Wanita dan Beg Tangan


Assalammualaikum..


Lama tak dengar khabar kan..
Sekarang ni sibuk nak buat persiapan untuk hari-hari bahagia...
Alhamdulilah semoga sinar bahagia ini kekal hingga ke syurga.
Farah memang suka beg tangan. Wanita dan beg tangan memang tak boleh dipisahkan, sekarang tengah cari-cari beg tangan wanita yang sesuai untuk dijadikan hantaran. Semestinya kena cari yang Farah suka, kalau pattern yang Farah tak suka mesti beg tu dalam almari jadi pekasam kan...

Terdapat pelbagai jenis beg tangan wanita yang direka untuk pelbagai kegunaan wanita. Jenis beg tangan wanita adalah seperti tote bag, shoulder bag, sling bag, purses, shopper bag, clutches dan banyak lagi. Setiap satu beg mempunyai rekaan dan fungsi yang berbeza dan sebagai contoh, saiz purse atau dompet yang kecil adalah bersesuaian sebagai penyimpan wang dan kad-kad anda yang penting. Begitu juga dengan tote bag yang bersaiz besar dan mempunyai banyak compartment adalah jenis beg tangan yang paling sesuai untuk dibawa ke pejabat.

Tapi Farah sangat suka beg tangan yang besar macam shoulder bag sebab Farah jenis suka bawa banyak barang macam perfume, alat solek, dan macam-macam lagi yang boleh sumbat dalam beg tangan tu..ala-ala poket doraemon je. Tapi kalau nak lebih sistematik kena ada organizer bag. Contohnya macam beg Farah ni, bersepah sangat :


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgwyaLnHS08elUpurkZolECLtUCAoX9lsrQBVPKzWuGOdG7XAhj1IZxa2iNkdvMPjKDSfk90DhoaOCZ01udWKMrxwa8resJFeS-9ffIXeEXUp9JfysK2reKYU2gKq4yfKv0MNTfX3tueCq6/s1600/IMG_1232.JPG

So, dengan adanya bag organizer barang-barang lebih tersusun dan menjimatkan masa kita.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh_24JiPn_keSm2IQNPLxPZI8ubypV2e4r1dSgSVJWih32TpJdfJuUJkWj2VnN0myl1hMRkw_hu3lyeNKCMZdFR5Fiq8j-FOE0MUf-iwwsSe0NN23IaaYYeR8rDtVXm65xyJ8Gax1y7_UW0/s1600/IMG_1235.JPG

Taraaaa..semua dah tersusun kan..jadi tak payah nak take time nak cari barang susah-susah..nak tukar-tukar handbag pun senang just angkat organizer bag ni je dan letak dalam beg tangan korang macam ni:

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiFKQi4d5LUMDpeW2GU-ErjhqpwuPqWIvZur38uXrDyNugaimsBc8KmwqKArz8l4CukKXCveSoqY97OuWMsfMcQhsLOSinTcX2-4JaA1HNKF6epnBDdcLfSgklH0DKj4TAo0n5ZHadTyIP-/s1600/IMG_1240.JPG
Siapppp!!

Selalunya, wanita banyak melaram beg tangan ke majlis-majlis istimewa seperti annual dinner syarikat. Kita semua sedia maklum bahawa rata-rata individu akan bergaya sakan untuk menghadiri acara tahunan syarikat seumpama ini. Bagi kaum wanita, biasanya mereka akan tampil dengan koleksi kaum labuh dan ada juga yang sanggup menyewa pakaian semata-mata untuk kelihatan lebih menyerlah. Oleh yang demikian, berikut merupakan jenis beg yang paling sesuai untuk dipadankan dengan jenis pakaian glamour tersebut;


Koleksi clutches yang cukup simple dan elegan ini amat sesuai untuk dipadankan dengan koleksi dress yang glamour.

Selain clutches, sling bag seperti berikut juga merupakan jenis beg yang sesuai untuk digayakan ketika menghadiri majlis-majlis istimewa.

Dan jika anda ingin membawa barangan peribadi anda serta memerlukan beg yang bersaiz besar, gayakan bersama beg tote seperti berikut. Tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.

Farah juga sukakan tote bag sebab bersaiz sederhana.dan nampak istimewa.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgyOKobhe7OumDs69EpwGdKmQCMZz9gBn3HNof2Oy6L7o5U4dH6Rc5_XykoOrY8-nd4Ig9GEvwTi3gwltXybosCw2_-F6T1VUqsuTQCGJBi3J_I3yyZwGHYhM-PmIgbw7IMVCzy_VVLLO-x/s1600/20131130_105006.jpg

Ok, selamat bergaya dengan bag tangan kesukaan korang, perempuan dan beg tangan macam bestfriends!

Bye...


Handbag F Timber baru.

Assalamualaikum,

selamat petang kekawan sekalian alam.

Best tengok orang bergaya bag lawa-lawa, kita pun nak juga bergaya.

Memang dalam planning nak beli handbag yang agak formal dan nampak mature.

Kebetulan ada sale kat Parkson, maka dengan rasa gembira aku pun intai-intai handbag yang akan menjadi milikku.

Sebelum ini memang ada pakai jenama F Timber tu pasal rasa yakin nak beli lagi. Aku ni jenis kalau sekali beli some brand lepas tu brand tu macam hampas memang aku takkan beli lagi walaupun cun melecun tapi bila dah pernah pakai F Timber ni aku rasa is good brand to choice, harga berpatutan dan best! So second kalinya aku membeli F Timber lagi hehehe.

Ini, first aku pilih jenama F Timber. Masa tu aku sibuk ke kuliah, library dan fakulti. Memang memerlukan bag yang teguh dan utuh..2 and 3x aku beli bag semuanya tali tercabut, putus, rosak..tension sangat. So, aku ke Parkson juga, cari-cari jumpa F timber jenis shoulder bag kain nylon.


Serius aku cakap, ni adalah bag kesayangan aku sebab memang tahan lasak, bawa laptop 3.5 kg pun still bergaya lagi. Walaupun bag ni tak nampak girly tapi is my kecintaan lah. Still bertahan walaupun dah hampir 2 tahun aku gunakan. Harga lupa pula, tapi sangat berbaloi sebab dalam RM30-RM40 sahaja.


Yang bestnya bag ni dia punya jahitan kemas, banyak poket dan tahan lasak. Kalau ke library mesti akan bawa sebab boleh bawa buku banyak-banyak dan berat. Balik kampung pun bawa juga sebab boleh sumbat macam-macam.

dan hari tu aku decide nak beli F Timber lagi, nak beli beg ala-ala wanita gitu. Banyak sangat pilihan sampai rambang mata. Semua cantik-cantik dan nampak elegen. Paling best ada sale diskaun sampai 70%..bestnya!! 

ok nilah bag yang baru tu:

 Eh belum bukak lagi, ok ok mai kita tengok hehehe..



Hitam itu memikat. 

Pilih punya pilih rembat si hitam manis ini. Walaupun dah diskaun 70% aku tetap pilih yang sesuai dengan bajet aku. Aku ni student lagi. So inilah paling sesuai dan paling menarik hati dan sanubari ini.

After diskaun dalam RM 54 sahaja. Murahkan??


Sebelum diskaun harga seratus lebih. Memang nasib baik betul sebab tinggal sebuah je. Kalau terlewat memang tak dapatlah.


Hitam mutu keunggulan. Yang penting aku puas hati dan cantik di mataku. Macam kulit buaya je kan hehehe.

Suka metarial nya..like luxury!



Kat dalamnya ada poket-poket, so tak payah pakai organized bag dah, senang nak letak hp bagai.

Lepas ni bolehlah mengayakan bag ni hehehe..


ok bye :)







Beli Handbag Lagi!

Assalamualaikum semua..
Rindu ye sebab dah seminggu aku tak update blog. Jelezz dengan orang yang hari-hari boleh update blog wahhal sampai setiap jam..dan ada yang tiap minit mengupdate blog. Banyakkan masa terluang korang bersama blog kan..mari sini tolong aku buatkan tugasan yang banyak nih hehehe. Gerenti korang muntah mengadap segala buku, jurnal, artikal dan bahan ilmiah yang lain.

Kononya update blog ni nak bagi ganjaran la sebab dah siapkan tugasan. Tapi ingat masih menunggu 3 lagi course work belum siap. Cisss, malam ni kena bertungkus lumusannn la aku lagi. Baru je nak rehat sebab dah siapkan 1 tugasan,, :'(

Semalam, sebab terlalu tension perhabiskan tugas yang satu ni, honey dew kita bawa keluar lunch dan berjalan cuci mata sekali. Nak hilangkan ketensionan yang melanda nih. Melantak mekdi sekali harung lunch dengan sarapan...ooohh kekenyangan macam ular sawa..


 Serius, dulu tak suka mekdi tapi sekarang dah fall in love.


Love Mc Flurry also. yummy!

Lepas tu pergi KL sebab bosan gila lepak Bangi tambah-tambah dalam kampus sebab kepada asyik ingat agsimen, presentation, course work, field work proposal dan berlambak lagi benda kena ingat so kena ke KL jauhkan sikit dari campus.

Traffic jam rasa nak tendang semua kereta. Hurmm memang adat duduk KL asyik tengok keadaan kereta yang huru-hara dan pemandu yang bodoh bertingkat-tingkat sebab kurang ajar dan moral yang rubbish sangat. Mereka tukar laluan main hentam je, signal tak bagi lepas tu suka sangat meluru keluar simpang secara tiba-tiba, suka mencelah secara tiba-tiba..kalau tak alert memang berdentumlah jawabnya. Bahaya! Nak je bagi penumbuk kat mereka tuh iskk lagi tension aku tengok tapi tak apa kurang sikit nak fikir pasal tugasan semua.

Pergi jalan-jalan Time Square je tapi manusia macam lautan, maybe sebab time cuti kot. Aku ni jenis tak suka tempat yang huru hara macam tu, jalan-jalan dan tengok banyak kedai jual bag dan tergoda dengan bag yang super cute tu. Harga pun murah-murah sangat-sangat teruja rasa nak sambar semua beg kat situ..Lama juga buat pilihan, sidia hanya mampu senyum je sebab dia tahu kegilaan gadis macam aku terhadap handbag. Serius semua comel dan jauh murah dari online shop. Itulah aku lebih prefer beli kat kedai sebab kita boleh choice sendiri. Kualiti boleh tengok dengan bijik mata sendiri..

Mula-mula nak pilih ni, pastu itu, pastu tang sana plak..rambang-rambang bijikk mata kalau macam ni. Akhirnya aku pilih beg Pink White yang super sweet nih. Boleh digayakan dengan sling style dan macam handbag biasa pun boleh..

Ini dia pilihan aku.. sweet kan.. Sesuai untuk dating hahahaha..


 Tali boleh dilaraskan mengikut gaya kesukaan anda!

 Eh bukan iklan jual beg yer..

Suka beg ni sebab dia comel..

Lepas itu, makan-makan kat Old Town dan zasss balik UKM. Bila terpandang pintu masuk UKM maka aku sudah berada di zon tension sebab kepala akan teringat segala tugasan dan otak kena bekerja semula.. Kenalah bergelumang dengan segala buku, jurnal, artikal, dan segala-gala yang memerlukan kepayahan otak untuk memikir dan ingatan. Semoga permudahkan segala tugasan aku ini. Aminnn..

Ok baii, nak sambung kerja lain pula nih. Berdebar nak present bagai nih. Depan budak-budak PHD yang banyak tanya pula tuh.. :'(

p/s : Adakah sebab terlalu tension aku beli bag baru? itulah terapi sebernarnya muahaha..............

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH