Revolusi Handphoneku.

Assalamualaikum dan selamat malam.
Hari ini just want to share about handphone.
Entry ni bukan menunjuk-nunjuk tapi sekadar memory yang perlu di simpan. Kalau tak diabadikan dalam blog mesti lupa.
Ini pun dah lupa model dia kena cari balik kat google..uhh..

Kita start dengan handphone pertama aku. Pemberian dari ayah selepas result SPM yang tak full 20A..haha.. First handphone aku ialah Nokia 2600 screen colour.

Rindunya kat hP Nokia 2600 first aku ni.

Lepas itu, aku tukar Nokia 6600. Orang panggil hp sabun.
Hp sabun aka Nokia 6600

Takhala pakai hp ini sanggat rasa seronok sebab pada zaman awal kemunculan hp ini..pemiliknya akan kelihatan stylo dan cool kerana ramai masih memakai hp hitam putih.

Nokia 3230
Selepas megalami gegaran hebat hp sabun aku tu, Sebab aku terlalu lemah lembut..hp sabun ku terhempas dan LCD dia rosak. So aku terpaksa memakai hp ayah aku iaitu Nokia 3230. Aku sebenarnya tak suka hp ni sebab bateri cepat habis. tapi terpaksa guna sebab masa tu aku tahun 1 di USM. Lepas itu, ayah aku nak beli telifon baru. Dia bawa aku sekali pergi beli. Sebenarnya nak bodek ayah aku, yang aku nak hp baru tu dan nak bagi balik hp nokia 3230. Ayah aku diam je..pujuk-pujuk ayah aku bagi la aku Nokia 6300 ni.
Nokia 6300

Masa ni awal keluaran. Harga dia Rm750..tapi kawan aku beli first keluar Rm1000 sekarang mungkin jauh lebih murah. Aku beli masa tahun 1 semester 2 di USM awal 2008. Best sebab gambar dia clear.
Lepas setahun guna handphone ni aku bagi kat ayah aku pakai, sebab hp Nokia 3230 dia tercicir sebab dia jatuh motor akibat di langgar dari belakang oleh manusia binatang. Sumpah, kau tak selamat sebab langgar bapak aku pastu kau lari. Ayah aku belikan aku Nokia Express Music 5130 dan aku bagi dia pakai Nokia 6300 sebab dia lebih kurang dengan Nokia 3230

Nokia Express Music 5130
Memang best sebab sound dia kuat wooo...siapa yang pekak boleh pakai. Dengar lagu pun sedap woo..tapi aku bukan pekak so kadang-kadang rimas volume kecik pun kuat jugak. Kau tengokkan semuanya Nokia. So aku ni nak jugak try Sony Ericsson juga. So aku beli Sony Ericsson W395 tapi someone bagi bajet sikit hehehe...
Sony Ericsson W395

Bunyinya memang gempaq dan best giler kalau main music tapi yang tak best dia tak ada theme yang boleh download. Theme dia kena pakai yang sedia ada je. lepas tu cepat sangat beteri kong. Sehari je dah boleh zero! Jadi sidia bagi handphone dia dan aku bagi handphone ini tapi masa ni aku pakai 2 hp. Express music dan yang ini. Sidia tukar hp dia Sony Ericsson W910 i dan aku bagi SE W395 ni.

SE w910 i tapi dia punya colour black
Hp SE W910i ni memang best. Bukan je sound gempaq tapi gambar clear giler. Screen pun luas tapi tang nak taip mesej tu aku tak suka sebab macam tak selesa. Pastu, aku macam kasar je buak slide dia..dan dia ambil hp ni dan tukar kepada Sony Ericsson K770i yang aku idamkan sebab gambar dia cantik dan cyber shoot!

Sony Ericsson K770i

Setakat ini aku pakai hp SE k770i dan Express Music 5130. Dan,lepas konvocation aku di USM, aku dapat hp idaman aku iaitu e72.. Thank ayah sebab hadiahkan. Walaupun mencecah 1k lebih tapi aku sangat puas. Sayang giler kat E72. dan express music aku bagi kat ayah..

Dan teringin nak HP ni jugak.. ohhh tulunnnn........


Temanku sekarang E72 dan SE k770i. Cadang nak trand in SE k770i dan nak Xperia ni..


p/s : Ohh nafsu pergilah jauh-jauh!

Jatuh Cinta Lagi!

Serius jatuh cinta lagi!
Sampai tak boleh tidur malam.. Serius jangan gelakkan aku!
Kenapalah boleh jatuh cinta macam ni?
tak tahu kenapa kenapa kenapa?

Adakah kerana rupa parasmu membuatkan aku tergoda?
Budi santunmu membuatkan aku terleka?
Ohh perlu dibuang jauh-jauh perasaan gila ni! Please dont drive me crazy! ohh noooo!

Cik Abang sayang masih ada bersamaku. Belum setahun lagi dah nak tukar pakwe baru!
Oh tidak, jangan melampau wahai hati.
Kesian kat cik abang yang sentiasa disisi terpaksa dimadukan.

Korang janganlah fikir yang bukan-bukan..
Sebenarnya aku jatuh cinta kat Sony Ericsson Xperia X8


Serius aku lebih sukakan benda macam ni berbanding benda girly like gelang, rantai dan sebagainya. Kalau di suruh aku pilih mac book dengan rantai emas..sudah semstinya mac book pro pilihan aku.

Harganya boleh tahan dan dia smart phone. Adakah aku akan memiliki dia? tunggu!!

Pada aku, aku memang suka gadget2 macam ni..so cool je.. Memang jiwa aku macam ni..bukan terpengaruh tapi memang dah semulajadikan.. kalau pakwe boleh tukar macam ni kan best! opps aku tak kejam ..hahaha..

p/s : Silalah bagi hadiah hp ni untuk raya ini wahai orang yang berkaitan. hint ni!


Tapi i masih sayang kat u E72.ILYSM

Gara-gara handphone bijak kreditku melayang-layang. Penangan Nokia E72!



comel tak E72 aku berwarna Gold..


Itulah entry untuk hari ini. Aku memang mengidamkan hp ini dah akhirnya aku dapat sebagai hadiah graduate aku. Sebenarnya aku nak  iphone 4 tapi mahal sangat sampai boleh beli laptop sebijik. So aku cancel la aku pilih Nokia E72. Sebenarnya aku minat blackberry tapi disebabkan blackberry ada kontroversi so aku tetap setia dengan Nokia. Lebih baik mencegah daripada mengubati. Kalau nak tahu tentang blackberry yang berkontroversi sila klik SINI
Sebelum aku menceritakan tentang kreditku yang melayang-layang bagai layang-layang terputus talinya so aku ceritakan tentang Nokia E72. Sebenarnya aku dah lama juga beli hp ini tapi malas nak kecoh. Aku beli set original Zitron dari kedai Maxis, harga dalam RM1k lebih..sesekala ikut hati apa salahnya..hahaha. Aku suka beli hp dekat kedai Maxis atau Nokia sebab of course semua set original. Kalau kedai biasa, mereka suka tipu..selalunya suka tukar bateri ori dengan yang tak ori dan macam-macamla.  Lepas itu tiruanla dan macam-macam perkara yang tidak memuaskan hati. Aku ini jenisnya kalau nak something mesti kena dapat! Aku inginkan kepuasan..Kalau nak membeli tu kena la puas hati baru la kelass..huhu..Lagipun bapak aku kata kalau nak beli hp kali ini beli yang bagus punya..jangan beli yang biasa-biasa. So aku pun say YES!!
So ramai nak tahu tentang Nokia E72 ini aku sharekan sedikit info yang aku tahu. Ini serba sedikit kenapa aku pilih Nokia E72
laptop keduaku!



pandangan sisi dekat! tengok puas-puas..tengok je test tak boleh.

  1. Aku minat nokia e72 ini sebab ada wifi. Ibarat laptop kecil yang boleh dibawa kemana-mana. Selagi ada wifi kita boleh berinternet sampai muntah. Boleh berfacebook. Blogger dan macam-macam sama seperti mengunakan laptop. 
  2. Yang kedua aku suka keypad yang full. Sekarang ini aku dah kekok mengunakan hp biasa sebab dah biasa guna e72. Walaupun keypadnya Nampak kecil tapi aku selesa. Sebab designer dia pandai buat button yang timbul..so tak la salah huruf kalau nak tekan. Pad sesentuh just gelonsor je jari anda..tak payah tekan2..Hp lama aku itu sudah kaku sebab aku dah tak berapa nak menggunakannya. Hahaha…cas  pun dah jarang.
  3.  Aku suka hp ini sebab cameranya cantik. 5.0 megapixcel..auto focus, zoom memang tiptop, fungsi macam camera. Aku ni memang suka ambil gambar sebab akukan cameragirl..hahaha..kalau blackberry just 2.0 mpixcel je..gambar pun tak cantik. Then ada secondry camera. Malas nak tangkap main camera ..gunalah yang second camera..
  4. Sound dia pun memang best sebab kuat. Sesiapa yang telingga labang boleh la menggunakannya! Nak buka mp3 memang best…layannn….
  5. Baterinya memang best sebab tahan 7hari aka seminggu. Aku ini jenis malas nak cas hp so sesuai sangatlah dengan aku ini.
  6. Nokia e72 merupakan smart phone atau hp cerdik pandai aku hahaha…memang bijak sebab pembelinya pun bijak.
  7. Walaupun bentuknya sama dengan Nokia e5 dan c3 ia sama sekali tidak sama dengan hp murahan itu kerana e72 memang tiptop! Jangan terpedaya sebab wajah sama tapi sebenarnya tidak..walaupun aku suka body nokia c3 yang berwarna pink itu tapi dia tetap low kelass…
  8.  Nokia e72 ada 3g,,tapi aku tak suka ber3g..hampeh je,,huhu…
  9. Kalau nak sumbat software..sumbatlah sampai pengsan sebab syambian 60 memang best..so install sampai lebam tangan tu.
  10.  Skrin dia besar..macam dua bijik skrin hp yang dicombine..
  11.  Dia ada torch light..sesuai untuk camping atau kalau letrik terputus..
  12.  Kat button utama e72 ini sangatlah wonderful sebab berlight-light..kalau ada mesej atau sms lagi kuat lightnya berkelip
  13. Dan ini yang paling aku suka sebab ada GPS..kalau drive memang sesuai tak payah beli GPS tapi aku punya kredit hp yang lingkup sebab suka sangat buka GPS..konon gatal nak menunjuk kebijaksanaan hp kat ayah so aku buka GPS masa dia drive..aku tak tahu pula Celcom telan kredit masa buka GPS..kredit aku yang ada dalam rm120 sekarang tinggal rm23 je!! Tadi masa aku check kredit amat terkejut aku melihat kredit yang tersedut kuat!! Seingat aku. Aku tak pernah call2 orang,,kalau mesej pun 1sen je sebab aku guna UPax..kalau dengan network lain just 6sen…rupa-rupanya baru aku ingat..aku buka GPS sepanjang perjalanan pergi Langkap dengan mak dan ayah…Sebenarnya aku ingat kalau pakai GPS tak payah dicas rupanya kena telan kredit aku..huh sedih!!
  14.  Sebenarnya banyak lagi keistimewaan hp e72 ini..kalau nak tahu pergi la search lagi..
cover untuk e72ku..merah itu berani, Aku pilih merah sebab PINK tak ada. tapi cantik!


p/s Ini sebenarnya hp aku yang ke-7...lepas ini apa la pula..ish ish..tapi aku sayang sangat nokia e72 aku...wawawa...

tak rugi beli hp ini kerana dia pintar..sekarang mungkin akan turun lagi harga sebab dah tak ada cukai kerajaan! Pakat-pakat la beli!

NOKIA E72

Nokia E72??
Anda suka??
saya suka!!

http://www.myhphone.com/wp-content/uploads/2009/10/Nokia-E72-pictures-3.jpg

Comelkan..walau namapak tembam!!haha...

ada 3 colour?

yang mana 1 pilihan anda?

hitam?

silver?

gold/brown?

aku suka GOLD sebab....



Jom review lagi!!


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjIZDLZbw4DO7lqyA83dq5aYm0_P-lL_-xzCfD9RGFyT_h-gdS9TfGSCVYvos9bRcqjztpcys2QARLnDKoQJwx3m37XYb616pSxVsX_LiYRrOquzb8hqqmDEOCqbYK0qmjF-pUbu9Cx7h-x/s1600/nokia-e72-00.jpg

http://www.jmsinfo.com/images/Nokia_E72_Topaz_Brown.jpg

Sebab dia lain dari yang lain..hehehe...


Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH