Review VIVO V5


Assalamualaikun dan salam sejahtera. 
Hari ni aku nak review pasal smart phone. 
Setelah 4 tahun lebih Samsung Note 2 aku berkhidmat..dan tiga kali tukar bateri..serta menunjukkan tanda-tanda meragam yang rasa nak lempang je..sebab terpaksa 3-4 kali cas dalam sehari..padahal bateri tukar tak sampai 5 bulan..maka nmpaknya kena ada smart phone baru lah.. memang sayang cik samsung tu sebab lama berkhidmat..tapi banyak benda nak kena guna smart phone (ke memang smart phone wajib ada setiap org?)..jadi dengan gagah hati nak juga sebijik. 


Tapi sebelum aku beli..aku servei dulu dengan bajet yang sesuai. Ada 3 jenis pilihan antara Samsung J7 Prime..Oppo F1s dan Vivo V5..bajet dlm 1200 lebih kurang. 

Lastly, Vivo V5 menjadi pilihan hati..dengan harga Rm1299, Cik Vivo V5 menjadi milik Cik Farah pada 13 Jan 2017..alhamdulilah.

Puas hati!

Kenapa aku pilih Vivo V5..adakah sebab iconnya Datuk Siti Nurhaliza..mungkin ya sebab dengan adanya Tok CT sebagai icon/duta, vivo makin dikenali (tu la pentingnya marketing dengan menggunakan bintang terkenal). 

Sebab utama aku pilih Vivo V5 sebab ram..camera..memory dan design. Sebab aku memang cari ram 3 gb dan ke atas..so Vivo V5 mempunyai 4 gb ram..jadi memang pilihan utama aku di samping ke'super' an camera yang sungguh best. Berikut adalah spefikasi Vivo V5 yang boleh korang compare dengan smart phone lain. 





Sebenarnya aku suka warna rose gold tapi disebabkan ayah cakap gold lagi menarik maka pilihlah warna gold..tapi nice juga warna ni..maklumlah ayah sponser kena ikut pandangan beliau juga tu hehheehe.. 

Saiz sama besar dengan Note 2 aku, tapi Cik Vivo V5 ni lebih slim!

Warna Gold akhirnya menjadi pilihan.

Bateri pula..standart biasa la seharian boleh tahan..sebab kebanyakan smart phone touch screen lebih kurang sehari boleh tahan.. Gambar pula...sangat cantik dan menarik kerana 20mp kamera kat depan (selfie/secondary) dan 13mp depan..puas hati bab kamera dan sangat sesuai kepada kaki selfie. 

Meh Cik Farah belanja gambar dengan kamera depan Vivo V5! 🙈
Meh 1 lagi...ok cukup karang ada yang tak boleh tidur malam 😜

Ini pula free gift yang aku dapat..macam2 ada so tak rugi pilih cik vivo.. dengan harga RM 1299, complete dapat semua ni plus dengan 16 gb memori sd card.






Secara keseluruhan aku sangat berpuas hati dengan vivo v5 ni..aku bagi 5 bintang 💖💖💖..rasa happy je pakai.. 

Terima kasih juga kepada ayah sebab memahami kehendak anaknya, sebab cadang nak beli sendiri tapi ayah dah bagi green light nak sponser..alhamdulilah murah rezeki.. 
Review ini bukan review berbayar tapi review peribadi dari blog cik nurfarah. 

Kalau pihak VIVO Malaysia baca entry ni..bolehlah sponser handphone sebiji ya, Cik Farah sangatlah berbesar hati. 

Sekian terima kasih kerana membaca entry cik farah!

24 comments

  1. Memang betul betul lawa gambar camera dia! :D
    New Update: Random ft SPM result countdown.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Camera dia memang best..mesra untuk selfie hehehe..

      Delete
  2. nice review ... tgh servey2 jgk ni sama ada nk beli vivo v5 or oppo f1s ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli la vivo v5..setakat ni memang puas hati sangat :)

      Delete
  3. wah...sis pun duk usha lagi xtau nk grab yang mana paling best...hihi tp yg selfie confirm list atas hahaaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau selfie memang ni lah yang terbaik sebab gambar selfie kelihatan comel tanpa edit :)

      Delete
  4. Latest and new Vivo mobile phones. Vivo is a Chinese multinational technology company.

    ReplyDelete
  5. Saya dh pakai vivi v5 ni dalam seminggu... Tp kenapa function dia mcm x upgrade langsung..x sama macam samsung or asus yg saya pakai sblm ni.. Dekat galeri x boleh nk move atau rename folder gambar.. Dekat home plak x bleh nk manage apps..ke vivo ni mmg mcm ni function dia

    ReplyDelete
  6. Boleh tapi kena pergi kat file manager..kalau dekat home fungsi dia ala2 iphone..tekan lama2 secara bertindah aplikasi tu lepastu seret dan boleh nak buat folder..try cr kat youtube..hehehe..

    ReplyDelete
  7. Okey lagi tak handphone vivo tu sekarang? Means ade tak hang ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hampir 9 bulan pakai..elok je rasa :) tak hang lagi.

      Delete
  8. Haah la sy pun nak tanya.. Okey lagi tak handphone vivo tu sekarang? Means ade tak hang ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jan 2017 ke september 2017..alhamdulilah masih cemerlang.. puas hati!!

      Delete
  9. Haah la sy pun nak tanya.. Okey lagi tak handphone vivo tu sekarang? Means ade tak hang ke?

    ReplyDelete
  10. Wah mcm menarik...samalah hp akak yg skrg ni samsung s3 dah pakai 4tahun sehari berapa kali nak cas daa...dh 4 tahun sayang sgttt nak tukar baru...tapi disebabkan kene gak la upgrade insyaAllah nak try vivo pulak..tq for sharing....

    ReplyDelete
  11. mmg best hp ni x sia2 beli.camera lawa hang pn x hee

    ReplyDelete
  12. Vivo v5 second skrang brape eh?

    ReplyDelete
  13. Vivo y 15 dalam perjalanan padaku

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH