Review Buku Oleh Cik Nurfarah

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Cik Farah akan buka review khas untuk bahan bacaan. Bahan bacaan ni terbahagi kepada dua iaitu bahan bacaan fiksyen dan bukan fiksyen. 

Kepada sesiapa yang menulis novel, buku ilmiah, buku motivasi atau sebarang jenis buku/bahan bacaan untuk bacaan umum boleh sertai segmen review buku oleh Cik Nurfarah. 

Review Audela Adore Skincare Gosulin Agave

Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca setia Blog Cik Nurfarah.

Hari ni aku nak kongsi tentang skincare yang telah aku guna. Produk yang baik perlulah diwar-warkan untuk dikongsi bersama.


Mula-mula aku confused juga nak pakai sebab produk ni masih baru dipasaran tapi selepas pakai Alhamdulilah kulit semakin berseri-seri, bersih, lembut dan cerah secara semulajadi selepas menggunakan Audela Adore Skincare Gosulin Agave ni.

Dugaan Bulan Februari 2018

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Dugaan dibulan Februari.

6 Februari 2018
Lepas kejadian Uteh masuk wad. Giliran Tommy pula. Sebelum ni Tommy sangat aktif langsung tak nampak tanda-tanda dia sakit. Masa aku bagi makan dalam cage dia, langsung tak mengejar dan duduk setempat je. Selalunya dia lah yang pertama mengejar nak makan dan akan berebut dengan yang lain tapi pagi tu dia macam sangat pasif.

Jadi aku keluarkan dia dari dalam cage. Tengok badan dia dah mengeletar dan panas. Cuba bagi makan pun dia taknak. Petang tu dia macam kena "sawan tarik" sedih sangat.

Review CALAWO Sport Bra.

Assalammualaikum dan salam sejahtera.



Sekarang ni aku tengah on diet dan dalam masa yang sama bersenam /workout juga.
Tapi selalu juga cheat day sebab tak tahan tengok makanan yang sedap.
Ada juga orang fikir bahawa tak perlu bersenam jika betul-betul diet.
Hello! itu dah salah ye akak-akak dan adik-adik sekalian.

Review Garnier Micellar Cleansing Water (Pink)

Assalammualaikum.
Lama tak buat review collection untuk blog kesayangan ini.
Semestinya aku akan review produk yang memang best dan pernah aku pakai.
Kalau tak best memang aku tak review, so duk diam-diam jelah.

Kali ni aku nak review Garnier Micellar Cleansing Water (Pink).


Memandangkan make-up remover aku dah habis. Aku pun serveilah produk baru untuk make-up remover yang bagus. Aku memang tak suka make-up remover jenis berminyak sebab rasa tak selesa walaupun mampu menanggalkan kotoran dan sisa-sisa make-up.
Kebetulan Guardian ada buat promosi untuk Garnier Micellar Cleansing Water,
iaitu harga asal RM29.90 terus dapat offer price dalam RM20.70 maka memang aku tak lepas peluang untuk mencuba Garnier Micellar Cleansing Water ni.
Walaupun kulit aku normal, aku lebih suka pilih jenis sensitive skin.


Review Garnier Micellar Cleansing Water (Pink)
Even for sensitive skin
Harga asal untuk 400ml : RM 29.90

Untuk 400 ml boleh guna dalam 200 penggunaan atau lebih.

Kandungan:
G901672,C10-18 Triglycerides,Hydrogenated Coconut Oil,Behenyl Alcohol,Rhus Succedanea Fruit Cera / Rhus Succedanea Fruit Wax,Cera Microcristallina / Microcrystalline Wax,Sorbitan Palmitate,Cetyl Palmitate,Copernicia Cerifera Cera / Carnauba Wax,C12-18 Acid Triglyceride,Myristyl Myristate,Hydrogenated Castor Oil,Stearalkonium Hectorite,Alumina,Propylene Carbonate,Pentaerythrityl Tetra-Di-T-Butyl Hydroxyhydrocinnamate,[+/- May contain: Mica, CI 77491, CI 77492, CI 77499 / Iron Oxides, CI 77891 / Titanium Dioxide, CI 15850 / Red 7, CI 77742 / Manganese Violet, CI 19140 / Yellow 5 Lake, CI 15850 / Red 6, CI 45410 / Red 28, CI 15850 / Red 7 Lake, CI 77120 / Barium Sulfate, CI 75470 / Carmine],(F.I.L. B170320/2)


Wajah semasa make-up


Wajah selepas remove make-up

Sisa-sisa make-up yang telah ditanggalkan


Review aku secara keseluruhan:

Apa yang best?
- Tak perlu bilas
- Tidak berminyak
- Tak ada bau
- Boleh guna sebelum cuci muka atau selepas cuci muka. (Kalau aku terlupa nak cuci make-up sebelum cuci muka dengan pencuci muka, aku masih boleh gunakan Garnier Micellar Cleansing Water ni dan tak perlu bilas)
- Dapat menggalkan segala kotoran dengan sangat baik.
- Sesuai untuk keseluruhan muka: muka, mata dan bibir
- Menjimatkan-pakai sikit pun dan boleh bersihkan muka

Apa yang tak best?
- Harga mungkin agak mahal sikit
- Jangka hayat produk yang pendek. Boleh tahan 6 bulan sahaja selepas pembukaan (seperti yang ditunjukkan di belakang botol). Selepas 6 bulan pembukaan botol, mungkin kena tukar baru atau tak boleh dipakai. Kena habiskan dalam tempoh 6 bulan.

Rating: 8/10

Aku nak bagi sedikit info tentang pembersih make-up/makeup remover

KENAPA make-up remover PENTING?

Kulit muka kita terdedah kepada pelbagai kotoran. Kotoran daripada udara, sentuhan dan juga sisa daripada produk kosmetik yang digunakan. 
Sekadar mencuci sahaja tidak mencukupi. Mencuci tidak dapat menanggalkan kotoran yang melekat pada liang pori-pori kulit muka. Jika tidak dibersihkan dengan betul mulalah kotoran akan terkumpul di dalam liang pori-pori dan menyebabkannya tersumpat. Apabila tersumbat timbullah masalah JERAWAT!

KEBAIKAN Make-up Remover
  • Menyingkirkan sisa kosmetik/alat solek yang telah digunakan
  • Membersihkan kotoran/habuk yang melekat pada permukaan kulit muka
  • Membersihkan pori-pori dengan lebih efficient agar tidak tersumbat
  • Mengurangkan risiko pembentukan jerawat, blackhead atau whitehead
  • Menyingkirkan sel-sel kulit mati. Ini secara tidak langsung merangsang proses pembentukan sel-sel baru
  • Membantu kulit untuk bernafas dengan lebih baik kerana pori-pori tidak tersumbat.

WAKTU yang SESUAI menggunakan make-up remover

Sebelum tidur
Untuk menanggalkan segala kotoran yang melekat atau sisa alat kosmetik yang digunakan pada waktu siang.
Gunakan make-up remover sebelum mencuci muka.

Selepas bangun tidur
Untuk menanggalkan minyak (sebum) dan peluh yang keluar pada permukaan kulit semasa tidur malam.
Gunakan make-up remover sebelum mencuci muka.
Dulu aku fikir kalau tak pakai make-up tak perlu makeup remover tapi itu adalah tindakan yang salah kerana makeup remover ni bukan sahaja berfungsi mencuci makeup  tetapi dapat membersihkan kotoran yang melekat di muka seperti habuk-habuk dan kotoran lain yang boleh menyebabkan jerawat.
So wajib ada 1 make-up remover untuk penggunaan korang.

Ok bye.

*Review ini bukan review berbayar. Testimoni ini adalah pengalaman peribadi penulis, sekiranya terdapat kesan negatif penggunaan produk ini, penulis tidak akan bertanggungjawab.

Tempahan Design Blog Diari Mama

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Terima kasih kepada pelanggan yang sudi menempah dengan Cik Farah.
Hari ni Cik Farah nak review 1 blog yang buat tempahan dengan full template dengan Cik Farah.

Tuan blog inginkan thema pink yang nampak ceria.
Nak ringkas tapi nampak menarik.

Jom kita tengok header blog beliau.


Full body blog beliau pula:


Ringkas, ceria dan nampak menarik.

Kalau nak tengok real boleh pergi blog beliau. Macam-macam info terdapat di sana. Jangan lupa follow ya.


Korang suka dengan design Cik Farah?
Usah risau, harga masih lagi mampu milik walaupun barangan lain sudah naik mendadak. Cik Farah punya harga masih sama sahaja.

Berminat dengan design Cik Farah?
Jangan malu dan jangan segan untuk What Apps Cik Farah.
Contact No.: 017 2788 373
Sila Click link berikut untuk mengetahui:
Maklumat Tempahan
Contoh Design Full Template
Contoh Design Header

Tak nak cakap banyak, kalau minat sila PM ye. Ok bye.


Uteh Kena Batu Karang FLUTD.

Assalammualaikum.

Masa Uteh sakit :(

Permulaan sedih awal tahun 2018, Uteh kucing kesayangan sakit batu karang atau FLUTD.
Mula-mula memang dalam dua kali sebelum ini Uteh ada masalah nak kencing.
Mungkin permulaan nak jadi batu karang. Jadi aku ikut tips bagi dia minum rebusan air lobak putih yang telah dikisar. Selepas itu memang elok. Selepas 6 bulan jadi semula penyakit Uteh ni dan dia dah memang tak boleh nak kencing langsung.

2 Januari 2018
Uteh asyik memerap je nak asingkan diri. Badan Uteh makin lemah dan tak banyak bergerak.
Lepas itu, aku bawa Uteh pergi Klinik Haiwan.
Tapi kos dia RM700 untuk proses keluarkan batu karang tu.
Memang agak terkejut.

Aku cuba cara lain bawa dia ke Pejabat Veterinar pula.
Uteh dapat suntikan dan diberi ubat.
Cas untuk suntikan RM5 tapi...
keadaan Uteh makin teruk, makin lemah, langsung tak boleh berjalan. Perut kembung.
Mak dah menangis tengok kucing kesayangannya.

Alhamdulilah ayah dan mak support untuk kos perbelanjaan Uteh.
Aku terus bawa dia ke klinik haiwan swasta.
Sedih sangat tengok keadaan Uteh yang lemah.
Memang bajet RM700 besar (tambah-tambah waktu ekonomi sekarang) tapi nyawa kesayangan ini tak boleh dibeli.

Masa hantar kat klinik, pembantu itu cakap harapan Uteh 50%-50%.
Seeloknya dia cakap jangan bawa pergi cucuk sebab takut melemahkan badannya lagi (kesan ubat).
Tapi benda dah jadi, memang berdoa agar Uteh selamat dan panjang usia.
Uteh ditahan wad selama 8 hari. Dua kali jugalah aku pergi melawat. Risau sangat dan sedih. Paling sedih adalah mak akulah sebab Uteh selalu berkepit dengan dia.

Kali kedua melawat Uteh.

Alhamdulilah, masa mula-mula melawat Uteh hanya boleh tengok melalui sangkar dia je. Masa itu, dia dalam proses rawatan lagi. Tengok dia dah boleh duduk lega rasa hati.
Kali kedua melawat alhamdulilah Uteh dah boleh berjalan dan ceria.


Mak aku pun rasa gembira sebab Uteh dah semakin sembuh.
Terima kasih kepada doktar dan pembantu klinik yang menjaga Uteh selama 8 hari ni.

 Termasuk ubat dan makanan khas royal canin urinary so 1 kg cas keseluruhan RM753.50.


Ubat Uteh untuk 5 hari. Jenuhlah aku nak memberi makan ubat. Tapi nasib baik dia jenis boleh telan juga walau dipaksa-paksa. Kalau Dodi, bagi ubat cacing pun mengelupur macam kena histeria.

 Sekarang ni Uteh on off letak dalam sangkar sebab dia sibuk nak keluar rumah. Dia ni jenis kalau keluar rumah payah nak panggil balik. Naik tercabut tekak panggil barulah dia balik rumah.


Budak gemuk ni dah 2 kali curi keluar dari rumah. 


Tunggu betul-betul sihat baru boleh berjalan-jalan ye.

Sekarang ni dah aktif sikit tapi masih tak betul-betul sihat. Kena pantau bab makanan, minuman dan kencingnya.

Doktar bekalkan Uteh Urinary So Royal Canin untuk Uteh (1kg) tapi si Dodi dan Mimi suka sangat curi makan.
Oleh sebab Uteh kena makan makanan khas, aku kena cari makanan khas untuk Uteh di Pet Store.
Memandangkan Royal Canin tak ada stok terpaksa beli jenis Nature Protection. Fungsi sama juga macam Royal Canin, khas untuk batu karang.


Harga pun meriah juga, 2 kg RM72.00.

Memandangkan dulu aku suka beli makanan jenama komersial (makanan yang senang dapat kat pasaraya) jadi aku ubah untuk beli makanan yang baik (tanpa perwarna) untuk kucing-kucing aku yang lain.

Kakak aku cadangkan jenama Happy Cat-Minkas sebab dia bagi kucing dia makan jenama ini je dan elok. Cari kat pet store stok habis pula. Penjual tu cadangkan Dormeo's Long Hair. 10 kg RM130


Dormeo's Long Hair ni bukan sahaja untuk long hair, short hair pun boleh makan. Harap sangat lepas ni Bulu Mimi, Dodi. Tommy dan anak-anaknya lebih cantik.

Sekarang Dodi dah jadi bestfriend aku. Suka berkepit je, tidur pun nak tidur sama-sama. Kuat cemburu tengok aku dengan Uteh.

Sekarang ni memang nak cari makanan premium untuk kucing, insaf dah beli yang komersial (jenis berwarna/tinggi garam) sebab akan memberi kesan pada kesihatan kucing. Biarlah beli makanan yang mahal sikit asalkan kucing sihat. Cuma sekarang ni nak cari yang berpatutan, maksudnya makanan bagus tapi harga "dalam bajet" sebab kucing aku ada 15 ekor.

Setakat ni tengah servei-servei yang 18 kg punya.
StarPro
Buttons n Bows
Bagus ke?

Memang nak cari yang 18kg je ni sebab kucing banyak.
Jadi kalau korang ada cadangan makanan kucing yang baik dan berpatutan boleh cadangkan pada aku ye. Yang mahal sangat macam Royal Canin dan Orijen janganlah cadangkan. Kering kontang aku nanti.

PERKARA UNTUK ELAKKAN KUCING DARIPADA TERKENA BATU KARANG ATAU FLUTD.

1. Jangan bagi makanan yang berwarna dan tinggi kandungan garam. Elakkan beli makanan kucing komersial yang banyak dijual di pasaraya dan kedai-kedai runcit.
2. Kena sediakan air bersih untuk kucing. Selalu ganti air minuman dia sebab kucing ni cerewit kalau ada bulu atau objek lain dalam air minuman dia, dia tak nak minum. Kalau jarang minum, mudah kena batu karang walaupun bagi makanan premium.
3. Litter box/ kotak najis kena selalu bersih sebab ada jenis kucing yang tahan kencing kalau kotak najis dia kotor. Kena rajin buang najis dia selalu. Mungkin sekali 2 atau 3 kali dalam sehari. Tengok kepada keadaan kotak najis.

Sumber: Veterinar

APAKAH TANDA-TANDA AWAL KUCING ITU MENGHADAPI MASALAH BATU KARANG INI?

  • Simpton awal yang boleh dilihat sekiranya kucing anda mengalami masalah batu karang ini adalah Sukar untuk meneran ketika membuang air kecil, 
  • Mengeluarkan suara seolah-olah menangis ketika kencing,
  • Amaun kencing yang sedikit (kencing tak lawas), 
  • Membuang di luar kotak najis
  • Kerap menjilat organ kemaluannya, 
  • Kadang kala kencing berdarah , 
  • Terasa sakit apabila disentuh di bahagian bawah badan, 
  • Tiada selera makan atau tidak mahu minum,
  • Tingkah laku lain daripada biasa

CARA-CARA MERAWAT KUCING BATU KARANG

Tradisional
Seeloknya aku tak cadangkan. Tapi kalau keadaan mendesak boleh cuba.
- Kisar lobak putih dengan secawan air, rebus sampai mendidih. Biarkan sejuk. Tapis dan masukkn dalam picagari. Bagi dia minum. Memang dia akan mengeliat sebab rasa lobak putih tu tak sedap dan berbau.

Bawa pergi Vet
- Jika ada tanda-tanda seperti di atas, kena bawa pergi vet sebab kalau peringkat awal doktar akan bagi ubat sahaja. Jadi kos tidak terlalu mahal. Tapi kalau dah tahap kena masuk wad dan kena flush batu karang tu memang kos rawatan antara RM 500 hingga RM 1000 atau lebih bergantung pada keadaan kucing. Jadi kalau tingkah laku kucing korang pelik kena cepat bawa pergi vet. Kalau dibiarkan terlalu lama boleh meragut nyawa.

Apa-apa pun bab makanan dan minuman si comel ni memang kena jaga. Tak kiralah korang ni jaga kucing kampung ke, kucing pekan ke, kucing oversea ke...mesti kena jaga sebab kos rawatan kucing ni lagi mahal berbanding manusia.

Seeloknya elakkan bagi makan makanan yang berwarna-warni, tinggi garam dan komersial. Cuba cari yang tidak berwarna. Manusia pun kalau makan jajan yang berwarna dan masin pun senang kena penyakit inikan pula kucing yang makan makanan itu sahaja kan.

Cuba bagi ayam rebus dan ikan rebus kepada kucing untuk keperluan nutrisi mereka. Jangan campur garam pula dalam ikan dan ayam tu.

Sekarang ni Uteh masih kena makan makanan khas untuk batu karang. Dia kena makan dalam masa 2 bulan tapi seeloknya jika kucing ada sejarah batu karang kena berterusan bagi jenis "urinary formula s". Jadi lepas ni makanan Uteh berbeza dengan kucing-kucing lain. Tak sanggup sejarah berulang kembali. Semoga sihat sentiasa ya Uteh!

SHARING IS CARING!

Jangan lupa bagi cadangan makanan kucing yang bagus pada Cik Farah ye.

p/s: Selepas setahun Uteh pergi selamanya. Sakit batu karang dia kembali dan dia tak dapat diselamatkan. 

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH