Jom Tempah Myvi Baru 2011




http://www.harian-metro-online.com/wp-content/uploads/2011/06/Perodua-Myvi-Elegance-2011.jpg


Teruja weh..teruja..
Rasa nak tempah hari ni jugakk ..
Kalau aku diberi pilihan aku nak yang paling meletop iaitu Myvi Elegance Auto yang paling mahal sekali..baru la da boom kan.. Aku memang suka body stail Myvi ni.. Tapi aku memang adore pada Honda Jazz dan CR-V . Kalau aku kerja bagus of course my choice Honda Jazz or CR-V.. tak main la local car keenn.. Tapi korang jangan pandang aku sebelah mata.. kang terkejut kot aku terus pakai FairLady Z..baru korang tau.. hahaha..
Jom cuci mata dengan produk Produa yang baru ini..

Selain Perodua Myvi Extreme 1.5 yang merupakan salah satu model baru, Perodua Myvi 2011 model baru keluar dengan variasi lain seperti 1.3 Standard, Premium, Elegance and 1.5 Special Edition and Extreme.
Perodua Myvi Elegance (automatik + cat metalik) dilengkapi spesifikasi paling lengkap, jadi harganya ditawarkan sebanyak RM57,908.00 (atas jalan dengan insuran).



Antara warna menarik Perodua Myvi baharu versi Elegance ialah Ebony Black (hitam) dan Mystical Purple (ungu). Warna lain seperti Ivory White (putih), Glittering Silver (perak), Medallion Grey (kelabu) dan Pearl White (putih mutiara).
Timbul persoalan kini ialah adakah berbaloi untuk memiliki sebuah Perodua Myvi 1.3 liter dengan harga setinggi itu? Itu baru model 1.3, belum lagi model 1.5 liter Special Edition (SE) dan Extreme yang bakal dilancarkan hujung tahun ini.

Dijangka Perodua Myvi 1.5 SE dan 1.5 Extreme akan dijual pada harga RM 63K ke atas. Masih lagi murah berbanding model kompak lain seperti Suzuki Swift 1.5, Mazda2, Ford Fiesta, atau sedan murah seperti Toyota Vios 1.5J. Proton Persona dan Saga FL 1.6L Executive berharga jauh lebih rendah, namun dari segi persepsi peminatnya, Perodua Myvi setahap lebih baik.

Perodua Myvi generasi kedua ini juga dikatakan mempunyai bentuk lebih kompak, sedikit kecil berbanding model asalnya. Namun menurut Perodua, ruang kabin masih lagi luas sama seperti model terdahulu. Berikut adalah spesifikasi Perodua Myvi 2011:
  • EPS: Electronic Power Steering
  • ABS with EBD & BA System
  • The latest modern new design: Projector headlamp
  • Dual SRS Air bags (All variant)
  • Automatic Shift lock part
  • ISO Fix Child Restraint System
  • 3 point rear seatbelt
  • Pre tensioner Seat belt with force limiter
  • Dash mounted gear shift
  • Electronic retractable side mirror
  • Fuel efficient
  • Built in GPS with DVD Player, MP3, USB, and Bluetooth
Harga Model 1.5SE dan 1.5EXT akan diumumkan pada tahun depan. Berikut adalah harga bagi Perodua Myvi 1.3 baru harga 2011:
  • RM44,926.00 (M) Standard
  • RM47,726.00 (M) Premium
  • RM54,908.00 (M) Elegance
  • RM47,926.00 (A) Standard
  • RM50,726.00 (A) Premium
  • RM57,908.00 (A) Elegance
Model Perodua Myvi 2011 akan dilancarkan pada Jun 16, 2011 oleh Datuk Seri Najib Tun Razak di Putra World Trade Centre (PWTC).
















 

SUMBER INFOMASI : HARIAN METRO

5 comments

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH