Monday, May 2, 2011

Saya dah 24 tahun tapi tetap nampak belasan tahun...



Assalamualaikum dan selamat bercuti bagi yang masih bercuti lagi. Yang kena bekerja janganlah jeless yerr!!
Semalam 1 Mei 2011 genaplah usia aku 24 tahun. Rasa tak bercaya pula umur dah makin meningkat :)
Ingat masih umur 17 tahun lagi tapi tak per usia tua tapi still nampak muda remaja lagi...
Semalam tak la sambut meriah kat hotel lima bintang cuma sederhana sahaja. Belah kek dan makan-makan sahaja...

Ini adalah kek hari jadi aku..yang disponser oleh mak su.. Thank ye mak su dan paksu serta my sepupu Wani.. Lepas belah kek bagai.. Mak su ajak jalan-jalan cari makan kat Lumut. Plus memang aku janji nak belanja semperna hari gaji aku muahaha...

Pusing-pusing, jalan-jalan nak cari tempat makan semuanya ramai orang. Restoren kegemaran pula tutup. So kami pun memilih Restoren Bakau "D" Muara cawangan Lumut. Tempat ini memang popular makanan laut dan ikan bakar special.

Aku order Ikan Siakap 3 rasa..sedap tapi aku bagi 3 bintang je dari 5 bintang sebab ikan bakar Queen Bay lagi sedap dan maness..Tapi ikan siakap ini not bad lah sedap!!

Tomyam campur mangkuk besar. Memang berbaloi sebab tomyam ini sungguh pekat, lekat dan melekat-lekat. Kaya dengan seafood.. Kalau tersilap hirup boleh terbelahak sebab terlalu pekat. 4 bintang untuk tomyam ini.. 
Makanan sampingan aku order kailan goreng ikan masin...macam pokok bongzai je batang kailan tu.. then telur dada opps telur dadar..hahaha.. Pepe hal pun makanan di situ sedap la..


Lepas solat Zohor, kami jalan-jalan di pekan Lumut. Cuma jalan-jalan dan cuci mata je tengok gelagat couple yang cinta sampai mati ( sampai matilah sangat!! ).. Memang tak ada hati nak membeli belah di situ. Sebab barang-barang kat situ tidak menarik perhatian aku walaupun banyak cenderahati from Pangkor.. Just looking around..

With mak su..memang just capture gambar je kat situ.. Karang aku letak banyak-banyak kot muntah lak korang menegoknyerr.. Akukan comey muahaha..

Pak su masih menunggu ABC

Lepas jalan-jalan terasa tekak amat haus tapi hauskan ABC. Destinasinya ialah ABC kapal besar. Gerai kat situ memang semua jual ABC.. Kami order.. tunggu 10 minit tak datang lagi ABCnya, 20 minit pun tak datang..lepas itu pak su aku tanya dia kata tengah buat. Tapi aku tengok dia bagi pelanggan lain yang datang lewat dari kami.. tanya kali kedua pun cakap tengah buat..jadi kami terpaksa blah dari situ..

Masih sabar tunggu ABC..walaupun dah hampir setengah jam!

Tak puas hati tak dapat ABC sebab tekak haus..
Kami pun blah pergi tempat lain..Lepas asar tu kami pergi Restoren Bawah Pokok.. Nama je restoren bawah pokok tapi tak plak di bawah pokok hahaha.. Aku makan char kuew tiaw..sedapp sampai licin aku makan..

Walaupun rupamu tidak cantik dan menyelerakan tapi kamu tetap sedap sampai licin aku makan..muahaha..

Lepas Magrib tu kami pergi Tesco..just nak beli barang adik sepupu sebab esok dia dah nak balik asrama. Masa balik dari membeli-belah kat tesco tu nampaklah kedai kasut membuat sale giler-giler sempena hari jadi aku hari pekerja. Dia buat separuh harga. Orang kat situ perpusu-pusu datang. Maklumlah dia buat promosi sehari je. Aku pun terpikat nak masuk sebab banyak kasut cantik-cantik. Lagi pun half price so perlulah beli seploh pasang hahaha.. Aku cuma pilih sepasang je. Cuma nak buat kasut pergi kerja. Padahal kasut dah beriban-riban dalam kotak..itu cuma alasan je. Cadang nak beli dua pasang tapi aku kena berjimat-cermat untuk beli laptop baru muahaha...




Kasut ini simple tapi selesa. Saja nak yang berketinggian tinggi untuk look like model..( model tembam muahaha ) Cadang nak pilih yang reben-reben bagai tu tapi kalau kucing aku gegettt reben tu..kan dah cacat kasut aku.. :)

Saya nampak mudakan walaupun dah umur 24 tahun..sila angguk kalau tak aku sumpah jadi laptop Apple..

Lepas beli belah dan jalan-jalan memecahkan lemak..akhirnya sampai rumah jam 12 malam.. Tapi puass berjalan..

Sampai disini sahaja entry banyak gambar dan banyak bebel.. Sila LIKE ramai-ramai kalau tak nak jadi tua..muahaha.. @____________________________@

bye..

11 comments:

  1. umur kita dah sebaya! nama pun sama..'Farah'... hehe..btw..happy belated birthday cik farah!! God bless!

    ReplyDelete
  2. Slmt Hr Lahir! Smga dipjg umur dan dirahmati Allah SWT sentiasa..

    http://ummuzamharir.blogspot.com/2011/03/kenapa-aku-buat-blog.html

    ReplyDelete
  3. wah.. best nya..
    heppy bday yaa..

    ReplyDelete
  4. ehh sama plak umo kita hehe happy birthday ya :)

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Terima kasih lepak sini, nanti datang lagi yer..
Sayang Korang...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 Blog Cik Nurfarah. All Rights Reserved. Designed by Blog Cik Nurfarah.