Gara-gara handphone bijak kreditku melayang-layang. Penangan Nokia E72!



comel tak E72 aku berwarna Gold..


Itulah entry untuk hari ini. Aku memang mengidamkan hp ini dah akhirnya aku dapat sebagai hadiah graduate aku. Sebenarnya aku nak  iphone 4 tapi mahal sangat sampai boleh beli laptop sebijik. So aku cancel la aku pilih Nokia E72. Sebenarnya aku minat blackberry tapi disebabkan blackberry ada kontroversi so aku tetap setia dengan Nokia. Lebih baik mencegah daripada mengubati. Kalau nak tahu tentang blackberry yang berkontroversi sila klik SINI
Sebelum aku menceritakan tentang kreditku yang melayang-layang bagai layang-layang terputus talinya so aku ceritakan tentang Nokia E72. Sebenarnya aku dah lama juga beli hp ini tapi malas nak kecoh. Aku beli set original Zitron dari kedai Maxis, harga dalam RM1k lebih..sesekala ikut hati apa salahnya..hahaha. Aku suka beli hp dekat kedai Maxis atau Nokia sebab of course semua set original. Kalau kedai biasa, mereka suka tipu..selalunya suka tukar bateri ori dengan yang tak ori dan macam-macamla.  Lepas itu tiruanla dan macam-macam perkara yang tidak memuaskan hati. Aku ini jenisnya kalau nak something mesti kena dapat! Aku inginkan kepuasan..Kalau nak membeli tu kena la puas hati baru la kelass..huhu..Lagipun bapak aku kata kalau nak beli hp kali ini beli yang bagus punya..jangan beli yang biasa-biasa. So aku pun say YES!!
So ramai nak tahu tentang Nokia E72 ini aku sharekan sedikit info yang aku tahu. Ini serba sedikit kenapa aku pilih Nokia E72
laptop keduaku!



pandangan sisi dekat! tengok puas-puas..tengok je test tak boleh.

  1. Aku minat nokia e72 ini sebab ada wifi. Ibarat laptop kecil yang boleh dibawa kemana-mana. Selagi ada wifi kita boleh berinternet sampai muntah. Boleh berfacebook. Blogger dan macam-macam sama seperti mengunakan laptop. 
  2. Yang kedua aku suka keypad yang full. Sekarang ini aku dah kekok mengunakan hp biasa sebab dah biasa guna e72. Walaupun keypadnya Nampak kecil tapi aku selesa. Sebab designer dia pandai buat button yang timbul..so tak la salah huruf kalau nak tekan. Pad sesentuh just gelonsor je jari anda..tak payah tekan2..Hp lama aku itu sudah kaku sebab aku dah tak berapa nak menggunakannya. Hahaha…cas  pun dah jarang.
  3.  Aku suka hp ini sebab cameranya cantik. 5.0 megapixcel..auto focus, zoom memang tiptop, fungsi macam camera. Aku ni memang suka ambil gambar sebab akukan cameragirl..hahaha..kalau blackberry just 2.0 mpixcel je..gambar pun tak cantik. Then ada secondry camera. Malas nak tangkap main camera ..gunalah yang second camera..
  4. Sound dia pun memang best sebab kuat. Sesiapa yang telingga labang boleh la menggunakannya! Nak buka mp3 memang best…layannn….
  5. Baterinya memang best sebab tahan 7hari aka seminggu. Aku ini jenis malas nak cas hp so sesuai sangatlah dengan aku ini.
  6. Nokia e72 merupakan smart phone atau hp cerdik pandai aku hahaha…memang bijak sebab pembelinya pun bijak.
  7. Walaupun bentuknya sama dengan Nokia e5 dan c3 ia sama sekali tidak sama dengan hp murahan itu kerana e72 memang tiptop! Jangan terpedaya sebab wajah sama tapi sebenarnya tidak..walaupun aku suka body nokia c3 yang berwarna pink itu tapi dia tetap low kelass…
  8.  Nokia e72 ada 3g,,tapi aku tak suka ber3g..hampeh je,,huhu…
  9. Kalau nak sumbat software..sumbatlah sampai pengsan sebab syambian 60 memang best..so install sampai lebam tangan tu.
  10.  Skrin dia besar..macam dua bijik skrin hp yang dicombine..
  11.  Dia ada torch light..sesuai untuk camping atau kalau letrik terputus..
  12.  Kat button utama e72 ini sangatlah wonderful sebab berlight-light..kalau ada mesej atau sms lagi kuat lightnya berkelip
  13. Dan ini yang paling aku suka sebab ada GPS..kalau drive memang sesuai tak payah beli GPS tapi aku punya kredit hp yang lingkup sebab suka sangat buka GPS..konon gatal nak menunjuk kebijaksanaan hp kat ayah so aku buka GPS masa dia drive..aku tak tahu pula Celcom telan kredit masa buka GPS..kredit aku yang ada dalam rm120 sekarang tinggal rm23 je!! Tadi masa aku check kredit amat terkejut aku melihat kredit yang tersedut kuat!! Seingat aku. Aku tak pernah call2 orang,,kalau mesej pun 1sen je sebab aku guna UPax..kalau dengan network lain just 6sen…rupa-rupanya baru aku ingat..aku buka GPS sepanjang perjalanan pergi Langkap dengan mak dan ayah…Sebenarnya aku ingat kalau pakai GPS tak payah dicas rupanya kena telan kredit aku..huh sedih!!
  14.  Sebenarnya banyak lagi keistimewaan hp e72 ini..kalau nak tahu pergi la search lagi..
cover untuk e72ku..merah itu berani, Aku pilih merah sebab PINK tak ada. tapi cantik!


p/s Ini sebenarnya hp aku yang ke-7...lepas ini apa la pula..ish ish..tapi aku sayang sangat nokia e72 aku...wawawa...

tak rugi beli hp ini kerana dia pintar..sekarang mungkin akan turun lagi harga sebab dah tak ada cukai kerajaan! Pakat-pakat la beli!

10 comments

  1. kalo x keberatan,boleh saya tahu berapa rate harga hp nokia e72 miss farah nie?? plz urgent..sy pun admire ngn hp nie gk.

    ReplyDelete
  2. @♥Dhia As-syifaa♥

    Sory lambat reply..masa i beli harga rm1130 tapi tak tahu la sekarang dah turun harga...tapi masa i server hp dengan adik i harga dalam 900-1300 macam tu..

    ReplyDelete
  3. pkaila garmin xt,free,x gune kredit pun..install kt kdai mybe lam 40 dia cash,tpi klo pndai bab2 fon ni,buat sdri je

    ReplyDelete
  4. e5 tetp menwn ...e5 bukn mcm c3 sme je ngan e72

    ReplyDelete
  5. Best ke symbian... camxbest je.. dulu ada gak pakai symbian ni, tapi agak hampeh ar.. kalo nak on9 ngan blogging android lagi best.... lagi laju la...

    ReplyDelete
  6. same la dengan kite! ADOY! tawu2 je, kedit da tinggal 0 sen! hampeh tol! HAHA! :P

    ReplyDelete
  7. hye awak..saya pun pakai handset nokia jugak & sama jugak nokia e72. so boleh la kongsi2 maklumat.. apa je softwre yang awak sumbat dalam tu??

    ReplyDelete
  8. hye..sama la kita e72. erm software apa yang awak sumbat dlm tu

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH