Saturday, September 17, 2011

First time balik dari UKM Bangi Ke Kampung.

Assalamualaikum.
Hari ini aku nak cerita pengalaman yang sangat berharga buat aku.
Mungkin ini cuma biasa-biasa bagi korang tapi agak berbeza bagi aku.

Korang pernah tak duduk di rantau orang that mean persekitaran itu sangat asing bagi korang dan tiba-tiba korang kena berdikari sendiri. Hari itu, aku heboh nak balik. Hati ni bagai di tendang-tendang nak balik ke home sweet home. Dan penangan itu lagi kuat sebab roomate pun balik dan manusia di aras kolej aku pun ramai yang balik. Tapi, kes aku sangat special. Aku langsung tak tahu nak balik naik apa, ke mana?, dan memang tak dapat imagine what is KL sentral, what komuter? where should i go? where place? How to go puduraya opps pudu sentral? how how how..

Memang semalam, otak on the spot terus program nak balik kampung. Dah tak boleh tunggu lagi. Sebab first sekali, roomate balik kampung, second plug elektrik kat aras aku semua tak boleh berfungsi. Serius, bateri hand phone dah low, nasib baik second hand phone masih ada dalam 70%, lappy pun bateri dalam 30%. Rasa macam tak boleh hidup je dengan persekitaran macam tu. Kalau 2-3 hari still plug tu tak berfungsi, macam mana? dan alasan utama ialah rindu pada mak dan ayah!

Firstly, call ayah bagitahu nak balik. Ayah risau sebab aku ni baru je kat UKM. Kalau kat USM dulu tak kisahlah sebab dah expert area Penang tapi ini KL-Bangi. Amacam? kecut perut sebab memang first time hidup di KL. Langsung tak dapat imagine apa-apa :(

Tanya kawan, tu pun sms sebab dia balik kampung. Cara nak ke komuter dari kolej Pendeta Za'aba ke komuter UKM. Naik bas 6Z, lama juga tunggu. Ramahkan mulut tegur orang kat bus stop kolej. Masa nak naik bas 6Z tu, ramai giler orang. Aku sampai berdiri kat tangga hoii sebab dah macam sardin je. Nihh mesti kes nak balik kampung punya halkan,




Nasib baik ada sediakan bas UKM ke station Komuter UKM. Bas kena keluar kampus juga untuk ke station komuter ( ingatkan dalam kampus ), then beli tiket yang berharga RM 3.30 untuk ke KL Sentral. Berkenalan dengan insan yang bernama Nadia, dia budak Master juga, satu kolej cuma lain bangunan je dan lain course. Dia pun first time naik komuter dari UKM, dia dulu budak Uitm Shah Alam. At lease, dia dah tahu hiruk pikuk KL nih, bersama dengan dialah dalam komuter. Dia balik ke Pahang.

Sesak giler wehh!

Masa nak naik komuter, bersesak macam nilah. Sampai lebih dari sardin hoi. Aku boloskan diri dengan Nadia. Mak haii bau dalam tu pun macam-macam aroma. Paling tak suka stock import mari tu. Faham-faham sendirilah yer. Kena berdiri hampir sejam. Sampai Mid valley baru dapat duduk sekejap.


Kau tengoklah, berapa perhentian dari UKM baru sampai ke KL Sentral? 7 perhentian baru sampai wei, jauh wohh, nak dekat sejam jugalah.

Dah sampai ke KL Sentral terpaksa berpisah dengan Nadia, sebab laluan kami berbeza. Sedih wehh :) sorang-sorang di planet Pluto.


Bila first time sampai sini rasa macam asing sangat. Gabra pun ada sebab zero about that la. Call akak aku yang pernah study kat UKM dulu. Memang hp stay on head je la.


Banyak sangat laluan, atas, kiri, kanan dan macam-macam. Nasib baik akak aku tunjukkan jalan melalui call. First step, cadang nak naik ETS, lepas itu orang kaunter kata kena naik kat Rawang, ohh macam mana ni? dia suruh naik bas ke Rawang. Gila hoii macam mana nak ke Rawang.. Memang tak tahu. Then akak aku suruh ke laluan bawah dan cari teksi untuk ke Puduraya. Masa ni, memang yakin sendiri dan berani-berani je lah.. Kau tau berapa pakcik teksi mencekik darah dari KL Sentral ke Puduraya, Rm20 hoii. Padahal dekat je. Tak sampai 15 minit pun ok fine, sebab aku first time. Aku tak kisah walaupun memang cekik darah. Bukan pakai meter ye..itu ditetapkan sendiri. Macam manalah nak berkat kalau cekek darah?

Bangunan Pudu Sentral.


Sampailah Pudu Raya ehh dah tukar Pudu Sentral. Aku tengok is good dari dulu. Lebih selamat dan teratur. Ada pengawal dan pondok polis. Nasib baik setiap aras ada counter pertanyaan. So destinasi utama ialah tempat beli tiket. Aku pilih transnasional kerana aku selesa dengan bas itu walaupun sempit. Dari dulu weii aku prefer naik transnasional. Cuma ada tiket jam 4 petang ke atas sahaja, yang lain is full. Almaklumlah musim cuti. so kau bayangkanlah dari pukul 1.30 sampai kul 4 petang kena tunggu. So tunggu jelah, just alas perut dengan roti dan minuman je. Kalau ada kawan boleh tinjau-tinjau kawasan dalam pudu sentral tu..nihh sensorang, risau wehh. So just duduk je, dah la ada orang tegur-tegur. Aku buat jawab tak jawab je. Tips, kena buat muka sombong weii..kang jadi lain lak kalau layan mereka. Dengan tarik muka sombong dan masam, tiada orang tegur..bukan nak meyombong tak tentu pasal tapi kita kena berhati-hati dengan orang sekeliling kita tambah-tambah kalau travel sorang-sorang.


Aku tunggu kat platform 10, tiba-tiba ada orang nak berkenalan..pirahhh aku buat tak layan dan tarik muka. Bukan sombong tapi hati-hati. Nak berkenalan jom ke FB or blog yerr..
Lama giler tunggu pukul 4 petang. Sambil tu jadilah pemerhati, ishh pasangan couple ni macam dah stim je. Pi hotell la hoii jangan gesel-gesel depan aku nihh geli. jerkk. ok abaikan, tupp pukul 3.45 petang turun ke flatform 10 dan tunggu bas. Yes I fly to Teluk Intan. Perjalanan mengambil masa 2 jam setengah. I'm back to my hometown yahoooo..jumpa mak ayah, meoww.. dan rasa sangat selesa dapat beradu di katil dan bilik sendiri yang nyaman dan sejuk..yehaa! Rindu my sweet room.

Tengoklah mata I yang macam diamond tuu.


Aku bercuti sampai hari Isnin, terpaksa back to KL Isnin nihh..sedihnya.. Rasa kejap je..

baiii selamat malam. Thank membaca karangan bergambar aku.

p/s : Bila balik rumah mood berblog bertambah. Kat kampuss,, non-hado mood la aku nak update. Tengok lappy pun malas!

Sumber : Gambar di ambil dari carian google, kecuali yang ada water mark. Itu sendiri punya, yang lain aku tak ada masa nak snap gambar.

7 comments:

  1. apa la couple tu . tak senonoh betol . kt tmpt awam pon jadi . apadaa

    ReplyDelete
  2. amboi..best nyer dapat balik kampung..siha stay kat bangi dah lama,tapi x pernah sekali pon balik kedah sendiri..siha selalu balik ngan bus yg pihak kolej sediakan..

    ReplyDelete
  3. @seeha

    try la travel sendiri tp kena explo dulu tempat2 y ingin pergi :) nnt sesat

    ReplyDelete
  4. nak dapat templete layout macam boleh??

    berapa harganya??

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Terima kasih lepak sini, nanti datang lagi yer..
Sayang Korang...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 Blog Cik Nurfarah. All Rights Reserved. Designed by Blog Cik Nurfarah.