Tutorial 131 : Download Full Template Blog ( Back-up Template )

Assalamualaikum semua pembaca tercinta.

Kali ini nak tunaikan permintaan tutorial yang tertangguh. Its is simple tutorial just for my new blogger. So yang dah otai jangan banyak komplen ye. Kali ini aku lengkapkan tutorial bergambar untuk memudahkan pemahamanan kepada pelajar tersayang. Yang suka copy cat tu bawa-bawalah bertaubat, nanti mati tak sempat nak minta maaf. Ok jom kita belajar macam mana nak download full template blog.

Tapi sebelum nak ajar korang step by step, aku nak bagi tahu kat korang apakah fungsi download full template ni. Korang ada tak guna tutorial ini ? Aku ada suggest download full template dulu kan sebelum mengedit guna tutorial itu? Fungsi tutorial ini adalah untuk menyelamatkan template yang korang edit chantek-chantek daripada rosak akibat ketidaksesuaian coding template korang. Tak la penat nak design dari A sampai Z sebab template korang kalau dah ada back-up.

Jom ikuti step by step yang cukup mudah ini !

CARA DOWNLOAD FULL TEMPLATE BLOG.

1. Sign in Blogspot > Design > Edit Html > Download Full Template




2. Selepas itu, dia akan keluar pop-up window seperti di bawah dan Save File. Lihat file name template korang agar mudah korang cari dalam folder komputer atau laptop korang.


3. Lepas tu, korang cari balik file template korang untuk memudahkan korang upload/masukkan semula dalam blog korang nanti. Selalunya dia berada di bahagian Documents atau Downloads.


4. Sesi Download Full Template selesai. Kalau tiba-tiba korang buat tutorial baru dan template korang error atau rosak, korang boleh back-up/ambil semula template lama korang yang sudah di download. Jadi tak perlu nak edit semula template.




So macam mana nak pasang semula template korang? Tutorial bahagian ini sesuai juga diguna sekiranya korang ambil template dari web lain dan ingin memasangnya ke blog korang.

CARA PASANG TEMPLATE KE BLOG.

1. Sign in Blogspot > Design > Edit Html 

2. Click bahagian BROWSE seperti gambar di bawah, pilih file template yang korang dah save dalam komputer, sama ada hasil daripada download full template ( cara di atas ) atau template lain yang korang download dari web-web template percuma.



3. Dan Click UPLOAD untuk upload template anda.


4. Selepas itu dia akan keluar seperti di atas, ada some template dia terus save. Kalau keluar gambar di atas korang perlu KEEP WIDGETS untuk simpan widget-widget korang yang berada di sidebar, kalau DELETE WIDGETS bermaksud korang padam semua widget tersebut. Penjelasan yang jelaskan?


5. Dah siap upload dan keep widgets, template korang sudah save dan boleh view blog korang untuk melihat hasilnya. Is Done! Selamat mencuba.. Jumpa next entry!

11 comments

  1. TQ Farah...ni yang sayang lebey ni....

    ReplyDelete
  2. Cik Farah ! Kenapa template saya tuu keluar kat "Internet (e)" ? Tak paham lahh . Help me pleaseee !!

    ReplyDelete
  3. kenapa bila dh tekan Widger template tu jadi blank? ahh, tolong!!

    ReplyDelete
  4. Please jawab kat sini Kak farah ..
    blog sye dh hancur sebabtu private kan.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Farah :D
    Saya nak tanya and mintak tolong cik farah. Kenapa masa saya ikut instruction you , there is no download full template.. Ok , hope you balas my comment

    ReplyDelete
  6. @Nad Imani

    new interface lain sikit skrg, ada masa I update tutorial

    ReplyDelete
  7. cik farah, sy x dpt la nk buat cm tut0 cik farah ney. . sy x tau nape bl0g sy ney lain mcm jerr.. :(

    ReplyDelete
  8. cik farah,sy blogger baru s0 blog pown baru.. dh len dr yg lame,cmne nk wt ney?

    ReplyDelete
  9. cikfarah saya punya blog bukan jenis lama tapi dh jadi blog jenis baru jadi dh lain lh...pls help me..:)

    ReplyDelete
  10. Kak Farah....sign in blogspot tu cane ek?? dia tros pg dashboard ke apa?? sbb saya dah tulis kat google "sign in blogspot" tp bila tekan blogger tu dia masuk tros dashboard....tolong sangat2 ye kak farah..

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH