chewah betul ke? Betul or x..aku nak share 1 resepi untuk tatapan anda semua..

Hari2 kat rumah akula antara chef utama yang kena masak selain mak…boleh dikatakan tiap2 hari..

Kalau mood masak aku baik aku pun masak la menu baru yang tak ada kat buku resepi…( resepi ciptaan sendiri )..sebabnya aku bosan masak benda yang sama contoh masakan ayam : kari ayam, sambal tumis ayam, sup ayam dan lain2..amat menbosankan!!

So apa salahnya kreatif sikit berbanding nak masak benda yang sama! Amat bosan!!

Hari ini aku try 1masakan yang simple lagi meyelerakan..Ayam masak kari kering! Namanya xberapa nak sedapkan tapi rasanya sedap woo…

Bahan2nya..

- Ayam yang dipotong dadu…( potong kecil2) hidangan utk 3 org ( 600 gram )

- Sebiji atau 2biji ubi kentang di potong dadu

- Bawang putih 4 ulas ( cincang )

- Bawang besar 2 ulas ( cincang )

- Cili api yang ditumbuk atau dicincang halus ( kalau suka pedas letak banyak2 )

- 2 sudu makan serbuk kari ( untuk goreng ayam )

- 2 sudu makan untuk masakan

- Garam dan gula secukup rasa

- Minyak untuk menumis bahan2 ( 3 sudu ) korang agak2la dengan jumlah ramuan

- Daun sup dan daun bawang ( jika suka )

Step kedua, cara2nya :

- Ayam yang telah dipotong dadu digaul bersama serbuk kari dan kunyit serta garam.

- Goreng sehingga masak ( jangan terlalu keras )

- Goreng ubi kentang sehingga empuk.

- Then, panaskan api, masuk minyak masak untuk menumis ramuan.

- Masukkan bawang putih, bawang besar dan cili api. Tumis sampai naik bau.

- Masukkan serbuk kari. Tumis kari sampai naik minyak.

- Masukkan ayam dan ubi kentang..

- Gaul sampai rata dan sebati. Kalau terlalu kering letak sedikit air.

- Siap dihidang,

- Taburkan daun bawang dan daun sup.

- Sedia di makan..nyam..nyam.

Maaf gambar kurang menarik tapi sedap...

Selamat mencuba..

Kelentong? Hipokrit?

Salam pembuka bicara..
Masa untuk mengupdate blogger!
Ini la masanya sebab aku tak ada kerja..
Aku bukan penulis yang pro tp aku memang minat menulis..
Aku tidak pandai meyusun kata tapi hanya penulisan ini sahaja aku mampu tulis..
Bagi yang suka singgah ke blog aku ni..aku minta maaf banyak2 kalau kamu semua tak suka cara penulisan aku ni..
Aku menulis bukan untuk "sound" or sakitkan hati orang lain.. tp untuk diri sendiri dan lillahitahala..
Hanya untuk menegur kelemahan diri dan secebis nasihat untuk tatapan umum..
Selemah2-lemah iman adalah kita "menegur" atau menegah perbuatan buruk di dalam hati..
Ia aku akui, aku manusia yang lemah..
Aku hambaMu yang lemah..
Banyak yang perlu diperbetulkan..
di dalam dan di luar..

Hmm tak perlulah kita nak war2kan pe yang kita nak buat cukup Allah je yang tau..
Berdosa rasannya kita merwar2kan perubahan kalau "hati" dan nawaitu kita pun tidak BENAR..


Topik sekarang!
Hipokrit?
Kelentong?
Menipu?
Munafik?
dan sebagainya..
Hmm memang semua itu memang diketegorikan sebagai "adik-beradik" seemak dan sebapa..
Mengarut je aku ni..memang nak "mengarut" in my opinion!

Begini dan begitu mulanya!
apa ek?
Macam mana nak mula..
Pernah ke dengar peribahasa English
" Dont judge a book by its cover"
meluas juga peribahasa itu digunakan..
atau "alim2 kucing" bila depan kita baik!, belakang hanya Allah je yang tahu..

Anda pernah ke tidak berjumpa dengan seorang yang nampak baik tp hanya Allah yang tahu ( tidak layak aku mengelarkan orang itu begitu dan begini, anda ada otak, ada akal, anda boleh tahu)

Bukan untuk meyuntik, menikam hati sesiapa tapi just for share..
Sharing is caring!
i care about u! of course!
OK! Contoh, tidak ada kena mengena yang hidup mahupun yang sudah pergi mengadap-Nya..
Orang itu nampak alim ( islamic ), mcm uztaz kata2nya, tutur katanya sejuk di dengar ( nasi yang makan tak kenyang - nasihat ) dan nampak macam sempurna ( manusia xpernah sempurna) , peragainya
Allah yang maha mengetahui..

Apa namanya itu?
suka menipu, suka cakap tidak serupa bikin, kaki kelentong..
mungkin kalau orang tidak kenal, mesti cakap..Ya Allah baiknya dia ni, bagus, orangnya warak tapi bila dia sudah mempamerkan peragai sebenarnya..
Susah nak kata..
kalau dia kata "saya nak pergi kedai hari ini"
mungkin dalam 6 perkataan itu, anda hanya perlu percaya 1 sahaja iaitu "saya"
yang lain2 jangan la percaya..memang kaki kelentong..
Orang2 mcm ni juga cakap memang pandai..mcm ahli politik nak berkempen..
mungkin ada pakcik2 dan makcik2 yang ternganga bila org mcm ni membuahkan kata..
jangan masuk lalat dalam mulut dah la..
tapi yang sedihnya..
kata2 je berapi macam gunung berapi nak meletop..
tapi cakap tin kosong je..
bukan sahaja habuk xada..zarah pun tak ada..
Apakah ciri2 orang mcm tu?
Fikirkanlah..
Janganlah kita meletakkan diri kita di tempat yg sedemikian..
be your self!
tak guna pujian orang kalau diri sendiri hancuzz..
Kalau hari ini kamu menghipokritkan diri kamu..
tapi esok bila org tau kamu itu memang hipokrit..
sedikit pun org takkan bercaya kata2 kamu!!
so ingat!!
aku juga mengingatkan diri aku!
Jangan jadi golongan munafik yang dimurkai Allah!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiXB20EoMT8NgLyqksEWKHfku5__uMsoEJfkGyO59YefOfo1QPuDwARvU1GeSv1qKysT575bl0yGf3d9rB6hu9rSmwRWIgjqSr67StMIGcVo5wWrsCmPdLecWTQpKDtpb1fRhDhB3ap35Yr/s320/14.jpg
Alim2 kucing..huhuu...


Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH