Kegilaan Terhadap Gadget Makin Meluap-luap.

Bertenang sila bertenang.
Bersabar dan jangan gopoh.
Iskk aku ni pun tak tahu tabiat apakah ini. Gila memang gila.
Tapi tak mengila menyusahkan orang sudahlah.
Hari tu memang membuak-buak nak Blackberry, ayah dah bising. Dia kata dah banyak sangat handphong nak buat apa? Mulalah ayah mengira koleksi handphone aku..ayah kata handphong lama tu harga beribu pakailah sampai rosak, kalau rosak baru boleh tukar baru kan huhu. Ok terus matikan niat beli handphong. Aku pula jenis tak suka keluarkan simpanan dan pinjaman PTPTN untuk beli barang kehendak ni sebab memang tak berbaloi dan rasa rugi. or kedekut?! haha, kalau family yang belikan memang suka sangat sebab macam present, bila diguna akan dikenang-kenang.

Tapi HTC Ryhme aku tu hasil duit kerja dan duit blog. Ayah kata lebih baik beli barang kemas like cincin or gelang tapi aku memang kurang minat tapi terover kat gadget like handphone.
Tapi entah apa yang merasuk aku membuatkan aku nak memiliki smart phone yang menjadi kedambaan pengila gadget terkini. Htc ni dah ada orang booking nak beli. Aku jual dalam rm1xxx sebab masih ada warranty. Orang yang beli tu pun someone special, kalau tak confrm tak nak ambil harga mahal hehehe. Yela aku beli pun rm1700 takkan nak jual rm500..rugilah, kalau tolak kat kedai lagilah rugi, dah la original set. Handphone htc aku pun masih suci tulus, tak pernah terhempas..dijaga dengan cermat. Mau?

Bila fikir, duit hasil jualan tu nanti (terpaksa tunggu cukup bulan baru boleh jual ) dan tambah duit tempahan blog, nak beli smart handphone yang gempaq. Dalam kepala hotak aku sekarang nak Samsung Galaxy S III or Iphone 4S. Harga lebih kurang sama. Tapi sebelum beli kenalah server dulu, kang menyesal tak bertempat sebab kuar duit beribu tapi dapat "sampah" betul tak??



Bila aku tengok video di atas terus tersekat nak beli Iphone yang dikatakan mewah tapi macam cermin pecah seribu!

Tapi baguskah Samsung S III, dengar banyak komen blogger Samsung Galaxy S III lagi improve dari yang II punya, so rasa tersuka nak beli, reka bentuk pun smart je. Ke nak tunggu Iphone 5?

Samsung Galaxy SIII ni ada dua colour, putih dan biru gelap. Tapi aku adore warna putih salju tu, sangat cantikk okehh!


Cunkan warna putih ni. Harap boleh dapatkan next moon.





Serius, lebih tipis dan lebih bergaya!


Iphone 4s ni pun sweet juga tapi macam mudah terburai je hehe. Tanya kawan-kawan yang pakai iphone ni, softwarenya kebanyakan semua kena beli kalau jailbreak je baru boleh dapatkan pelbagai software. Kang tersilap jailbreak kot punah si iphone ni plak. 

Jadi bila fikir-fikir dan research pelbagai review kat internet, Samsung Galaxy S III yang best!



 p/s: serius kegilaan ini memang susah nak buang kerana dah tabiat aku dari dulu, membazir memang membazir tapi kepuasan itu hanya yang rasa sahaja yang akan tahu, yang tak rasa lantak kaulah nak kata apa sebab aku guna duit sendiri nak beli bukan duit "amanah" yang tak sepatutnya digunakan. Faham?

kang gila gadget dah hilang maybe pakai je apa yang ada, huhuhu. 
 
 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiuoO-A2xfQs0Pra0phmPYWh56mTlYcBP-THeeIv6d5TQ5Q5g3qJF6917_CPWhxUZF3Fd1erwSHgYQtHHi3ulwufY47YYPqEzFJwj6jx9GoVo_zr4IXEVfFyFEtWq0_8XQqhsNMi3r7411N/s400/fara1958.jpg

Si cantik HTC jangan nagis bila dapat tuan baru ye :')
 Tapi cik E72 still pakai sampai sekarang sebab ayah yang hadiahkan sempena convo degree ku. Sayang selalu handphone tu sebabbb 5 hari pakai bateri baru kong! kan aku dalam kalangan manusia yang tak suka cas handphone!
 

2 comments

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH