Tempahan Design Blog dari Cerita Abi, CikZa Beauty Shop dan Dunia Sihat Cik Am

Assalamualaikum,

Kali ni Cik Farah nak review 3 blog sekali gus, senang korang terus cuci mata. Kalau berminat nak buat blog idaman boleh terus hubungi Cik Farah. Maklumlah harga promosi masih berlangsung dengan meriahnya. Bila dah tamat tempoh promosi, sila jangan garu kepala ya..hehehehe... Harga yang Cik farah berikan tersangatlah berbaloi-baloi dan mampu milik. Zaman-zaman duit macam air yang mencurah-curahnya ni mesti nakkan penjimatan ye dakk so ni dah bagi harga super jimat. Kalau rasa nak murah lagi silalah design sendiri 😜😜😜. Cik Farah dah bermurah hati memberikan harga mampu milik pada korang ni.

Tempahan pertama datangnya dari Cerita Abi, blog bertemakan hijau. 2 column. Blog ni simple sahaja, tak ada bunga-bunga ya..ni blog lelaki memang mudah nak cari idea, cuma bermain dengan warna agar sesuai dengan themanya.

Tuan blog memilih gambar beliau sebagai penghias header. Cik Farah padankan campuran warna hijau muda dan hijau gelap supaya lebih sesuai.

Ini adalah keseluruhan template blog, thema hijau muda.


Berita baik, mukai tahun 2017, Cik Farah berinovasi baru membuat kotak komen yang lebih kemas dan tersusun untuk pelanggan Cik Farah ya...
Semua screen shoot Cik Farah ambil di blog khas untuk mendesign sahaja untuk memudahkan full view.
Jom, kita live view blog beliau, banyak pengalman, tips dan perkongsian dalam blog beliau.





Blog kedua, dalam minggu ini juga disiapkan, blog online biz. Macam-macam barangan kesihatan dan kecantikan yang dijual. Blog CikZa Beauty Shop. Tuan blog inginkan design warna pink dan thema bunga-bunga dekat header. Selain itu beliau ingin meletakkan produk jualan beliau di header. Cik Farah jenuh juga cari idea macam mana nak sesuaikan permintaan pelanggan dengan header yang Cik Farah nak buat ni, alhamdulilah terhasilnya header ini.


Untuk bahagian atas, Cik farah letakkan nama blog dan maklumat peniaga. Manakala bunga rose sebagai penghias atas body blog, gambar-gambar produk cik Farah combinekan dan buat macam banner yang tergantung. Alhamdulilah tuan blog sukakan design ni.


Cik Farah mengunakan dua jenis pink untuk sesuaikan dengan thema yang dikenhendaki oleh tuan blog.

Jomlah kita pergi shopping kat blog CikZa ye, macam-macam ada jual, rambang mata dibuatnya.





Blog yang ketiga ni baru je Cik Farah finalkan dengan tuan blog. Beliau baru berblog, so blog masih baru. Tuan blog nak warna pastel..hijau mint. Untuk design sesuatu artwork ni kena pandai bermain warna agar design kita tu tak tengelam, tambah-tambah kalau kita guna pastel colour. Sebenarnya Cik Farah pening juga nak cari tone yang betul-betul sesuai supaya design tersebut tak tengelam. Hasilnya inilah header first time Cik Farah guna ala-ala lace..hehehe..nampak sangat kelembutan di situ..





Template ringkas dan sedap mata memandang.
Kalau nak tengok live boleh ke blog beliau ye:


Sekian itu sahaja untuk review hari ini, jika betul-betul berminat boleh hubungi Cik Farah ya, what apps je Cik Farah, insyallah akan dibalas.

Berminat dengan design Cik Farah?
Jangan malu dan jangan segan untuk What Apps Cik Farah.
Contact No.: 017 2788 373
Sila Click link berikut untuk mengetahui:
Maklumat Tempahan
Contoh Design Full Template
Contoh Design Header

Promosi hanya untuk full template sahaja tau! Rugi kalau tak tempah awal-awal sebab Cik Farah hanya ambil limited je tau. Ok tata.. 💖💖

4 comments

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH