Kebaikan.
Diet Atkins memang terbukti berkesan menurunkan berat badan, kenapa 
? Dalam amalan Atkins, karbohidrat disingkirkan terus daripada pemakanan 
yang kita ambil. setiap makanan yang diambil terdapat 3 unsur penting 
iaitu karbohirat,protein dan lemak. Apabila salah satu daripadanya 
(karbohidrat) sudah di ‘keluarkan’ dari senarai pengambilan seharian, 
bererti pengamalnya juga telah berjaya mengurangkan pengambilan kalori 
dalam sehari, sekaligus membawa kepada penurunan berat badan.
Apabila pengambilan karbohidrat dikurangkan, yang tinggal sama ada 
untuk bergantung kepada makanan berasaskan protein ataupun lemak ke 
dalam diet pemakanan.kebanyakan makanan berlemak mengandugi gula, dan 
gula mempunyai karbohidrat ringkas yang tinggi, Jadi pengamal terpaksa 
melupakan lemak dan hanya mengambil protein.
protein pula mengambil masa yang lama untuk dicernakan dan diproses 
sebagai sumber tenaga. Malah badan memerlukan banyak tenaga (kalori) 
untuk menukarkan protein sebagai sumber tenaga, dan ini membawa kepada 
peningkatan kadar metabolisma, sekaligus menurun berat badan.
Keburukan 
Pengambilan protein yang banyak boleh menyebabkan kita mungkin 
mengambil banyak kolestrol, contohnya makanan laut seperti udang dan 
ikan, ianya adalah berprotein tinggi, namun hampir kesemuanya 
mengandungi kolestrol. Pengambilan makanan berlemak secara berterusan 
juga akan memaksa badan kita untuk menghasilkan lebih kolestrol di dalam
 badan kita. Kesan kolestrol? macam-macam, yang paling utama sakit 
jantung.
Selain itu, tidak mustahil juga untuk turun berat badan dalam kadar 
yang pantas, namun jangan terkejut jika hasilnya kelak adalah bentuk 
badan yang kurus-lembik, kerana proses penurunan pantas itu hanya 
melibatkan penurunan berat air dan otot yang banyak.
Sumber : http://jusmate5best.com/blog/diet-atkins-kebaikan-dan-keburukan/
Kritikan Diet Atkins.
Konsep diet Atkins ini mudah, iaitu meletakkan tubuh badan kita dalam
 peringkat ‘ketosis’ – peringkat di mana tubuh badan menggunakan 
ketones bodies
 (ketones), iaitu produk sampingan untuk metabolisma protein, sebagai 
sumber tenaga. Ketosis mengurangkan selera makan dan membuatkan nafas 
berbau. Terdapat juga kajian pakar yang menunjukkan ia mampu memberi 
kesan kepada ketumpatan tulang (ostreoporosis) dan merosakkan buah 
pinggang, jika diamalkan secara berterusan, untuk jangka masa panjang. 
Selain itu, ketosis juga membawa kepada penghasilan 
Uric Acid, iaitu penyebab kepada penyakit-penyakit seperti gout (sakit sendi) dan batu karang.
Kita mungkin mengambil terlalu banyak lemak dan kolestrol sekiranya 
terlalu bergantung kepada sumber protein dan lemak. Meskipun makanan 
laut seperti udang dan ikan adalah berprotein tinggi, namun hampir 
kesemuanya mengandungi kolestrol. Pengambilan makanan berlemak secara 
berterusan juga akan memaksa badan kita untuk menghasilkan lebih 
kolestrol di dalam badan kita. Kesan kolestrol? Rasa-rasanya para 
pembaca sendiri mesti sudah mengetahui kesan paras kolestrol yang tinggi
 di dalam darah.
Selain itu, tidak mustahil juga untuk turun berat badan dalam kadar 
yang pantas, namun jangan terkejut jika hasilnya kelak adalah bentuk 
badan yang ‘
skinny-fat-look‘ dan bukannya ‘
ripped – nampak definisi otot’) kerana proses penurunan pantas itu hanya melibatkan banyak penurunan berat air dan otot yang banyak.
Apabila sumber karbohidrat menjadi sangat kurang dan defisit, badan 
akan mula merujuk kepada hati untuk mendapatkan glycogen sebagai sumber 
tenaga alternatif (masih ingat 4 hierarki tenaga yang aku ceritakan 
dahulu?). Badan memerlukan 3g air untuk setiap 1g glycogen yang 
disimpan, dan sebaliknya jika glycogen itu diguna pakai (
reverse process).
 Bayangkan berapa banyak air yang akan hilang untuk setiap glycogen yang
 diguna pakai. Ramai yang mendakwa berat yang banyak turun ketika fasa 
pertama Atkins (atau low-carb diet yang lain) adalah penurunan lemak, 
tetapi hakikatnya kehilangan air juga banyak berlaku. Dan untuk 
menampung jumlah air yang hilang, pengamal Atkins juga harus minum 
jumlah air yang sangat banyak untuk memastikan diri dihidratkan semula.
Dari segi ekonomi, Atkins diet memerlukan banyak belanja. Para 
pembaca perlu ingat, harga pasaran untuk makanan berasaskan protein 
adalah mahal. Sebiji telur saiz A yang mengandungi 
6.3g protein (dalam 30 sen sebiji) adalah jauh LEBIH MAHAL berbanding 2 sudu teh gula (berapa senlah sangat) yang mengandungi 
8.4g karbohidrat.
 Itu baru aku ambil contoh sumber protein termurah, bayangkan kalau 
ayam, daging, ikan, dan makanan laut yang lain. Rasa-rasanya kalian 
mampu untuk makan protein semata-mata sepanjang hayat? Bagaimana pula 
dengan golongan yang berpendapatan rendah seperti aku?
 Diet Atkins direka untuk orang barat
Diet Atkins direka untuk orang barat
Atkins diet ini direka berdasarkan konsep hidangan makanan barat. 
Berbeza dengan corak pemakanan di negara kita, di barat makanan utama 
mereka adalah berasaskan sumber protein seperti ayam, daging, dan 
makanan-makanan laut, walhal corak pemakanan negara kita dan 
negara-negara Asia yang lain adalah berasaskan sumber karbohidrat 
seperti nasi, sebagai hidangan utama. Lihat sahaja contoh terdekat 
seperti KFC, di mana ayam goreng merupakan hidangan utama, manakala 
sumber karbohidrat seperti roti bun kecil dan kentang putar adalah 
sebagai makanan sampingan (
side-dish).
Ingat, makanan utama kita adalah nasi, makanan utama orang Asia itu 
adalah nasi! Mengapa orang kita sering menyalahkan nasi, sedangkan nasi 
itu tidak bersalah. Yang bersalah adalah nafsu kita – makan sepinggan 
nasi secara penuh membubu walhal kerjanya bukanlah membanting tulang di 
sawah, mahupun bekerja kontrak di bawah matahari terik. Malah, orang 
barat sendiri sebenarnya kagum dengan diet orang Asia, terutamanya Asia 
Timur yang terbukti berkhasiat dan menyihatkan, malah rata-rata di 
kalangan golongan veteran mereka yang berpegang pada makanan tradisi 
hidup hampir 100 tahun! Makanan tradisi? Apa yang mereka makan? Ya, 
mereka makan nasi sebagai hidangan utama, malah nasi mereka juga jauh 
lebih berkanji berbanding yang terdapat di negara kita. Namun berapa 
banyak nasi yang mereka ambil dalam satu hidangan? Lihat sendiri dalam 
hidangan sushi itu sendiri, berapa banyak nasi yang dipakai?
sumber: http://sususejat.com/diet-dari-barat-bukan-untuk-orang-malaysia/
Pada pendapat aku, tak perlulah korang amalkan diet atkins ni sebab dia beri kesan jangka masa panjang. Memanglah berat akan turun tapi akan membahayakan kesihatan. Dietlah secara sihat, memang mustahil makan ubat harga ribu raban boleh kurus kalau tak diet, senaman atau makan apa saja melainkan kalau ubat tu ada mengandungi dadah/racun yang boleh beri korang hilang terus selera makan atau rasa kenyang sepanjang hari. Karbohidrat memang tak boleh skip tapi korang kena kurangkan pengambilannya tu dah better daripada terus tak ambil dan boleh buat korang pening, loya, dan pengsan. Macam aku, aku hanya take nasi sekali sehari dengan kuantiti yang sikit dan kalau lapar lebih suka minum quaker out, nestum atau bijirin. Kalau pergi dinner pun just take bihun sup/tomyam. Kalau kita kurus pun tapi ada penyakit tak best jugakan. Kita mestilah nak sihat, cantik dan kurus. Kalau kurus tapi sikit-sikit dah pening, loya dan selalu pengsan..memang susahlah tu. Tu tandanya cari penyakit. Say sorry la pada yang memang degil dengan cara begini. Kalau korang happy teruskanla..tepuk kepala pening ke tak???
Kadang-kadang diet yang keterlaluan ni macam tak ada nikmat hidup la pula. Semua tak boleh makan kan. So kalau korang rasa nak makan something, lebih baik korang makan je (tapi berpada-padalah) , kang dah tua/sakit tersadai kang orang bagi makan macam-macam pun dah tak larat makan..tu la yang dikatakan diet hahaha.
so dietlah secara berhemah jangan sampai macam rangka berjalan pula..tak syok langsung macam tu.