Thursday, December 13, 2012

Pil Kurus Duromine.

Assalamualaikum semua.

Ramai sangat nak kuruskan sampai nak take pil yang boleh melayang-layangkan nyawa anda.
Kali ini aku nak share pil kurus Duromine yang memang berjaya kuruskan badan tapiiiiiiiiiiiiii

banyakkkkkkk sangat kesan sampingan. Kepada sesiapa yang nak ambil pil ni fikirlah masak-masak dulu sebelum anda kena masak.


Jom kenal apa itu Duromine.

 
Duromine yang mempunyai bahan aktif Phentermine merupakan ubat kurus atau pelangsing yg dikatakan mampu membantu dlm usaha menurunkan berat badan. Walaubagaimanapun, ia hanya boleh dijual kepada individu yang mempunyai masalah obesiti atau gemuk keterlaluan dengan menunjukkan surat kebenaran dari doktor bertauliah. Ia biasanya hanya akan disyorkan kepada pesakit sebagai pilihan terakhir sekiranya usaha berdiet serta senaman gagal menunjukkan hasil bagi menurunkan berat badan.

Bagaimanapun, phentermine hanya dibenarkan digunakan dalam dos tertentu kerana dibimbangi boleh menyebabkan ketagihan teruk. Duromine menyebabkan si pemakan hilang selera makan berikutan pusat saraf tertentu pada otak dimatikan.Akibatnya pengguna akan berasa beberapa kesan sampingan seperti tekanan emosi, jantung semakin cepat berdenyut, bibir kering, masalah jantung, muntah dan mengantuk dan beberapa kesan buruk lain.Disebabkan kesan sampingan itu, pesakit jantung, penghidap sawan, wanita hamil, pesakit jiwa dan penagih dadah atau alkohol dilarang menggunakannya sama sekali.
 
P/s: Serius aku cakap ubat ni sangat bahaya so jangan sesekali nak cuba, nanti takut rosak satu badan. Merana seumur hidup hang..

Duramine dalam kosmo :

KUALA LUMPUR – Keinginan mempunyai badan yang cantik dan langsing dengan cepat menyebabkan sebilangan pengguna hari ini tidak menghiraukan kesan sampingan daripada pengambilan ubat-ubatan yang boleh membahayakan diri mereka.
Ada antara mereka yang cuba mengambil jalan singkat untuk mengurangkan berat badan tanpa mengamalkan diet yang seimbang sehingga menyebabkan mereka menderita penyakit seperti bulimia (memuntahkan makanan) dan anoreksia (takut untuk makan).
Lebih membimbangkan, terdapat pihak yang terlalu taksub dengan kempen penjualan pil-pil kurus seperti pil Duromine yang sebenarnya boleh memberikan kesan buruk kepada diri sendiri.
Pil berkenaan tidak boleh dibeli di farmasi ataupun kedai ubat kerana ia merupakan ubat kawalan dan boleh didapati melalui preskripsi doktor sahaja.
Menurut seorang pengamal perubatan, Dr. Hamdi Mohd. Noor (gambar kecil), pil Duromine sebenarnya hanya dibenarkan kepada mereka yang mengalami risiko perubatan sekiranya terus mempunyai berat badan berlebihan.
Beliau berkata, pil tersebut akan bertindak merangsang otak untuk mengawal selera makan seseorang.
“Duromine juga cuma diberikan kepada mereka yang mempunyai indeks jisim badan (BMI) yang melebihi 30 agar berat badan mereka dapat dikurangkan.
“Ia selalunya diambil untuk tempoh masa yang singkat dan sekiranya tidak menunjukkan sebarang perubahan selepas dua minggu maka pengambilannya harus dihentikan,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.
Dalam perkembangan yang sama, Pegawai Perubatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, Dr. Norfazilawaty Abdul Latif memberitahu, pil tersebut mempunyai banyak kesan sampingan yang boleh menjejaskan kesihatan seseorang.
“Sesiapa yang mengambil pil tersebut sebenarnya berisiko tinggi untuk mendapat pelbagai jenis penyakit seperti kegagalan buah pinggang, gangguan atau susah untuk tidur, sembelit, mati pucuk dan banyak lagi.
“Pil tersebut juga akan mengganggu metabolisme hati di mana hati tidak dapat memproses glukosa dengan sempurna dan akhirnya ia akan menjejaskan kesihatan,” katanya.
Tambah Norfazilawaty, pengambilan pil tersebut merupakan jalan terakhir kepada mereka yang mengalami masalah berat badan kerana ia bukanlah cara yang betul untuk mengurangkan berat badan.
Sehubungan itu, beliau menyarankan kepada sesiapa yang ingin mengurangkan berat badan supaya mengubah cara hidup yang sedia ada kepada amalan yang lebih sihat.
Ujarnya, menjaga pemakanan, bersenam dan mengamalkan diet yang seimbang merupakan cara yang sihat dan tidak membahayakan kesihatan.

19 comments:

  1. dulu pernah juga nak ambil pil ni, tapi elpas tengok kawan macam mayat hidup terus batalkan niat. kawan miza ada ambik pil ni. pucat lesu keadaan teruk sangat.

    ReplyDelete
  2. nak amek benda2 ni kena consult dengan doc dulu...kan kan

    ReplyDelete
  3. @miza yusof

    Aah pil ni bahaya sebab blh rosakkan buah pinggang dan mendatangkan maut. Better diet biasa dan supplement yang bagus.

    ReplyDelete
  4. @intanfirdaus247

    aah kena consult doc dulu. bahaya kalau main beli n makan je. takutt dengan kesannya.

    ReplyDelete
  5. Nak kurus senang je actually. They shouldn't take the pills or that kind of stuff. Just makan ikut piramid makanan and bersenam! That's it. Kalau nak kurus cara cepat, mati pun cepat haha

    ReplyDelete
  6. yes betul..dulu pnah makan gak.. memang x der rasa langsung nk mkn...serius memang kurus, lebih dri masa ank dara dulu...tetiba jadi kecik jer...mkn skjap jer..dh kurus berhenti ler..
    dh tau bahaya x brani dh nk ambik...

    ReplyDelete
  7. Sy bwu berhenti mkn pil ni..sbb dade sy sakit sngt..nk tido pn susa..pd mereka yg amik berhenti la..coz pil ni bahaya

    ReplyDelete
  8. Sy bru je brenti dr mkn pil ni..dade sakit sngt2... Pas tu x bley tido..lg 1 ble mkn je ubt ni asik2 nk marah je..so sy brenti...coz dade sakit sngt..

    ReplyDelete
  9. Ya Allah.....teruknya kesan nak cepat kurus....huhuhu
    Sebagai pengguna sangat penting untuk pilih produk yang terbukti selamat. Yang lagi bahaya, kalau kandungan duramine tu not published....
    Dari amalkan produk mcm ni..bagus amalkan cara hidup sihat n suplemen semulajadi.
    Jemput baca blog saya untuk merasai kehebatan Lecithin, Omegaguard & alfalfa

    ReplyDelete
  10. Setuju...pengambilan diet sihat exercise & mungkin sesetengah orang perlukan suplemen tambahan.
    Jemput singgah blog saya untuk merasai hebatnya alfalfa, lecithin & omegaguard

    ReplyDelete
  11. Harap kpd sesiapa yg berniat nk mkn pil duromine ni..batal kn je niat tu..sy penah mkn pil ni..mmg dktor yg bg..siap wat check up segala...tp efeknya..mula2 kena gastrik teruk..every week msti kena cucuk pain killer..kemuncaknya...hati sy rosak...admit hosptal almost 2 week..abis 1 bdn jaundis.serik dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis anie hamzah mkn ubat nie dah brp kama dapat kesan mcm tu? Tp kurus rak?

      Delete
  12. TQ ats perkongsiannya .. Insyaallah sygakan berhenti .. :)

    ReplyDelete
  13. saya dah berjumpa doktor. doktor berikan saya adipex retard. saya cuba google dan dapati dia lebih kurang duromine jugak. masalah saya BMI 39kg.bersenam dan jaga pemakanan tapi xde kesan. doktor beri saya adipex untuk cuba selama 2minggu dan saya baru makan 3 hari dan kesan sampingan belum rasa lagi. saya tak tau sama ada nak berhenti atau teruskan. bagaimana ye? ade suggestion untuk saya x?

    ReplyDelete
  14. Sy ngan ken sy prh jugak mkn pil nie..xde plak cm skt pe2 time tu..rajin buat keje de la..cuma mkn ubt nie..dia x rasa ngatuk jer..ada kakak angkat..bdn dia besar..baju pki size xl.klu x slp..x smp 2 bln blh pki baju size m dah..nie btl ye..xde tipu..sekian utk perkongsian..

    ReplyDelete
  15. KHASIAT DAN KEGUNAAN LAMI PELANGSING HERBAL BPOM:

    1. Menurunkan berat badan yang berlebihan tanpa efek samping,
    2. Menurunkan berat badan anda, hingga 5-15kg dalam waktu 2 bulan saja.
    3. Membentuk tubuh menjadi idial, singset dan seksi
    4. Menekan nafsu makan, mengurangi rasa lapar, menjaga tubuh tetap langsing.
    5. Membakar lemak, lemak yang berlebih di tubuh

    WhatsApps >>> 013-3196852

    ReplyDelete
  16. Saya pon pernah ambik 2 kali slps lahir anak pertama dan kedua..pada saya side effectnya cuma tak lalu makan n kurang ngantok jer..sblm ambik kena buat ujian darah dlu..pastu kena ambik ubat kat klinik 2 minggu skali..ada checkup semua..tempoh ambik 6 bulan shj..masa tu sy ambik skali ubat pecah lemak..dlm masa 6 bln tu sy turun berat dlm 15 kg..capai target sy dan sesuai dengan ketinggian..lps tu buat ujian darah lg..alhamdulillah semua ok..

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Terima kasih lepak sini, nanti datang lagi yer..
Sayang Korang...





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Copyright © 2016 Blog Cik Nurfarah. All Rights Reserved. Designed by Blog Cik Nurfarah.