Mendaftar Master di UKM.

Assalamualaikumm.
Badan rasa nak rest sebab perjalanan jauh hari ini tapi still nak update blog sebagai kenangan di hari lalu.
Hari ini 6 September 2011, aku mendaftar diri di Pusat Pengurusan Siswazah UKM sebagai pelajar Master. Pergi bersama mak, ayah dan kawan ayah as driver.
Kami bertolak dari rumah ke UKM, Bangi jam 6.30 pagi selepas subuh. First time menjejaki kaki ke UKM.

Pintu masuk utama UKM


Rasa sangat excited untuk ke UKM. Memang traffic jam jugak la. Alhamdulilah dalam pukul 10 pagi sampai ke UKM. Bila masuk ke pintu utama terpaksa buka peta dunia UKM sebab memang tak tahu kedudukan bangunan yang perlu dituju. Rasa sangat asing. Nasib baik kawan ayah yang drive, sebab dia pernah datang UKM, tapi dia pun kurang pasti ( lama tak datang UKM ) tapi alhamdulilah perjalanan lancar.
Tempat utama yang dituju ialah Pusat Pengurusan Siswazah untuk mendaftar.


Tapi ada bad newsla, sebab my new lappy terhempas masa ayah aku sandang beg lappy tu. Mungkin zip beg tu mudah terbuka. Tapi lappy tak ada apa-apa. Cuma tercedera sikit macam excident la.hahaha..risau jugak kot buat hal masa banyak kerja nanti.  Esok nak pergi kedai yang aku beli lappy ni. Ada guarentee lagi.

Stop about that, lepas settle hal pendaftaran semua, kena ke Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan untuk sesi taklimat sebelum mendaftar kursus secara online. Alhamdulilah dapat kawan-kawan baru :)


Ini fakulti aku, not bad la. Selepas sesi taklimat bagai kami ke misi cari kolej. Kolej lain semua dah full so nak atau tidak terpaksa ke Kolej Pendeta Za'ba. Alhamdulilah sebab dapat kolej :)


Semua dah settle pasal kolej. Kunci pun dah dapat. Dapat duduk block D. Alhamdulilah block tu strategik di atara block-block lain cuma kemungkinan besar aku akan kurus ( ye ker? ) kerana dapat tingkat 4, dan dapat kolej yang paling jauh di antara kolej lain. Tapi saujana mata memandang.
Lepas dapat kolej, kunci bagai. Aku pun meninjau-ninjau ke bilik aku. Mak aiii lelah oii, kena mendaki tangga ke tingkat 4. Acecece macam tak biasa plak, dulu pun masa di USM kena tingkat atas jugak!

Roomate pula dapat cik mek molek dari Kelate. Hope dapat sesuaikan diri dengan beliau dan boleh jadi best friend forever..aminn.. Cadang nak se roomate dengan kawan course mate tapi dah full. Tapi tak kisah, sebab satu block..satu aras..Senang nak pergi kuliah sama-sama. Lepas selesai semua tu kami pulang ke rumah.

Bye UKM, Sabtu nih aku datang yerr..


Sekarang? aku kat home sweet home la.. Sabtu ni baru datang dengan barang-barang bagai. Sedihnyerr nak berjauhan dengan mak dan ayah. Mesti rindu mereka!


Tengoklah mata I yang comel itu, contact lens baru!


Masa ini, on the way nak balik rumah. Without make-up nihh..sememeh je muka. hahaha..ada aku kisah. Pakai contact lens Natural 3tone grey. Sweet kerr?


Sampai di sini je karangan bergambar. Jumpa anda di UKM Sabtu ni, insyaallah.

Doakan Cik Nurfarah dapat best student, 4 flat dan dapat full tajaan untuk PHD pula. aminnnn

Tata semua!

P/s: Ramai inbox dan emal tentang ni,
Kepada sesiapa yang tanya pasal kolej, Cik Fara bg info sikit untuk memudahkan urusan anda..mula2 korang kena daftar as student master di UKM, lepas dah ada nombor matrik dan daftar, baru pergi kolej2 secara manual untuk tanya ttg penginapan (selalunya kolej zaba paling ramai budak master dan banyak kosong n nak try kolej lain pun boleh tapi ikut kekosongan sebab mrk lbh prefer bdk dgree punya penginapan, kalau ada kosong baru masukkan bdk master)..semua urusan penginapan dan daftar kolej perlu buat lepas mendaftar sebagai pelajar secara manual (pergi sendiri ke pejabat kolej tersebut)..harap info ini memudahkan urusan anda.. tq for reading my entry :)

19 comments

  1. wahhhh! tahniah dapat sambung kat UKM :)
    pelangi pun ari sabtu ni dah kena g serbu sana..dftr second year..hik3..malasnyeeeee

    ReplyDelete
  2. tahniah yew cik farah..dsyat2 smbung master erk..mge cik farah berjaya..amin..:)

    ReplyDelete
  3. amin...jeles ny tnghk akak dpt smbng master...

    ReplyDelete
  4. wah! untunglah da master! eeehe! all the BEST! :)

    ReplyDelete
  5. Assalamulaikum Cik Farah...

    tahniah dapat sambung master. Thesis utk master & Phd kat UKM kena tulis in English or BM utk local students??

    Need help

    ReplyDelete
  6. @nik

    bahasa melayu, kalau nak tulis in english pun blh

    ReplyDelete
  7. sis, saya bercadang nak apply master in sociology and anthropology kat ukm. boleh tak sis bagitau cara-caranya, yuran pengajian, kolej semua berapa sbb saya nak bersedia dari skrg. saya pelajar semester akhir ijazah sekarang. terima kasih sis. emel saya; husnahanafiah@rocketmail(dot)com

    ReplyDelete
  8. salam sis..boleh bg contact numbrr..sy nk tanye pasal skim zamalah cancellor..ni email sy nhashida2@gmail.com

    ReplyDelete
  9. salam sis..boleh bg contact numbrr..sy nk tanye pasal skim zamalah cancellor..ni email sy nhashida2@gmail.com

    ReplyDelete
  10. hai sis. godek2 google terjumpa blog sis psl master ukm. sy nak tnye pasal urusan kolej di ukm memandangkan sy akn smbung master di ukm feb nt. mcm mne urusan kolej dgn yuran ye sis? lepas daftar terus ke kolej tu ke atau kne call tnye kosong ke tak ? . really need ur supervise :)
    feel free to reply me at email nurleeyanamohdramly@gmail.com

    ReplyDelete
  11. Salam sis.
    Saya bakal menyambung Master di UKM pada Mac 2016 nanti.
    Saya nak tanya, macamana sis dapat penempatan di kolej ya?

    ReplyDelete
  12. Wahh sy pun bakal mendaftar di ukm esok

    ReplyDelete
  13. Wahh sy pun bakal mendaftar di ukm esok

    ReplyDelete
  14. Salam dan hai Cik Nurfarah.
    Terima kasih atas perkongsian blog yang amat membantu.
    Boleh tak terangkan cara penempatan kolej tu.. Kira lepas daftar di pusat siswazah perlu terus ke Kolej Zaaba dan akan dan tempat atau mcm mana ya??
    Terima kasih :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Ye lps dftr sbgai pljr bru boleh cari kolej utk pdftaran kolej.

      Delete
  15. Hi . Nak tanya . Kita student master takde orientasi kan ? Cuma datang Settle kan pendaftaran je ea ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau kt ukm n kos saya tak ada orentasi mcm dgree dulu tapi taklimat maklumat kursus je yg ada...

      Delete
  16. Kepada sesiapa yang tanya pasal kolej, saya bg info sikit untuk memudahkan urusan anda..mula2 korang kena daftar as student master di UKM, lepas dah ada nombor matrik dan daftar, baru pergi kolej2 secara manual untuk tanya ttg penginapan (selalunya kolej zaba paling ramai budak master dan banyak kosong n nak try kolej lain pun boleh tapi ikut kekosongan sebab mrk lbh prefer bdk dgree punya penginapan, kalau ada kosong baru masukkan bdk master)..semua urusan penginapan dan daftar kolej perlu buat lepas mendaftar sebagai pelajar secara manual (pergi sendiri ke pejabat kolej tersebut)..harap info ini memudahkan urusan anda.. tq for reading my entry :)

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH