Kepada Pemilik Blog Bicara Si Emma Bah sila Remove gambar saya.

Assalamualaikum,

Saya membuat posting ini sebagai bahan bukti ke atas penggunaan gambar saya secara haram dan tanpa sebarang keizinan oleh blog Bicara Si Emma Bah.
Pada 28 March 2017, saya telah menerima whatapps daripada seseorang menyatakan bahawa adakah saya terlibat dengan blog Bicara Si Emma Bah, alamat url seperti berikut:
http://bicarahatiemma.blogspot.my/

Sebenarnya saya langsung tidak mengetahui tentang penggunaan gambar saya secara haram di blog beliau, dan langsung tidak mengenali beliau (sehingga diberitahu oleh si pengadu). Menurut pengadu, blog tersebut membuat fitnah tentang keluarganya dan beliau telah membuat report polis (perbualan whatapps masih di simpan).

Secara tidak langsung penggunaaan gambar di blog beliau telah merosakkan nama baik saya dan mencemarkan imej saya kerana kemungkinan masyarakat akan salah faham disebabkan penggunaan gambar saya.

Disini saya sertakan bukti daripada screen shoot blog beliau tentang penggunaan gambar saya.


Untuk pengetahuan, gambar tersebut adalah gambar akaun google dan gambar profile picture blog saya. 

Sumber asal: http://bicarahatiemma.blogspot.my/

Sumber asal: http://bicarahatiemma.blogspot.my/

Melalui perisian Google Chrome, saya telah Search Google for image untuk mengetahui sumber asal gambar tersebut adalah seperti berikut.



Gambar tersebut saya gunakan untuk google akaun saya dan kemungkinan besar gambar saya ambil tanpa izin (dicuri) melalui blog saya.
Saya cuba untuk mencari identiti pemilik blog berkenan tetapi tiada sebarang maklumat yang saya jumpai. Cuma saya terjumpa satu entry yang bertajuk Wedding My Bff yang bertarikh 28 Januari 2017, saya telah mengambil salah satu gambar tersebut untuk melihat sumber asal gambar (bertujuan untuk mengetahui maklumat pemilik blog) seperti di bawah melalui Google Chrome:

Sumber asal: http://bicarahatiemma.blogspot.my/


dan hasilnya:

Entry tersebut juga telah diambil daripada blog: http://onlyeikin.blogspot.my/2013/02/wedding.html
Hal ini kerana, entry posting asal 11 Febuari 2013 manakala entry posting oleh Bicara Si Emma Bah iaitu: http://bicarahatiemma.blogspot.my/2017/01/wedding-my-bff.html adalah 28 Januari 2017.
Hal ini bermakna, pemilik blog http://bicarahatiemma.blogspot.my/ juga mengambil posting entry orang lain dan dimasukkan ke dalam blognya.

Saya cuba untuk menghubungi pemilik blog untuk berbincang secara baik, tetapi tiada sebarang maklumat yang diterima dan menyebabkan saya terpaksa membuat aduan kepada pihak yang bertanggungjawab.

Tujuan entry ini ditulis bukan untuk mengaibkan mana-mana pihak tetapi untuk menjelaskan salah faham dan kekeliruan bahawa saya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pemilik blog serta blog http://bicarahatiemma.blogspot.my/ .
Kepada pemilik blog berkenaan sila hubungi saya jika mahu entry ini dipadam.

fara_idola@yahoo.com

p/s: Mohon jasa baik kawan-kawan untuk share dan panjangkan posting ini.

Sekian terima kasih.

31 comments

  1. Mudah2an dapat diselesaikan dengan cara yang baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye, harap boleh selesaikan secara baik, silakan share ye..sebab sy tak dapat contact pemilik blog ni.

      Delete
  2. Tak patut betul. Ni dah salah ni. Memang betul tindakan sis tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab menggunakan gambar orang lain untuk blognya.

      Delete
  3. ishh teruknya curi gambar orang,.apa ntah tujuannya tu... ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entahlah, secara tak langsung memburukkan nama saya..

      Delete
  4. uish , semalam kak mia liana pun ada org buat naya macam nih . bahaya nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah, saya dulu pun pernah kena macam tu...sekarang pic pulak orang curi.

      Delete
  5. Bahayanyaa..ingat melalui fb jer diorang guna fake photo gini ..dalam blog pun ada jugak .harap si fake photo feedback kembali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang ni semua pic orang leh curi untuk buat khianat..kena letak watermark lah nampaknya tapi tu pun belum tentu selamat..

      Delete
  6. Still tak paham dengan orang yang nak jadi orang lain. Kenapa tak letak gambar sendiri and amik gambar orang lain? Takpelah ujian tu. Hpefully semuanya selesai dengan baik :)

    ReplyDelete
  7. aduhai...knapa begitu pulak...kenapa nak ambik post orang untuk blog sendiri...carilah idea nak tulis apa...ermm...tak sangka pulak ada jugak orang macam ni ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye..lepas ambik post dan gambar orang lain dia buat banyak posting khabar angin pulak.

      Delete
  8. uishhh bahaya ni.. farah, sis mohon up entry ni kat blog sis ya. Baik kita hati-hati dgn blog ni sbb boleh cemarkan nama2 blogger mcm kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan sis, share dan panjangkan postingan ini...

      Delete
  9. http://sishawa.blogspot.my/2017/03/jangan-bina-blog-palsu.html

    ReplyDelete
  10. Ada juga orang macamni kan. Baiklah guna identiti sendiri untuk buat blog. Buat apa jadi orang lain? Tak faham betul la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah, dahla buat blog yang banyak sebar khabar angin dan fitnah.

      Delete
  11. Apalah motif dia,,, jahat betul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak pakai pic pakai la pic sendiri, tak pasal2 orang akan fikir saya yang buat blog tu :'(

      Delete
  12. ade masalah mental agknye orang nie farah...xpe awak da report polis nnt biar polis setelkan...bertabah la ye dear....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah, nak cari dia punya contact pun susah, tak tahu macam mana caranya...memang kena reportlah nampaknya.

      Delete
  13. rasanya perkataan bah ni org sabah jak guna.. bahya nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak macam orang sabah tapi tak tahulah betul ke tidak...:(

      Delete
  14. Kepada my reader, my follower dan kawan2 silakan share dan repost entry ini...saya izinkan.

    ReplyDelete
  15. apalah yg dia dpt guna gmbar orang.. alahai ada juga org mcm ni. x ada identiti sndiri.. smoga isu ni cepat selesai ye farah.. takut jgk mcm ni..

    ReplyDelete
  16. Bertanggungjawab betul. Kenapalah gambar orang lain juga dia guna.

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH