Memiliki Perfumes Original Britney Spears- Fantasy EDP

Asslamualaikum dan selamat hujung minggu kepada kekawan sekalian alam.

Terasa nak share minat about perfumes. Selalunya aku guna perfumes cap murah-murah, ala-ala nak ambil bau. Aku ni minat perfumes juga. Banyak juga dah try perfumes. So sedikit sebanyak tahu juga bau perfumes kecintaan dan bau perfumes kesakit kepalaan.

Aku memang nak merasa pakai perfumes original, tapi tak mampu nak beli sampai 300-400 hengget. Boleh beli benda lain dengan benda tu. So dalam aktiviti berblog ni, ada members blogging suggest online shop yang jual perfumes original, bukan gred AAA dan bukan reject perfumes dan bukan juga perfumes made in Dubai. Original 100%. So ada kesempatan ni aku merembat sebotol perfumes yang best seller kat situ iaitu Britney Spears- Fantasy EDP. Aku sell my old camera kat my honeydew, so ada balance yang belum pay, so aku gunakan kesempatan suruh dia pay kat online shop and I get this perfumes. Sama juga tukan, ala suruh dia beli aka bayar hutang yang balance tu hahaha. Aku beli kat Shah Fragrance, di facebook beliau. If kalau korang serius nak beli je pm tau, kalau main-main better tak payah nak menyibuk..tengok je. Memang good servis, you pay today, tomoorrow mereka post dan lusa dah sampai dalam tangan. Entry ini ala promote la, tapi no sebarang payment tau. Mula-mula ragu-ragu juga original ke tidak sebab harga jauh berbeza dengan supermarket. Tapi bila dah pakai bau dia tahan lama, semalam aku guna sampai ke malam baunya. Melekat beb.




Bau perfumes ni sangat sweet dan feminin. Halus tapi menarik. Suka 1000x. 100ml bersamaan dengan? Try tengok FB pembekal.

Selain tu, aku ada perfumes lain yang dipakai hari-hari tapi tak lama tahannya, kejap je, serupa dengan kualiti. Masa sembur je semerbak pas tu terus silent baunya haahaha.. Yang ni aku beli gred cap ayam je.


Baunya sweet juga tapi tak tahan lama sebab bukan original.

Aku juga peminat perfumes Avon, so guna juga yang ni.









Baunya sangat segar.

Dan perfumes ni paling lama tahan, bukan bau tapi tak habis-habis lagi, beli masa kat Madinah, kenangan umrah.


Ok sampai disini je kemerepekan. Beli perfumes bukan nak suruh orang lain bau tapi kepuasan diri sendiri hahaha..Boleh minta bakal suami hadiahkan 2 botol perfumes masa tunang? ehh merepek pulak.

# Aku minat yang perfumes yang sweet sweet, so boleh hadiah pada aku.

Shopping Inner X10DER DAHLYA

Assalamualikum, haaa baru terasa nak update belog kecomotan ini. Student UKM yang selalu lalu lalang di Pusanika pasti akan tergoda dengan jualan-jualan ala-ala Jalan Tar di situ. Boleh mendapatkan pelbagai jenis baju, fesyen tudung yang menawan kalbu dan sudah tentu tak payah menyesakkan diri untuk ke Jalan Tar kerana pelbagai pilihan berada di situ. Termasuk aku dan rakan-rakan, terasa duit seperti air takhala melalui Pusanika, maklumlah jualan kat situ memang best. Not everyday ada tapi ada time-time tertentu. Time tertentu tu lah duit terasa macam air terjun hehehe...

Banyak juga shopping. Tapi sempena kanival kolej Zaba, lagi hebat penangan nafsu wanita iaitu shopping. Memang lama nak mencari inner baju yang separuh tapi semua macam kurang best. Ter adore pada jenama X10DER DAHLYA inner yang sangat berkualiti kainnya, tapi ada jualan dan merembat sepasang inner dan skirt inner untuk baju yang pendek.


Aku pilih warna dark grey. Malas nak update gambar so i capture from mr. Google. Harganya high sikit daripada inner biasa. Untuk inner sahaja RM25 kalau sekali dengan skirt RM49. Aku beli sepasang with skirt RM49. Skirt ni berfungsi untuk dipakai dengan t shit or baju yang singkat. Tak ler berjalan nampak tuttt kan.




Contohnya macam dipakai dengan baju yang singkat macam ni, sesuai untuk semua aktiviti terutama sekali bersukan, taklah terselak baju. For infomation rujuk SINI, pic from this site.

Inner ni dibuat dari kain cotton yang berkualiti tinggi. Taklah bermandi peluh macam inner lain tu. Sebab kainnya sejuk dan sangat selesa.


This is brand. Good for muslimah yang tak suka inner ketat metat. Ok baii.

# Picture credit for Google.

Lain Style Lain Wajah.

Saya adalah orang yang sama dalam gambar ni tapi ada member kata muka saya nampak berbeza dengan setiap gaya tudung yang berlainan. Nampaknya boleh menyamar lah lepas ni hahahaha.


With shawl

bawal berambai-rambai

Shawl ala-ala pasmina

bawal berambai-rambai

Tudung express soft awning.

Soft awning pusing with my spex mata.

Beza kan? cuma pipi je bam bam. Kena diet lagi! Member kata dah makin susut tapi aku rasa belum kurus-kurus lagi. Usaha lagi!

Baii.

P/s: mood malas nak update panjang-panjang sebab kemalasan dan kepenatan memerah otak buat agsimen yang berlambak tu.

Field Work Kuala Pilah.

Assalamualaikum,

Rajinnya update blog. Tengah ada mood so update la, bila tak ada mood tak payah la update. Sambil update sambil buat agsimen. Sekadar untuk release tension je ni. Hahaha memang kurang fokus la ni. Nak hilangkan gantuk. Itulah blogger separa tegar :)

Pada 5,6 dan 7 April 2012 aku dan classmate untuk subjek Advokasi Pembangunan ada field work kat Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Kami berada di sana selama 3 hari 2 malam. Pada hari Khamis iaitu 5 April kami bertolak dengan 2 buah bas. 1 bas untuk budak degree dan 1 lagi untuk geng Master.

Muka excited nak pi Negori Sembilan. Bas geng Master banyak kosong sebab ada 16 orang sahaja. Yang lain ada naik transport sendiri.

Kami ambik 2 seat seorang duduk dalam bas. Masa ni mata layu mengantuk.

Wajah tuan blog semestinya tidak ketinggalan.

Destinasi pertama kami di Kuala Pilah adalah Pejabat Pertanian Kuala Pilah untuk mendengar penerangan pegawai pertanian. Kami di bahagikan mengikut kumpulan ke perusahaan pertanian yang di pilih. Group aku dapat perusahaan cendawan.

Di tapak perusahaan cendawan ni, kami "interview" pengusaha cendawan yang merupakan seorang sarjana. Kerana minat beliau untuk pertanian ni, beliau berhenti kerja dan bekerja sepenuh masa dalam perusahaan cendawan. Para sarjana sekalian, anda mampu? Pertaniankan perniagaan.

Cendawan yang akan mengembang.

Sebelum kami masuk ke dalam rumah semaian cendawan, kami terlebih dahulu perlu di sembur semburan dettol untuk mengelakkan kuman. Kot karang, tak menjadi pula cendawan ni..banyak sangat bakteria yang masuk hehehe.


Banyaknya cendawan. Sangat sedap digoreng dan dibuat sup. Yummy!

Geng Master with Lecture.

Selepas tu, kami ke pekan Kuala Pilah untuk lunch dan solat. Destinasi seterusnya kami ke Dewan Orang Ramai Kampung Gemetir untuk pembahagian keluarga angkat.

Kusyuknya orang belakang tu menulis.

Menanti YB untuk merasmikan pembahagian pelajar kepada keluarga angkat masing-masing.

Sementara menanti YB datang, jomlah posing jap.

Oleh kerana masalah teknikal, group kami terpaksa bermalam di hotel. Tapi alhamdulilah it better than never.
Esoknya, kami ke kebun cendawan kembali untuk habiskan field work kami, petang berikut ke Pejabat Pertanian untuk penerangan tentang perusahaan pertanian di Kuala Pilah.
Esok bersiap untuk balik!


Masa on the way nak balik ke Bangi, kami singgah di Istana Seri Menanti yang sangat cantik binaannya.

Sempat bergambar di depan Istana.

Bergambar kenangan bersama Pak cik penjaga Istana Seri Menanti. Banyak info yang kami dapat dari beliau. Thank Pak cik.

Selepas itu, kami ke Hutan Lipur Ulu Bendol. Just capture picture untuk kenangan. Kawasan tersebut pun sedang di renovate.

Semua asyik bergambar :)

Bergambar PEACE sebelum pulang ke UKM tercinta.

Sampai di sini sahaja pengembaraan yang ingin di share. So jumpa lagi di next entry if kelapangan. Bye!! Cuti pertengahan semester akan berakhir. Telalu cepat masa berlalu. Agsimen pun belum siap lagi.

#dah publish baru sedar, terletak water mark untuk contest punya link blog. Isk lantaklah.

Image from Canon IXUS 115 HS

Assalamualikum semua,

Ini image from IXUS 115 HS. Tak sehebat DSLR tapi oklah untuk student macam aku ni :) Sangat puas hati. Gambar ni tak ada water mark sebab tak nak ubah apa-apa setting pada gambar ni. Nak bagi nampak original :)


Sekitar Kuala Lumpur. Gambar di ambil dalam kereta. Dari cermin kereta.


# Dari dalam kereta.


 # Dari dalam kereta.
 
Menara Public Bank.



Budak comel.


 At Sate Kajang.



Sate Kajang yang yummy!


 Pandangan dari atas di kolej tercinta saya.


 Di capture dari jendela saya.




Burung comel yang menemani waktu study.


Cute x?


Ini sahaja picture yang di snap dari canon aku. Banyak lagi ni tapi takkan nak upload semuakan. Ok baii, nak lunch.


My Canon IXUS 115 HS Pink!

Assalamualaikum Semua,

Lamanya tak update blog. Tuan blog sangat busy dengan tugasan negara. Ini pun take a few space for my comot blog ni. Karang tak update-update blog tak ada pembaca pulak kan :(

Ok, untuk pengetahuan umum, pada 5, 6 dan 7 aku ada field work kat Kuala Pilah, nanti aku update sepanjang field work tu, if ada masa dan mood, Okeh?
Balik dari field work, demam selsema teruk aku, so kena balik kampung. Semalam back ke kampus semula sebab kena berkorban masa untuk siapkan segala tugasan yang macam gunung Everest tu, padahal sekarang tengah cuti pertengahan semester seminggu. Sedihh wooo :'( Alhamdulilah, demam dah ok cuma ada selesema je. Maklumlah semalam pi makan ais cream kit kat, ambikk ko penangan nya time selesema makan ais cream... Doctor pesan suruh minum air kosong banyak-banyak sampai perut buncit #tipu je, minum plain water, jangan makan ais-ais bagai je.

Semalam, lepas balik dari kampung terus ke Low Yat dengan kawan sebab ada agenda penting iaitu ingin memiliki kamera compact yang diidamkan. Maklumlah Cik Olympus dan semakin uzur sebab hampir 4 tahun berkhidmat dengan tuannya, tapi jasamu tetap di kenang. Masa kat kampung try bodek mak untuk beli camera baru ni, uh uhhh dapat RM500 dari mak, yeehaaa..sayang mak sangat-sangat. Sangat memahami kehendak anak manja nye ni..

Sebelum nak beli camera ni memang aku server dulu mana brand yang best. Tanya kat akak, dia kata antara Canon dan Nikon. Aku memang adore pada Canon. Malas nak take Olympus sebab aku dah guna Olympus. Memang server kau kau la, kat website..tanya kekawan yang pro dengan kamera ni..akhirnya aku memilih Canon setelah membuat banyak perbandingan. Mula-mula tanya about Nikon, orang kedai tu kata kalau nak ambil DSLR camera better Nikon, kalau compact camera better Canon or Olympus. So aku choose Canon. Pink colour lagikk!

Bajet antara 500-600, walaupun peruntukan 500 dari mama tapi setakat 100-200 tu boleh la tambah-tambah hahaha..Untuk compact camera jenama Canon ni ada 2 jenis iaitu Digital camera (PowerShot) dan Digital camera (IXUS). Aku adore yang powershot sebab memang berada dalam bajet. So daripada nasihat dan perbandingan yang dibuat aku pilih Digital camera (IXUS) sebab gambarnya lagi better dari Powershot, malam-malam Powershot gambar tak cun. So i choose Digital IXUS 115 HS. Harga RM649.00 dapat harga RM630.00 sahaja.



Camera ni ada 5 pilihan warna, Oren, Biru, Silver, Kelabu, dan Pink. Sudah tentu aku memilih my adore colour, PINK! For more info about this camera CLICK HERE. 



Kenapa aku pilih camera ni?


1. Sebab gambar dia cantik dan terang.
2. Mudah digunakan.
3. Screen dia besar.
4. Walaupun cuma 12.1 MP tapi kualiti terbaik.
5. Ada more colour untuk pilihan.
6. Full HD.
7. Bateri tahan dari my old Olympus.
8. Harga berpatutan.
9. Chic simplicity at your finger-tips.
10. Auto rotate picture.

Daripada perbandingan yang aku buat semalam memang banyak kelebihan yang aku suka. Gambar dia kalau off flash pun cantik. Untuk Digital camera (IXUS), model aku ni yang paling murah berbanding Digital camera (PowerShot) yang boleh dimiliki dengan harga semurah RM249.00. Sebab tu Digital camera (IXUS) gambar dia cun sikit berbanding Digital camera (PowerShot) tapi apa-apa hal pun ikut kegunaan masing-masing. Macam aku ni, aku more pada field work, for my thesis, gambar-gambar kenangan dan sebagainya. Kalau nak yang baik punya belilah DSLR ye. Yang harga more 30ribu pun ada. Hahahaha..



Both is pink, my lappy and my camera.


My Olympus lama yang berasa segan di samping My Pinky Canon.


Full Set.


Free Gift, Camera Stand dan Lens Pen Cleaning.


My cute camera.


Full set.


Camera ni lain dengan hp with camera. Sebab camera memang specialist for picture.

Tip beli camera dari blog Cik Nurfarah.

1. Bajet camera. Perlu pastikan bajet anda berapa untuk beli camera. Nanti terover bajet pula kan susah. Kalau more money, more bajet pun tak apa.
2. Brand camera. Brand camera yang aku rasa bagus adalah Canon, Olympus, Nikon. Brand tu memang nama similar untuk pengemar photografi. Better korang pilih brand yang specialist pengeluar camera sebab memang mereka pakar dengan reka bentuk camera. Jangan pilih pengeluar yang keluarkan some brand macam hp, tv or some like that sebab kurang "specialist".
3. Tanya kawan-kawan anda yang pernah guna jenama yang korang nak beli tu. Atau tanya dengan orang yang pakar bab-bab camera tu.
4. Server dulu kat internet. Compare harga. Compare Specifications untuk semua brand dan model camera anda.
5. Kegunaan camera?. Kalau memang si photografi pilihlah DSLR.
6. Beli dengan kedai pengedar yang sah. Kot terkena cap ayam punya camera.
7. Semestinya kena original.
8. Pastikan ada guaranty.

 Itu je tipsnya, aku bukan lah profesional bab camera ni. Aku share ilmu yang aku tahu dan aku dapat tahu hahaha..SO jomlah share pendapat korang pula.

Baiii korang. Lepas ni nak berumah di library. Otak kena kuat!!!!!

 Image from MY CANON.



Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH