Ubat Kurus.

Assalamualaikum semua,

Ada yang tanya, ok tak makan ubat ni? Ok tak makan ubat tu?

Pada aku kalau tengok testimoni semuanya bagus, semuanya elok...berkesan je tapi indah khabar dari rupa. Buat menghabiskan duit je beli beratus-ratus tapi kesannya hampas.
Kali ni aku nak review serba sedikit pengalaman aku dengan ubat-ubatan ni... Harap dapat membantu korang yang nak dapatkan berat badan ideal ni. Ubat ni cuma agen untuk memudahkan proses kuruskan badan, makan dan minum kena kontrol juga lepas tu kena selalu buat senaman baru boleh kurus dengan sihat.

1. NH Detoxlim Natural Clenx Tea

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgFuMQe5EgkejQaQyn-FUtKU61FVWkGQ-fiLnrlQmSbaJqu7bcNoZ86Al-YkpkPKQoPKMt9szqOq8X0VNQ7hLH5pOjckUSyKKHBz0URmxpapxVq6IPWrovpIFoblnugl4c_r32DkAlxo7A/s320/Fara1274.jpg 

Dulu aku ada kecohkan pasal ENTRY INI, korang click link untuk baca. Aku ni jenis tak boleh telan ubat yang jenis bau-bau macam tea ni. Tekak aku cepat loya nak termuntah...tutup hidung sambil telan tea ni. Mak aku cakap, macam mana le nanti beranak nanti sebab kena minum air akar kayu bagai..Aku minum 2-3 je lepas tu aku rerus tak nak minum tapi mak aku yang sambung minum. Mak aku cakap mudah nak membuang tapi tak ada la tercirit-birit 24jam ke tandas. Dia cakap perut dia kurus la tak la buncit macam dulu. Maknanya ada kesan jugalah minum tea ni tapi kalau tekak korang jenis boleh telan ok je kot tapi kalau jenis tekak macam aku ni tak usah beli lah..
Tapi, masa aku update entry pasal tea tu, ada reader kongsi testimoni kat aku..badan dia slim..dia minum hari-hari katanya..dan bila dah ok minum 2hari sekali dan bila dah dapat berat ideal 2-3x seminggu. Bagus juga ni. Boleh dapatkan di Watson dan Guardian ya!

2. Orang Kampung Herbal Tea
Bau dia macam NH Detoxlim Natural Clenx Tea tapi bau tea orang kampung ni lagi kuat..lagi kena tutup hidung tapi sekarang dah ada perasa limau nipis dan halia..so perasa halia aku boleh tahan lagi teguk. Aku pun tak terus menggunakannya sebab anda akan mengalami perut memulas dan akan termenung di dalam tandas beberapa kali sehari..Oh tidak boleh jadi buas!r macam ni haha..aku tak minum pun sebab macam julap pulak. Kalau aku rasa aku tak berry aku akan minum agar cerry berry hahahaha..


3. 2 be model

Aku try ubat ni masa tunggu konvo degree aku dalam tahun 2010..aku beli 2 kotak sebab ada promotion..masa ni ada duit gaji so bolehlah beli supplement sendiri. Masa ni penjual tu suggest katanya ramai yang ambil. Hasilnya..biasa je..1 kg pun tak turun..seminggu pertama je rasa macam cepat kenyang bila makan nasi lepas tu go bye lah..tak ada kesan pada aku. Tapi rasa dia sedap sebab rasa strawberry..ala-ala minum just gitu! NEXT!

4. Sendayu Tinggi





 Ketiga-tiga aku dah try tapi indah khabar dari rupa. Ini gara-gara terpedaya baca majalah wanita. Mungkin aku try bukan pada zaman kegemilangannya.. Setengah kilo pun tak turun hahaha.. Tapi tak kisahlah sebab masa tu guna gaji sendiri, kalau guna duit mak bapak mesti rasa menyesal kan hahaha.. Pada aku memang tak berkesan tapi pada korang aku tak tahu lerr.

5. Jamu Susut Mak Dara


Paling best hasil adalah Jamu Susut Mak Dara, selepas amalkan dua-tiga bulan memang nampak hasilnya. Tapi jamu ni memang panas kena banyakkkkk minum air. Jamu ni memang buang angin, lepas makan je mesti membuang (ke toilet) so can fit kan perut korang. Ada juga kilo-kilo tu turun. Best! Tapi take time juga..ikut jenis badan macam mana...jaga makan dan buat senaman ye..kurangkan minum ais-ais ni.


6. Slimming Set Shaklee


Aku ambil shaklee sebab nak fitkan badan yang makin slim tu (ewahhh)
Shaklee ni memang bagus tapii kalau korang ambil FULL SET. That mean korang kena ada Alfalfa+Herblax+Cinch+licithin+tea slim (setahun lebih aku amalkan)
Kalau korang beli semua set tu setiap bulan..insyaallah boleh turun tapiiiiii take time juga...sebab dia supplement dan cinch tu macam gantian makanan.. Antara ESP dan Cinch aku lagi prefer cinch sebab dia ada kesan..ESP tu pada aku kurang kalau untuk diet-diet ni. Tapi kalau korang ambil basic je kenalah tunggu lamaaaa sikit baru turun dan jangan tgk kilo sangat sebab makan set ni dia lebih kepada nak shapekan badan baru boleh lihat kilogram nya turun. Kena banyak sabar ye! Tapi bajet tu kena besarlah kalau nak beli full set, kalau korang nak beli basic kena takeee timeee tau!
Tapi aku memang tak putus makan alfalfa dia sebab best! keputihan hilang dan boleh mantapkan aset korang muahaha!

 7. Pati Delima Gulsan
 
Ini bukan ketegori ubat tau. Aku dah try ni memang best tapi masam ya ampunnn...aku ambil 1 sudu besar dan setengah sudu madu campur dalam air suam dan minum.. Baik untuk slim ni tau.. Ni cara paling murah dan ekonomi.. Pati delima ni ada jual dekat kedai-kedai jamu/ubat tradisional..harga dalam RM20, RM18 dan RM15..lagi murah mungkin ada. Korang pandai-pandailah server mana kedai yang jual murah. Madu pula beli je kat supermarket..beli yang original jangan beli yang mix gula tu tau,,kang kencing manis pulakk..kennn hahaha...
Untuk kurangkan selera macam dan untuk keluarkan banyak peluh memang berkesan..dan boleh memecahkan lemak. Kena amalkan selalu ler, jangan kata makan hari ini esok kau boleh slim melimm..memang takkan lah kannn.


OK, sambung next entry for tips lain pulak..tu pun kalau tangan ni rajin menaip..




 

Transformasi Cik Nurfarah.

Assalamualaikum..

Naluri wanita memang nak cantik, menarik dan solid macam ratu donia..hahaha..

Aku pun sama. Ramai yang berhabis duit setiap bulan nak beli macam-macam supplement agar kekal menarik tertarik dabommm tapi senario sekarang ni aku tengok semuanyaa nak cepat. Kalau boleh makan supplement tu hari ni, esok bangun tidur terus cantik, kurus macam ratu dunia. Tak boleh lah macam tu kan. Badan ko nak gemuk pun bukan makan hari ni, esok terus jadi tong dramm kan so macam tu juga kalau nak kurus..bukan hari ni telan supplement esok boleh terus solid, lemak terus hilang..tak kan lah.

Dan aku memang tak percaya..ubat-ubat yang kat iklan, kononnn tanpa bersenam anda turun 15kg..20kg dalam sebulan..tu menipu namanya. Kalau ada ubat pun konon menahan nafsu makan, memanglah kurus..che try korang tak makan seminggu memanglah nampak susut tapi hakikatnya nutrien korang tu tak seimbang..last-last masuk wad emergency..pengsan dan boleh bawak maut.
Kalau nak kurus ni kenalah sabar. Memang sangat bosan bila badan gemuk gedempol ni sebab susah nak bergerak, nak melawa pun susah sebab susah nak cari baju cantik-cantik kan.. Dan lagi satu kalau gemuk ni macam tak kena je dengan gaya..macam setiap apa yang kita pakai macam pelik almaklumlah lemak banyak sangat.

Macam aku pun, aku lagikkk tension dengan badan sendiri kalau gemukk sangat. Mesti rasa nak kerat je lemak-lemak yang berlebihan atau kalau boleh bluetoot lemak bagi je kat orang-orang yang kurus kering tuhh. hehehe..

Masa kau form 5 dan 6..memang badan aku gemukk gila la. Serius masa tu memang hodoh. Benci tau sebab susah nak pilih saiz seluar dan baju. Jom tengok gambar ni tapi ni gambar aku masa first year masa kat USM, masa ni pun gemukk jugak tapi mesti korang boleh bayangkan masa form 6 kan hehe:



Masa ni first year kat USM..masa degree dulu-dulu hehe.. Gemukkss

Ni lepas makan BBQ..lemak makin mengembang second year kat USM. Rasanya makin gemuk lagikk huhuhu..

Masa ni lepak-lepak kat Queen Bay Mall..



Masa ni 1 hari sebelum konvo aku..2010.


Masa konvo aku 2010.



Semster pertama Master kat UKM.



Semster 1 2011.


Masa raya tahun 2012. Dengan anak buah kesayangan hehehe..



Pipi tetap maintain tembam..tapi asalkan badan dah tak sebesar dulu tak perlah kan hehehe.


2012.


2013. 



2013 terkini.



Sebenarnya aku banyak tangkap gambar sendiri so kang muntah hijau kang tengok gambar syok sendiri aku..ada gambar full tapi seksi nak bagi tunjuk..kang macam jual badan pulak kat blog kan hehe...

Sejak tahun 2012. Memang aku amalkan supplement Shaklee untuk kesihatan aku. Perubahan tang berat badan memang tak banyak beza tapi shape badan tu ketara sangat. Kalau masa aku zaman USM dulu blous/baju aku saiz 48, lepas tu bila masuk UKM aku dah boleh pakai saiz 46...lagiii lepas amalkan Shaklee aku pakai saiz 44 dan boleh saiz 42 sebab bahu aku jenis rangka besar so kena ikut saiz bahu la..

Kemeja/blous dan T shit aku yang besar gedabak tu aku bagi kat akak-akak dan adik aku. Nak buang sayangkan..so mereka boleh pakai dan masih elok bagi je la. Semua seluar jean aku pun aku kasi mereka. 

Serius masa mula-mula dulu saiz seluar aku 38..besar woo ..turun saiz 36..saiz 34 dan sekarang saiz 32 hehe..tapi stay pakai lagi saiz 34 tu. ada selai dua saiz 32 tu...sayang pulak nak let go yang saiz 34 tu kat orang..duit lagikan..just pakai tali pinggan je yang saiz 34 tu.. Nak turunkan lagi ni..masih gemukkk lagi ni. kalau boleh nak saiz 30 atau 27 aaauummmm hahaha..

Badan aku ni jenis rangka besar..macam susah sikit mau kurus hehe..kalau rangka kecik cfirm dah slim melimm muahaha..


Aku makan set ni :

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjRRHFU2iPqqTcZn5dcCseA84zrMqTUNmVncclvazVN1YuCrH_C0SIoF5ZEjCjL8HicgFpUigBytqupL3HPlX-Gt_lFSWMmRNCl_yyxvrgUFZREaqrMz9K0-IW5I0Tm4ii1bAl0t0mTUb_b/s1600/IMAG1578.jpg


Kalau korang nak bajet boleh lah makan set 

Herb-lax + Licithin + Alfalfa je.

Harga boleh check kat SINI.





Yang ni memang mahal sikit RM 173.00 sebotol tapi kalau korang beli dengan aku memang best priceslah. Yang ni memang aku rasa banyak sangat perubahan makannya. Dia suggest minum ni 2x iaitu 2 skop sehari  tapi aku 1 skop je..so tahanlah sebulan. Aku minum dengan nestum. Pastikan nestum tu sejuk dalam keadaan suhu bilik je.


Kalau minum ni aku rasa macam fat burn je.. Cepat berpeluh, lepas tu badan rasa ringan, cepat kenyang..dan tang perut tu memang loss banyak..namanya pun dah cinch inch loss plan. Kalau naik turun tangga dah rasa macam pergi jongging 2 jam woii hehe.


Sebenarnya makan supplement ni kena sabar dan konsisten jangan nak jalan mudah je. Makan baru sebotol dah complain tak boleh kuruskan badan. Pasti kena displin. Supplement ni just mudahkan kita nak kurus..kita kena juga amalkan gaya hidup sihat..jangan nampak makanan asyik nak melantak je. Air kena minum 3liter sehari agar mudah supplement meresap.


Macam aku.

Pagi sarapan aku ambil Cinch Shake Mix+ careal atau kalau malas sangat tambah dengan susu dalam kotak je...


Tengahari- lunch dengan kuantiti nasi yang sikit tapi sayur lauk banyak.. makan 2 alfalfa 2 licithin

Petang - Makan biskut yang weetemeal tu yang Jacob punya atau sebuku roti gardenia yang inti sardin.

Malam- kalau lapar aku makan cereal macam nestum. 2alfalfa dan 2 licithin.

herblax tu kalau macam esoknya aku free aku amakn 4biji sebelum tidur..2 kali semiggu agar lemak-lemak tu keluar dengan jayanya.

Tapi aku kena displin la makan nasi sehari sekali je. Kalau nak makan yang lain tu cth macam malam-malam kebuluran sangat..aku just makan bihun sup je.

Tapiiii kadang-kadang bila tengok makanan sedap-sedap of courselah nafsu makan pun naikk..aku makan juga tapiiiiiiiii (eh tapi lagi) malam sebelum tidur aku pastikan ambil herblax sebagai penyelamatku untuk detoxxx semua tu..legaaaa tau.


Herblax ni sangat jimat sebab tak makan selalu..tapi dia memang bagus untuk buang semua lemak-lemak lama dalam perut tu tau..memang keluar semua..tapi tak la memulas macam nak tercabut perut. Simpanan wajib setiap orang yang nak diet dengan Shaklee. hehe..(patutlah stock selalu licin jee)

Kalau korang ada bajet lebih boleh try tea ni. Fungsi dia sama macam Cinch SHake Mix..

Mahal sikit harganya tapi berbaloi..ada 28 sticks di dalamnya, masukkan je dalam air putih..shakekan dan minum..memang kau rasa segar, bertenaga dan mudah berpeluh..macam bersenam je.

Harga RM138.00 nak best prices please contact aku hehehe..

Senaman?

Kalau malas nak pergi joging sebab malu ler kononn..korang beli je CD senamrobik atau senaman. Buat je depan lappy atau TV kat bilik/rumah korang..kalau malas lagi korang beli tali skeping..buat warm up dulu dan skipping la 20-50 loncatan je. Mudahkan?? senang sikit terbakar lemak tu.

nak lagi syok..pergilah bershopping atau window shopping..korang sukatlah shopping mall tu dari utara sampai selatan sebanyak 10 kali tapi itu bisa bagi poket keringg lahh hahaha.


Kalau rasa nak muka glowing boleh test SET D Shaklee dan ambil VCO A Treenea.
Aku makan VCO A tu macam nafsu makan boleh kawal dan rasa lebih sihat je.

VCO A Treenea aku pun ada jual, stock belambak ni, nak jadi ejen RM150 dah boleh dapat 5 botol VCO A Treenea..bolehlah berniaga dengan family, kekawan dan saudara-mara.

OKlah, aku tulis entry ni pun dah berpeluh-peluh je..ni mesti penangan makan cinch inch loss ni..

Ok bye.





Pil Kurus Duromine.

Assalamualaikum semua.

Ramai sangat nak kuruskan sampai nak take pil yang boleh melayang-layangkan nyawa anda.
Kali ini aku nak share pil kurus Duromine yang memang berjaya kuruskan badan tapiiiiiiiiiiiiii

banyakkkkkkk sangat kesan sampingan. Kepada sesiapa yang nak ambil pil ni fikirlah masak-masak dulu sebelum anda kena masak.


Jom kenal apa itu Duromine.


Duromine yang mempunyai bahan aktif Phentermine merupakan ubat kurus atau pelangsing yg dikatakan mampu membantu dlm usaha menurunkan berat badan. Walaubagaimanapun, ia hanya boleh dijual kepada individu yang mempunyai masalah obesiti atau gemuk keterlaluan dengan menunjukkan surat kebenaran dari doktor bertauliah. Ia biasanya hanya akan disyorkan kepada pesakit sebagai pilihan terakhir sekiranya usaha berdiet serta senaman gagal menunjukkan hasil bagi menurunkan berat badan.

Bagaimanapun, phentermine hanya dibenarkan digunakan dalam dos tertentu kerana dibimbangi boleh menyebabkan ketagihan teruk. Duromine menyebabkan si pemakan hilang selera makan berikutan pusat saraf tertentu pada otak dimatikan.Akibatnya pengguna akan berasa beberapa kesan sampingan seperti tekanan emosi, jantung semakin cepat berdenyut, bibir kering, masalah jantung, muntah dan mengantuk dan beberapa kesan buruk lain.Disebabkan kesan sampingan itu, pesakit jantung, penghidap sawan, wanita hamil, pesakit jiwa dan penagih dadah atau alkohol dilarang menggunakannya sama sekali.
 
P/s: Serius aku cakap ubat ni sangat bahaya so jangan sesekali nak cuba, nanti takut rosak satu badan. Merana seumur hidup hang..

Duramine dalam kosmo :

KUALA LUMPUR – Keinginan mempunyai badan yang cantik dan langsing dengan cepat menyebabkan sebilangan pengguna hari ini tidak menghiraukan kesan sampingan daripada pengambilan ubat-ubatan yang boleh membahayakan diri mereka.
Ada antara mereka yang cuba mengambil jalan singkat untuk mengurangkan berat badan tanpa mengamalkan diet yang seimbang sehingga menyebabkan mereka menderita penyakit seperti bulimia (memuntahkan makanan) dan anoreksia (takut untuk makan).
Lebih membimbangkan, terdapat pihak yang terlalu taksub dengan kempen penjualan pil-pil kurus seperti pil Duromine yang sebenarnya boleh memberikan kesan buruk kepada diri sendiri.
Pil berkenaan tidak boleh dibeli di farmasi ataupun kedai ubat kerana ia merupakan ubat kawalan dan boleh didapati melalui preskripsi doktor sahaja.
Menurut seorang pengamal perubatan, Dr. Hamdi Mohd. Noor (gambar kecil), pil Duromine sebenarnya hanya dibenarkan kepada mereka yang mengalami risiko perubatan sekiranya terus mempunyai berat badan berlebihan.
Beliau berkata, pil tersebut akan bertindak merangsang otak untuk mengawal selera makan seseorang.
“Duromine juga cuma diberikan kepada mereka yang mempunyai indeks jisim badan (BMI) yang melebihi 30 agar berat badan mereka dapat dikurangkan.
“Ia selalunya diambil untuk tempoh masa yang singkat dan sekiranya tidak menunjukkan sebarang perubahan selepas dua minggu maka pengambilannya harus dihentikan,” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.
Dalam perkembangan yang sama, Pegawai Perubatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, Dr. Norfazilawaty Abdul Latif memberitahu, pil tersebut mempunyai banyak kesan sampingan yang boleh menjejaskan kesihatan seseorang.
“Sesiapa yang mengambil pil tersebut sebenarnya berisiko tinggi untuk mendapat pelbagai jenis penyakit seperti kegagalan buah pinggang, gangguan atau susah untuk tidur, sembelit, mati pucuk dan banyak lagi.
“Pil tersebut juga akan mengganggu metabolisme hati di mana hati tidak dapat memproses glukosa dengan sempurna dan akhirnya ia akan menjejaskan kesihatan,” katanya.
Tambah Norfazilawaty, pengambilan pil tersebut merupakan jalan terakhir kepada mereka yang mengalami masalah berat badan kerana ia bukanlah cara yang betul untuk mengurangkan berat badan.
Sehubungan itu, beliau menyarankan kepada sesiapa yang ingin mengurangkan berat badan supaya mengubah cara hidup yang sedia ada kepada amalan yang lebih sihat.
Ujarnya, menjaga pemakanan, bersenam dan mengamalkan diet yang seimbang merupakan cara yang sihat dan tidak membahayakan kesihatan.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=1030&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_11.htm#ixzz2EvdGG3Qq

P/s: Cik Farah tak jual pil ni ye, sekadar perkongsian sahaja, yang PM Cik Farah pasal pil ni harap maaf, memang tak pernah jual..

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH