Tips: Kekalkan kecantikan Brooch.

Assalamualaikum dan selamat malam seluruh alam.

Brooch atau keronsang amat cun bila dia bersinar-sinar atau berdiamond tapi sangat terasa kecacatan pada brooch tu bila diamond dia tercabut walaupun 1 diamond yang kecik itu. Kalau beli brooch yang tak berdiamond macam satu ketidak cunan terasa. Mesti nak beli yang berdiamond agar memancar-mancar kilauan dari 100km lagaknya muahaha.

Tak kiralah mahal atau murah (mahal maybe tahan lama diamondnya) tak jugakan? dah buatan manusia memang ada cacat celanya. So kita yang mempunyai akal fikiran perlu berfikir dengan kritis dan kreatif untuk lebih berinovasi.

Dalam kotak ajaib ini terdapat barang kemas saya iaitu brooch. Jangan ingat aku nak menunjuk berlian-berlian aku pulak.


Sebenarnya kotak ini sangat tak sesuai untuk meletak brooch tapi aku peduli apa. Bukan salah pun kan..



Di situ terasa kecacatan kerana terdapat lompang diamond yang keciciran akibat daya tahan yang kurang. Bila sudah ada lompang begitu, mesti terfikir-fikir untuk memakainya lagi atau tidak, kalau setakat pergi pasar tu bolehla kot..huhu..iye! aku amat cerewet! tapi kalau dah emergency of courselah belasah je. ada aku kisah?

Ok, kawan-kawan sekalian alam, jomlah kita mencuba perkara remeh ini tapi sangat berbaloi dan menjimatkan wang anda daripada membeli brooch setiap masa kerana anda boleh memakai brooch anda dalam jangka masa yang lama.



Apakah ini? minuman? oh tidak. ini adalah nail polish @ pengilat kuku. Benda ni memang aku tak pakai kat kuku tapi kat brooch. eh eh eh brooch pun pakai polish nail..bagusnya kau brooch. 5 star tuan ko layan ko kan??lepas ni polish kuku kucing pulak.

Bukan begitu ye..nail polish ni digunakan untuk kuatkan diamond pada brooch agar tidak mudah tercabut ye kawan-kawan.





Sapukan nail polish pada keseluruhan diamond anda..agar dia dapat meresap ke keseluruhan diamond. Biarkan brooch anda kering.

Diamond brooch  akan lebih berkilau-kilau.



Kesemua brooch yang sudah siap di nail polish kan.


Kalau korang rajin bolehlah polishkan brooch korang sebulan sekali ke, seminggu sekali ke hahahaha.. Bukan bermaksud sekali polish selamanya akan bertahan. Brooch korang bukan sahaja tahan lama tapi nampak baru sentiasa sebab dah dipolish. Ofcourselah nampak bling blingkan..

Oklah lepas kering simpanlah ke tempat asalnya :)



ok baii! dan selamat mencuba. Kalau tak jadi aku tak tahu.



3 comments

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH