Wanita dan Beg Tangan


Assalammualaikum..


Lama tak dengar khabar kan..
Sekarang ni sibuk nak buat persiapan untuk hari-hari bahagia...
Alhamdulilah semoga sinar bahagia ini kekal hingga ke syurga.
Farah memang suka beg tangan. Wanita dan beg tangan memang tak boleh dipisahkan, sekarang tengah cari-cari beg tangan wanita yang sesuai untuk dijadikan hantaran. Semestinya kena cari yang Farah suka, kalau pattern yang Farah tak suka mesti beg tu dalam almari jadi pekasam kan...

Terdapat pelbagai jenis beg tangan wanita yang direka untuk pelbagai kegunaan wanita. Jenis beg tangan wanita adalah seperti tote bag, shoulder bag, sling bag, purses, shopper bag, clutches dan banyak lagi. Setiap satu beg mempunyai rekaan dan fungsi yang berbeza dan sebagai contoh, saiz purse atau dompet yang kecil adalah bersesuaian sebagai penyimpan wang dan kad-kad anda yang penting. Begitu juga dengan tote bag yang bersaiz besar dan mempunyai banyak compartment adalah jenis beg tangan yang paling sesuai untuk dibawa ke pejabat.

Tapi Farah sangat suka beg tangan yang besar macam shoulder bag sebab Farah jenis suka bawa banyak barang macam perfume, alat solek, dan macam-macam lagi yang boleh sumbat dalam beg tangan tu..ala-ala poket doraemon je. Tapi kalau nak lebih sistematik kena ada organizer bag. Contohnya macam beg Farah ni, bersepah sangat :


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgwyaLnHS08elUpurkZolECLtUCAoX9lsrQBVPKzWuGOdG7XAhj1IZxa2iNkdvMPjKDSfk90DhoaOCZ01udWKMrxwa8resJFeS-9ffIXeEXUp9JfysK2reKYU2gKq4yfKv0MNTfX3tueCq6/s1600/IMG_1232.JPG

So, dengan adanya bag organizer barang-barang lebih tersusun dan menjimatkan masa kita.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh_24JiPn_keSm2IQNPLxPZI8ubypV2e4r1dSgSVJWih32TpJdfJuUJkWj2VnN0myl1hMRkw_hu3lyeNKCMZdFR5Fiq8j-FOE0MUf-iwwsSe0NN23IaaYYeR8rDtVXm65xyJ8Gax1y7_UW0/s1600/IMG_1235.JPG

Taraaaa..semua dah tersusun kan..jadi tak payah nak take time nak cari barang susah-susah..nak tukar-tukar handbag pun senang just angkat organizer bag ni je dan letak dalam beg tangan korang macam ni:

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiFKQi4d5LUMDpeW2GU-ErjhqpwuPqWIvZur38uXrDyNugaimsBc8KmwqKArz8l4CukKXCveSoqY97OuWMsfMcQhsLOSinTcX2-4JaA1HNKF6epnBDdcLfSgklH0DKj4TAo0n5ZHadTyIP-/s1600/IMG_1240.JPG
Siapppp!!

Selalunya, wanita banyak melaram beg tangan ke majlis-majlis istimewa seperti annual dinner syarikat. Kita semua sedia maklum bahawa rata-rata individu akan bergaya sakan untuk menghadiri acara tahunan syarikat seumpama ini. Bagi kaum wanita, biasanya mereka akan tampil dengan koleksi kaum labuh dan ada juga yang sanggup menyewa pakaian semata-mata untuk kelihatan lebih menyerlah. Oleh yang demikian, berikut merupakan jenis beg yang paling sesuai untuk dipadankan dengan jenis pakaian glamour tersebut;


Koleksi clutches yang cukup simple dan elegan ini amat sesuai untuk dipadankan dengan koleksi dress yang glamour.

Selain clutches, sling bag seperti berikut juga merupakan jenis beg yang sesuai untuk digayakan ketika menghadiri majlis-majlis istimewa.

Dan jika anda ingin membawa barangan peribadi anda serta memerlukan beg yang bersaiz besar, gayakan bersama beg tote seperti berikut. Tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil.

Farah juga sukakan tote bag sebab bersaiz sederhana.dan nampak istimewa.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgyOKobhe7OumDs69EpwGdKmQCMZz9gBn3HNof2Oy6L7o5U4dH6Rc5_XykoOrY8-nd4Ig9GEvwTi3gwltXybosCw2_-F6T1VUqsuTQCGJBi3J_I3yyZwGHYhM-PmIgbw7IMVCzy_VVLLO-x/s1600/20131130_105006.jpg

Ok, selamat bergaya dengan bag tangan kesukaan korang, perempuan dan beg tangan macam bestfriends!

Bye...


5 comments

  1. tak suka handbag ... hahaha
    aku rasa aku je yg unik ....
    aku beli satu pakai sampai lunyai hanya utk ke pej sahaja
    tu pun sbb nk nampak mcm pi kerja .... klu tak aku bawa wristlet je ...dompet pun aku tak suka ....

    ReplyDelete
  2. Semoga persiapan berjalan dengan lancar. tahniah

    ReplyDelete
  3. as salam.kak farah.saya nak minta cikfarah join sekali peraduan blog tercantik,sebab saya tengok blog ciknur farah cantik jugak.meh laa join..lebih lanjut layari http://mysyayadik312.blogspot.my/2015/09/peraduan-blog-tercantik.html
    terima kasih..
    yang lain berminat?meh join jugak..tolong promote ye..

    ReplyDelete
  4. lawo beg bgus.. ad jual ker? ,,, sy ada tgok website yg ada jual byk brg aneh2,,, susah dpt,, kt sini www.kedaionlinemy.com

    ReplyDelete
  5. Nice post! I like those hand bag design its looking new style.

    ReplyDelete

-Assalamualaikum, sila tinggalkan komen anda.
-Kalau suka tekan LIKE.
-Insyaallah komen anda akan dilayan :)

Jangan lupa LIKE! dan SHARE!

Terima kasih :)

Related Posts

Blogger Copyright © 2019. All Rights Reserved by BLOG CIK NURFARAH