Tempahan Design Blog dari Cerita Abi, CikZa Beauty Shop dan Dunia Sihat Cik Am

Assalamualaikum,

Kali ni Cik Farah nak review 3 blog sekali gus, senang korang terus cuci mata. Kalau berminat nak buat blog idaman boleh terus hubungi Cik Farah. Maklumlah harga promosi masih berlangsung dengan meriahnya. Bila dah tamat tempoh promosi, sila jangan garu kepala ya..hehehehe... Harga yang Cik farah berikan tersangatlah berbaloi-baloi dan mampu milik. Zaman-zaman duit macam air yang mencurah-curahnya ni mesti nakkan penjimatan ye dakk so ni dah bagi harga super jimat. Kalau rasa nak murah lagi silalah design sendiri 😜😜😜. Cik Farah dah bermurah hati memberikan harga mampu milik pada korang ni.

Tempahan pertama datangnya dari Cerita Abi, blog bertemakan hijau. 2 column. Blog ni simple sahaja, tak ada bunga-bunga ya..ni blog lelaki memang mudah nak cari idea, cuma bermain dengan warna agar sesuai dengan themanya.

Tuan blog memilih gambar beliau sebagai penghias header. Cik Farah padankan campuran warna hijau muda dan hijau gelap supaya lebih sesuai.

Ini adalah keseluruhan template blog, thema hijau muda.


Berita baik, mukai tahun 2017, Cik Farah berinovasi baru membuat kotak komen yang lebih kemas dan tersusun untuk pelanggan Cik Farah ya...
Semua screen shoot Cik Farah ambil di blog khas untuk mendesign sahaja untuk memudahkan full view.
Jom, kita live view blog beliau, banyak pengalman, tips dan perkongsian dalam blog beliau.





Blog kedua, dalam minggu ini juga disiapkan, blog online biz. Macam-macam barangan kesihatan dan kecantikan yang dijual. Blog CikZa Beauty Shop. Tuan blog inginkan design warna pink dan thema bunga-bunga dekat header. Selain itu beliau ingin meletakkan produk jualan beliau di header. Cik Farah jenuh juga cari idea macam mana nak sesuaikan permintaan pelanggan dengan header yang Cik Farah nak buat ni, alhamdulilah terhasilnya header ini.


Untuk bahagian atas, Cik farah letakkan nama blog dan maklumat peniaga. Manakala bunga rose sebagai penghias atas body blog, gambar-gambar produk cik Farah combinekan dan buat macam banner yang tergantung. Alhamdulilah tuan blog sukakan design ni.


Cik Farah mengunakan dua jenis pink untuk sesuaikan dengan thema yang dikenhendaki oleh tuan blog.

Jomlah kita pergi shopping kat blog CikZa ye, macam-macam ada jual, rambang mata dibuatnya.





Blog yang ketiga ni baru je Cik Farah finalkan dengan tuan blog. Beliau baru berblog, so blog masih baru. Tuan blog nak warna pastel..hijau mint. Untuk design sesuatu artwork ni kena pandai bermain warna agar design kita tu tak tengelam, tambah-tambah kalau kita guna pastel colour. Sebenarnya Cik Farah pening juga nak cari tone yang betul-betul sesuai supaya design tersebut tak tengelam. Hasilnya inilah header first time Cik Farah guna ala-ala lace..hehehe..nampak sangat kelembutan di situ..





Template ringkas dan sedap mata memandang.
Kalau nak tengok live boleh ke blog beliau ye:


Sekian itu sahaja untuk review hari ini, jika betul-betul berminat boleh hubungi Cik Farah ya, what apps je Cik Farah, insyallah akan dibalas.

Berminat dengan design Cik Farah?
Jangan malu dan jangan segan untuk What Apps Cik Farah.
Contact No.: 017 2788 373
Sila Click link berikut untuk mengetahui:
Maklumat Tempahan
Contoh Design Full Template
Contoh Design Header

Promosi hanya untuk full template sahaja tau! Rugi kalau tak tempah awal-awal sebab Cik Farah hanya ambil limited je tau. Ok tata.. 💖💖

Tempahan Artwork- Header, banner, iklan

Assalamualaikum,

Hari ni nak update tentang tempahan artwork selain template blog, Cik Farah ambil juga tempahan art work ni untuk sampingan (bergantung pada tempahan blog), jika Cik Farah tak busy, Cik Farah akan ambil tempahan artwork..kalau tempahan blog banyak terpaksa skip untuk temphan artwork.

Tempahan artwork ni termasuk:
  • Header
  • Banner
  • Card Design
  • dan sebagainya
Banyak juga terima tempahan ni, semua harga bergantung pada jenis dan design juga tapi insyallah mampu milik. Kalau Cik Farah tak mampu nak buat, Cik Farah akan bagitahu awal-awal ya...kalau nak urgent kita cas extra sikit..bukan senang nak cari idea nak mendesign ni..boleh sakit kepala tau..yang terlampau cerewit nak kebabom sangat pun Cik Farah terpaksa reject ya..maklumlah kita bukan designer kebabomm pun 💆💆💆

Tempahan header dari Zee Nadzirah, beliau nak header simple untuk blog biz beliau.






Selain itu, tempahan banner dari T-shirt Printing Murah Selangor untuk iklan di blog dan fan Pages beliau. Kalau nak tempah T-shirt murah bolehla jenguk blog beliau.



banner sticker
Banner untuk sticker


Watermark

Banner animated


Banyak lagi, Cik Farah pun dah lupa mana Cik Farah letak artwork semua tu, laptop pun dah nak minta nyawa sebab banyak sangat artwork dalam ni.

Harga sangat berpatutan, berbaloi dan mampu milik..insyaallah.

Berminat boleh hubungi Cik Farah: 017 2788 373 (Whatapps only)

 Kalau nak tempah blog boleh tengok maklumat:


Berminat dengan design Cik Farah?
Jangan malu dan jangan segan untuk What Apps Cik Farah.
Contact No.: 017 2788 373
Sila Click link berikut untuk mengetahui:
Maklumat Tempahan
Contoh Design Full Template
Contoh Design Header


p/s: Maaf kalau ada artwork yang cik farah tak update, banyak sangat sampai tak tahu kat mana simpan..tq tempah dengan Cik Farah, ada 3 blog lagi belum review..sabarrr..



Tempahan Edit Blog 2016-2017

PROMOSI TEMPAHAN EDIT/DESIGN BLOG HANYA 
RM XX.00 SAHAJA (HARGA MAMPU MILIK)
💟(Untuk entry terbaru boleh rujuk/scroll di bawah)💟

Assalamualaikum,
Alhamdulilah ramai yang menempah sempena promosi harga untuk edit blog ni.😍
Promosi ini untuk full template only..kalau nak asing-asing harga akan jadi normal, jadi rugi kala korang tak buat tempahan full template sekarang.

Bagaimana pula kalau ada special request macam nak buat create blog, tapak blog or lain-lain permintaan yang tidak kena mengena dengan template..itu kita boleh bincang sebab harga masih lagi mampu milik.

Harga Cik Farah mahal? Rasanya dah sangat berpatutanlah..sebab Cik Farah juga bukan setakat design kat PS tapi kena bersengkang mata edit HTML kat blog, sila compare template Cik Farah dengan template orang lain..kalau nak kelainan (pasti berbezakan...), nak harga10 sen sila design sendiri..😛😛😛.


PAKEJ FULL TEMPLATE
  • Header
  • Template Body (sidebar, post body, blockquote, ect)
  • Footer
  • Tab Menu (mengikut permintaan)
  • Review Blog (percuma mengikut permintaan, kalau tak nak boleh bagitahu awal-awal; secara tak sengaja up trafik blog korang)
  • Template mesra SEO (coding template akan dioptimakan untuk mesra SEO)

TEMPOH MASA 3-7 HARI, BERGANTUNG PADA GILIRAN ANDA.

FULL PAYMENT


Saya hanya mendesign template dan edit blog sahaja, tidak mengambil khidmat untuk "create atau buat blog atau update entry anda/ubahsuai kandungan entry/blog anda- jika inginkan semua itu boleh berbincangan dan ada cas tambahan dikenakan.

Untuk maklumat lanjut boleh rujuk dan buat pembacaan DI SINI.


Berminat dengan design Cik Farah?
Jangan malu dan jangan segan untuk What Apps Cik Farah.
Contact No.: 017 2788 373
Sila Click link berikut untuk mengetahui:
Maklumat Tempahan
Contoh Design Full Template
Contoh Design Header

#Untuk promosi ini Cik Farah ambil limited je tau, siapa cepat dia dapat!

Tempahan Design Blog dari Kamsiah Yusoff

Assalamualaikum,

Dah bulan Mac dah kita di tahun 2017, fuhh cepat masa berlalu..macam berlari-lari jekan..
Maaf Cik Farah jarang update blog kerana kesibukan hal duniawi ni,

Alhamdulilah kali ni Cik Farah nak review tempahan dari pelanggan Cik Farah iaitu Kak Kamsiah Yusoff, terima kasih  kerana menempah dengan Cik Farah ya!

Thema blog akak ni pink! yes, warna kesukaan Cik Farah juga,


Kak Kamsiah memberikan Cik Farah sekeping photo untuk dijadikan header beliau, jadi fikir-punya fikir, Cik Farah pun buatlah jenis header macam ni untuk sesuaikan dengan photo yang diberi oleh pelanggan. Thema lebih kepada rose.

Untuk template, beliau inginkan 2 column seperti di bawah:


Untuk footer Cik Farah hiaskan dengan jambangan bunga rose pink untuk sesuaikan dengan headernya.
Alhamdulilah tuan blog sukakan design ini..😍😍😍


Ini pulak jenis kotak komen beliau, Cik Farah buat jenis macam ni agar lebih kemas dan mudah pengomen untuk komen blog tuan blog.

Semua screen shoot Cik farah ambil dari blog design Cik farah sebab lebih mudah nak lihat keseluruhan design tersebut.

Nak tengok secara real?
Jomlah kita serbu blog tuan blog ya, banyak tip, resepi dan info ada kat blog beliau!


Korang nak tempah design blog idaman dengan harga yang mampu milik???


Berminat dengan design Cik Farah?
Jangan malu dan jangan segan untuk What Apps Cik Farah.
Contact No.: 017 2788 373
Sila Click link berikut untuk mengetahui:
Maklumat Tempahan
Contoh Design Full Template
Contoh Design Header

Promosi hanya untuk full template sahaja tau! Rugi kalau tak tempah awal-awal sebab Cik Farah hanya ambil limited je tau. Ok tata.. 💖💖

Review VIVO V5


Assalamualaikun dan salam sejahtera. 
Hari ni aku nak review pasal smart phone. 
Setelah 4 tahun lebih Samsung Note 2 aku berkhidmat..dan tiga kali tukar bateri..serta menunjukkan tanda-tanda meragam yang rasa nak lempang je..sebab terpaksa 3-4 kali cas dalam sehari..padahal bateri tukar tak sampai 5 bulan..maka nmpaknya kena ada smart phone baru lah.. memang sayang cik samsung tu sebab lama berkhidmat..tapi banyak benda nak kena guna smart phone (ke memang smart phone wajib ada setiap org?)..jadi dengan gagah hati nak juga sebijik. 


Tapi sebelum aku beli..aku servei dulu dengan bajet yang sesuai. Ada 3 jenis pilihan antara Samsung J7 Prime..Oppo F1s dan Vivo V5..bajet dlm 1200 lebih kurang. 

Lastly, Vivo V5 menjadi pilihan hati..dengan harga Rm1299, Cik Vivo V5 menjadi milik Cik Farah pada 13 Jan 2017..alhamdulilah.

Puas hati!

Kenapa aku pilih Vivo V5..adakah sebab iconnya Datuk Siti Nurhaliza..mungkin ya sebab dengan adanya Tok CT sebagai icon/duta, vivo makin dikenali (tu la pentingnya marketing dengan menggunakan bintang terkenal). 

Sebab utama aku pilih Vivo V5 sebab ram..camera..memory dan design. Sebab aku memang cari ram 3 gb dan ke atas..so Vivo V5 mempunyai 4 gb ram..jadi memang pilihan utama aku di samping ke'super' an camera yang sungguh best. Berikut adalah spefikasi Vivo V5 yang boleh korang compare dengan smart phone lain. 





Sebenarnya aku suka warna rose gold tapi disebabkan ayah cakap gold lagi menarik maka pilihlah warna gold..tapi nice juga warna ni..maklumlah ayah sponser kena ikut pandangan beliau juga tu hehheehe.. 

Saiz sama besar dengan Note 2 aku, tapi Cik Vivo V5 ni lebih slim!

Warna Gold akhirnya menjadi pilihan.

Bateri pula..standart biasa la seharian boleh tahan..sebab kebanyakan smart phone touch screen lebih kurang sehari boleh tahan.. Gambar pula...sangat cantik dan menarik kerana 20mp kamera kat depan (selfie/secondary) dan 13mp depan..puas hati bab kamera dan sangat sesuai kepada kaki selfie. 

Meh Cik Farah belanja gambar dengan kamera depan Vivo V5! 🙈
Meh 1 lagi...ok cukup karang ada yang tak boleh tidur malam 😜

Ini pula free gift yang aku dapat..macam2 ada so tak rugi pilih cik vivo.. dengan harga RM 1299, complete dapat semua ni plus dengan 16 gb memori sd card.






Secara keseluruhan aku sangat berpuas hati dengan vivo v5 ni..aku bagi 5 bintang 💖💖💖..rasa happy je pakai.. 

Terima kasih juga kepada ayah sebab memahami kehendak anaknya, sebab cadang nak beli sendiri tapi ayah dah bagi green light nak sponser..alhamdulilah murah rezeki.. 
Review ini bukan review berbayar tapi review peribadi dari blog cik nurfarah. 

Kalau pihak VIVO Malaysia baca entry ni..bolehlah sponser handphone sebiji ya, Cik Farah sangatlah berbesar hati. 

Sekian terima kasih kerana membaca entry cik farah!

Tempahan Design Blog dari Zamri De'Xandra Agent

Assalammualaikum,

Pembuka tahun 2017 Cik Farah menerima tempahan dari Zamri De'Xandra Agent..
Untuk tempahan kali ni, idea 100% diserahkan kepada Cik Farah, pemilik blog cakap tak kisah pasal design blog..asalkan orang suka lihat, rasa macam wangi-wangi je bila enter ke blog dan cantik.

Sangat subjektif, jadi Cik Farah cadangkan warna peach pink..so tuan blog approve.
Thema Cik Farah buat rose, sebab rosekan wangi!! Jadi biar orang masuk blog ni berperasaan rose setaman..indah dan harum..

Header lebih kepada bunga rose pink. Atas dan bawah header dihiasi bunga rose pink, title blog, logo dan contact number. Nampak mudah dan jelas tentang biz blog.


Full template, 2 column..thema peach pink, dan putih.


Berita baik, untuk tempahan terbaru tahun 2017 Cik Farah akan cantikkan kotak komen anda, agar lebih menarik, tersusun dan mudah reader nak komen seperti dalam gambar di atas (pakej 2017).
Alhamdulilah pemilik blog berpuas hati dengan design Cik Farah..
Kalau sesiapa nak wangi-wangi tu boleh dapatkan De'Xandra Perfumes dengan Encik Zamri, best sangat tau!!


Cik Farah ada 2 lagi blog nak review, insyallah akan review dalam masa terdekat ni.

Terima kasih kerana menempah dengan Cik Farah.


Berminat dengan design Cik Farah?
Jangan malu dan jangan segan untuk What Apps Cik Farah.
Contact No.: 017 2788 373
Sila Click link berikut untuk mengetahui:
Maklumat Tempahan
Contoh Design Full Template
Contoh Design Header


Promosi hanya untuk full template sahaja tau! Rugi kalau tak tempah awal-awal sebab Cik Farah hanya ambil limited je tau. Ok tata.. 💖💖


Tempahan Design Blog dari Ayu Life Planner AIA Takaful

Assalamualaikum,
Tempahan akhir tahun 2016 lagi,
Kali ni tuan blog tempah full template dengan tapak blog sekali (permulaan isi kandungan buat blog)

Blog kali ni thema merah putih bersesuaian dengan thema biz yang dijalankan. Blog design lebih formal.


Header blog lebih kepada title yang berkaitan dengan perniagaan dan logo rasmi syarikat.

Template 2 column.

Kak Ayu ni dia menjalankan biz AIA takaful, kalau ada sesiapa nak mendapatkan insuran dengan pakej yang sangat menarik bolehlah contact beliau sepeti link di bawah:


Banyak kebaikan beli AIA takaful ni tau...jangan segan-segan belik blog beliau untuk mengetahui maklumat lanjut.


Terima kasih kerana menempah dengan Cik Farah.



Berminat dengan design Cik Farah?
Jangan malu dan jangan segan untuk What Apps Cik Farah.
Contact No.: 017 2788 373
Sila Click link berikut untuk mengetahui:
Maklumat Tempahan
Contoh Design Full Template
Contoh Design Header


Promosi hanya untuk full template sahaja tau! Rugi kalau tak tempah awal-awal sebab Cik Farah hanya ambil limited je tau. Ok tata..


Happy blogging! 💓 tata...

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH