Kepada Pemilik Blog Bicara Si Emma Bah sila Remove gambar saya.

Assalamualaikum,

Saya membuat posting ini sebagai bahan bukti ke atas penggunaan gambar saya secara haram dan tanpa sebarang keizinan oleh blog Bicara Si Emma Bah.
Pada 28 March 2017, saya telah menerima whatapps daripada seseorang menyatakan bahawa adakah saya terlibat dengan blog Bicara Si Emma Bah, alamat url seperti berikut:
http://bicarahatiemma.blogspot.my/

Sebenarnya saya langsung tidak mengetahui tentang penggunaan gambar saya secara haram di blog beliau, dan langsung tidak mengenali beliau (sehingga diberitahu oleh si pengadu). Menurut pengadu, blog tersebut membuat fitnah tentang keluarganya dan beliau telah membuat report polis (perbualan whatapps masih di simpan).

Secara tidak langsung penggunaaan gambar di blog beliau telah merosakkan nama baik saya dan mencemarkan imej saya kerana kemungkinan masyarakat akan salah faham disebabkan penggunaan gambar saya.

Disini saya sertakan bukti daripada screen shoot blog beliau tentang penggunaan gambar saya.


Untuk pengetahuan, gambar tersebut adalah gambar akaun google dan gambar profile picture blog saya. 

Sumber asal: http://bicarahatiemma.blogspot.my/

Sumber asal: http://bicarahatiemma.blogspot.my/

Melalui perisian Google Chrome, saya telah Search Google for image untuk mengetahui sumber asal gambar tersebut adalah seperti berikut.



Gambar tersebut saya gunakan untuk google akaun saya dan kemungkinan besar gambar saya ambil tanpa izin (dicuri) melalui blog saya.
Saya cuba untuk mencari identiti pemilik blog berkenan tetapi tiada sebarang maklumat yang saya jumpai. Cuma saya terjumpa satu entry yang bertajuk Wedding My Bff yang bertarikh 28 Januari 2017, saya telah mengambil salah satu gambar tersebut untuk melihat sumber asal gambar (bertujuan untuk mengetahui maklumat pemilik blog) seperti di bawah melalui Google Chrome:

Sumber asal: http://bicarahatiemma.blogspot.my/


dan hasilnya:

Entry tersebut juga telah diambil daripada blog: http://onlyeikin.blogspot.my/2013/02/wedding.html
Hal ini kerana, entry posting asal 11 Febuari 2013 manakala entry posting oleh Bicara Si Emma Bah iaitu: http://bicarahatiemma.blogspot.my/2017/01/wedding-my-bff.html adalah 28 Januari 2017.
Hal ini bermakna, pemilik blog http://bicarahatiemma.blogspot.my/ juga mengambil posting entry orang lain dan dimasukkan ke dalam blognya.

Saya cuba untuk menghubungi pemilik blog untuk berbincang secara baik, tetapi tiada sebarang maklumat yang diterima dan menyebabkan saya terpaksa membuat aduan kepada pihak yang bertanggungjawab.

Tujuan entry ini ditulis bukan untuk mengaibkan mana-mana pihak tetapi untuk menjelaskan salah faham dan kekeliruan bahawa saya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pemilik blog serta blog http://bicarahatiemma.blogspot.my/ .
Kepada pemilik blog berkenaan sila hubungi saya jika mahu entry ini dipadam.

fara_idola@yahoo.com

p/s: Mohon jasa baik kawan-kawan untuk share dan panjangkan posting ini.

Sekian terima kasih.

Si Copy Cat takut ye?

Assalamualaikum semua.

Sejak kebelakang ini aku teramatlah sibuk. Kena menghadiri kelas. Kerja yang makin menimbum macam gugurnya daun di musim luruh, kena baca artikal, kena baca journal, kena buat paper work dan macam-macam bikin kusut kepala hotak. Itulah dunia studentkan.

Maaf sangat kepada reader sebab terpaksa tolak tempahan. 30+ aku terpaksa tolak sebab busy as master student ni. Tengok blog just baca komen dan publish. Tak ada masa balas satu-satu sebab banyak sangat dan insyaallah kalau masa mengizinkan aku balas komen korang.

Tiba-tiba rajin plak bukak shoutbox dan baca komen..ishh tersuka dan tergelak panjang aku baca komen rubbish yang menegakkan benang yang basah. Kerana gara-gara ENTRY INI.
Sesiapa tak baca boleh baca dan nilaikan. Dia bagi mesej macam ini :

click kalau non-nampak

Ok aku bagi jawapan ye? kesian ye adik. Dah berak dalam pinggan still lagi tak rasa bersalah. Berak dalam mangkuk tandas la dik. Lama tak bikin gaduh nih..cari pasal sama gua ye.


orang gemuk, ko tak sedar kau tu dahlah gemuk ader hati nak mengata kawan aq, delete balik aper yang awak tulis pasal blog cik adik molek tu, kalu x kn smn

Nasib baik kau tulis nick orang, kalau animal maybe cat kot yang type.

"gemuk, ko tak sedar kau tu dahlah gemuk ader hati nak mengata kawan aq"

Yes aku gemuk. So, kenapa? aku bagi entry ini sebab kesilapan kawan kau tapi aku yakin bukan kawan kau yang tulis mesej ni tapi kau kan?

delete balik aper yang awak tulis pasal blog cik adik molek tu, kalu x kn smn

Ini blog aku, hak aku so kenapa perlu aku delete? nak saman?? bukti dah ada..terang lagi bersuluh. hahaha. Kang kot tersungkur sebelum jatuh pula. Dah la copy cat, gambar pun fake!

Terima kasih kerana bagi mesej di chatbox itu, sekurang-kurangnya ada idea aku nak update blog. Korangkan rindu nak baca blog aku muahaha

Aku bukan nak cari gaduh, aku tak serang pun blog tu, cuma buat entry sebagai teguran sahaja. Tapi pihak yang bersalah pula terover dose makan cili api..eh kesian ye. Lepas itu terus delete blog. Takut yer kena sergah dengan reader kesayanganku. Gemuk-gemuk aku pun bukan menciplak hasil kerja orang lain, kalau aku copy pun, aku ada bagi credit pada penulis asal sebagai tanda penghargaan bukan plagiat bulat-bulat dari A sampai Z.

Oklah, aku malas nak layan RUBBISH, penat. Banyak lagi kerja yang aku nak settle. Korang kalau jumpa blog budak yang dah remove link tu roger-roger ye.. hahaha..aku banyak spy. Thank you all..

p/s : Aku bukan jenis minah kecoh, aku pendiam sikit orangnya..kadang-kadang outspoken. Sekali terkena tercirit kau barkati-kati. hahaha.. bye .

Mari akak ajar bermoral sikit! eh banyak! Dont be copy cat.

Assalamualaikum semua..
Korang pernah tak dengar reminder dalam some blog " Dont copy cat" adakah itu untuk diri sendiri atau orang lain.?

Mari sini akak nak bagitahu adik-adik. Kalau rasa nak menulis  something silalah guna idea sendiri ye. Janganlah kecik-kecik lagi meniru, lepas itu meniru exam, lepas itu jadi lanun cetak rompak pulak. Mungkin dari segi sejarahnya lanun cetak rompak suka buat kerja kecik-kecikkk macam ni dulu baru boleh jadi pro kan. Kalau rasa nak copy juga please la bagi credit pada penulis asalnya. Itu baru profesional kennn..

Mungkin aku tak patut publish entry ini tapi ia sekadar teguran untuk korang. Kalau dibiarkan semakin naik kepala. Masa kecil lah kena tangan-tangankan tapi kalau dah besar dia lenyek kita dengan kereta kebal pula.
Sebelum ini ada juga orang bagitahu blog-blog yang copy cat aku. Aku just diam. Bagi komen pun tidak kat dia..just perhatikan dari jauh je. Tapii jika didiamkan perkara ni makin menjadi-jadi pula..macam cendawan tumbuh selepas hujan pula. Jadi budaya contoh..bawa ke sekolah..jadi meniru, bawa ke alam universiti jadi budaya plagiat..dan sah-sah golongan ini di panggil tak berkualiti atau "rubbish". Kalau pensyarah aku memang la zero kau dapat kalau kau buat macam nihh..

Sorry to say like this. Bukan bagi carutan tapi teguran membina.

Terima kasih kepada reader yang alert dan prihatin kerana bagitahu hal ini. Ini buatkan aku sayang kat korang ni. Thank banyak-banyak.

Sila perhatikan gambar di bawah. Sorry aku print screen sebagai bukti. Karang mesti kau delete link or blog kan. So ini bukti!


Click for read.
Amaran untuk diri sendiri ke adik? Nanti masa exam jangan tiru ye..nanti kena blacklist.


Cik adik copy cat punya.

Aku punya.

Takkan stail aku buat list tutorial pun ditiru juga. isk isk isk!

Cik adik copy cat punya.

Aku punya.

Paling tak boleh blah! ini pun nak cedokk sekali. Penat cikgu ajar kertas penulisan Bahasa Malaysia. Sila manfaatkan ye adik nanti nak ambil exam..


Bukan nak malukan dia cuma nak TEGUR je. Sila jadi berhemah sikit. Kecik-keciklah kena ajar bermoral sikit. Maaf ye dulu akak nak jadi cikgu pendidikan moral tapi terpilih bidang lain..tunggu akak jadi lecturer kat universiti atau kolej..akak ajar moral juga walaupun subjek lain..aminn..
p/s : Jadilah diri sendiri kalau nak berblog. Walaupun blog bukan perkara formal just suka-suka tapi etika kena ada barulah orang respect ye.

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH