Anda Jenis yang mana?

Tekan gambar untuk besar


Banyakkan jenis-jenis orang kat Facebook? Kadang-kadang statusnya mak aii pijak semut pun tak mati tapi hakikat hanya Allah yang tahu. Anda golongan yang mana? Hanya Allah yang tahukan????! Manusiakan manis mulut dari gula, eh jangan sentap!

Fikirkanlah wahai teman.



Sumber gambar : Abg Google.

Theme Facebook.

Terimalah kePINK my FB.

Sila menjerit kepada peminat PINK.


Terlalu PINK kan. Ok nak tukar lain yang slow pink.


Nak macam aku punya page FB?


Click HERE.

Install la apa yang dia suruh and done!

P/s : Ini khas untuk perhiasan mata korang je, just kat lappy korang. Orang lain still tengok kau punya profile biru.

Bye nak sambung membaca, eh sejak bila jadi ulat buku?

Nak Ramai Follower dan Reader?



Assalamualaikum dan selamat hari Jumaat yang mulia ini.
Korang nak ramai follower beriban-riban? Pastu nak ramai reader sampai traffic korang sesak ala-ala blog selebriti terkenal? kah kah kah...lebih pulak aku ni kan..

Okey-okey tak mahu merepek meraban dah..penat @___*
Kalau korang rasa nak ramaikan follower blog korang boleh la menjoin group Kami Suka Blogger di Facebook.

Click Gambar untuk Join
Aku selaku admin group itu mengalu-alukan korang untuk join dan add kawan-kawan anda yang kaki blogging sekali ek.. Yang tak ada blog pun boleh join untuk perkembangan minda anda!

Selamat berblog! ok daaa.......

P/s : Dah join tu kena la rajin "ping-pong" kan entry setiap kali korang update blog ye! Rajinkanlah melawat ahli punya blog..

Aku Bangga Dengan Kekasih Aku..Ada Aku kesah??

Cinta-cinta..
Kadang-kadang manusia ni lebih mengagungkan cinta kepada manusia berbanding PENCIPTANYA.
Serius aku cakap golongan perempuan adalah terlebih mengedik kalau bercinta. Aku bukan bermaksud semua tapi sebilangan besar. Aku bukan nak mengata cuma nak bagi teguran membina sahaja. Kalau korang tak suka tak payah la korang ambil pusing! Apa yang aku tulis ni berdasarkan pemerhatian aku.
Contohnya..

FACEBOOK

http://mochammadyusa.files.wordpress.com/2010/12/facebook-status.jpg

Status Up date

Di Facebook memang ketara menunjukkan kegedikan bercinta. Contohnya, setiap minit mesti status asyik bertukar.. Status itu menyebabkan terasa ingin memuntahkan semula yang apa yang di makan tadi. " Hanya sayang yang baby cinta " "Ayang dah tak tahan nak jumpa Abang" "Hari-hari merindui abang".........semuanya mesej-mesej jiwang yang menjelikkan.. Kalau nak berjiwang sampai karat marat lebih elok engkau sms sahaja bf/gf kau tu. Memanglah Facebook kau suka hati engkau tapi ingatlah wei ramai mata yang memandang..mana nilai MALU korang sebagai orang ISLAM? Berbangga-bangga dengan apa yang dilakukan..

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg1ICb21E1bquQHclP5NbbiTUcajBDiTawQscYkv0bhxqQVoqp1K3u53cGsOSK2-DwuhxBzkKxUG55hF4Fv_fM9EHK9w-0rOskudNwGosGDk9SSvRamTbWJl7-9KWlRifPdq93rSxXMl9Q/s400/asal+usul+perkataan+%27TERKEJUT+BERUK%27.jpg
Kera pun terkejut tengok gambar ni,,kalau tengok gambar korang beraksi 18sx lagi la dia terkejut..

Gambar


Makk aii gambar asyik gambar kekasih hati korang je. Bila belek-belek mana gambar orang yang melahirkan dan membesarkan korang..harammm ada.. Tapi jantan yang baru kenal sehari dua dah bersepah gambar dalam facebook korang. Kalau gambar molek sikit tak apa tapi gambar macam nak bercium, peluk peluk, laga-laga pipi..tangan berlaga dada..oppps.. Sampaikan lovebite pun bangga nak tunjuk kononnya bf korang pernah hisap leher dan dot-dot korang.. Hampeh!! Kalau suami isteri tu maybe ok tapi MALU juga orang lain tengok la..takkan nak hisap dada isteri pun nak kasi orang tengok..tu memang spesis kemaluan tak ada la tuhh!! Kalau dah rasa bahagia sangat tak perlulah nak selak kain kasi tengok seluruh dunia.. Putus cinta semua yang manis jadi pahit. Status mengalahkan orang meroyan gila talak!!


BLOG

Entry Up date

Setiap kali mengupdate blog memang tak sah kalau tak cerita pasal buah hatinya. BF potong rambut pun nak kecoh. Ada jerawat seketul pun nak canang cik abang dia ada jerawat batu. Kalau boleh semua luar dan dalam nak kasi tahu yang dia sangat-sangat mengenali kekasihnya. Blognya ibarat diary cinta mereka seperti cinta sampai mati tapi belum mati lagi dan putus mulalah meraung dan meroyan bahawa hatinya sakit seperti ditoreh dengan pisau tumpul..muahaha.. Memang tak salah kalau nak share tapi biarlah berpada-pada. Jangan sampai meluat orang membacanya. Memanglah kalau ditegur mereka akan kata, tak suka jangan baca tapi orang akan baca juga kalau dah namanya blog. Melainkan kalau korang privatekan sahaja blog korang tu..kan senang, Tulis sendiri baca pun sendiri. Taklah jadi fitnahkan...


Itu sahaja..nak tambah lagi silakan. Kebanyakkan perkara-perkara yang berlaku di atas sebenarnya dilakukan oleh gologan HAWA..tapi tak semua.. Kadang-kadang aku sungguh bersimpati dengan kaum wanita yang dimaksudkan. Mereka sahaja yang terover gedik. Tapi bila tengok facebook teruna itu ( bf mereka ) haramm ada gambar si gadis itu cuma yang di tag sahaja ada. Blog? tak ada langsung entry cinta untuk si gadis. Sadisss...

Kalau korang ada yang terasa dan amat-amat hot..Janganlah marah-marah ye. Aku tak tujukan untuk sesiapa cuma untuk saling ingat mengingati. Yang baik jadikan teladan..
Jom Tengok VIDEO ni

Ada aku kesah?? Korang kena ambil "kesah" semua ni!

Farmville di Facebook

Aku adalah peladang di Farmville.
Tapi semenjak dua menjak ini aku malas untuk pergi bersiar-siar di ladang mayaku.
Ini mungkin gara-gara caringku kepada blogger semakin lebih.
Rasa malas nak harvest tanaman yang masak ranum. 
Tadi aku buka farmville semua buah tembikaiku sudah masak ranum..wawawa untung besar aku!
Nasib baik la fuel aku banyak so guna jentera sahaja untuk harvest, plow dan seed..senang dan mudah! ( memang la sebab guna mouse je..kalau betul-betul pengsan la )

Inilah ladang kesayangan aku!

Sekarang ini aku dah lavel 45..kalau dulu memang syoik gile main farmville. Dalam sehari dua, tiga kali bercucuk tanam tapi sekarang aku tanam buah-buahan yang memerlukan masa berhari-hari untuk harvest!
Contoh buah tembikai. Tadi aku dah harvest buah tembikai..then lepas itu aku tanam semula tembikai! Lama sikit..malasla nak pilih tanaman yang cepat harvest.

Yang di tengah-tengah tanaman itu adalah pemilik ladang..Dia adalah aku :) comel..

Nampaknya lambatla naik lavel aku ni sebab dah jarang berfarmville.
Rasa malas la pula nak menekan mouse untuk berfarmville..
serius kulit jari aku dah makin nipis ( ye ke? )


Ini adalah ternakan aku..rasa malas nak harvest sebab banyak sangat.
Sebenarnya dah 80 hadiah dari kawan-kawan farmville aku belum accpt,. Sorry ye kawan-kawan aku busy ni, nanti aku accpt dan balas semula hadiah anda. Sayang korang sebab memenuhkan farm aku dengan hadiah! Kebanyakkan kawan-kawan farmville aku adalah mat dan minah salleh..kalau korang nak banyak gift macam aku add la mat salleh sebagai friend farmville tapi add yang memang minat main game ini di Facebook ..mereka ini aktif main farmville..Kalau nak tahu mereka ini aktif membuka ladang pergilah ke fan page farmville...carilah orang yang aktif bermain atau yang minta di add sebagai jiran di farmville!

bangunan yang ada dalam farm aku..kebanyakkan barang dah simpan dalam stor sebab ladang banyak barang.
Sebenarnya best main game ini. Bolehla berangan-angan untuk membuka ladang. Mana tahu suatu hari nanti jadi jutawan ladang..

Selamat berfarmville...

Bala Akhir Zaman..

Ambil masa untuk mendengar khutbah ini...
Jangan dengar dan download lagu sahaja! Pesanan untuk semua dan diri sendiri...Sharing Is Caring! Caring is Loving!!





p/s tak salah ada facebook tapi salah kalau menexplotasikan diri sendiri...

Firman Allah Taala dalam surah Al-Ahzab ayat 33 :
  • Maksudnya : “Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliyah zaman dahulu”.

Ibubapa wajib mendidik anak berpakaian yang menutup aurat. Selain itu ia juga melatih dan mendidik anak-anak menjaga mata dan penglihatan daripada melihat yang haram dan maksiat.
Frman Allah Taala dalam surah An-Nur ayat 30-31 :
  • Maksudnya : “Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pendangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan tubuh kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya”.

    Dosa 24 jam di Facebook




    Jom kita tengok semula facebook kita ok!!

    Related Posts

    Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH