Tempahan Design Blog dari Blog Cik Fiqa

Assalamualaikum, kita pulun review tempahan dari pelanggan tersayang.

Kali ni kita review tempahan dari Blog Cik Fiqa.

Tuan blog menginginkan thema green mint dan pink, jadi inilah hasilnya. Thema mix bunga-bunga pink yang subur berkembang di dalam blog..

Maaf, sebab Cik Farah just screen shoot dari blog design Cik Farah untuk dapatkan full shoot agar tak terlalu panjang.

Untuk header lebih kepada title blogdan thema lebih kepada flower vintage. I pilih rose sebab rose lebih cantik menarik dan deboomm.

Sidebar juga aku buat kelainan, theme bunga-bunga rose juga.

Suka tak??

Ok, kalau nak tengok real boleh pergi ke blog:-

Blog beliau juga ada share tentang resepi, tips dan review. Banyak tips & beauty yang boleh korang tahu melalui blog beliau, so jangan malu-malu untuk pergi jenguk dan follow.

Nak buat tempahan?? berminat??

Kalau berminat boleh What Apps..jika benar-benar serius je tau... What apps cik Farah kat 017 2788373

Nak tengok syarat boleh CLICK SINI
Nak tengok design sebelum ini boleh CLICK SANA

Ok bye :)

Tempahan Design Blog dari Pelukis Mural Shah Alam

Assalamualaikum,

Maaf blog agak berhabuk sikit, kali ni baru berpeluang nak update pasal tempahan blog.

Kali ni tempahan dari Pelukis Mural Shah Alam.

Beliau nak 3 column, jadi aku gunakan 1200px agar nampak lebih jelas dan besar memandangkan tuan blog prefer kepada blog biz dan peribadi, banyak upload gambar jadi saiz yang sesuai adalah 1200 px.

Thema lebih kepada biz mural..untuk header tuan blog memilih gambar headernya sendiri dan aku padankan  dengan template.

Thema lebih kepada warna purple oren.

Blog ni aku design ala2 kanvas yang kena water colour la gitu...sebab lebih kepada thema lukisan. Untuk footer pun cuma letak gambar owner dan ucapan ringkas.

Kalau korang nak lihat secara Live boleh datang ke blog:-

Kalau berminat nak buat lukisan mural bolehla contact beliau ya..harga pun menarik..lukisan mural beliau juga semua cantik-cantik.

Nak buat tempahan?? berminat??

Kalau berminat boleh What Apps..jika benar-benar serius je tau... What apps cik Farah kat 017 2788373

Nak tengok syarat boleh CLICK SINI
Nak tengok design sebelum ini boleh CLICK SANA

Ok bye :)

Tutorial 144: Membuat Menu Bar Berserta Sub-menu/ Drop Tab Menu

Assalamualaikum lama tak share tutorial.
Kali ini Cik Farah sangat bermurah hati nak share coding menu bar baru pulak, khas untuk korang yang rasa jemu dengan tab menu lama kan...Cik Farah tak minta bayaran pun... ilmu yang ada perlu dikongsi untuk keberkatan bersama.

Kali ni jenis Menu Bar beserta sub-menu atau orang panggil drop tab menu.

Rupa bentuk Menu Bar ni seperti ini:

Tapi ada special sikit dia ada sub menu di bawahnya seperti ni :

So lebih jimat ruang dan lebih tersusun blog korangkan...

1.Login ke Blogspot, clik Template > Edit HTML > Rujuk sini

2. Selepas itu...cari code ini ]]></b:skin> dengan cara tekan CTRL F
3. Copy code di bawah dan PASTE di ATAS/SEBELUM code yang korang cari tadi.

#menubar{
border-bottom:4px solid #ff0000;
width:1025px;
height:32px;
background:#000000;
float:center;
margin-bottom:3px;

#menubar ul{
float:left;
margin:0;
padding:0;

#menubar li{
float:left;
list-style:none;
margin:0;
padding:0;

#menubar li a, #menubar li a:link{
float:left;
padding:8px 12px;
color:#fff;
text-decoration:none;
font-size:13px;
font-weight:bold;

#menubar li a:hover, #menubar li a:active, #menubar .current_page_item a  {
background: #ff0000;
color: #fff;
text-decoration:none;

#menubar li li a, #menubar li li a:link, #menubar li li a:visited{
font-size: 12px;
background: #ff0000;
color: #fff;
text-decoration:none;
width: 150px;
padding: 0px 10px;
line-height:30px;

#menubar li li a:hover, #menubar li li a:active {
background: #000000;
color: #ffffff;

#menubar li ul{
z-index:9999;
position:absolute;
left:-999em;
height:auto;
width:170px;
margin-top:32px;
border:1px solid ##ff0000;

#menubar li:hover ul, #menubar li li:hover ul, #menubar li li li:hover ul, #menubar li.sfhover ul, #menubar li li.sfhover ul, #menubar li li li.sfhover ul{
left:auto

#menubar li:hover, #menubar li.sfhover{
position:static

Petunjuk:
Code #ff0000 (border bawah menubar),
1025px (lebar menubar),
#000000(background menubar).

4. Try Preview, jika tak ada sebarang masalah. SAVE sahaja.

5. Selepas itu, Copy code di bawah:

Home

Tutorial Blog

Produk Review

Tempahan Blog

Info/Tips

Header Design

Blog Design

Contoh Template

6. Pergi ke Layout Blog > Add Gadget > Html/JavaScript (bahagian crosscol) dan Paste code di atas dalam Html/JavaScript tapi ubah dulu :

Petunjuk:
http://bicarafarah.blogspot.my - link korang
Home - tab menu title
http://bicarafarah.blogspot.my- sub menu/drop tab menu

7. Save dan lihat hasil.

*kenapa pakai tab menu ni bagus? Sebab kemas dan tersusun..boleh letak banyak menu...boleh delete, add ubah bila-bila masa, jimat masa daripada nak design kat PS.

Sekian itu sahaja. Selamat mencuba. Doakan Cik Farah Murah rezeki..❤❤❤❤❤

Kenapa entry tak meriah lagi?

Assalamualaikum..

Lama tak membebel macam dulu-dulu..dulu syok je update entry sekarang makin lupakan blog maklumlah banyak update dekat FB, tapi tu pun just share status orang je..rasa macam syokje just share..agaknya dah makin tua jadi sesi meluah perasaan pun tak serancak dulukan..just berdiam diri je kalau rasa tak penting.

Sekarang ni aku banyak ambil tempahan design blog so just mengadap blog customers je lah..2 blog dah siap just tinggal 1 je lagi nak finalkan..nanti aku review..kena ambil mood kalau nak review ni hehehe..

Cuba korang tengok kat Blog Archive aku, tahun 2014, 2015 dan 2016 amat sedih je bilangan entry aku..sangat la sedikit,,ni tahun-tahun selepas menamatkan pengajian so lebih tertumpu kepada pekerjaan, jadi masa nak update tu memang terbatas..sebenarnya boleh je nak update tapi sebab ada penyakit MALAS so memang terperap je la blog penuh sawang.

Sebenarnya tempoh 3 tahun ni macam-macam suka duka yang dirasai..kadang-kadang rasa nak share tapi maybe diam lebih baik...semua perkara tu mematangkan aku sebagai hamba Allah dimuka bumi ni.

Nanti kalau rajin aku update la story2 kat blog..ikut mood jugakan..
Ada juga reader nak letak iklan dalam blog tapi buat masa ni aku tak nak ambil dulu sebab aku kurang aktif berblog, pages view pun tak meriah sangat so tunggu aku aktif semula..sebab aku tak suka ambil iklan kalau iklan tu tak mendatangkan hasil kepada korang...tunggu blog aktif yerr..insyaallah akan buka iklan dan review produk.

Opps sekarang ni tengah diet sebab rasa makin kegemukan. Tiba-tiba rasa rindu pada someone yang suka kita makan salad ni :'( Betul kata orang dugaan bertunang ni berat..segalanya serah pada Allah.

Sekarang ni dua ekor budak nilah peneman aku.. Si Uteh dan Mimi. Mimi ni adik aku bagi..jenis DLH aka mix mainecoon cat. Uteh sekarang agak nakal..suka curi2 keluar rumah..Mimi pun sama tapi Mimi lebih behave sikit..mudah di ajar..dan dengar kata..Uteh lak makin keras kepala.degil tahap nak lempang je montot dia..

Uteh Mucukk

Uteh dah dewasa..dalam setahun umur dia tapi dia dah sunat so tak la macam kucing jantan lain yang suka kencing merata..so tak la susah nak jaga. Cuma peragai suka curi keluar rumah tu yang geram..sebab selama ni dia kucing indoor..sekali dapat keluar..berjuta-juta kali la nak bebas...

Mimi ni dah masuk 10 bulan..tak sunat lagi sebab nak kitten hehehe..special tentang Mimi ni..dia suka berkepit dengan aku..manja dan kuat jeles kalau layan kucing lain lepas tu kalau panggil je nama dia terus datang. Hari tu dia dah bising sebab on heat so bagi dia suami..suaminya kucing jiran je hahaha..sebab asyik memekak siang malam nak cari BF..lepas tu terus senyap..mana tahu nanti leh ada babykan..

Mimi yang suka buat muka kalau marah

Sayang mereka ni, rasanya kucing betina lebih behave berbanding kucing jantan...Senang diajar dan lebih sensitif..macam manusia jugak ke??

Tuan blog?? stay muda remaja dan masih macam dulu juga hehehe..

Aku tahu ramai rindu kat aku..rindu tak??

Masih kekal remaja dan nampak macam budak sekolah lagi so orang tak sebuk tanya.."bila nak kahwin?'
So semua tu ada aku kesahh?? hahahaha...

Ok, rasa mata nak beradu je ni..lain masa jumpa lagi dan selamat malam :)

Wajah baru Blog Cik Nurfarah

Assalamualaikum..
Lama rasanya tak update blog..rindu kat blog ni.
Ada nampak perubahan baru tak blog Cik Farah ni??

Template dah tukar warna sebab nak rasa lebih fresh..tak nak all is PINK walaupun pink tu warna kecintaaan..jadi mix sikit dengan warna terquoise.
Bentuk post entry dan sidebar pun tukar kepada bentuk empat segi..dan header juga aku tukar kepada nama blog sahaja tanpa letak doodle atau gambar dan footer masih kekalkan ada trademark doodle khas aku.

Sebab tukar?? nak nampak kelainan dan nak nampak kematangan sikit..ala2 feminin gitu..sebab tu letak background rose vintage hehehe..

Saiz blog mula-mula nak kecilkan jadi 1000px tapi macam tak syok pula mata ni sebab mengecilkan gambar2 dalam entry sebelum ni jadi stay kekalkan 1200px supaya mata cerah memandangkan..

Kalau rasa berminat nak hasil tangan Cik farah boleh la what apps je kat no ni 017 2788373 yerrr..sebelum tu tengok2 la portfolio yang tersedia tu dan syarat2 tempahan..

Rasa nak bagi special prices je..kalau berminat cepat PM yer sebab siapa cepat q dia akan diutamakan..

Bye...

Tempahan Design Blog dari Handbeg Cosmetic

Assalamualaikum..
Alhamdulilah dan terima kasih menempah dengan Cik Farah.

Satu lagi blog sudah siap. Kali ni blog bisness. Tuan blog menginginkan 3 column dan berthema pink.

Warna pink ni kegemaran aku so senang nak adopt untuk design pink ni kan..

Akak ni jual pelbagai jenis handbag yang cantik-cantik. Kalau berminat boleh pergi cuci mata dan shopping sakan di sana. Harga pun sangat berpatutan.. Selain tu akak ni ada jual produk skin care iaitu LASOUL SKINCARE.

Reka bentuk header lebih kepada handbag yang meriah (bergantung gantungan gitu)..rasa nak sambar je semua handbag kat situ.

https://handbeg-cosmetic.blogspot.my/

Apa lagi jom kita serbu blog beliau di :

Nak buat tempahan?? berminat??

Kalau berminat boleh What Apps..jika benar-benar serius je tau... What apps cik Farah kat 017 2788373

Nak tengok syarat boleh CLICK SINI
Nak tengok design sebelum ini boleh CLICK SANA

Ok bye :)

Jom Cuba Sabun Bee Venom By SECRETLEAF

Assalamualaikum..

Hari ni nak share tentang produk yang makin hangat diperkatakan SABUN BEE VENOM BY SECRETLEAF.

SABUN yang mampu MERAWAT PELBAGAI MASAALAH KULIT ANDA DENGAN SELAMAT DAN KESAN YANG MENAKJUBKAN.

Kalau sabun biasa mata anda akan pedih bila sisa sabun masuk ke dalam mata dan menyebabkan mata menjadi merah..
TETAPI ....!! SABUN INI TIDAK MEMEDIHKAN MATA DAN HARUMAN YANG MENENANGKAN...

Menyelesaikan masaalah JERAWAT,JERAGAT,KULIT GELAP,KULIT KUSAM ,TONA TIDAK SEKATA ,KULIT KERING DAN SESUAI UNTUK MEREKA YANG KULIT SENSITIF...

MEMPERBAIKI KULIT ANDA DARI LUAR DAN DALAM...
KULIT MENJADI LICIN,CERAH DAN LEMBUT...

Secretleaf Bee-Liv Bee Venom Beauty Bar
Fungsi utama:
MeNEGANGkan kembali kulit
MenCERAHkan kulit dengan mengawal melanin
Menghilangkan JERAWAT
Mengawal dan mengurangkan JERAGAT
MemperBAIKI semua struktur kulit bawah dan atas
MeLEMBUTkan kulit dan menjadikannya lebih berseri
Menjadikan kulit anda kembali MUDA dan MENAWAN
Bee-Liv Bee Venom Beauty Bar @ Sabun Sengat Lebah Secretleaf ini mengandungi sengat/racun lebah sebenar, stem cell, peptide, kolagen, vitamin E dan aloe vera yang terbukti berkesan untuk masalah KULIT.

Jika berminat jangan segan-segan:

Pm@whatsapp 0189527086

Jom LIKE FAN PAGES

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH